Anda di halaman 1dari 8

1.0 TUJUAN 1.

1 Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan daripada Guru Besar SK Seri Tasik untuk melakukan aktiviti mengecat pemegang bendera sempena Bulan Kemerdekaan.

2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Bersesuaian dengan bulan kemerdekaan SK Seri Tasik, kami mengambil inisiatif untuk berbakti kepada sekolah melalui sokongan dan bantuan untuk melancarkan lagi Bulan Kemerdekaan ini. 2.2 Aktiviti yang ingin diutarakan ialah aktiviti mengecat pemegang bendera untuk dipasang di sekeliling kawasan sekolah. Ia akan menceriakan lagi kawasan sekolah. 2.3 IPG-KBA sebagai institusi pendidikan guru perlu melaksanakan lebih banyak lagi program seumpama ini agar jurang antara guru pelatih praktikum dengan guru sekolah yang lain dapat dirapatkan.

3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN 3.1 Melibatkan persetujuan pihak pentadbiran sekolah dan para pelajar dengan bantuan guru pelatih yang menjalankan praktikum di sekolah tersebut. 3.2 Melibatkan guru pelatih jurusan Tesl dan Math yang sedang menjalani praktikum dan beberapa pelajar kelas darjah 6 di bawah penyeliaan guru dari Kelab Sivik dan Kewarganegaraan. 3.3 Aktiviti disusun meliputi tempoh program.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada guru pelatih praktikum serta para pelajar darjah 6 yang bakal meninggalkan sekolah untuk menyumbang tenaga dan bakti kepada pihak sekolah. 4.2 Menyemai semangat nasionalisme dan bangga sebagai rakyat Malaysia dalam kalangan guru pelatih praktikum serta para pelajar darjah 6. 4.3 Memberi pendedahan kepada guru pelatih yang berlainan kursus untuk berganding bahu menolong para pelajar untuk mengecat serta menyiapkan pemegang bendera bersama-sama. 4.4 Meningkatkan kesedaran dan kepekaan guru pelatih praktikum dan para pelajar terhadap sejarah dan peristiwa penting negara.

5.0 MAKLUMAT PROGRAM Maklumat program yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

Nama program Tarikh cadangan Masa Tempat cadangan

Aktiviti mengecat pemegang bendera 26-30 OGOS 2013 2.30 petang-4.30 petang Stor Sekolah

6.0 PENGLIBATAN Penglibatan melibatkan guru pelatih, beberapa pelajar darjah 6 dan beberapa guru sekolah sebagai pemantau aktiviti

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PERINGKAT ATAS: 7.1 Rujuk lampiran 1

8.0 JAWATAN PELAKSANA PERINGKAT PELAJAR: 8.1 Rujuk lampiran 2

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN: 9.1 Rujuk lampiran 3

10.0

PENUTUP amat mengharapkan jasa baik daripada pihak Tuan agar dapat

Kami

mempertimbangkan cadangan kami ini dengan sebaiknya. Dengan persetujuan daripada pihak tuan, perancangan aktiviti kami dapat dilaksanakan dengan lebih lancar lagi. Kerjasama daripada pihak tuan,kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, . . (Muhammad Hafidz Bin Abd Halim) Guru Pelatih, 2013

Disemak oleh,

(Pn Nor Hasmiza Bt Mohd Lazin) Setiausaha Bulan Patriotisme

IPG KBA.

SK Seri Tasik

Disokong oleh, .. (En Razali bin Muda) PK Ko-Kurikulum SK Seri Tasik

CATATAN:

Diluluskan oleh, .. (Tn Haji Misman B Mostam) Guru Besar, SK Seri Tasik

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIK, TAMAN SRI PERMAISURI, CHERAS, KUALA LUMPUR.

KERTAS CADANGAN PROGRAM MENGECAT STAND BENDERA

DISEDIAKAN OLEH : GURU PRAKTIKUM TESL/MATH IPG-KBA

LAMPIRAN 2

STRUKTUR JAWATANKUASA PERINGKAT PELAJAR, PROGRAM MENGECAT STAND BENDERA

PENAUNG En. Razali b. Muda

Muhammad Hafidz Bin Abd Halim

Muhammad Huzaifah Bin Sahimi

Muhammad Nazirul Syaqim Bin Mustafa

Shamsul Arif Bin Abd Wahab

LAMPIRAN 1

STRUKTUR JAWATANKUASA PERINGKAT ATAS


Pengetua Tn. Hj. Misman b. Mostam

GPK Kokurikulum En. Razali Bin Muda

Guru Penaung Pn. Nor Hasmiza Binti Mohd Lazin

Guru Pelatih Muhammad Hafidz Bin Abd Halim

LAMPIRAN 3

CADANGAN PERBELANJAAN PROGRAM MENGECAT STAND BENDERA KOS PERALATAN PROGRAM STAND BENDERA CAT RM 10 (STAND) RM 23 (CAT) JUMLAH 16 2 RM 10 X 16 + RM 23 X 2 = RM 206 RM 206

Anda mungkin juga menyukai