Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran Kelas Masa Bil.

Murid Bidang Tajuk Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran Matematik 3 Arif 9.00 pagi - 10.00 pagi (60 minit) 30 orang Nombor dan Operasi Bahagi 5.5 (ii) Di akhir pembelajaran, murid dapat : Menyelesaikan 3 soalan masalah harian yang melibatkan pembahagian dua nombor. : 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan yang mempunyai empat orang ahli. 2. Guru menunjukkan kad gambar kepada murid. 3. Murid membina ayat matematik berdasarkan kad gambar yang ditunjukkan. 4. Empat orang murid diminta melakonkan situasi yang diberikan oleh guru. 5. Seorang murid mempunyai 12 penyedut minuman. Dia mempunyai 3 orang rakan. Dia perlu membahagikan sama rata bilangan penyedut minuman antara dia dan rakan-rakannya. 6. Dalam kumpulan, murid-murid diminta berbincang dan membina ayat matematik berdasarkan situasi yang diberikan dengan bimbingan guru. 7. Setiap kumpulan diberikan kad situasi yang berbeza. 8. Murid berbincang, membina ayat matematik dan menyelesaikan masalah. 9. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan masing-masing. 10. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. 11. Murid dan guru berbincang hasil jawapan yang diberikan. : Kreativiti dan inovasi, keusahawanan. : Kad gambar, kad situasi, lembaran kerja : Murid dapat menyelesaikan masalah harian berdasarkan kad situasi dan lembaran kerja yang diberi. : KAD GAMBAR : : : : : : : :

Aktiviti

EMK BBB Penilaian P & P Refleksi

KAD SITUASI 1

Seorang murid mempunyai 12 penyedut minuman. Dia mempunyai 3 orang rakan. Bagaimanakah dia memastikan bilangan penyedut minuman diagihkan sama banyak antara dia dan rakan-rakannya?
Khan mengumpul 996 keping setem. Dia ada 6 buah album setem. Berapakah bilangan setem yang boleh disimpan ke dalam setiap album secara sama banyak?
KAD SITUASI 2

KAD SITUASI 3

Dalam sebuah bakul terdapat 200 biji guli. Guli tersebut perlu diagihkan kepada 10 orang murid. Berapakah bilangan guli setiap orang?
KAD SITUASI 4

56 biji gula-gula dikongsi secara sama banyak antara Ziman dan 6 orang kawankawannya. Berapa biji gula-gulakah yang diterima oleh setiap orang?

KAD SITUASI 5

Adira

ada

360

biji

manik.

Dia

ingin

mengasingkan manik tersebut secara sama rata ke dalam 100 buah kotak. Kira bilangan manik dalam setiap kotak.

KAD SITUASI 6

Sebanyak 288 buah kerusi disusun dalam 6 baris yang sama. Berapa buahkah kerusi terdapat dalam setiap baris?

B4D1E4 LEMBARAN KERJA MATEMATIK Nama : . Selesaikan masalah berikut. Tahun 3 : ...

Serena membungkus 728 keping biskut ke dalam 9 balang. Berapa keping biskut di dalam sebuah balang?

Ayat matematik : _______________________________ 2 Jawapan : _______________________________ Sebanyak 750 buah kerusi disusun sama banyak dalam 6 baris. Berapa buahkah kerusi dalam setiap baris?

Ayat matematik : _______________________________ 3 Jawapan : _______________________________ Amin ada 320 biji kek. Sebuah kotak boleh di isi dengan 10 biji kek. Berapakah bilangan kotak yang diperlukannya untuk mengisi semua kek itu?

Ayat matematik : _______________________________ 4 Jawapan : _______________________________ Sebuah bakul boleh mengisi 8 biji tembikai. Berapa buahkah bakul diperlukan untuk mengisi 7600 biji tembikai?

Ayat matematik : _______________________________ 5 Jawapan : _______________________________ Posmen menghantar surat sebanyak 1800 surat dalam seminggu. Dia bekerja 6 hari dalam seminggu. Berapa jumlah surat yang perlu dihantar dalam sehari?

Ayat matematik : _______________________________ Jawapan : _______________________________