Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN KURSUS WAR122 SEMESTER 1

2023/2024

TEMA: KESAN RASUAH

KERTAS CADANGAN

KUMPULAN 74

LOOI YUEN HUI

RHAJESWHARI A/P MURUGESU

LEE PEI XIA

NUR SYIFA AMNI BINTI ABDUL RASHID TEOH

NUR ATIRAH BINTI HASWADI


PENGENALAN

Rasuah merupakan musuh besar kepada ekonomi sesebuah negara. Dari kerajaan purba hingga
moden, hampir semua ketamadunan pernah berhadapan masalah rasuah. Pada zaman ini, negara
dengan ekonomi membangun dan baru muncul lebih terdedah kepada masalah rasuah.

Rasuah dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini semakin berleluasa tidak kira
daripada sektor penjawat awam atau swasta. Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) menunjukkan statistik tangkapan kes rasuah meningkat sebanyak 6.38% iaitu 909 kes
pada tahun 2022 berbanding 851 kes pada tahun 2021. Ini menunjukkan kajian berkaitan gejala
rasuah adalah perlu seiring dengan peredaran zaman.

Rasuah adalah perbuatan atau tindakan yang menyalahi undang-undang apabila ia dilakukan
bertujuan untuk mendapatkan pertolongan dengan cara pemerasan dan faedahnya adalah untuk
diri sendiri. Rasuah merupakan penyalahgunaan kuasa dan jalan pintas seseorang untuk
mengecapi hidup mewah atau dengan erti kata yang lain ingin menjadi kaya dalam masa yang
singkat. Kebiasaannya, orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruknya dan
hanya memikirkan keuntungan untuk diri sendiri. Pengamal rasuah ini hanyalah mementingkan
nilai-nilai material dan menyisihkan terus tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam
yang berintegriti, amanah dengan kuasa yang diberi dan tiada pertanggunjawaban.

Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini
membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat dan negara itu. Semakin tinggi
kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhadap
kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi.
Media massa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi
yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam
masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini akan membawa pelbagai kesan kepada setiap
individu, masyarakat dan negara kita.

PERMASALAHAN KAJIAN
Isu rasuah adalah suatu permasalahan serius yang melibatkan penyalahgunaan kepercayaan
dan manipulasi untuk keuntungan peribadi. Ini boleh merosakkan institusi, merugikan ekonomi
dan menghalang pembangunan berkesan. Penanggulangan rasuah memerlukan usaha bersama
dari masyarakat, pemerintah, dan institusi untuk memastikan integriti dan keadilan dalam sistem.

Rasuah boleh memberi kesan merugikan yang meluas kepada masyarakat dan negara.
Antara kesan-kesan tersebut termasuk ketidaksetaraan, ketidakadilan, penyalahgunaan kuasa,
lemahnya institusi dan pengurangan keyakinan rakyat terhadap pemerintahan. Secara ekonomi,
rasuah boleh menghalang dan menyebabkan kehilangan kepercayaan pelabur. Kesuluruhanya,
rasuah menyumbang kepada terganggunya kestabilan sosial dan ekonomi sebuah negara.

Berdasarkan kajian, kesan rasuah termasuk penurunan kualiti perkhidmatan awam,


ketidaksetaraan dalam pengagihan sumber dan pengaruh negatif terhadap pertumbuhan ekonomi.
Kajian juga menunjukkan bahawa rasuah boleh merosakkan keadilan sosial, menyumbang
kepada kesenjangan ekonomi dan mengekang peluang pembangunan untuk golongan miskin.
Selain itu, antara kesan rasuah termasuk menghalang pelaburan asing dan merosakkan imej
negara di peringkat antarabangsa. Kajian-kajian ini memberikan kesan serius rasuah terhadap
kelestarian pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

OBJEKTIF KESAN RASUAH


1. Meningkatkan kefahaman pelajar/staff USM ataupun golongan rakyat Malaysia tentang

kesan rasuah.

2. Menanam sikap benci rasuah kepada setiap orang

3. Sebagai tanda sokongan kepada usaha kerajaan dalam mengurangkan rasuah negara

4. Negara mengembangkan budaya menolak segala rasuah.

KAEDAH KAJIAN
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kaedah kajian merupakan cara

dalam memproses sesuatu perkara untuk kajian. Bahagian ini menerangkan kaedah kajian

yang telah digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini dengan sempurna.

Sumber data iaitu data primer dan data sekunder telah diambil guna oleh pengkaji sebagai

bahan rujukan semasa menjalankan kaedah kajian ini.

DATA PRIMER

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), data primer bermaksud maklumat

pertama yang dikumpul dalam membuat sesuatu kajian kaedah mengumpul data primer ialah

melalui pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Dalam kajian ini,

pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual yang telah dilakukan merupakan antara cara yang

paling berkesan untuk menjalan sesuatu kajian kerana pengkaji boleh memperoleh maklumat

secara langsung daripada responden kajian.

Pengkaji telah membuat persiapan awal sebelum menjalankan temubual untuk

memastikan kajian tersebut berjalan dengan baik dan lancar. Pengkaji telah memahami konsep

yang ingin ditujukan kepada responden supaya maklumat yang diberikan betul dan jelas.Setiap

soalan yang telah disediakan memerlukan respon atau tindak balas oleh individu tersebut.Dalam

kajian ini,individu yang terlibat dalam kaedah temubual ialah dua orang pelajar Universiti Sains

Malaysia mengenai kesan kesan rasuah kepada Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhi

kelakuan rasuah di Malaysia.

Jadual Pembahagian Tugas


BIL TUGASAN NAMA

1. Menulis pengenalan LOOI YUEN HUI

2. Menulis permasalahan kajian (Isu) RHAJESWHARI A/P MURUGESU

3. Menulis objektif LEE PEI XIA

4. Menulis kaedah kajian NUR SYIFA AMNI BINTI ABDUL


RASHID TEOH

5. Membuat jadual pembahagian tugas (Setiap ahli) TAN SHU ROU

6. Mencari sumber rujukan NUR ATIRAH BINTI HASWADI

RUJUKAN
Azman Ab Rahman, Nur Wahida Lokman, Lutfi Mohamed Zain, Syed Mohd Najib Syed Omar,
Setiyawan Gunardi (2022) Analisis Faktor-Faktor Gejala Rasual dan Cabaran Menanganinya Di
Malaysia. Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ku Syafiq Ku Fozi (2022), 7 kesan rasuah kepada negara, Diperoleh November 12, 2023, dari
https://relevan.com.my/2022/09/21/7-kesan-rasuah-kepada-negara/#googlevignette

Rahimah Abdullah. 2023. Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia naik ke tangga 61, skor turun mata.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/indeks-persepsi-rasuah-malaysia-naik-ke-tangga-
61-skor-turun-1-mata-404384

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (2023). Statistik Tangkapan https://www.sprm.gov.my/index.php?


id=21&page_id=97

Anda mungkin juga menyukai