Anda di halaman 1dari 7

Case Study 2

SWEATSHOP DAN BURUH KANAK-KANAK


1. Sejarah Buruh Kanak-kanak
Buruh Kanak kanak mempunyai sejarah tersendiri yang panjang. Ia
dikatakan

melebihi

Perindustrian.

Pada

kapitalisme
akhir

itu

tahun

sendiri,

1700

dan

terutamanya

ketika

awal

apabila industri

1800,

Revolusi

perkilangan berkembang pesat yang bermula di England dan seterusnya ke


Amerika

Syarikat,

pemilik

kilang

menemui

sumber

baru

buruh

untuk

mengendalikan jentera yang ada iaitu kanak-kanak. Bagi mereka, untuk


mengendalikan mesin yang berkuasa tidak memerlukan tenaga atau kekuatan
orang dewasa dan kanak-kanak boleh diupah pada kadar yang lebih rendah. 1
Dari kajian yang dibuat oleh The International Labor Organization (ILO), buruh
kanak-kanak menjadi satu permasalahan yang serius dan harus diberi perhatian
oleh dunia kerana kebanyakkan kanak-kanak dipaksa bekerja, dinafikan hak
untuk pendidikan serta tidak dapat menjalani kehidupan normal sebagai kanakkanak. Sesetengahnya dipukul dan didera dan tidak dibenarkan balik untuk
menemui keluarga. Ianya adalah penderaan secara mental dan fizikal.
2. Sweatshop Dan Buruh Kanak-kanak
Sweatshop (kilang peluh) adalah satu istilah negatif dimana penindasan
terhadap pekerja berlaku didalam persekitaran kerja yang tidak boleh diterima
dan merbahaya. Pekerja atau buruh kanak-kanak secara ekstrem dieksploitasi,
didera mental dan fizikal dan hak sebagai pekerja dinafikan manakala undangundang kanak-kanak juga turut dicabuli.
The United States General Accounting Office (GAO) mentakrifkan

istilah

sweatshop sebagai tempat kerja yang melanggar lebih daripada satu undangundang buruh persekutuan atau negeri yang mengawal gaji minima dan kerja
lebih masa, buruh kanak-kanak, industri homework, kesihatan dan keselamatan
pekerja, pampasan pekerja atau peraturan-peraturan industri (Ross 2004).
Walaubagaimanapun, ada pihak lain berhujah bahawa pelanggaran hanya satu
amalan buruh seperti membayar upah yang rendah yang tidak membenarkan
pekerja untuk menampung kos asas hidup mereka adalah cukup untuk
menggambarkan tempat kerja sebagai "sweatshop" (Rosenbaum dan Schilling

1 http://www.scholastic.com/teachers/article/history-child-labor

1997).2 Disebabkan upah dibayar tidak mampu menampung kos kehidupan,


mereka tidak mampu menyimpan wang untuk memperbaiki hidup. Mereka
terperangkap dalam kitaran eksploitasi yang sangat dasyat.
3. Amalan Sweatshop dan Buruh Kanak-kanak Dari Perspektif Etika
Adakah amalan Sweatshop dan Buruh Kanak-kanak dianggap bermoral?
Pengkritik-pengkritik

menggunakan

teori-teori

deontological

untuk

menjustifikasikan bahawa sweatshop dari segi moral adalah tidak betul. Falsafah
yang dibawa oleh Emmanuel Kant mencadangkan doktrin hebat mengenai hak
dan tanggungjawab manusia serta maruah. Menurut ahli falsafah ini, individu
tidak sepatutnya digunakan dengan tujuan tertentu. Tindakan hanya boleh
dianggap sebagai moral jika ia dilakukan daripada rasa tanggungjawab oleh
seseorang individu yang mempunyai niat baik.
Anti aktivis juga berpendapat bahawa sweatshop membawa kesan yang
serius dimana ia menjejaskan nilai-nilai dari segi sosial seperti kemulian,
keadilan, kesaksamaan, hormat menghormati dan tanggungjawab. Ia melanggar
Golden Rules yang antaranya menyatakan bahawa No one of you is a believer
until he loves for his brother what he loves for himself (didalam Al-Quran) iaitu
bukanlah seseorang itu beriman sehingga lah dia menyayangi saudaranya yang
lain sama seperti dia menyayangi dirinya dan what you do not want done to
yourself, do not do to others (Confucius) iaitu jika kita tidak mahu orang lain
melakukan perkara yang kita tidak suka, jangan melakukan hal yang sama
kepada orang lain. Para pengkritik Sweatshop juga berhujah bahawa perniagaan
yang menggunakan buruh kanak-kanak mempunyai pendekatan Egoism
kepada masalah ini dan bertindak semata-mata untuk kepentingan mereka
sendiri sehingga mengabaikan keperluan pekerja dan buruh kanak-kanak ini.
Kesannya, kanak-kanak tidak diberi peluang untuk pendidikan dan kehidupan
normal sebagai kanak-kanak, dinafikan hak (human rights) dan didera mental
fizikal. Secara universal ianya dikutuk atas alasan etika. Ada juga pengkritik
Sweatshop mendakwa bahawa tingkah laku ini merosakkan kontrak psikologi
antara pekerja dan majikan dimana perjanjian antara pekerja dan majikan
haruslah berasaskan keadilan, amanah dan janji-janji khusus yang dibuat dan
dipersetujui oleh kedua-dua pihak (Kaufman 1997).
Pandangan oleh pembela Sweatshop
2 http://www.slideshare.net/JenniferKesik/ethics-of-sweatshops

Pembela Sweatshop memberi pandangan yang berbeza dengan apa yang


difikirkan oleh para penentang Sweatshop. Pembela Sweatshop juga merujuk
kepada teori-teori etika untuk menyokong hujah mereka. Mereka menggunakan
teori utilitarian yang menyatakan bahawa keputusan yang paling wajar dan
beretika adalah keputusan yang mengakibatkan kesan yang terbaik untuk
sejumlah besar orang dan yang kesannya adalah lebih baik (Hartman dan
Desjardins 2008). Adakah benar eksploitasi memberi manfaat? Atas alasan asas
utilitarianisme, mereka berpendapat jika Sweatshop dihentikan ianya memberi
kesan yang sangat buruk kepada pekerja yang akan hilang pekerjaan.
Sweatshop bermaksud pekerja akan terpaksa hidup dalam keadaan yang lebih
teruk dan jika dihentikan ia akan mewujudkan permasalahan yang lebih besar
terutamanya bagaimana mereka dapat menampung perbelanjaan keluarga. Ini
sedikit sebanyak menbawa kesan negatif terhadap pembangunan ekonomi
negara

keseluruhan

dan

mengurangkan

pelaburan

asing

secara

automatik(Zwolinski 2007).
Mayers (2007) mendapati bahawa jumlah Sweatshop sebenarnya tidak
membahayakan pekerja dalam jangka masa panjang.

Sebaliknya Sweatshop

mengaplikasikan sifat utilitarian dan membawa "kesan keseluruhan yang lebih


baik" untuk semua orang yang sebelumnya terjejas (Hartman dan Desjardins
2008). Hasil daripada ini, ia boleh dikatakan bahawa Sweatshop adalah satu
bentuk "eksploitasi yang saling menguntungkan. Kesannya, ia membawa
keuntungan kepada majikan daripada akses buruh murah, kontraktor mendapat
manfaat daripada pelaburan luar, pengguna menikmati harga yang rendah pada
barangan dan pekerja memperolehi pendapatan. Keadaan ini biasanya boleh
diterima menurut (Mayers 2007). Pembela Sweatshop juga menyatakan bahawa
kerajaan negara-negara kurang maju menggalakkan pergerakan Sweatshop
dengan

menurunkan

kadar

cukai

dan

membangunkan

peraturan

yang

memuaskan (Young 2004). Ahli ekonomi berpendapat bahawa Sweatshop adalah


penting untuk pembangunan ekonomi (Hartman et al. 1999). Menurut Paul
Krugman (1994) Sweatshop memberi manfaat kepada pekerja-pekerja di negaranegara yang ingin membangun dan menyediakan mereka dengan peluangpeluang kerja yang tidak akan diperolehi jika keadaan sebaliknya berlaku.
Perdebatan antara penentang dan pembela tentang amalan Sweatshop
dan pengambilan buruh kanak-kanak

Dengan alasan-alasan yang dikemukakan, ianya membawa perbahasan


kembali kepada konsep etika dimana keutamaan dilihat kepada moral dan
keadilan. Walaupun benar bahawa pekerja di Sweatshop menjalankan kerja
mereka secara sukarela, tetapi hakikatnya orang-orang miskin sememangnya
berada di dalam situasi terdesak dan sering mendapati bahawa peluang
pekerjaan di Sweatshop adalah lebih baik. Kanak-kanak tidak sepatutnya dipaksa
bekerja apalagi didera secara mental dan fizikal dan pekerja sepatutnya diberi
suasana bekerja yang baik serta selamat. Ia secara asasnya menghapuskan hak
manusia. Oleh itu, adalah jelas bahawa dalam kes ini Sweatshop sedang
mengambil kesempatan dan menggunakan kanak-kanak sebagai instrumen
boleh guna untuk keuntungan maksimum serta tidak menganggap kanak-kanak
adalah manusia yang boleh bebas secara fizikal dan rasional. Kembali kepada
konsep Kantian daripada Categorical Imperative, rumusan boleh dibuat dimana
" eksploitasi saling bermanfaat" yang berlaku di Sweatshop dari segi moral
adalah tidak sihat dan tidak boleh dibenarkan.

4. Eksploitasi Terhadap Kanak-kanak Semakin Meruncing


Eksploitasi terhadap kanak-kanak sebagai tenaga buruh masih belum
menampakkan tanda-tanda untuk berakhir. The Huffington Post menerbitkan
satu

laporan

pada

tahun

2012

yang

disediakan

oleh

Maplecroft

yang

menunjukkan bahawa keselamatan gobal yang semakin teruk dan krisis ekonomi
menjadi faktor meningkatnya risiko pencabulan buruh kanak-kanak di beberapa
buah negara. Maplecroft mengkaji keadaan buruh kanak-kanak di 197 buah
negara dan merumuskan bahawa hampir 40 peratus daripada 197 buah negara
berkenaan menunjukkan risiko yang ekstrem terhadap pencabulan tersebut. 3

5. Peranan Yang Perlu Dimainkan Oleh Syarikat Multinasional Untuk


Membantu Kerajaan Bagi Mengatasi Permasalahan Ini
1. Tidak mengambil kanak-kanak dibawah umur dan tidak melibatkan
mereka didalam mana-mana bahagian di dalam atau di luar syarikat.
Contohnya, IKEA yang tidak mengambil buruh kanak-kanak sebagai
pekerja dan memastikan bahawa pembekal dan sub-kontraktor juga bukan
3 http://www.huffingtonpost.com/2012/01/04/child-labor-countries_n_1183600.html?
ref=fb&src=sp&comm_ref=false#sb=1951365b=facebook

lah mereka yang menggaji buruh kanak-kanak dan bukan didalam


kategori

Sweatshop.

Ini

dapat

membantu

kerajaan

kemasukan pekerja kanak-kanak didalam industri.

mengurangkan

2. Memberi hak (human right) kepada para pekerja boleh membantu


kerajaan menaikkan lagi ekonomi dan sosial dalam masa yang sama
berlaku adil kepada rakyat. DesJardin (2011) menyatakan, diantara hak
yang perlu diberi ialah hak kebebasan bergerak secara fizikal, hak untuk
memiliki harta, hak kebebasan dari penderaan dan penyiksaan, hak untuk
perbicaraan yang adil, hak untuk nondiscriminatory treatment, hak
terhadap

keselamatan

berpersatuan, hak

fizikal,

hak

untuk

kebebasan

bersuara

dan

kepada pendidikan yang minimum, hak untuk

penyertaan politik dan hak untuk sara hidup.

Anda mungkin juga menyukai