Anda di halaman 1dari 13

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG


TORT KECUAIAN DI MALAYSIA
1089
MOHD FAROK BIN MAT NOR1
mohdfarok@kuis.edu.my

ABSTRAK

Tanggungjawab guru-guru di sekolah bukan lagi setakat mengajar murid-murid untuk membaca dan mengira.
Tahap pengetahuan rakyat Malaysia semakin maju, selaras dengan zaman perkembangan teknologi terkini dan
kayu ukur tanggungjawab guru-guru ini turut berubah. Saban hari, kes-kes saman sivil yang melibatkan murid dan
guru-guru yang dikatakan melakukan kecuaian di sekolah meningkat. Kertas kerja ini akan membincangkan kes-kes
kecuaian guru-guru di sekolah menurut undang-undang Tort di Malaysia. Kajian ini turut melibatkan metode
penyelidikan perpustakaan di mana perbandingan kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah-mahkamah di
seluruh Malaysia. Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu para pendidik di seluruh Malaysia agar berhati-
hati dan sedar akan tanggunggjawab mereka sebagai pendidik semakin mencabar pada masa zaman generasi Y ini.
Dan juga, adalah diharapkan kajian ini menjadi rujukan oleh seluruh bakal-bakal insan yang akan bergelar
pendidik.

Kata Kunci: Kecuaian, guru-guru, Tort, saman, mahkamah

Pengenalan

Pada masa kini, semua orang senang untuk mendapatkan maklumat di hujung jari masing-
masing. Hampir ke semua orang memiliki telefon pintar yang sentiasa menjadi aksesori penting
dalam kehidupan masa kini. Dengan pesatnya tersebar maklumat, orang ramai menjadi semakin
bijak dan berani dalam menyuarakan hak masing-masing. Secara positifnya, masyarakat kita di
Malaysia menjadi semakin maju dan terpelajar. Maklumat yang sahih mahupun yang ‘auta’ akan
tersebar meluas tanpa sebarang sekatan dalam beberapa ketika sahaja. Dari sudut kurang
enaknya pula, oleh sebab kecanggihan alatan komunikasi dan kebijaksaan intelek dalam
masyarakat, seseorang pendidik yang turut digelar sebagai guru sering disaman oleh anak-anak
murid masing-masing kerana dikatakan melakukan kecuaian di sekolah. Maka, kes-kes saman
sivil oleh nak-nak murid terhadap guru turut meningkat dari semasa ke semasa.

1
Pensyarah di Jabatan Undang-Undang, Fakulti Pengajian Peradaban Islam (dahulunya dikenali sebagai
Akademi Islam), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

1070
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Elemen-elemen kecuaian

Menurut undang-undang tort kecuaian, sebelum pihak Plaintif (sebagai contoh, seseorang murid)
untuk berjaya dalam tuntutan saman terhadap pihak Defendan (sebagai contoh, seseorang guru),
pihak Plaintif hendaklah membuktikan tiga elemen utama, iaitu: tugas berhati-hati yang wujud di
antara pihak Defendan terhadap pihak Plaintif. Kedua, pihak defendan telah memecahkan atau
melanggari tugas berhati-hati tersebut, dan akhirnya, sebagai elemen terakhir, pihak Plaintif telah
mengalami kecederaan atau kerosakan, kesan perlanggaran tugas berhati-hati yang dilakukan
oleh pihak Defendan tadi.2 Jika pihak mahkamah berpuas hati dalam menurut beban pembuktian,
imbangan kebarangkalian, barulah pihak mahkamah akan memampas pihak Pliantif dengan
sejumlah pampasan yang sewajarnya.

Menurut undang-undang Tort juga, guru adalah diklasifikasikan sebagai orang yang
berkemahiran. 3 Maksudnya di sini ialah, guru adalah seseorang yang mempunyai kemahiran
yang khusus atau kepakaran dalam sesuatu bidang yang diceburi. Kepakaran di sini membawa
maksud, guru ialah seseorang individu yang mempunyai kemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas di samping pencapaian akademik dalam bidang perguruan atau
pendidikan yang berkaitan.

Tugas guru semakin mencabar pada zaman yang dikenali sebagai zaman generasi Y ini. Tugas
guru bukan sahaja setakat mendidik anak bangsa dengan mengenal huruf, membaca dan mengira,
tetapi tugas guru turut dibebani dengan kerja-kerja sampingan yang lain. Ada juga guru
dikehendaki datang ke sekolah pada hari Sabtu untuk kegiatan ko-kurikulum. Belum lagi dikira
dengan ‘kerja lebihan masa’ pada waktu malam untuk kelas-kelas tambahan bagi para pelajar
yang menghadapi peperiksaan-periksaan penting seperti UPSR, PT3 dan juga
SPM/STPM/STAM. Guru-guru juga dikehendaki untuk hadir ke sekolah sewaktu cuti
persekolahan yang ada. Malahan, ketika kerajaan mengumumkan sekolah ditutup dengan
memberikan cuti peristiwa akibat jerebu, cuaca panas yang melampau, insiden histeria di sekolah
dan sebagainya, guru-guru turut dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa dan tidak mendapat
‘cuti khas’ seperti murid-murid mereka tadi.
2
Prinsip-Prinsip Asas Tort; Norchaya Talib (bersama Saw Tiong Guan); 2006; Thomson, Sweet & Maxwell, Petaling
Jaya, Selangor, Hlm. 10.
3
Prinsip-Prinsip Asas Tort; Norchaya Talib; 2015-Edisi Kedua; Sweet & Maxwell – Thomson Reuters, Petaling Jaya,
Selangor, Hlm. 22.

2070
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Guru sebagai loco parentis

Guru adalah penjaga yang sah di sisi undang-undang terhadap anak murid semasa menjaga anak
murid mereka di sekolah. Ini adalah kerana guru menggantikan peranan ibu bapa sewaktu anak-
anak mereka di sekolah. Menurut istilah undang-undang, keadaan ini dikenali sebagai loco
parentis.4

Dalam menunaikan tanggungjawab mereka sebagai loco parentis, guru juga mestilah sentiasa
berhati-hati dan mengambil langkah-langkah yang munasabah, jika sesuatu berlaku ke atas anak
murid mereka, terutamanya di dalam kelas/darjah. Sebarang langkah-langkah yang munasabah
menurut di sisi undang-undang amatlah penting bagi menentukan adakah seseorang guru itu
dikatakan telah cuai sewaktu menjalankan tugas hakikinya sebagai guru terutamanya sewaktu
sesi persekolahan berlangsung.

Berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah di Malaysia, cuba kita
perhatikan situasi-situasi di mana kecuaian guru itu berlaku, berdasarkan beberapa keadaan
seperti yang berikut:

i) Di dalam kelas sewaktu guru mengajar;

Kerajaan Malaysia lwn. Jumat Bin Mahmud & Anor5

Kejadian ini bermula di Sekolah Dato Kiana Maamor, Jalan Range, Seremban, Negeri
Sembilan. Sewaktu Puan Kenny yang mengajar di dalam kelas Plaintif (berumur 11 tahun)
yang mengandungi seramai 40 orang anak murid (pada masa ini bilangan 40 orang nak murid
didalam sesebuah kelas adalah perkara biasa). Selepas Puan Kenny mengajar, beliau
mengarahkan para pelajarnya untuk membuat kerja di tempat duduk masing-masing. Insiden
kecuaian ini dikatakan bermula apabila seorang budak lelaki yang nakal, iaitu Azmi Bin
Manan telah bangun dari tempat duduknya dan tanpa disedari oleh Puan Kenny, telah
mencucuk pin yang tajam ke paha Plaintif. Akibat cucukan ini, dengan spontannya, Plaintif
telah berpusing ke belakang dan tertusuk mata kanannya dengan bahagian hujung pensel
yang tajam, yang turut dipegang oleh Azmi. Mahkamah turut menerima keterangan pihak-

4
Undang-undang Pendidikan Di Malaysia; Tie Fatt Hee, 2002, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Hlmn.
87.
5
[1977] 2 ML J 103

3070
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

pihak yang bertikai bahawa kecederaan ini akibat mata Plaintif tertusuk di bahagian hujung
pensil yang dipenag oleh Azmi dan bukannya Azmi yang mencucuk ke dalam mata Plaintif.
Plaintif terpaksa dikejarkan ke hospital terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan
mata yang beliau alami. Plaintif telah kehilangan mata kanan kerana matanya terpaksa
dikeluarkan dan dibuang. Plaintif, melalui bapa beliau, menfailkan saman kepada Kerajaan
Malaysia dan menuntut ganti rugi akibat kecederaan yang Plaintif alami. (Sebagai
makluman, walaupun Puan Kenny yang dikatakan melakukan tort kecuaian, namun Plaintif
boleh juga menyaman pihak Kerajaan Malaysia. Konsep ini adalah di bawah satu tort yang
lain iaitu tort tanggungan beralih, di mana majikan turut bertanggungan sama jika tort yang
dilakukan oleh para pekerjanya. Di sini, Puan Kenny adalah pekerja kepada Kerajaan
Malaysia, melalui Kementerian Pendidikan/Pelajaran Malaysia).

Sewaktu perbicaaran selesai di Mahkamah Tinggi, Plaintif telah memperolehi kemenangan.


Pihak mahkamah telah bersetuju dengan hujah Plaintif bahawa guru tingkatan (Puan Kenny)
tidak menyediakan penyediaan yang mencukupi atau munasabah sehingga mengakibatkan
Plaintif mengalami kecederaan sewaktu di dalam kelas tersebut.

Pihak Kerajaan Malaysia yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini mengemukakan
rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Kes ini dihakimi oleh Yang Arif Tun Suffian L.P, hakim
mahkamah Persekutuan, Yang Arif Raja Azlan Shah dan juga hakim Mahkamah
Persekutuan, Yang Arif Wan Suleiman pada 14 April 1977.

Isu yang diperdebatkan dalam kes ini ialah, pihak mahkamah hendaklah menilai sama ada
risiko kecederaan yang terjadi kepada plaintif adalah dapat diramalkan dengan munasabah
atau sebaliknya, sebelum menentukan Defendan telah melakukan kecuaian (dengan tidak
membuat penyeliaan yang mencukupi sewaktu insiden itu berlaku). Jika risiko kecederaan itu
dapat diramalkan akibat kurangnya pengawasan guru tadi, isu yang kedua ialah, sama ada
langkah yang munasabah telah dibuat oleh defendan untuk melindungi Plaintif daripada
risiko tersebut. Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa risiko kecederaan yang
dialami oleh Plaintif mungkin dapat diramalkan. Akan tetapi, kita tidak boleh mengaitkan
dengan membuat spekulasi bahawa kurangnya pengawasan oleh guru tidak telah
mengakibatkan kecederaan yang Plaintif alami. Dalam erti kata yang lain elemen pertama
telah wujud, iaitu terdapat tugas berhati-hati yang wujud di antara Puan Kenny dan Plaintif,

4070
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

namun tugas berhati-hati tersebut mestilah mengambil kira peluang dan kemampuan guru
untuk melindungi para pelajarnya daripada bahaya atau ancaman yang diketahui atau
diramalkan. Mahkamah turut menghuraikan bahawa penyebab kecederaan Plaintif bukannya
berpunca daripada kurangnya pengawasan guru dalam kelas. Kelas yang plaintif hadiri
adalah kelas biasa (bukannya di taman sekolah atau di bilik kemahiran hidup) yang
menggunakan pensil sebagai alatan pembelajaran yang sediakala. Dan guru sudah semestinya
secara rutinnya, memberikan amaran kepada murid-murid supaya tidak bermain-main dengan
pensil tajam yang mengakibatkan kecederaan di dalam kelas tersebut.

Zazlin Zahira Haji Kamarulzaman Dan Satu Lagi lwn. Louis Marie Nuebe Rt Ambrose
a/l J Ambrose dan lain-lain6

Insiden ini berlaku di kelas darjah 1T, Sekolah Kebangsaan Taman Selayang, Selayang,
Selangor Darul Ehsan. Plaintif Pertama yang berumur lebih kurang 7 tahun sewaktu insiden
ini berlaku. Plaintif Kedua ialah bapanya yang turut mewakili anaknya yang masih di bawah
umur sewaktu kejadian ini berlaku. Defendan Pertama adalah guru darjah, manakala
Defendan Kedua adalah Guru Besar sekolah berkenaan serta Defendan Ketiga adalah
Kerajaan Malaysia.

Pada hari kejadian, iaitu 19 Mac 1985, Defendan Pertama, yang merupakan guru kelas, yang
turut mempunyai kemahiran sebagai guru muzik telah mengarahkan Plaintif dan 38 murid di
dalam darjah 1T untuk bermain satu permainan yang dinamakan ‘Gerabak Keretapi’.
Defendan Pertama turut mengarahkan agar semua murid-muridnya untuk memasukkan
bangku/kerusi di bawah meja untuk memudahkan mereka bakal mengelilingi meja yang
terletak di tengah-tengah kelas tersebut. Defendan Pertama turut memberikan amaran agar
murid-muridnya yang bertolak-tolak dan pergerakan tersebut adalah mengelilingi meja yang
terletak di tengah-tengah, dan bukannya mencelah-celah di antara meja tersebut.

Murid-murid dikehendaki memegang bahu kawan-kawan di hadapannya dan akan bergerak


mengelilingi kelas tersebut berdasarkan rentak muzik yang dimainkan melalui radio.
Bermulanya pergerakan ‘gerabak keratapi’ yang bergerak mengikut alunan muzik tadi.
Setelah selesai pusingan pertama tamat, dengan tiba-tiba, Plaintif Pertama telah terjatuh dan

6
[1994] ML JU 35; [1994] 4 CL J 637

5070
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

telah mengalami kecederaan di tangannya yang kemudiannya disahkan telah patah. Plaintif
Pertama telah menangis akibat kesakitan yang ditanggungnya dan dipimpin oleh Defendan
Pertama ke meja guru di mana tangan Plaintif Pertama telah diletakkan di atas meja tersebut.
Defendan Pertama telah membungkus tangan Plaintif Pertama dengan suratkhabar (supaya
tangan tersebut tidak cuba dibengkokkan) dengan dibantu oleh seorang guru yang lain.
Defendan Pertama dan seorang guru yang lain telah membawa Plaintif Pertama ke Hospital
Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Defenfan Kedua turut
memberitahu keluaraga Plaintif Pertama mengenai kejadian yang tidak diingini ini. Defendan
Pertama dan seorang guru tadi menunggu di wad kecemasan sehingga mereka berdua pulang
setelah kehadiran keluarga Plaintif Pertama.

Doktor telah mengesahkan tangan Plaintif Pertama telah patah dan telah dibedah serta
tangannya terpaksa dibalut dengan ‘plaster of paris’. Ada kesan parut di tangan Plaintif
pertama kesan daripada pembedahan tersebut. Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah
menfailkan tindakan saman terhadap ketiga-tiga Defendan untuk tujuan tuntutan ganti rugi.

Menurut undang-undang Tort, defendan Pertama mempunyai kewajipan berjaga-jaga


terhadap Plaintif Pertama dan berkewajipannya untuk memastikan murid-murid yang di
bawah jagaannya. Defendan Pertama (guru darjah) turut terpaksa mengambil langkah-
langkah yang munasabah untuk menjaga keselamatan murid-muridnya. Namun, dalam kes
ini, tahap penyeliaan guru di dalam kelas ditentukan oleh faktor seperti umur murid dan
aktiviti yang lakukan di dlam kelas tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, iaitu Yang Arif Hakim Mokhtar Saidin dalam
penghakimannya menjelaskan bahawa defendan-defendan adalah didapati tidak cuai ketika
insiden tersebut berlaku. Ini adalah kerana, kelas yang dihadiri oleh Plaintif Pertama adalah
kelas muzik yang biasa dilaksanakan berdasarkan rangka pelajaran KBSR yang dilaksanakan
pada ketika itu. Kelas muzik tersebut adalah kelas biasa yang mana penggunaan alatan adalah
terdiri daripada kaset dan radio kaset sahaja. Malahan, Defendan Pertama tidak
menggunakan sebarang perkakas atau alatan yang merbahaya kepada murid-murid tersebut.

Tambahan pula, Defendan Pertama telahpun menerangkan cara-cara untuk melaksanakan


permainan ‘gerabak keretapi’ dan memberikan amaran agar jangan berlaku tolak menolak

6070
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

sesama pelajar-pelajarnya. Mereka juga disuruh agar mengosongkan laluan dengan


memasukkan kerusi di bawah meja. Permainan itu juga adalah berdasarkan alunan muzik
yang mengelilingi meja yang terletak di tengah-tengah kelas dan bukannya mencelah di
antara meja-meja tersebut.

Fakta yang menarik perhatian pihak mahkamah juga adalah, semasa pusingan pertama
dibuat, Defendan Pertama nampak Plaintif Pertama telah keluar daripada barisannya dan
berlari. Perbuatan ini ditegur oleh Defendan Pertama supaya menegah Plaintif supaya jangan
berlari-lari, khuatir nanti akan terjatuh. Setelah murid-mirud membuat satu pusingan yang
lengkap, Defendan Pertama nampak juga Plaintif Pertama cuba memasuki barisannya semula
dan pada saat ini lah beliau telah terjatuh.

Dengan itu, Hakim Mokhtar Saidin menambah, insiden tersebut berlaku sewaktu
berlangsungnya kelas yang biasa, yang tidak merbahaya dan tidak dapat diramalkan apa-apa
musibah kepada anak-anak murid yang ada. Adalah memadai, Defendan Pertama telah
memberikan amaran dan penerangan setiap kali sebelum memulakan kelas muziknya dan
amaln ini adalah diangggap sebagai satu tindakan munasabah.

ii) Di kawasan kebun sekolah;

Mohamed Raihan bin Ibrahim & Anor lwn. Kerajaan Malaysia & Anor7

Insiden dalam kes ini berlaku pada 15 Mac 1971, di mana tuntutan Plaintif mengenai ganti
rugi kecederaan yang dialaminya sewaktu kelas berkebun, telah diketepikan sewaktu di
Mahkamah Tinggi oleh Yang Arif Hakim Ajaib Singh.

Pihak Plantif tidak berpuas hati dengan keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi dan
sekarang beliau merayu ke peringkat Mahkamah Persekutuan, di mana rayuan kes ini diadili
oleh Hakim Besar (Malaya) Yang Amat Arif Raja Azlan Shah, Hakim Mahkamah
Persekutuan, Yang Arif Syed Othman dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Salleh
Abas (sekarang Tun).

7
[1981] 2 ML J 27

7070
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Plaintif ialah pelajar di Tingkatan Satu, dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Port Dickson.
Sebagai pelajar tingkatan satu, beliau dan bersama-sama rakan setingkatan yang lain
dikehendaki belajar kemahiran berkebun. Beliau sudah mengikuti 3 kali kelas berkebun
tersebut dan kejadian malang ini berlaku sewaktu kali yang ke 4 kelas ini dijalankan iaitu
pada 15 Mac 1971.

Kejadian itu berpunca apabila murid-murid dikehendaki mengambil alatan berkebun di bilik
simpanan barang oleh guru mereka iaitu Puan Hau Kan Yong. Guru tersebut hanya
mengarahkan murid-murid untuk mengambil sendiri alatan berkebun tersebut di bilik stor
simpanan barangan berkebun tanpa memeriksaan keadaan alatan tersebut sama ada masih
elok atau selamat untuk digunakan sewaktu berkebun. Jadinya, setelah mendengar arahan
guru mereka, seramai 37 atau 38 murid telah mangambil cangkul, penyodok dan bakul untuk
digunakan dalam kelas berkebun. Setelah alatan tersebut diambil, mereka berkumpul di tapak
kebun. Mereka dikehendaki untuk membuat batas tanaman. Batas-batas tersebut dibahagikan
kepada 2 baris dan mereka dituntut untuk membuat 3 batas setiap baris. Mereka dipecahkan
kepada 6 kumpulan di mana satu kumpulan dikehendaki membuat satu batas sahaja. Ukuran
setiap batas ialah 15 kaki panjang dan 3 kaki lebar. Plaintif/Perayu menggunakan penyodok
untuk menaikkan batas terlebih dahulu, manakala rakannya di sebelah batasnya, Raja
Aminuddin yang melakukan aktiviti untuk menaikkan batasnya, menggunakan sebatang
cangkul yang berukuran 5 kaki panjang. Apabila kedua-dua sedang melakukan aktiviti
berkebun tersebut, Plaintif/Perayu perasan kedudukannya dan Raja Aminuddin semakin
dekat, dan beliau menegur agar raja Aminuddin untuk berhenti seketika bagi
membolehkannya menyiapkan batasnya terlebih dahulu. Namun, teguran ini tidak
diendahkan oleh Raja Aminuddin yang terus menggunakan cangkul bagi membuat batasnya
kumpulannya. Plaintif/Perayu yang menyangkakan Raja Aminuddin menuruti tegurannya,
meneruskan aktiviti membuat batas tersebut. Dengan tiba-tiba, kepala cangkul Raja
Aminuddin telah terkena kepala Plaintif/Perayu. Plaintif telah mengalami kecederaan di
kepalanya. Sewaktu kemalangan ini berlaku, Cikgu Han Kan Yong sedang duduk di bawah
pokok sejauh 4 ela dan tidak memandang ke arah murid-muridnya sewaktu akvititi berkebun
itu dijalankan. Beliau hanya menyedarinya setelah seseorang meneriak namanya dan barulah
beliau perasan Plaintif yang sedang mengerang kesakitan dan sedang menekup kepalanya

8070
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

yang sedang berdarah itu. Diringkaskan, plaintif telah dikejarkan ke hospital untuk
mendapatkan rawatan yang sempurna.

Isu perundangan yang dipertikaikan di sini ialah, adakah guru telah dikatakan melakukan
kecuaian apabila gagal untuk memantau atau menyelia aktiviti para pelajarnya dan
kegagalan untuk memberikan penerangan yang munasabah terhadap penggunaan alatan
berkebun kepada para pelajarnya.

Adalah menjadi undang-undang yang jelas bahawa seseorang guru itu mempunyai tahap
penyeliaan guru yang tinggi terhadap para pelajar lebih-lebih jika aktiviti yang dilakukan di
luar bilik darjah dan melibatkan penggunaan alatan-alatan yang dikatakan merbahaya.

Pihak Mahkamah tidak menolak bahawa kemalangan ini tidak akan berlaku jika kedua-dua
pelajar ini menggunakan penyodok pada masa yang sama. Kemalangan ini berlaku apabila
cangkul yang digunakan oleh Raja Aminuddin terkena kepala Plaintif/Peraya yang pada
ketika itu menggunakan penyodok. Menurut keterangan Plaintif, jarak antara mereka berdua
ialah 2 kaki sahaja, namun mengikut saksi ke 4 pihak Defendan (Yong Kwee Len), jarak
anatar mereka adalah 3 atau 4 kaki. Namun, ini bercanggah dengan keterangan guru mereka
melalui lakaran gambar, di mana menurut lakaran itu, jarak kedua-dua pelajar ialah 7 kaki.
Namun, mahkamah tidak menentukan jarak siapa yang lebih tepat. Akan tetapi, fakta batang
cangkul yang 5 kaki panjang dan jarak kedua-dua pelajar ini adalah dekat kerana jika jarak
mereka jauh, kemalangan ini mungkin tidak akan terjadi.

Pihak Kementerian Pelajaran juga telah mengeluarkan arahan bertulis kepada semua sekolah
termasuk sekolah Plaintif/perayu akan langkah-langkah yang mesti diambil oleh pihak
sekolah, melalui guru masing-masing tentang tahap keselamatan yang mesti diambil sebelum
penggunaan alatan berkebun diberikan kepada para pelajar masing-masing. Langkah berhati-
hati iani adalah sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya kemalangan atau perkara
yang tidak diingini sewaktu menggunakan latan berkebun terutamanya alatan yang tajam
seperti cangkul.

Pada pagi kejadian itu juga, tiada seorang guru pun yang membahagi-bahagikan alatan
berkebun itu kedapa para pelajar mereka. Para pelajar dikehendaki untuk mengambil sendiri
alatan berkebun dari bilik stor yang menyimpan alatan tersebut.

9070
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Dalam perbicaraan juga, Puan Hau Kan Yong gagal untuk memuaskan hati mahkamah
mengenai keberadaannya ketika insiden itu berlaku. Yang jelasnya, beliau berada agar jauh
dngan jarak para pelajarnya dan sedang berehat di bawah pokok sambil memandang ke
tempat yang lain.

Menurut keterangan Puan Hau Kan Yong juga, belaiu ada memberikan amaran agar para
pelajarnya supaya berhati-hati sewaktu menggunakan alatan berkebun tersebut, namun
persoalan undang-undang adakah arahan ini mencukupi sekadar amaran biasa sahaja dan
para pelajarnya mungkin tidak mengendahkan amaran beliau sama sekali. Puan Hau Kan
Yong juga memberikan peringatan agar semasa menggunakan cangkul, kedua-dua orang
pelajar mesti dalam kedudukan berhadapan di antara satu dengan yang lain dan menjaraakn
diri mereka 3 atau 4 kaki sesama mereka. Mahkamah mendapati jarak ini adalah tidak
selamat kerana batang cangkul pun berukuran 5 kaki panjang. Puan Hau Kan yong turut
gagal untuk membuktikan bahawa beliau mengarahkan apakah jarak yang selamat untuk
kedua-dua pelajar menjarakkan diri sesama mereka.

Seterusnya, dalam keterangan Puan Hau Kan Yong, mengetakan beliau sendiri yang
memberikan serta mengagihkan alatan berkebun itu kepada para pelajarnya. Namun, pihak
mahkamah agak keberatan untuk menerima keterangan ini. Buktinya, jika Puan Hau Kan
Yong sendiri yang mengaihkan alatan berkebun ini, beliau mestilah sedar bahawa cangkul
yang diambil oleh Raja Aminuddin adalah yang keadaan yang tidak sempurna. Ini kerana
kepaa cangkul tersebut adalah longgar dan tidak sesuai untuk digunakan dalam aktiviti
berkebun.

Dengan alasan-alasan ini, pihak mahkamah membuat keputusan bahawa responden-


responden/defendan-defendan adalah melakukan kecuaian keran kegagalan untuk mengambil
langkah berjaga-jaga dan munasabah dalam keselamatan anak murid sewaktu aktiviti
berkebun dijalankan. Guru juga didapati gagal untuk memeriksa alatan berkebun adalah
selamat sebelum ianya boleh digunakan semasa kelas berkebun dijalankan.

Mahkamah memutuskan responden-responden adalah bertanggungan adalah membenarkan


rayuan dengan kos. Nilai tuntutan adalah sebanyak RM6,000 dan amount ini turut
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak yang bertikai.

10070
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

iii) Di pantai awam sewaktu hujung minggu (Ahad).

Chen Soon Lee lwn. Chong Voon Pin dan lain-lain8

Insiden ini berlaku sewaktu hujung minggu iaitu pada hari Ahad. Defendan-defendan terdiri
daripada Pengetua sekolah dan 2 orang guru yang lain. Atas permintaan murid-murid sendiri,
supaya guru-guru mereka menemani murid-murid dalam satu aktiviti perkelahan di tepi
pantai. Semasa bermain bola (kawasan berair) di dalam laut, beberapa pelajar telah
tenggelam dan mengakibatkan seorang pelajar perempuan telah mati lemas. Waris mendiang
menuntut ganti rugi terhadap defendan-defendan dan mengatakan mereka telah cuai dalm
menjalankan tanggungjawab mereka. Hakim Yang Arif Lee Hun Hoe membuat keputusan
bahawa berdasarkan fakta kes yang membuktikan bahawa para pelajar yang mengusulkan
agar mereka pergi berkelah di pantai tersebut dan memohon agar guru-guru mengiringi
mereka sekali. Tindakan ini membuatkan mahkamah berpendapat, murid-murid ini sudah
bijak dalam membuat keputusan mereka sendiri. Jika guru-guru tersebut boleh menolak
pelawaan para pelajarnya dan para pelajar akan tetap pergi berkelah di pantai tersebut.
Aktiviti tersebut diadakan pada hari Ahad dan defendan-defendan tidak mempunyai
kewajipan untuk menyediakan penyeliaan yang cukup kepada pelajar-pelajar mereka. Di
dalam kes ini, tiada seorang pun menyedari bahawa mereka sedang berkelah di tempat yang
merbahaya.

Pihak mahkamah mendapat bahawa pihak Plaintif telah gagal untuk membuktikan defendan-
defendan telah cuai sehingga mengakibatkan kematian seorang rakan mereka. Fakta di mana
guru-guru telah membahagi-bahagikan mereka kepada tiga kumpulan (satu kumpulan dijaga
oleh seorang guru) dan mereka membuat bulatan dan bermain bola yang dibaling di antara
satu dengan yang lain. Guru-guru turut memberikan amaran agar mereka tidak bermain di
tempat yang dalam atau bahaya. Dan juga, tiada bukti menunjukkan, para pelajar ini bermain
di tempat yang berbahaya/dalam. Namun, malang tidak berbau, sewaktu murid-murid tadi
berebutkan bola, mereka telah berada di dalam laut yang agak dalam dan beberapa pelajar
telah gagal berenang dan lemas. Akhirnya, mereka dapat diselamatkan kecuali si mati yang

8
[1966] 2 ML J 264

11070
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

dijumpai kemudiannya. Walaupun pertolongan kecemasan diberikan. Namun si mati tidak


dapat diselamatkan dan mati akibat lemas.

Berdasarkan alasan-alasan penghakiman tadi, pihak mahkamah membuatkan keputusan


bahawa defendan-defendan tidak bertnaggungan dalam kes ini.

Kesimpulan

Setelah kajian ilmiah dilakukan, kita dapat merumuskan bahawa jika Plaintif (seseorang
pelajar) ingin menyaman Defendan (seseorang guru), pihak Plaintif hendaklah membuktikan
3 elemen utama tort kecuaian iaitu tugas berhati-hati yang undang-undang kenakan terhadap
pihak Defendan kepada pihak Plaintif. Kedua, pihak defendan telah melanggar tugas berhati-
hati tersebut dan akibatnya, eleman yang ketiga, pihak plaintif telah mengalami kecederaan
atau kerosakan.

Berdasarkan tajuk kertas kerja ini, elemen pertama iaitu tugas berhati-hati agak mudah
dibuktikan oleh Plaintif terhadap Defendan. Isu yang agak penting di sini, adakah pihak
Defendan (guru) telah melanggar atau mencabuli tugas berhati-hati tersebut?

Inilah persoalan kajian yang boleh dijawab berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan oleh
pihak mahkamah yang mulia. Mahkamah akan meneliti sama ada defendan telah mengambil
langkah berjaya-jaya yang munasabah menurut undang-undang sebelum memutuskan
defendan didapi brtanggungan atau sebaliknya. Pihak mahkamah juga akan mangbil kira
faktor umur pelajar, jenis aktiviti di dalam atau di luar kelas yang dikendalikan oleh guru
yang berkenaan, alatan yang digunakan sewaktu insiden atau kemalnagn itu berlaku dan lain-
lain faktor yang relevan, sebelum menentukan sama ada tuntutan Plaintif berjaya atau
sebaliknya.

Sesungguhnya zaman yang semakin maju ini, seseorang pendidik mestilah menyiapkan diri
masing-masing dengan sekurang-kurangnya pengetahuan undang-undang yang sewajarnya
dalam menyiapkan diri sebelum berhadapan dengan murid-murid. Cara pendidikan guru pada
masa zaman sebelum kemerdekaan, beberapa tahun selepas kemerdekaan dan pada zaman
generasi Y ini amatlah berbeza sekali. Semakin kita maju, semakin keberkatan ilmu itu sukar
diperolehi oleh anak murid yang semakin bijak dan nakal pada masa kini. Semakin ramai

12070
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

yang lulus peperiksaan tanpa mendapat keberkatan yang hakiki daripada didikan guru
masing-masing.

RUJUKAN

KES

Chen Soon Lee lwn. Chong Voon Pin dan lain-lain [1966] 2 MLJ 264

Kerajaan Malaysia lwn. Jumat Bin Mahmud & Anor [1977] 2 MLJ 103

Mohamed Raihan bin Ibrahim & Anor lwn. Kerajaan Malaysia & Anor [1981] 2 MLJ 27

Zazlin Zahira Haji Kamarulzaman Dan Satu Lagi lwn. Louis Marie Nuebe Rt Ambrose a/l J
Ambrose dan lain-lain [1994] MLJU 35

Buku
Abdul Basit Mohammad & Wan Mahizatul Azura Ramli; 2009 Fitnah Dalam Undang-
Undang Tort Islam dan Undang-Undang Tort Di Malaysia,; Hulu Klang, Selangor Darul
Ehsan DAWAMA,
Norchaya Talib (bersama Saw Tiong Guan); 2006 Prinsip-Prinsip Asas Tort; Petaling Jaya,
Selangor , Thomson, Sweet & Maxwell,.
Norchaya Talib; -Edisi Kedua, 2015, Prinsip-Prinsip Asas Tort; Petaling Jaya, Selangor,
Sweet & Maxwell – Thomson Reuters,.
Tie Fatt Hee, 2002 , Undang-undang Pendidikan Di Malaysia;, Kuala Lumpur,
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd,

13070

Anda mungkin juga menyukai