Anda di halaman 1dari 10

PERBEZAAN ANTARA PEMIMPIN DAN PENGURUS.

JELASKAN KONSEP
KEPIMPINAN DARI PELBAGAI PERSPEKTIF YANG TELAH DIAMALKAN OLEH
PENGKAJI-PENGJAI DAN PERINTIS SERTA PENGAMAL TEORI TERSEBUT

Perbezaan Pemimpin dan pengurus:

PEMIMPIN PENGURUS
Membuat inovasi dengan membuat perubahan Mentadbir iaitu mengikut system prosedur
terhadap organisasi yang betul
Suka akan keaslian iaitu cara dan idea yang Suka meniru orang lain
tersendiri Mengekalkan keadaan sedia ada
Membaiki, membangun, mengembang sesuatu Memberi perhatian kepada system dan struktur
organisasi (prosedur, susur galur, system kerja)
Memberi perhatian kepada semua pekerjanya Bergantung kepada kawalan
Menggalakkan kepercayaan Mempunyai pandangan jangka pendek
Mempunyai pandangan jangka pangjang Suka bertanya (bagaimana dan bila)
Bertanya soalan (apa dan kenapa) Membuat sesuatu dengan betul
Membuat sesuatu dengan betul
Perbezaan pemimpin dan pengurus dari segi definisi:

Pemimpin boleh didefinisikan sebagai cara dan gaya seorang pemimpin dalam menerajui,
merancang, menggeraj, mempengaruhi, mengembang dan melaksanakan sesuatu dengan
berlandaskan visi yang jelas dengan mempertimbangkan segala risiko untuk mencapai matlamat
yang spesifik. Pemimpin juga boleh dan akan mempengaruhi orang lain yang melibatkan ketua
dan pengikut di dalam sesebuah organisasi. Selain itu juga pemimpin melibatkan pengagihan
kuasa kepada pekerja.

Pengurus pula adalah satu pemahaman dalam mentadbir organisasi. Pengurus bertindak
sebagai pengarah dan mengawal sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih untuk
tujuan menyelaraskan dan harmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai matlamat. Pengurus
akan mengurus penggunaan sumber manusia, kewangan, teknologi dan semula jadi di dalam
sesebuah organisasi. Ia juga merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan
fungsi pengurusan
Perbezaan pemimpin dan pengurus dari segi ciri-ciri:

Pemimpin Pengurus
Mempunyai wawasan dan meletakkan gol Memberi motivasi kepada orang bawahan
Mengambil risiko Bijak mengagih-agihkan kerja
Mengguna dan melatih pemimpin yang lain Mengambiltahu dan serba tahu
Menurunkan kuasa Membenarkan kesilapan sebagai pengajaran
Mempercayai dan setia kepada pengikut untuk kearah pembaikan
Berkongsi kejayaan Belajar daripada kesilapan tersendiri
Menerima tanggungjawab Layan setiap kakitangan dengan sama rata
Mempunyai standard etika tersendiri Kerja bersama dan turun padang
Seorang yang tegas

KONSEP KEPIMPINAN DARI PELBAGAI PERSPEKTIF DAN TEORI:

Teori Sifat:

Teori sifat memberi penekanan kepada sifat dan kualiti yang dimiliki oleh seseorang untuk
melayakkan diri mereka menjadi pemimpin. Antara ciri-ciri pemimpin mengikut teori sifat
adalah:

1. Bercita-cita tinggi dan bertenaga


2. Mempunyai kemahuan untuk memimpin
3. Kejujuran dan integrity
4. Berkeyakinan diri yang tinggi
5. Mempunyai tahap kemantapan yang tinggi
6. Berpengetahuan luas dalam tugas yang dillakukan
7. Tidak mempedulikan keperluan pengikut
8. Gagal menjelaskan kepentingan pelbagai sifat relative
9. Tidak mampu memisahkan Antara sebab dan penyebab
10. Membelakangkan factor/ peluang keemasan
Teori tingkahlaku:

Teori tingkahlaku terbahagi kepada dua iaitu berorentasikan tugas dan berorentasikan pekerja.
Berikut adalah dua jenis teori dibawah teori tingkahlaku:

Berorentasikan tugas Berorentasikan pekerja


Memberi tugas dan arahan tertentu Wujudkan hubungan pemimpin dan
kepada subordinate pekerja
Harapan adalah subordinat tekun dan Saling yakin meyakini
berprestasi Hormat dan menghargai sumbangan
Penekanan kepada “deadlines” untuk pekerja
menyiapkan kerja Membantu masalah
Autokratik Memberi galakan
Bergantung kepada kuasa kedudukan Hubungan mersa dengan pekerja
Piawaian yang ketat Memberi peluang pekerja membuat
Kawalan yang ketat keputusan
Teori Kontigensi:

Teori ini mengambil kira factor situasi yang akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinan.
Antara situasi yang terlibat adalah:

1. Situasi tahap struktur tugas yang dijalankan


2. Situasi kualiti perhubungan Antara pemimpin dan ahli
3. Situasi kedudukan kekuasaan
4. Situasi kejelasan pesanan dan arahan kerja
5. Situasi norma kumpulan
6. Situasi kesedian maklumat
7. Situasi penerimaan pengikut terhadap keputusan pemimpin
8. Situasi kematangan pengikut
9. Di dalam teori kontegensi terdapat tiga model iaitu:
10. Model kontigensi Fiedler
11. Model Situasi Hersey Blanchard
12. Model teori Laluan-Matlamat/ganjaran (Evan & House)
Teori Hubungan pertukaran Pemimpin-Pengikut:

Teori ini melibatkan pemimpin melayani staf sama rata dan elak daripada pilih kasih, double
standard dan diskriminasi hubungan berkualiti tinggi Antara pemimpin dan pengikut (berasaskan
kepercayaan dan saling menghormati)
Jelaskan definisi kepimpinan transformasional. Bagaimana seorang pengetua
mengamalkan stail kepimpinan tersebut bagi meningkatkan pencapaian sekolah?

KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL

Maksud kepimpinan Transformasional

Kepimpinan membawa banyak pengertian diaman ia bergantung kepada keperluan dan


kesesuaiannya. Kepimpinan merupakan satu keperluan dalam membina kekuatan organisasi
terutamanya dalam memimpin organisasi dalam mencapai matlamat dan misis yang telah
ditetapkan. Kepimpinan juga merupakan satu proses di mana seorang individu itu iaitu pemimpin
mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat bersama.

Kepimpinan Transformasi mula diperkenalkan oleh Burns (1978). Kepimpinan Transformasional


dianggap sebagai sangat sesuai digunakan dalam organisasi bagi menggantikan kepimpinan
transaksional. Bass telah menghuraikan idea kepimpinan transformasi yang memfokuskan
kepada usaha meningkatkan kesedaran tentang isu kepimpinan di dalam kalangan pengikutnya.
Peningkatan kesedaran ini memerlukan seorang pemimpin itu mempunyai wawasan,
berkeyakinan diri, mempunyai kekuatan dalaman untuk memperjuangkan kebaikan dan
bukannya untuk mengejar kepopularitian ( Carlon & Perrewe, 1995).

Anjakan paradigma dalam kepimpinan transformasional ini adalah ke arah menekankan kepada
konsep kerja secara berpasukan, mewujudkan iklim kerja yang kondusif serta menggalakkan
penglibatan subordinat dalam membuat keputusan bagi kebaikan organisasi. Perubahan yang
dibawa dalam kepimpinan transformasional dianggap lebih demokratik, adil dan mampu
meningkatkan komitmen serta penglibatan individu (Button, 2003). Keunikan kepimpinan
transformasional ialah pada sumbernya iaitu milai peribadi dan kepercayaan seorang pemimpin
itu terhadap perkongsian kepimpinan itu sendiri yang akhirnya membawa kepada kelahiran
daripada pengikutnya sendiri (Hoy & Miskel, 2005). Pemimpin transformasional merupakan
penggerak kepada perubahan dalam organisasinya ataupun dalam institusi sekolah.
MODEL KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL

1. Teori Kepimpinan Transformasional Burns (1978) & Bass (1985)

Menurut Burns (1978), asas teori kepimpinan transfrormasional adalah pada hubungan
interpersonal, motif dan nilai. Matlamat teori transformasi Burns (1978) adalah untuk
meningkatkan nilai moral dan motivasi pengikutnya. Peningkatan ini dilakukan sehingga
subordinatnya boleh berfikir tentang apakah yang boleh disumbangkan kepada organisasinya.

Konstruk kepimpinan transformasional dikaji berdasarkan kepada teori yang dibina oleh Burns
(1978) dan dimurnikan oleh Bass (1985) yang terdiri daripada emapt aspek utama iaitu pengaruh
yang ideal atau karisma, rangsangan intelek, pertimbangan individu dan motivasi berinspirasi.
Kesemua konstuk ini merupakan amalan dimensi yang dilakukan dalam kepimpinan
transforamsional. Berikut merupakan huraian kepada setiap amalan dimensi yang diutarakan.

I. Pengaruh yang ideal atau karisma (Charismatic Leadership or Idealized


Influence)

Pemimpin transformasional dianggap sebagai “role model”, dihormati, dan dikagumi oleh
subordinatnya. Pemimpin trnasformasional juga digambarkan seorang pemimpin yang
mempunyai matlamat dan misi yang jelas serta berani dalam menghadapi sebarang risiko yang
akan dihadapi pada masa hadapan. Bass (1985) menggariskan bahawa pengaruh yang
ditunjukkan dalam kepimpinan ini apabila seorang pemimpin itu menetapkan matlamat untuk
dicapai dan memimpin subordinatnya untuk mejayakan matlamat dan menunjukkan teladan yang
baik. Pemimpin yang mempunyai sifat karismatik juga merupakan seorang pemimpin yang
unggul dan meletakkan harapan yang tinggi terhadap keupayaan subordinatnya. Karisma
pemimpin trnasformasional terserlah dengan keyakinan yang ditunjukkan dalam setiap tindakan
mereka. Pemimpin yang berkarismatik juga sanggup berkorban demi kepentingan organisasi dan
optimis terhadap misi dan visi yang ingin dicapai mereka.
II. Motivasi berinspirasi (Inspirational Motivation)

Berdasarkan tingkah laku seorang pemimpin transformasional, mereka mampu untuk


memotivasikan subordinatnya dan juga dapat menaikkan semangat juang serta berupaya
menyahut cabaran yang bakal tiba. Menurut kajian yang dilakukan oleh Button (2003),
pemimpin yang berkesan adalah seorang pemimpin yang mempunyai motivasi yang tinggi yang
membolehkan subordinatnya terus berusaha untuk mencapai matlamat.

III. Rangsangan Intelek ( Intellectual Stimulation )

Pemimpin transformasional secara tidak langsung menggalakkan subordinatnya untuk berfikir


secara keratif dan kritis bukannya hanya menyalahkan orang lain keatas masalah yang melanda
mereka. Pemimpin trnasformasi bertindak balas secara berbeza dalam menyelesaikan masalah.
Faktor ini menggalakkan pemikiran yang baru dalam menyiapkan sibordinat untuk
mengahadapai sebarang masalah.

IV. Pertimbangan individu ( Individualized Consideration )

Pemimpin transformasi menganggap subordinatnya sebagai seorang individu yang perlu


dihormati. Pemimpin ini akan mewujudkan satu persekitaran yang selesa dalam kalangan
subordinatnya dengan sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada mereka. Pemimpin
menghormati segala keputusan yang diberikan oleh subordinat walaupun keputusan tersebut
tidak begitu sesuai. Interaksi antara pemimpin dengan subordinatnya membina hubungan kerja
yang kondusif kerana pemimpin transformasi sangat oeka terhadap subordinatnya.

Rajah 1.1 dibawah menunjukkan ringkasan kepada Teori kepimpinan Transformasional yang
diperkenalkan oleh Burn (1978) dan Bass (1985).
2. Teori Kepimpinan Transformasional Leithwood (1994)

Model kepimpinan Leithwood menjelaskan tentang komponen kepimpinan transformasi. melalui


dimensi membina visi dan matlamat sekolah, menyediakan ransangan intelektual, menawarkan
sokongan secara individu, menjadi teladan terhadap nilai-nilai penting organisasi, menunjukkan
prestasi kerja yang tinggi, membina budaya sekolah yang kreatif dan membangunkan struktur
dan menggalakkan penglibatan dalam proses membuat keputusan.

Pemimpin trnasformasional menurut Leithwood memperlihatkan kepimpinan yang tinggi melalui


komtimen yang diberikan terhadap matlamat dengan menggalakkan penglibatan guru,guru,
membangunkan intelek serta merangsang motivasi guru agar memberikan komitmen yang baik.
Amalan kepimpinan jenis ini dapat mewujudkan budaya sekolah yang kreatif terutamanya dalam
cara berfikir untuk menyelesaikan masalah. Leithwood (1994) menggariskan tujuh komponen
dalam model teori ini iaitu:

1. Membina visi dan matlamat sekolah


2. Menyediakan rangsangan intelektual
3. Menawarkan sokongan secara individu
4. Menjadi teladan terhadap nilai-nilai penting organisasi
5. Menunjukkan potensi kerja yang tinggi
6. Membina budaya yang kreatif
7. Membangunkan struktur dan menggalakkan penglibatan dalam proses membuat
keputusan
3. Teori Kepimpinan Transformasional Slocum dan Hellriegel (2007)

Teori yang dibina oleh slocum dan Hellriegel (2007) menjadikan teori Bass sebagai asas
kepada factor-faktor yang membentuk kepimpinan transformasional. Namun, teori ini dijelaskan
secara lebih sistematik yang sesuai dengan pentadbiran pengetua jika dijalankan dalam situasi
persekolahan. Slocum dan Hellriegel (2007) membahagikan empat dimensi utama dalam
kepimpinan transformasional iaitu motivasi berinspirasi dimana pemimpin mencetuskan inspirasi
di kalangan pengikutnya. Dimensi kedua ialah membina rangsangan intelektual dimana
pemimpin transformasional mewujudkan kebijaksanaan dan rasionalliti subordinat untuk
menjadi lebih kreatif terutama dalam aspek menyelesaikan masalah. Diemnsi ketiga ialah
memupuk pengaruh yang ideal dan yang keempat ialah pertimbangan berasaskan individu.

Sebagai menjawab persoalan yang kedua iaitu bagaimana pengetua mengamalkan cara
kepimpinan transformasional untuk meningkatkan pencapaian sekolah ialah dengan merujuk
kepada model Slocum dan Hellriegel (2007). Model ini lebih sesuai untuk diamalkan di sekolah
kerana ia selari dengan situasi semasa berdasarkan interpretasi serta keperluan dengan keadaan
sekolah pada masa kini. Secara ringkasnya, amalan model ini diterangkan dalam kerangka kajian
1.2 dibawah.

Rajah 1.2 Sistem Pengamalan Kepimpinan Transformasional Pengetua berdasarkan Model


Slocum & Hellriegel (2007)

Anda mungkin juga menyukai