Anda di halaman 1dari 12

ETIKA KOD ETIKA KEPENTINGAN

Berasal daripada Bahasa Inggeris ethic iaitu

Bahasa Greek ethos .

Maksud : sikap atau adat yang menentukan tingkah

Definisi Etika laku sesuatu golongan.

Satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan

manusia atau organisasi yang meliputi aspek-aspek

tertentu.
Contoh yang dimaksudkan ialah :
Aspek-aspek moral yang baik dan buruk.
Betul dan yang salah. tujuan memberi garis panduan kepada
ahli-ahli berkenaan.

Masyarakat pula menggunakan etika itu untuk menganalisis, menilai dan

menentukan sama ada tingkah laku manusia telah mengikut peraturan yang

ditetapkan.
Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang
tersendiri.

Setiap guru dikehendaki mematuhi kod etikanya sendiri demi menjaga status,
akhlak dan maruah dalam profesion keguruannya.

Di Malaysia, Tatasusila Profesion Keguruan yang disarankan oleh Kementerian


Pendidikan merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej
profesionnya
Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru


terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas
tentang tanggungjawab mereka.

Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat
keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih
dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan
berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika
dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta
memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi
Tanggungjawab guru
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan
warganegara yang berilmu,yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya
usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi,
kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab
mebimbing anak muda untuk mecapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini, kami menerima Tatasusila berikut
sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya
Tanggungjawab terhadap pelajar
Tanggungjawab terhadap ibu bapa
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan
Tanggungiawab terhadap pelajar

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada

hal-hal lain.

Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor

jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali

kepada mereka yang berhak mengetahuinya.


Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam

matapelajaran lain yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat

memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan,

lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar

supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya


Menghormati tanggungiawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan

dengan rumah tangga.

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga

atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali

kepada mereka yang berhak mengetahuinya.


Memberikan maklumat kepada ibu-bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan

maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu

bapa pelajar.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh

menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Anda mungkin juga menyukai