Anda di halaman 1dari 2

SUNTIKAN KBAT

TINGKATAN 4
BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISAM DAN PERKEMBANGANNYA
DI MAKKAH
1.

Pada pandangan anda, mengapakah masih ada anggota masyarakat kita yang
bersikap jahil?
Pada pandangan saya, masih ada dalam kalangan masyarakat kita yang
bersikap jahil kerana kekurangan ilmu pengetahuan dan didikan agama. Pemikiran
yang cetek telah menyebabkan mereka bertindak tanpa batasan. Kekurangan
didikan agama pula menyebabkan mereka tidak takut akan Tuhan. Hal ini
menyebabkan mereka berani bertindak zalim dengan menindas golongan yang
lemah.
[Jawapan yang munasabah diterima]

2.

Berdasarkan pemerhatian anda, adakah unsur-unsur jahiliah masih wujud dalam


masyarakat hari ini? Berikan bukti.
Sememangnya unsur-unsur jahiliah masih wujud dalam kalangan
masyarakat kita. Buktinya, pembunuhan kanak- kanak termasuklah anak lelaki.
Kedudukan wanita dianggap rendah sehingga diperlakukan dengan zalim seperti
kes-kes rogol. Selain itu, golongan peniaga sanggup melakukan penyelewangan
seperti memasukkan bahan kimia yang beracun dalam makanan, terutamanya
susu bayi semata-mata untuk mengaut keuntungan. Golongan peminjam wang
haram pula melipatgandakan riba dan membuat ugutan bunuh termasuk kepada
ahli keluarga penghutang sekiranya gagal membayat hutang. Hal ini
mengakibatkan penghutang terpaksa membunuh diri atau ahli keluarganya juga.
[Jawapanyang munasabah diterima]

3.

Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berbeza budaya dan
agama. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengelakkan daripada
perasaan assabiah?

Pada pandangan saya, melalui sistem pendidikan kita perasaan assabiyah


dapat dihapuskan. Misalnya, pendidikan moral menekankan pemahaman budaya
dan agama pelbagai kaum. Pendidikan Sivik dan Kenegaraan melaksanakan
projek-projek untuk menggalakkan perpaduan kaum. Di samping itu, bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan menghubungkan kita dengan erat sebagai
rakyat Malaysia. Selain itu, aktiviti sukan dan berpersatuan menyatukan kita
sebagai bangsa Malaysia yang bersatu-padu.
[Jawapanyang munasabah diterima]
4.

Pada pendapat anda, bagaimanakah pengamalan sifat-sifat terpuji Nabi


Muhammad SAW dapat membantu kita menjadi individu yang dipandang tinggi
dalam masyarakat?
Pada pendapat saya, sifat amanah yang diamalkan menjadikan kita individu
yang dipercayai sepenuhnya oleh rakan-rakan dan masyarakat. Di samping itu,
sikap merendah diri dan bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat sama
ada kaya atau miskin menjadikan kita disenangi dan dihormati oleh semua orang.
[Jawapanyang munasabah diterima)

5.

Sebagai seorang remaja, kadang kala idea dan tindakan anda tidak ditentang oleh
rakan- rakan. Bagaimanakah anda mengatasi cabaran ini?
Apabila idea dan tindakan saya tidak difahami dan ditentang oleh rakanrakan, saya mestilah muhasabah diri. Saya juga akan memikirkan cara untuk
menyampaikan pemikiran dengan sudut pandangan yang berbeza dan dan
sentiasa bersangka baik supaya tindakan yang akan diambil lebih rasional. Saya
juga tidak akan bertindak terburu-buru dan akan mengambil kira perasaan orang
lain supaya semua pihak mendapat keuntungan daripada idea dan tindakan yang
akan dilakukan.
[Jawapanyang munasabah diterima]

Anda mungkin juga menyukai