Anda di halaman 1dari 1

Pada masa ini, Encik Shamsil tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap

strategi untuk pemasaran produk kerana permintaan nenas MD2 terlalu tinggi dan

banyak berbanding pengeluar akibat daripada serangan wabak Covid-19 kerana

nenas MD2 mempunyai banyak khasiat antaranya dapat mencegah dari penyakit

kanser.

Walau bagaimanupun, beliau berhasrat untuk mengeluarkan produk-produk yang

berasaskan nenas. Hal ini kerana beliau ingin mengelakkan pembaziran terhadap

nenas yang tidak boleh dipasarkan kerana luarannya tidak cantik atau saiz yang

terlalu besar untuk penjualan. Produk-produk tersebut adalah seperti jem, air jus,

kuih-muih, pudding atau jeli dan sebagainya.

Selain itu, beliau juga dalam perancangan untuk membuka sebuah restoran di dalam

salah satu ladang yang ditaja oleh KEDA yang berasaskan nenas seperti yang

terdapat di Cameron Highland yang berasaskan stroberi. Beliau bercadang untuk

membuka restoran berkonsepkan santai dan relaks dengan menikmati produk-

produk nenas serta pemandangan yang cantik. Restoran tersebut dijangkakan akan

beroperasi pada hujung tahun ini.

Anda mungkin juga menyukai