Anda di halaman 1dari 3

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan

semakin terpinggir dan diancam dengan sikap rakyat Malaysia dan


dominasi Bahasa Inggeris. Bincangkan.
BAHASA PERPADUAN

Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa perpaduan sebab penguasaaan Bahasa


Melayu yang baik oleh rakyat menjadikan komunikasi antara kaum berkesan. Hal
ini seterusnya mewujudkan sikap toleransi dan saling memahami dan
menghormati antara rakyat Malaysia. Namun, Bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan semakin terpinggir dan diancam. Hal ini bukan sahaja berlaku dalam
kalangan rakyat, bahkan juga berlaku dalam kalangan pemimpin.
Di sekolah, murid-murid telah menggunakan beban mempelajari ketiga tiga
bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda sebagai alasan
tidak mempunyai masa untuk mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu.
Masyarakt pula banyak menggunakan bahasa ibunda, Bahasa Inggeris atau
bahasa campuran dalam pergaulan seharian dan tempat kerja. Pemimpin-
pemimpin juga banyak menggunakan Bahasa Melayu ketika ditemu bual dan
menyampaikan maklumat melalui media massa seperti laman web dan televisyen.
Semua amalan ini disebabkan oleh sikap rakyat Malaysia yang tidak
berkeyakinan terhadap bahasa kebangsaan negara kita. Persepsi ini menyebabkan
mereka tidak menunjukkan kesungguhan untuk mempertahankan kedudukan
Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.
BAHASA ILMU
Di negara yang berkembang dengan pesat dan maju seperti Korea dan Jepun,
mereka tetap mempertahankan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa ilmu pada
masa yang sama mereka mempelajari Bahasa Inggeris. Namun, senario yang
berlaku di negara kita ialah Bahasa Inggeris telah menggantikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu.
Akta 1996 dan Akta IPTS 1996 yang meluluskan penggunaan Bahasa Inggeris
dalam Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) telah mendorong fenomena
Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu. Keadaan ini bertambah teruk apabila gejala
globalisasi berlaku dalam masyarakat yang mana mereka tidak lagi
mempertahankan Bahasa Melayu, tetapi menitikberatkan ahasa utama dunia iaitu
Bahasa Inggeris, pendidikan ibu bapa yang mementingkan Bahasa Inggeris
menyebabkan banyak generasi muda mahir dalam Bahasa Inggeris. Namun,
mereka amat lemah dalam bahasa ibunda dan Bahasa Melayu.
Selain itu, kekurangan bahan rujukan dan buku teks yang ditulis dalam Bahasa
Melayu sama ada karya asli ataupun terjemahan telah menyebabkan Bahasa
Melayu terpinggir dalam bidang pendidikan. Hal ini memang perlu
dititikberatkan dan diatasi oleh pihak pendidik. Namun, hanya sebilangan kecil
pejuang bahasa yang sudi bergiat di barisan hadapan untuk memperkukuh
kedudukan Bahasa Melayu.
KONKLUSI
Pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk menyedari betapa pentingnya
mempertahan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa
perpaduan. Bahasa menunjukkan bangsa. Oleh itu, sikap rakyat terhadap bahasa
kebangsaan turut menunjukkan sikap rakyat terhadap bangsa Malaysia.

Dengan memberikan lima contoh gambar, bincangkan kesalahan dan


kesilapan bahasa yang selalu anda temui dalam aspek pengiklanan.
Sila rujuk dokumen yang dimuat turun.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, memartabatkan Bahasa Melayu


sewajarnya dipikulkan bersama-sama tanpa mengira etnik. Bincangkan,
bagaimanakah anda boleh membantu kerajaan dalam usaha
memartabatkan Bahasa Melayu ini.
Sebagai seorang pendidik di Malaysia, saya akan memartabatkan Bahasa Melayu
dengan menggunakan Bahasa Melayu dalam pergaulan seharian. Amalan ini
bukan sahaja melatih diri saya fasih dalam Bahasa Melayu, bahkan juga
menjadikan diri role model yang baik untuk membawa pengaruh postif kepada
anak-anak murid yang lebih mementingkan Bahasa Inggeris dalam kehidupan
mereka.
Selain itu, saya yang berperanan sebagai guru perpustakaan turut boleh
menjalankan kem membaca buku Bahasa Melayu. Dalam program ini, buku-buku
cerita dan novel yang menarik akan diperkenalkan kepada para pelajar demi
menimbulkan keminatan mereka terhadap menerokai bidang ilmu Bahasa
Melayu.
Akhir sekali, minggu Bahasa Melayu boleh dilaksanakan di sekolah. Sepanjang
minggu Bahasa Melayu, pertandingan syarahan, permainan bahasa, pertandingan
menulis esei dan program lain boleh dilancarkan di sekolah. Menerusi minggu
Bahasa Melayu, pelajar akan mengetahui bahawa Bahasa Melayu bukan satu
bahasa yang sukar dikuasai. Pengalaman ini turut membuka minda pelajar tentang
betapa pentingnya Bahasa Melayu sebagai alat yang dapat merapatkan hubungan
antara mereka yang daripada latar belakang yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai