Anda di halaman 1dari 2

Ketahuilah Allah s.w.

t menjadikan malam supaya udara menjadi dingin, bahkan supaya haiwan-haiwan dapar merasakan ketenangan dan ketenteraman. Allah menjadikan malam tidak gelap-gelita tanpa cahaya sama sekali, sehingga dapat digunakan untuk melakukan suatu pekerjaan. Manusia pun sering kali melakukan pekerjaannya di waktu malam, kerana suatu kedaruratan atau sempitnya waktu di siang hari. Hal ini terjadi, mungkin kerana di siang hari udara terlalu panas atau ada sebab-sebab lain. Kerana itu cahaya bulan di malam hari merupakan pertolongan yang diperlukan manusia untuk keperluan tersebut. Terbitnya bulan pada sebahagian malam, dengan cahaynya yang lebih rendah berbanding sinar dan panasnya matahari, tidak lain ialah supaya manusia tidak melakukan kegiatan yang sama dengan kegiatannya di siang hari. Kalau antara kegiatan siang hari dan malm hari itu sama, maka tentulah manusia akan kehilangan ketenangan, dimana hal ini akan membahayakan kesihatannya sendiri. Di antara keagungan hikmah Allah itu ialah menciptakan cakerawala yang menjadi pelengkap untuk tetapnya alam semesta ini, yang kelihatannya kekal untuk sepanjang masa dan tidak pernah berubah. Dalam masalah besar ini manusia pun telah dicukupkan Allah, yang tiada kekuasaan dan tiada upaya untuk memperbaiki alam semesta ini seandainya terjadi perubahan hebat, perubahan yang mengakibatkan kejadian dahsyat di permukaan bumi ini. Apa sebabnya demikian? Sebab tegaknya bumi ini selalu berhubungan dengan langit, bahkan semua itu mngikut kekuasaan Pencipta yang maha Suci. Sungguh , tiada cacat tiada cela dan tiada sesuatu pun yang ketinggalan dari ketentuan-Nya demi manfaat alam semesta.

Maha suci Allah yang maha Mengetahui lagi maha Kuasa.

(Imam al-Ghazali. Rahsia danhikmah kejadian alam dan penciptaan manusia)

Putaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan PEREDARAN SIANG DAN MALAM.

Hikmah Kejadian SIANG


1. Allah swt mencipta siang bagi membolehkan manusia mencari kerja dan rezeki pada waktu ini. 2. Para pelajar menggunakan waktu siang untuk ke sekolah menuntut ilmu, bersukan, dan melakukan pelbagai aktivi lain pada waktu siang. 3. Waktu siang juga digunakan untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan komuniti bagi mengeratkan silaturrahim sesama anggota masyarakat seperti kenduri-kendara, gotong-royong dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai