Anda di halaman 1dari 6

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Sesebuah organisasi memerlukan satu sistem yang khusus bagi


memudahkan dan mempercepatkan proses kerja dalam usaha meningkatkan
kecekapan dan produktiviti organisasi mereka. Kewujudan sistem yang baik,
bersistematik dan selamat amat bermakna bagi pihak pengurusan organisasi untuk
menyelia segala maklumat yang ingin dilaksanakan perlu dianalisa dan direkabentuk
terlebih dahulu untuk memastikan perlaksanaan sistem itu kelak adalah mudah
difahami oleh pengguna akhir. Jika sistem pengurusan data secara berpusat
digunakan untuk memudahkan pencarian maklumat operasi berikutan kesemua
maklumat akan digabungkan pada satu pangkalan data. Salah satu aplikasi
berkomputer yang sering digunakan adalah dalam bidang pengurusan inventori.
Semua inventori barang diletakkan dalam satu pangkalan data berpusat dan aplikasi
tambahan seperti tempahan dan pesanan dimasukkan untuk supaya sistem
menghasilkan satu sistem inventori yang bersistematik.

Bagi mengejar arus perubahan ini, maka setiap organisasi harus merebut
peluang dengan menggunakan kelebihan dan teknologi sedia ada. Atas kesedaran
ini, satu langkah inisiatif telah diambil dengan membangunkan satu Sistem
Pengurusan Inventori berasaskan web untuk diimplementasikan di Jawecom
Trading, Setia Alam, bagi mengurus dan mengawal aliran keluar masuk stok untuk
kegunaan organisasi untuk mengenalpasti stok semasa membantu organisasi dalam
membuat perancangan yang lebih tepat dari segi pembelian stok dan pengawalan
kos yang perlu dibiayai oleh organisasi.
1.2 LOKASI KAJIAN – JAWECOM TRADING, SETIA ALAM, SELANGOR

Jawecom Trading atau lebih dikenali dengan nama Jawecom PC merupakan


syarikat kedai komputer persendirian yang beroperasi di Setia Alam, Selangor.
Syarikat ini ditubuhkan pada 16 September 2016. Kami menyediakan pelbagai
perkakasan dan perkhidmatan dalam industri IT ini.

Produk IT kami terdiri daripada pemproses, Random Access Memory (RAM),


kad grafik, cakera keras, Solid State Drive (SSD), penyejuk udara, penyejuk cecair,
casing dan pelbagai lagi. Kami juga menyediakan perisian tulen dari Microsoft.

Selain itu, kami juga merupakan Authorized Seller untuk kebanyakan jenama
seperti Zotac, Segotep, Aigo, Anda-Seat dan banyak lagi. Kami sentiasa memantau,
mengkaji dan mengemas kini proses dan prosedur kami untuk memastikan kepuasan
pelanggan serta meningkatkan produktiviti syarikat.

Rajah 1 Logo Jawecom Trading


Rajah 2 Pelan Dan Peta lokasi Jawecom PC di Seria 88 Business Centre,
Setia Alam.
1.3 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengurusan organisasi masih mengekal dan menggunakan kaedah


pengurusan manual. Pengurusan stok masih mengekalkan 80% pengurusan secara
tradisional. Dalam usaha untuk menjadikan Jawecom yang bukan sahaja tertumpu
untuk berusan jual beli, struktur organisasi Jawecom mencari pelbagai alternatif
menjadikan sistem pengurusan oraganisasi lebih teratur dan efektif.

Dalam usaha ini, masalah utama ialah organisasi tidak mempunyai satu
sistem pengurusan inventori yang teratur apabila jumlah stok seperti, Random
Access Memory (RAM), kad grafik, cakera keras, Solid State Drive (SSD), penyejuk
udara, penyejuk cecair, casing dan pelbagai lagi. Sebahagian rekod-rekod lama telah
dikemaskini menggunakan Microsoft Excel. Ekoran daripada itu, pelbagai isu timbul
terutama dari sudut pengurusan, operasi dan perancangan strategik. Daripada aspek
pengurusan, kelemahan sistem yang tidak terpusat akan menyukarkan proses
pengurusan seperti mengenalpasti kuantiti dan status barang tersebut.

Selain itu, ia juga mendatangkan masalah dari segi komunikasi, pengurusan


laporan, pemantauan dan analisa maklumat dan laporan kerana setiap entiti yang
terlibat dalam penggunaannya terdiri dari pelbagai kategori yang berbeza.Sistem
pengurusan inventori yang sistematik mengikut keperluan pengguna diperlukan
dalam organisasi pengurusan Jawecom Trading kerana dapat memberi impak besar
dalam pengurusan organisasi. Sistem yang dihasilkan berasaskan keperluan
organisasi tersebut adalah satu kelebihan dan berguna kerana organisasi seperti
Jawecom Trading ini perlu tahu apa yang mereka perlu dan kehendaki dalam sistem
yang hendak dibangunkan. Jadi dengan adanya satu sistem pengurusan rekod yang
teratur berasaskan web ini akan memudahkan pihak pengurusan, organisasi para
pekerja Jawecom Trading.
1.4 PENYATA MASALAH

Antara masalah yang dapat dikenalpasti ialah:

1. Pengurusan keluar masuk inventori yang tidak efisien.


2. Tahap keselamatan data inventori yang lemah.
3. Kesilapan ketika menaip invois secara manual

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif bagi membangunkan sistem ini adalah seperti berikut:

1. Memudahkan proses menyimpan, mengemaskini dan carian berkaitan


inventori yang dapat dicapai oleh pengguna seperti status item atau barang
dan harga item
2. Memastikan hanya pihak pengurusan yang dapat mengakses data inventori.
3. Mengkaji perjalanan sistem manual yang sedia ada untuk digantikan dengan
sistem baru yang lebih teratur dan sistematik.

1.6 SKOP PROJEK

Antara skop projek bagi membangunkan sistem ini adalah seperti berikut:

1. Sistem ini dibangunkan hanya untuk kegunaan pengurusan Jawecom PC


dalam mengurusan inventori melibatkan pihak pengurusan dan para pekerja.
1.7 KEPENTINGAN PROJEK

Pembangunan sistem pengurusan inventori dan tempahan berasaskan web


ini adalah penting sebagai alat atau cara untuk menjadikan pengurusan Jawecom
Trading lebih sistematik dan efisien dalam menguruskan hal berkaitan pengurusan
rekod item Penggunaan teknik dan model dalam sistem inventori yang dibangunkan
ini membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan, merancang pembelian
stok bahan untuk mengawal kos yang diperlukan.

1.8 KESIMPULAN

Pembangunan sistem pengurusan inventori berasaskan web bagi


menggantikan sistem manual yang sedia ada berdasarkan skop pembangunan yang
dinyatakan adalah untuk menjadikan pengurusan sistem inventori mencapai objektif
yang telah ditetapkan. Pembangunan sistem ini akan memudahkan semua pihak
yang terlibat di dalam pengurusan organisasi dimana masalah-masalah yang telah
dihuraikan sebelum ini. Projek yang dibangunkan ini juga telah dirancang mengikut
masa yang telah ditetapkan. Perancangan projek ini dibuat menggunakan Carta
Gantt yang dilampirkan di LAMPIRAN A

Anda mungkin juga menyukai