Anda di halaman 1dari 7

SINTAKSIS

Jenis Ayat : Ayat Penyata


: Ayat Tanya
SINTAKSIS

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses


pembinaan ayat.
Sintaksis juga bermaksud bidang yang mengkaji hukum atau
rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk
membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Ayat Penyata

 Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan


melakukan suatu penyataan atau mengemukakan keterangan
tentang sesuatu perkara.
 Oleh itu, ayat penyata sering juga disebut ayat keterangan.

Contoh :
1. Bapa saya seorang wartawan.
2. Saya suka makan nasi lemak.
Ayat Tanya

 Ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan


sesuatu hal atau perkara.
 Intonasi berbeza daripada ayat penyata dari segi
nada akhirnya, iaitu nada menaik.
 Dalam bahasa tulisan, ayat tanya digambarkan
melalui penggunaan tanda tanya pada akhir ayat.
 Contoh: (Ayat tanya tanpa kata tanya)
Semua pelajar ada di dalam kelas?
Ada anak emas di dalam kelas ini?
 Penggunaan partikel -kah dapat ditambah pada
unsur yang menjadi fokus atau judul yang
ditanyakan.
 Biasanya
diletakkan pada hujung ayat tanpa
melakukan sebarang perubahan pada struktur
ayat.

 Contoh: (Ayat tanya tanpa kata tanya)


Semua pelajar ada di dalam kelaskah?
Ada anak emas di dalam kelas inikah?
 Meletakkan unsur yang menjadi fokus atau judul yang
ditanyakan itu pada bahagian awal ayat, iaitu frasa
predikat yang disertai oleh partikel -kah dikedepankan.

 Contoh: (Ayat tanya tanpa kata tanya)


Ada di dalam kelaskah semua pelajar?
Di dalam kelas inikah ada anak emas?
 Terdapat juga ayat tanya yang menggunakan kata tanya
seperti apa, siapa, mengapa, kenapa, bagaimana, bila
dan berapa.

 Contoh: (Kata tanya di akhir ayat)


Kamu semua siapa?
Rumah kamu di mana?

 Contoh: (Kata tanya di awal ayat + kah)


Siapakah kamu semua?
Di manakah rumah kamu?

Anda mungkin juga menyukai