Anda di halaman 1dari 42

SEMINAR BAHASA MELAYU

KERTAS 1
SPM 2014







SAZALI BIN IBRAHIM
PPeennoolloonngg KKaannaann PPeennttaaddbbiirraann
SSMMKK LLaalloohh,, KKuuaallaa KKrraaii,, KKeellaannttaann



Blog: http://cikgusazali.blogspot.com





1
OBJEKTIF UJIAN


ATTITUDE
(AKUR ARAHAN)
PATUHI BILANGAN PERKATAAN DAN
JAWAB SEMUA SOALAN

KNOWLEDGE
(JAWAPAN TEPAT DAN LENGKAP)
JANGAN TULIS DALAM BENTUK POINT
SETIAP JAWAPAN LENGKAP DENGAN SUBJEK DAN PREDIKAT





SKILLS
(TEKNIK MENJAWAB)
KARANGAN DIPERIKSA

SECARA IMPRESSION

Karangan A Karangan B
Masa : 45 minit
Perkataan : 200 250 pp
Halaman : 2 muka surat
Perenggan : 5 (1 + 3 + 1)
Pendahuluan
3 isi
Kesimpulan







Markah : 30 markah
Masa : 90 minit
Perkataan : Lebih 350 pp (+500pp)
Halaman : 4 muka surat
Perenggan : 7 (1 + 5 + 1)
Pendahuluan
5 isi (80 100)
4 isi (66 79)
3 isi (51 65)
Kesimpulan
Markah : 100 markah
3







Bahagian A Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
(30 markah)


KRITERIA PENSKOH.AN


PERINGKAT MARKAI-J" KRITERIA


Cen1erlang


















Kepujian


26 - 30
(28 - 30)
(26 - 27)









.

20 - 25
~3qS~r)
~ Karangan menepatii Ien"ta ba h an ran.gsangan.

.. Bahasa gr-arriatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan
tanda baca b e ru l dan te p at. Ej aan rn errgik ut S istem
Ejaan Rurni Bahan.!. Penggunaan k.osa kata ]1.1a5
dan tepat_

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan
bervariasi _dan rn e n g g u n a k.an ungkapan yang
menarik_

.. Idea relevan cl e ri g a ri t e rn a bahan ra ng s a n g a n
dan dihuraikan denganjela.s dan n"latallg_


-t-t..9QSQn
co .Karan g an menepati ~ bahan r-ang sarrg an.
(23 - 25)
(20 - 22)










~'<Ungkapan menarik
Bahasa grarnatis dari segi kata dan a.y at. Tanda baca
betul dan te.p at , Ejaan rrre.n g ik ur S'is terri Ejaan R'u rn i
Baharu_ Penggunaan kosa kata Iu a s.

.. \Vacananya Jen g k a.p, Unsur bahasa yang diguuakan
be.rvariaai.

E> Idea relevan dcngan t e rn a bahan r a n g s a n g an
dan dihuraikan denga.n jelas_




p e ri b a h a sa , p a n t u n ; cogan kala, .irasa m e n a r ik , pelikan
u c ap a n ; k a t a=ka t a h i k rna r , p eri k a n h a d i s , m a ks u d ay a r
AI-Ouran dan lain-lain.
KARANGAN MENEPATI TUGASAN
BAHAN RANGSANGAN

tentang langkah-langkah menjaga keselamatan kanak-kanak. (SPM JUN 2014)


tentang langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya. (SPM JUN 2013)

tentang kepentingan memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di negara kita.
(SPM JUN 2013)


tentang faedah-faedah menggunakan perpustakaan (SPM JUN 2012)
tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena dengan sambutan Hari
Kebangsaan negara kita. (SPM JUN2012)


tentang kepentingan pengangkutan awam di negara kita (SPM JUN 2011)
tentang faedah-faedah belajar secara berkumpulan. (SPM NOV 2011)


tentang punca-punca pencemaran udara (SPM JUN 2010)
tentang cara-cara menjalani kehidupan yang sihat. (SPM NOV 2010)


tentang sumbangan-sumbangan yang dapat diberikan untuk membantu mangsa banjir
(SPM JUN 2009)
tentang faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai badan beruniform. (SPM NOV 2009)


tentang punca-punca pencemaran sungai. (SPM NOV 2008)
WACANANYA LENGKAP



Kohesi
Kesepaduan antara satu perenggan
dengan perenggan yang lain




Koheren
Kesepaduan antara ayat dengan ayat
yang lain dalam sesebuah perenggan
CONTOH
IDEA RELEVAN DENGAN TEMA
BAHAN RANGSANGAN


Semua ayat topik, huraian, sokongan dan
penegasan MESTILAH relevan dengan
tema soalan





1. Pastikan pendahuluan LEBIH PENDEK

daripada mana-mana perenggan isi.

2. Pastikan perenggan isi SEIMBANG dari segi

baris.

3. Setiap perenggan isi SEBOLEH-BOLEHNYA

mengandungi 70 80 patah perkataan.

70 x 3 isi = 210 patah perkataan

80 x 3 isi = 240 patah perkataan



ANALISIS SOALAN


* Tugasan
Selepas perkataan tentang sehingga ayat

itu berakhir.


tentang kepentingan memelihara dan memulihara

bangunan bersejarah di negara kita.











Kata Kunci Tema
Kepentingan Bangunan bersejarah
SIMBIOSIS TUGASAN, KATA KUNCI,
TEMA


tentang langkah-langkah menjaga keselamatan kanak-kanak.
(SPM JUN 2014)



tentang langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya.
(SPM JUN 2013)
tentang kepentingan memelihara dan memulihara bangunan-bangunan
bersejarah di negara kita. (SPM JUN 2013)


tentang faedah-faedah menggunakan perpustakaan



(SPM JUN 2012)
tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena
dengan sambutan Hari Kebangsaan negara kita. (SPM JUN2012)


tentang kepentingan pengangkutan awam di negara kita


(SPM JUN 2011)
tentang faedah-faedah belajar secara berkumpulan. (SPM NOV 2011)
SIMBIOSIS TUGASAN, KATA KUNCI,
TEMA




tentang punca-punca pencemaran udara (SPM JUN 2010)
tentang cara-cara menjalani kehidupan yang sihat. (SPM NOV 2010)



tentang sumbangan-sumbangan yang dapat diberikan untuk membantu
mangsa banjir
(SPM JUN 2009)
tentang faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai badan
beruniform. (SPM NOV 2009)






[30 nU7rkah]
(Nfasa dlcae/al1gkall 4S .IninU]
l..ihal gun'tbar dt bawah dengcI.I7I "'lili.
F7L1raiko.17 pendapal one/a r c n r a n g langkah-langkah
kanak-kannk. PanJangnya hl/raion h ~ndclklah nntnrn
perkntaan.

menjaga keselamatnn
200 hlnggn 250 patah

Langkah-Iangkah Menjaga Keselamat:an Kanak-kanak

















Mengavvasi anak-anak dl tempat awam











SULIT 2 1103/1

Bahagian A

[.Masa dicadangkan 45 minit]

Gambar di baovah rrierzurtfu Iclca r: sebahagian daripada langkah rnenf ag a keselamatan
di jalan raya .
.l-Iuraikan pendapat anda ten tang langkah-Iangkah menjaga keselamatan di. jalan
raya. Panjangnya h u ra i a rz hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Langkah-Iangkah Menjaga Keselarnat:an di .lalan Raya














\ -

Pematuhan undang-undang jalan raya

PENDAHULUAN

TEMA : Keselamatan di jalan raya
TUGASAN : Langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya


Keselamatan di jalan raya merupakan antara isu yang sering
diwara-warakan dalam media cetak dan media elektronik di negara kita
akhir-akhir ini. (Ayat 1 : TEMA)


Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani
isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
(Ayat 2 : Sokong Tema )


Persoalannya, apakah langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya?
(Ayat 3: Tugasan)

Keselamatan di jalan raya merupakan antara isu yang sering diwara-
warakan dalam media cetak dan media elektronik di negara kita akhir-akhir
ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk
mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Persoalannya, apakah langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya?
42 pp

GGAPO? AYAT
TOPIK
(PENGETAHUAN)
BAKPO?
AYAT HURAIAN
(KEFAHAMAN)


KAEDAH
MENGEMBANGKAN ISI
MENGIKUT MATRIKS
ARAS PEMIKIRAN



LAGU
MANA?
AYAT CONTOH
(ANALISIS + APLIKASI)


YO LO
KE NI?
AYAT PENEGAS
(PENILAIAN)




15

Membina Ayat Topik dan
Ayat Huraian




(a) Sila baca petikan di bawah dan teliti ayat dalam perenggan.









Ayat Irur-atan i~l,ah .,
memperinc,ikaii 'aiy ,
me ng awal isi at au
dinyatak~n.


Ayat conteh .
, membuktikan
sebelumnya.











(b) Bina satu perenggan isi yang mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat
penyimpul berdasarkan tajuk "Strategi untuk Meningkatkan Sektor Pelancongan di Negara
Kita".

ISI PERTAMA

TUGASAN : langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya
TEMA : Keselamatan di jalan raya
ISI : pematuhan undang-undang jalan raya


Pada pendapat saya, antara langkahnya ialah pematuhan undang-
undang jalan raya. (Ayat Topik) - PENGETAHUAN


Hal ini dikatakan demikian kerana para pengguna yang sentiasa mematuhi
undang-undang jalan raya dapat mengurangkan kadar kemalangan yang
berpunca daripada kecuaian mereka. (Ayat Huraian) - KEFAHAMAN

Di samping itu, pematuhan undang-undang jalan raya ini juga dapat
memastikan tahap keselamatan jalan raya di negara kita lebih terjamin. (AS) - KFH


Sebagai contoh, para pengguna jalan raya mestilah sentiasa mematuhi had laju
yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa demi memastikan perjalanan mereka
lebih selamat. (Ayat Tafsiran Bahan) - ANALISIS


Mereka juga mestilah sentiasa memakai tali keledar, tidak memotong
di garisan berkembar, tidak melanggar lampu isyarat dan sebagainya. - APLIKASI


Berdasarkan hujah yang dinyatakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa
pematuhan undang-undang jalan raya merupakan langkah menjaga keselamatan
di jalan raya. - PENILAIAN

PERENGGAN LENGKAP
Pada pendapat saya, antara langkahnya adalah dengan
mematuhi undang-undang jalan raya. Hal ini dikatakan demikian
kerana para pengguna yang sentiasa mematuhi undang-undang
jalan raya dapat mengurangkan kadar kemalangan yang berpunca
daripada kecuaian mereka. Di samping itu, pematuhan undang-
undang jalan raya ini juga dapat memastikan tahap keselamatan
jalan raya di negara kita lebih terjamin. Sebagai contoh, para
pengguna jalan raya mestilah sentiasa mematuhi had laju yang
telah ditetapkan oleh pihak berkuasa demi memastikan perjalanan
mereka lebih selamat. Mereka juga mestilah sentiasa memakai tali
keledar, tidak memotong di garisan berkembar, tidak melanggar
lampu isyarat dan sebagainya. Berdasarkan hujah yang dinyatakan,
sudah terang lagi bersuluh bahawa pematuhan undang-undang
jalan raya merupakan langkah menjaga keselamatan di jalan raya.

ISI KEDUA

TUGASAN : langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya
TEMA : Keselamatan di jalan raya
ISI : penyelenggaraan kenderaan


Selain itu, penyelenggaraan kenderaan juga dikenal pasti sebagai salah satu
cara yang boleh dipraktikkan bagi menjaga keselamatan di jalan raya. (A Topik)


Hal ini bermaksud, pengguna yang sentiasa menyelenggara kenderaan masing-
masing mampu mengelakkan insiden kerosakan kenderaan semasa dalam
perjalanan yang boleh menyebabkan kemalangan. (Ayat Huraian)

Lagipun, penyelenggaraan kenderaan ini juga mampu memastikan keselamatan
diri sendiri dan pengguna yang lain kerana malang tidak berbau. (A Sokongan)


Sebagai tamsilan, para pengguna mestilah menyelenggara kenderaan mereka
di pusat servis kenderaan yang bertauliah secara berkala mengikut jadual
penyelenggaraan yang telah ditetapkan. (Ayat Tafsiran Bahan)


Mereka juga mestilah sentiasa memeriksa tekanan tayar, brek, isyarat kenderaan
dan lain-lain sebelum memulakan perjalanan. (Ayat Contoh KBAT)


Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu cara yang boleh
dipraktikkan bagi menjaga keselamatan di jalan raya ialah penyelenggaraan
kenderaan. (Ayat Penegas Isi)

PERENGGAN LENGKAP

Selain itu, penyelenggaraan kenderaan juga dikenal pasti sebagai
salah satu cara yang boleh dipraktikkan bagi menjaga keselamatan di jalan
raya. Hal ini bermaksud, pengguna yang sentiasa menyelenggara
kenderaan masing-masing mampu mengelakkan insiden kerosakan
kenderaan semasa dalam perjalanan yang boleh menyebabkan
kemalangan. Lagipun, penyelenggaraan kenderaan ini juga mampu
memastikan keselamatan diri sendiri dan pengguna yang lain kerana
malang tidak berbau. Sebagai tamsilan, para pengguna mestilah
menyelenggara kenderaan mereka di pusat servis kenderaan yang
bertauliah secara berkala mengikut jadual penyelenggaraan yang telah
ditetapkan. Mereka juga mestilah sentiasa memeriksa tekanan tayar, brek,
isyarat kenderaan dan lain-lain sebelum memulakan perjalanan. Huraian
yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu cara yang boleh
dipraktikkan bagi menjaga keselamatan di jalan raya ialah
penyelenggaraan kenderaan.

ISI KETIGA

TUGASAN : langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya
TEMA : Keselamatan di jalan raya
ISI : penguatkuasaan undang-undang

Langkah menjaga keselamatan di jalan raya yang berikutnya ialah
penguatkuasaan undang-undang. (Ayat Topik)


Misalnya, pihak polis mestilah mengadakan operasi untuk menyaman
penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen memandu dan tidak
memakai topi keledar demi menjaga keselamatan mereka. (Ayat Tafsiran Bahan)

Pihak polis juga mestilah mengenakan denda maksimum, menggantung lesen
memandu dan menyita kenderaan yang melakukan kesalahan. (Ayat KBAT)


Dalam konteks ini, undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak polis dan
JPJ berupaya untuk mendisiplinkan pengguna agar sentiasa bertimbang rasa
dan berhemah semasa berada di jalan raya. (Ayat Huraian)


Tambahan pula, penguatkuasaan undang-undang ini juga berupaya untuk
mengelakkan pengguna daripada memandu secara berbahaya yang boleh
membahayakan pengguna yang lain. (Ayat Sokongan Isi)


Saya optimis bahawa penguatkuasaan undang-undang merupakan antara
langkah menjaga keselamatan di jalan raya. (Ayat Penegas Isi)

PERENGGAN LENGKAP

Langkah menjaga keselamatan di jalan raya yang berikutnya
ialah penguatkuasaan undang-undang. Misalnya, pihak polis
mestilah mengadakan operasi untuk menyaman penunggang
motosikal yang tidak mempunyai lesen memandu dan tidak
memakai topi keledar demi menjaga keselamatan mereka. Pihak
polis juga mestilah mengenakan denda maksimum, menggantung
lesen memandu dan menyita kenderaan yang melakukan
kesalahan. Dalam konteks ini, undang-undang yang
dikuatkuasakan oleh pihak polis dan JPJ berupaya untuk
mendisiplinkan pengguna agar sentiasa bertimbang rasa dan
berhemah semasa berada di jalan raya. Tambahan pula,
penguatkuasaan undang-undang ini juga berupaya untuk
mengelakkan pengguna daripada memandu secara berbahaya yang
boleh membahayakan pengguna yang lain. Saya optimis bahawa
penguatkuasaan undang-undang merupakan antara langkah
menjaga keselamatan di jalan raya.

KESIMPULAN



Kesimpulannya, semua pihak mestilah
berusaha untuk menjaga keselamatan di
jalan raya agar kadar kemalangan yang
tinggi di negara kita dapat dibendung.
Dalam hal ini, slogan Pandu Cermat Jiwa
Selamat sepatutnya dihayati oleh semua
pengguna jalan raya supaya hasrat
kerajaan untuk memastikan keselamatan
di jalan raya bukan sekadar retorik
semata-mata.











KARANGAN RESPONS

TERBUKA

BAHAGIAN B

CALON DIBERI PILIHAN



SAMA ADA
JAWAB 3 ISI DENGAN HURAIAN YANG
JELAS DAN MATANG
ATAU
JAWAB 5 ISI DENGAN HURAIAN YANG
SAMA DENGAN BAHAGIAN A
ATAU
JAWAB 5 ISI DENGAN HURAIAN YANG
JELAS DAN MATANG

- - ~ -

8
p-
KRiTERI_4 PE?"oOSKOF-AN


PER1NG-KAT iVIARKAH K.RiTERIA

Ce.lTIerlang 80 - 1.00
(90 - 100)
(80 - 89)
Idea ~ ang~ele,~an mengikul tugasan, dihuraikan
dengan jelas dan matang~ disertakan dengan contoh
yang sesuaJ..
Penggunaan pclbagai jenis kata yang luas dan tepat.
Penggunaan kosa kat:a luas dan t ep a.t ,
Ejaan dan t:anda baca yang berLlL
Penggunaan pe!bagai aya~ yang grarr-:tatis_
Laras babasa sesua-i den..::antugasan"
Peno-gunaan Ulls urbahasa bervariasi_

Ga~ra bahasa meuarik dart segj ~eindahau bahasa
dan. penggunaan. ungkapan seperti per-i_:babasa,pantun,
cogan. kata arau fra$a_
So.l'1nc.:f-
Pengolahar....q:nt:!narikdan berkesan serta pemerenggaoa.n
sesuai.

Wacana. lengkap dan t.erdapat kesinambuugan idea yang
jelas antarapcrenggan_

I<.epujian 66 - 79 Idea yang relevan merrgiku 't tllgasan~ dihuraikan
denganjelas" disertakarr den.ga:n.c~:)_];1y.1an:0gh sesuai.
-engg'Jllaa"n._pelhagai.jen:is-K~ia:Y9c~giepat_
(66 =: -7~Jl;- kosa ~~Ta_-_l"Q-a_~d~--:E~at:=._
.- L _.
~
_
r
,_

_~j~aD'

OaIf Ta.nda_bacabetuL - . ~ --.-
-P~n-~gtinaa.it_p~llia_gaiaya~ yan_g-~;_rr:tatis ~e~apiterdapat
kesaI-ahan yangminj mum. .
Laras bahasa sesua:l dengan 1:U.gasan.
Penggu.naan unsur bahasa masi.h bervariasL

Gaya bahasa masih menarik. dari se g i keindahan
babasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa,
panmn, cogan kata at au frasa.
Pengolahan mcnarik dan berkesarr serta pemen~ ngganan
sesuai_
,"Vacana. lengkap dan Terdapat:kesinambrmgan. idea yang
jeJas antara pererrggao.

Bahagian B
[LOO mar-kahl
[Masa dicadangkan : Ljam '3,0 minitl

Pilih sVatli.'daripada soalan di bowah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
lebih dartpada 350 patah perkataan.


1 Penduduk di t!?D1.paat nda tingga] telah mengadakan majlis 'sambutan hari keluarga,
Ceritakan penghbatan anda dalam menjayakao rnajlis tersebut,

2 Penjagaan terbadap warga tua sepatutnya diberikan keutamaan oleo ahli keluarga,
Berikan hujah-hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.

3 Perkernbangan pelbagai bidang indusrri di negara ki~.a seperti industri automotif,
perbaokan dan pelancongan telah membuka banyak peluang 'pekerjaan kepada .r~~t,
Vias pemyataau-di ares.

4 Perubahan cuaca dunia yang tidak menenru perlu diberikaf perhatian,

Jelaskan usaha-usaha yang da:pat dilakukan pada petingkat antarabangsa untuk
menangani perkara tersebut.

5 Negara kita yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, .kaya .dengan pelbagai
budaya seperti rnakanan, pakaian tarian dan alatlJp milzik.
Binc<IQgkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakau untuk memastikan ,generasi muda
dapat mepgalI).aJkan, menghormari' dan menghargai kepelbagaian budaya ini.




KERT~SSOALANT~MAT

KARANGAN BAHAGIAN A KARANGAN BAHAGIAN B





Semangat kejiranan
merupakan wahana
untuk melahirkan
masyarakat yang
bersatu padu.


Huraikan usaha-
usaha untuk
memupuk semangat
kejiranan dalam
kalangan
masyarakat
Malaysia.




DIMENSI (Saya/Ibu bapa/Masy)
KATA PENGUAT (mestilah)
KATA KERJA (me)









ISI












KETERANGAN
Masa/tempat/orang/dll

Soalan Dimensi Diri

Semangat patriotisme perlu ada dalam diri generasi muda pada hari ini kerana
mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.



Sarankan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk meningkatkan
semangat patriotisme dalam diri anda.

SUBJEK PREDIKAT



DIMENSI

KATA
PENGUAT

KATA KERJA
AKTIF



ISI
KETERANGAN
(MASA/TEMPAT/PERSONEL/
ORGANISASI
Saya mestilah menghormati para
pemimpin
yang berusaha untuk
memajukan negara ini.
Saya mestilah mencontohi perjuangan
tokoh-
tokoh
yang banyak berkorban
untuk memerdekakan
negara ini.
Saya tidak
akan
melakukan perkara-
perkara
negatif
yang bercanggah dengan
perlembagaan negara

* Soalan Dimensi Keluarga


Kempen galakan membaca yang dijalankan saban tahun masih gagal untuk
menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup masyarakat di negara ini.



Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga untuk memupuk amalan
membaca.




SUBJEK PREDIKAT



DIMENSI

KATA
PENGUAT

KATA KERJA
AKTIF



ISI
KETERANGAN
(MASA/TEMPAT/PERSONEL/
ORGANISASI
Ibu bapa mestilah membeli bahan
bacaan
kepada anak-anak mereka di
rumah.
Ibu bapa mestilah menyediakan perpustakaan
mini
untuk kemudahan anak-anak
membaca
Ibu bapa mestilah membawa anak-anak ke pesta buku

Semangat kejiranan merupakan wahana untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu padu.



Huraikan usaha-usaha untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.


SUBJEK PREDIKAT


DIMENSI

KATA
PENGUAT

KATA KERJA
AKTIF


ISI
KETERANGAN
(MASA/TEMPAT/PERSONEL/
ORGANISASI
Masyarakat mestilah mengadakan aktiviti
gotong-
royong
di kawasan kejiranan masing-
masing pada setiap hujung bulan
Masyarakat mestilah mengamalkan amalan
ziarah-
menziarahi
pada setiap masa
Masyarakat mestilah menganjurkan majlis
rumah
terbuka
pada setiap musim perayaan


KAEDAH 1
MENGATASI RISIKO
















ISI
PERTAMA

1
Topik Pada pendapat saya, antara + KATA KUNCI +
yang paling utama + ialah + ISI

2
Huraian Hal ini dikatakan demikian kerana + ISI + oleh +
PELAKU + dapat + me...
3 Sokongan Di samping itu, ISI + ini juga dapat me...
4 Provokasi Sebaliknya, jika + ISI + tidak di......,

5
Solusi Oleh hal yang demikian, + ISI + mestilah
di......kan supaya....
6 Contoh Sebagai contoh, ISI + seperti ...


7
Penegas Berdasarkan hujah yang dinyatakan, sudah
terang lagi bersuluh bahawa + ISI + merupakan
+ TUGASAN.

Pada pendapat saya, usaha yang paling efektif ialah masyarakat
mengadakan aktiviti gotong- royong di kawasan kejiranan masing-masing pada
setiap hujung bulan. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti gotong-royong yang
diadakan oleh mereka dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain
bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Di samping itu, aktiviti
gotong-royong ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan
jiran tetangga tanpa mengira bangsa, agama, dan status sosial mereka. Sebaliknya,
jika aktiviti gotong-royong tidak diadakan, masyarakat akan berpecah belah dan
saling mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Oleh hal yang demikian, aktiviti gotong-royong mestilah diadakan
supaya hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui
semangat kejiranan akan menjadi kenyataan. Sebagai contoh, jiran tetangga mestilah
bersama-sama menyumbang tenaga dan masa untuk membersihkan kawasan
perumahan secara beramai-ramai dalam suasana yang penuh harmoni. Mereka juga
boleh bergotong-royong membersihkan kawasan taman permainan kanak-kanak,
masjid, kubur, dan sebagainya. Tegasnya, aktiviti gotong- royong merupakan usaha
untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
paling efektif.

KAEDAH 2
SENARIO SEMASA









ISI
KEDUA

1
Topik Selain itu, + ISI + juga dikenal pasti sebagai
salah satu + TUGASAN.

2
Huraian Hal ini bermaksud + PELAKU + yang + ISI +
mampu + me...
3 Sokongan Lagipun, ISI + ini juga mampu me...
4 Provokasi Ironinya, pada masa ini didapati ...
5 Solusi Justeru, + ISI + mestilah di......kan agar....
6 Contoh Sebagai tamsilan, ISI + termasuklah ...

7
Penegas Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan
bahawa salah satu + TUGASAN + ialah + ISI.

Selain itu, mengamalkan amalan ziarah-menziarahi juga dikenal pasti sebagai
salah satu langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Hal ini bermaksud jiran tetangga yang mengamalkan amalan ziarah-
menziarahi mampu melahirkan perasaan saling menyayangi dan prihatin dengan nasib
orang lain. Lagipun, amalan ziarah-menziarahi ini juga mampu merapatkan hubungan
persaudaraan dalam kalangan jiran tetangga bagi mengelakkan sebarang perselisihan
faham yang boleh mewujudkan benih perpecahan. Ironinya, amalan ziarah-menziarahi
sudah tidak diamalkan pada masa ini lantaran kesibukan masyarakat dengan rutin
harian mereka malah mereka juga semakin tidak cakna dengan jiran masing-masing
kerana tiada masa untuk berbuat demikian. Justeru, amalan ziarah-menziarahi
mestilah diamalkan agar hubungan antara masyarakat di negara kita dapat diperkukuh
bagi melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Misalnya, amalan menziarahi jiran
tetangga yang sakit dan uzur mestilah diamalkan dari semasa ke semasa kerana
berupaya untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama jiran. Jiran tetangga juga
mestilah mengamalkan amalan menziarahi warga emas, jiran yang ditimpa musibah
dan sebagainya. Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu langkah
untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah
dengan mengamalkan amalan ziarah-menziarahi.

KAEDAH 3
JANGKAAN MASA HADAPAN
PERENGGAN AYAT JENIS
AYAT
DESKRIPSI












ISI
KETIGA
1 Topik TUGASAN + yang berikutnya ialah + ISI.

2
Huraian Dalam konteks ini + ISI + oleh + PELAKU +
berupaya untuk + me...

3
Sokongan Tambahan pula, ISI + ini juga berupaya untuk +
me...
4 Provokasi Cuba kita bayangkan sekiranya...

5
Solusi Dalam konteks ini, + ISI + mestilah di......kan
agar....
6 Contoh Misalnya, ISI + merangkumi ...

7
Penegas Saya optimis bahawa bahawa + ISI +
merupakan antara + TUGASAN.

Usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang berikutnya ialah masyarakat menganjurkan majlis rumah terbuka pada
musim perayaan. Dalam konteks ini, majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh
masyarakat pada sesuatu musim perayaan berupaya untuk membolehkan jiran saling
berkunjung antara satu sama lain. Tambahan pula, majlis ini juga berupaya untuk
mengelakkan perasaan prejudis antara kaum yang boleh mencetuskan suasana yang
tidak harmoni di negara kita. Cuba kita bayangkan sekiranya majlis rumah terbuka
yang dianjurkan ini menjadi budaya masyarakat Malaysia, matlamat pemupukan
semangat kejiranan pasti menjadi realiti. Sehubungan dengan itu, penganjuran majlis
rumah terbuka merupakan satu langkah yang cukup bijak dalam usaha melahirkan
masyarakat yang bersatu padu di negara kita. Misalnya, dalam majlis rumah terbuka
Aidil Fitri, jiran tetangga boleh saling berkunjung untuk menikmati juadah yang
disediakan di samping saling bertanya khabar dalam suasana yang mesra. Jiran
tetangga yang berlainan agama juga boleh mengadakan rumah terbuka Tahun Baharu
Cina, Deepavali dan sebagainya yang mampu mewujudkan perasaan saling
menghormati sesama jiran tetangga walaupun berbeza bangsa dan agama. Saya
optimis bahawa menganjurkan rumah terbuka merupakan antara usaha untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.














SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai