Anda di halaman 1dari 6

PENGALAMAN TEMUDUGA JPA-MARA~

NUR SYAHIRAH RASHID Mei 7,2017 at 12:49 p.m

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah SWT, aku telah dipanggil ke temuduga Jpa-
Mara, biasiswa yang amat diidam-idamkan oleh pelajar lepasan SPM seluruh
Malaysia mungkin..HAHAHA..Bersyukur and happy ni tak tau nak habaq cenna
enn lepas dapat tawaran interview tu, rasa cam nak nangis..tu baru dapat
tawaran interview, tak tau nak dapat ka dak gi tu, tengok excited dia lain
maciam..HAHAHA.. Seronok la kan sebab orang kata kalau kita ni dipanggil ke
temuduga, itu bermakna kaki kita ni dah selangkah masuk, so tinggal lagi
selangkah ja lagi kan..

So bila dah dapat tau aku dapat temuduga tu,tunggu apa lagi? Prepare la apa
yang patut dibawa. Baca2 ja surat tawaran tu, tiba2 hatiku berdegup kencang rasa
cam nak pecah berkecai apabila mataku terhenti dekat dua patah perkataan
BAJU SUKAN. Oh My God!! Seriously?? Takkan la nak pi IV pakai baju sukan?
Nak nangis huuhu sebab dalam kepala otak ni dah imagine macam2 dah..HAHA..
mana nak tau ann kot la suruh lompat pagar ka pass baton ka merangkak dalam
lumpuq ka ann.. cerita bagai nak rak ni actually tak tekejut mana pun sebab
memang dah penah dengar dah sebelum ni..HAHAHA.. saja buat suspen huhu..but
dont worry, be happy, just chill, hidup kena enjoy >_< ..Tak kena pun la lari
keliling padang, angkat berat bagai.. depa just nak bagi peserta2 rasa selesa,
nyaman, aman dan sentosa. HAHA.. depa tak mau terlalu formal. Thats why
suruh pakai centu..

Tibalah pada hari temuduga (April 5,2017) , pakai baju sukan lengkap seluar
track suit, baju hitam lengan panjang, tudung warna gelap and kasut sukan..
Ramai gak la orang, parents and peserta yang semuanya pakai baju sukan. First2
tu tenang ja lagi, tapi entahla hari tu rasa cam cool ja, tak gementar pun, rasa
bersemangat sangat nak pi interview. Alhamdulillah la kan Allah bagi rasa camtu.
Tapi memang lepas aku tau aku dapat IV tu, setiap kali lepas solat aku akan doa
supaya Allah tenangkan aku pada hari tu.. And Allah makbulkan fortunately..
Then, dalam pukul 11 pagi centu ada sorang abang ni panggil suruh berkumpul
depan dia and dia suruh susun semua dokumen yang pihak JPA nak macam yang
dipaparkan di sebuah papan kenyataan. Aku pun take a look papan kenyataan tu
pastu dengan tersenyumnya aku bagitau abang ngan kak ipar aku, Alah, dah
susun dah pun macam yang depa nak tu . Giler confident doo!! HAHAHA. Pastu
abang tu kata, OK, sapa yang dah settle susun semua dokumen seperti yang
diarahkan sila beratur di hadapan saya dalam group masing-masing . Aku dengan
yakinnya beratur depan abang tu sorang2 sebab orang len still sibuk susun tak
habis lagi.. aku orang first woo beratur..HAHA sebab time tu serious tak rasa takut
langsung..bersemangat ada la.. Entahla! Rasa cam Alah interview je pun, tanya2
centu je la enn. HAHAHA

OK! Lepas semua dah settle beratur ikut group masing2 (group1 & group2), abang
tu suruh ikut dia masuk dalam satu bilik. Bilik tu macam bilik lecture dekat
universiti. Besar gak la. Time ni la semua keconfident an, ketenangan, kecoolan,
senyuman yang tadi terukir apa bagai tadi tu bertukar menjadi satu mimpi ngeri
yang tidak diingini..oh nooooo tidakk!!! Aku lupa nak print satu borang penting !!
Ya Allah!! Rasa cam My God, cenna la aku boleh cuai sampai camtu skali Aishhh,
Syera Syera! Tu la confident terlebih sangat tadi..padan muke, LOL! Rasa cam nak
nangis je lagi2 bila ada sorang abang lain (macam ketua laa) cakap kat aku, Ni
baru IV, macam mana nak pi luar negara? Baru kau tau SYA, kau hanya
merancang Allah yang tentukan HAHA! Lepas beberapa minit, settle la benda tu.
Memang jadi pengajaran giler aah benda ni.. jangan tiru aksi ni ye adik2 sekalian
HAHA

Then, abang yang macam ketua tadi tu bagi la ucapan pembukaan sikit..pastu kan
dia suruh JENG JENG JENG, nyanyi lagu negeri masing2 tapi ramai2 la..HAHA..time
tu serious best rasa cam confident balik.. >< Dalam bilik tu ada 4 jenis negeri. So,
sapa berasal dari negeri Penang nyanyilah lagu depa sampai habis. Next, Perak,
Perlis and last one is Kedah sebab IV tu buat dekat Sungai Petani..kira Kedah ni
mcm tuan rumah la..yang bestnya, nyanyi lagu Kedah paling kuat sebab ramai
orang Kedah..tapi Perlis paling slow sebab dua orang ja..so ber DUET la
depa..HAHA..depa saja nak bagi IV ni happening, chill, and tak formal. Rasa cam pi
kem ja
Pastu semua dah settle nyanyi, nombor 1-7 jadi satu kumpulan and so on. Ha lupa
nak habaq, setiap orang diberi nombor sorang satu. Aku nombor 6. Then, semua
dah dibahagikan group. IV ni actually ada 2 session. Sesi first dipanggil sebagai
INTERVIEW. Sesi kedua pulak dipanggil sebagai GROUP DISCUSSION. Group aku
kena sesi first dulu iaitu interview. Dalam kami dok beratur tu dan la berkenalan
dengan orang depan and belakang.. Syahirah and Abdullah.. yang paling aku
bersyukur sepanjang IV ni berlangsung bila aku dapat kawan2 segroup yang
sporting habisla..so INTERVIEW pun bermula, ada dua orang panel, lelaki and
perempuan, first2 dia tanya soalan dalam BI. Time tu aku dah start cuak, panik
semua ada. Soalan dia, Ekonomi di Malaysia sering berubah, nyatakan satu
perubahan ekonomi yang sedang berlaku dan apakah kesannya terhadap
masyarakat Malaysia? Lebih kurang centu la tapi dalam BI..Sapa2 nak jawab dulu
pun boleh. Sapa yang dah ada jawapan and ready dah nak cakap just angkat
tangan dan jawab je la..tapi dalam 2 3 minit gak la kami semua tercengang tak tau
nak cakap apa.HAHAHA. Kalau panel2 tu tanya dalam BI, jawab pun dalam BI la.
Kalau BM, jawab BM la.. Actually aku orang last yang jawab soalan tu HAHA sebab
serious otak blank.. Tambah2 dengan kwn2 group aku ni Ya Allah BI depa fluent
giler.. Aku bantai je cakap, janji cakap..ntahla broken english tahap pa gi..haaha

Then, soalan kedua dia dalam BM..fuh lega.. Masyarakat sekarang terlampau
bergantung kepada subsidi minyak, jadi bagaimanakah cara hendak memberi
kesedaran kepada masyarakat agar tidak terlampau bergantung kepada subsidi
tersebut? Hah tudia, untuk kali kedua aku blurr HAHAHA. Soalan apa la wahai
panel2 sekalian ?!! Aku jawab je la apa2 pun, ambik idea orang sebelah skit
,jkjk..tapi aku bukan orang last yang jawab soalan tu..satu improvement di situ
HAHA.. Aku jawab je la, melalui kempen kesedaran, guna GRAB CAR / UBER ,
transport awam, LRT apa bagai tu, then share kereta ngan kawan bila pi office,
adakan hari tanpa kereta seMalaysia, letakkan papan iklan yang menunjukkan
satu langkah dapat membakar beberapa kalori..Eventhough aku tau semua tu
tak dak kena mengena sangat pun dengan soalan yang diajukan, janji aku
cakap..sebab depa just nak tengok cara kita bercakap ja bukan nak ambik tahu
sangat jawapan kita tu.. panel2 tu pun tengok aku sambil angguk2 kira OK lah
tu..HAHAHAAHA
Actually banyak lagi soalan dia tapi aku dah tak ingat, HEHE Sorry! Last soalan
yang aku ingat How can you contribute to your country?.. AHAH! Soalan ni la
yang aku harapkan act. So jawab tu confident jugak la.. Ok first of all, Ill
contribute to my country by having a job here. Eventhough I have studied abroad
before, Ill make sure Malaysia is the first country that I will work. Ill use all of the
knowledge that i have learnt on it. Besides, if I have a chance to pursue my study
abroad, Ill promote Malaysia to the foreigners by saying that Malaysia is the
superb beautiful country that you should visit. In Malaysia, there are Petronas
Twin Towers as known as KLCC which have been a landmark of Kuala Lumpur.
They are also the tallest twin towers in the world. Then, we have Penang Bridge
which is the longest bridge in Malaysia and South East Asia. Last but not least,
Malaysia also has Barracudas point at Sipadan Island which is famous among
divers around the world..pastu kan panel lelaki tu tanya..where is the Barracudas
point that youve said just now? Aku dengan yakinnya jawab, PAHANG ..HAHA
nampak la sikit pengetahuan aku kat situ..actually aku baru ja baca article pasal
tourism kat Malaysia..thats why la ada skit information ALHAMDULILLAH! Entah
pape aku cakap, janji ada jawapan sudah!

Lepas tu ada lagi soalan dia tapi tak ingat. Lepas dah selesai sesi INTERWIEW,
kami kena masuk balik dalam bilik lecture tadi sementara giliran kami untuk
GROUP DISCUSSION pulak..time ni la paling best, boleh berkenalan dengan semua
kawan2 segroup.. kat sinilah aku kenal FAKHRUL HADI, ABDULLAH(PAK LAH),
KHAIRUNNISA, SYAHIRAH and HUDA.. kami berenam ja sebab lagi sorang tak
hadir. Depa memang sporting habisla..syok sembang ngan depa, senang nak
masuk..and aku tanya depa result SPM, semua straight A weii..haha pandai gilos
5/6 A+ pulak tu..hmmm no wonder BI fluent! Even kenai sat ja tapi rapat dia
macam kenal dah setahun haha.. Time ni la kami ambik kesempatan untuk
bincang sapa leader, sapa yang nak tulis, sapa yang nak lukis, sapa yang nak bagi
idea and so on. Of cos la Hadi is the leader. Kami rancang siap2 sebab tak mau
satgi dalam bilik GROUP DISCUSSION baru nak fikir semua tu.. Depa pun dah
setuju nanti dalam bilik tu tolong la support kawan2 kalau ada sapa2 yang stuck
ka apa ka.. saling back up satu sama lain la.. tolong-menolong and kerjasama tu
penting..
And tibalah masanya untuk GROUP DISCUSSION. Masuk ja bilik tu kami diberi
kertas mahjong and marker. Time tu dah start dah ketaq. LOL. Tadi kemain lagi
sembang2 gelak2 bagai HAHA. Alhamdulillah, syukur sangat2 kami dapat tajuk
yang senang How Sport Makes Malaysia more Progressive. Lebih kurang centu
la. Dalam bilik tu ada dua panel, lelaki and perempuan.. yang paling best, ikut
suka nak cakap bahasa apa wether BM or BI ikut keselesaan kita.. kami pun
discuss dengan happynya sambil gelak2 lagi. Abaikan panel2 tu, buat macam depa
tak dak kat situ. Time bincang tu panel akan pusing2 bulatan group kita tu sambil
perhati. Apa yang diperhatikan pun tak tau..HAHAHA.. masa untuk bincang ada
dalam 10/15 minit centu la.. Dah selesai bincang and tulis kat kertas mahjong. Ha
lupa nak habaq dalam bilik GROUP DISCUSSION tu ada dua group..kami group 1
and kamilah nak kena start dulu. Group 2 tu depa dapat soalan lain, tak ingat
tajuk apa tapi berkaitan dengan sport gak la..and depa punya tajuk susah lagi
daripada kami punya. Tapi nampakla kekurangan kerjasama group 2 tu
berbanding dengan group kami..ALHAMDULILLAH Allah permudahkan. Ada gak la
dalam duk bentang tu panel2 tu provoke skit tanya soalan and potong cakap kita.
So pandai2 la menjawab ye HAHA..

So thats all je la pasal temuduga JPA-MARA ni..serious talk tak rasa macam
interview sangat pon..enjoy je, dapat jumpa kawan2 baru lagi.. so conclusion dia
kat sini, aku bersyukur sgt2 dapat kwn2 segrup yang sporting, saling bekerjasama
and tolong menolong..time nak balik tu sempat la selfie tapi kami berempat ja,
PAK LAH, HUDA, SYAHIRAH and AKU sebab HADI and NISA dah balik..tapi its okay
I still can remember their faces. Srs best IV ni sbb tak provoke, tak formal and chill
je. Boleh buat lawak gelak2 lagi.

Dan yang paling aku bersyukur sekali, ALHAMDULILLAH!! Pada 27/4/2017 result
dah dikeluarkan, AKU, HUDA and SYAHIRAH dapat biasiswa JPA-MARA nih !!! Lagi
tiga orang tu tak tau la dapat ke tak sebab tak dak contact depa..harap2 depa
dapat la in shaa Allah..

ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL (^.^)

Anda mungkin juga menyukai