Anda di halaman 1dari 8

Ulangkaji MZU3113

Bahagian B

1. Semasa kelas nyanyian, seorang guru muzik telah mengajar murid kelasnya lagu Where Is
Thumbkin dengan menggunakan pendekatan Kodaly.

a Kemukakan satu konsep muzik yang dapat diterapkan melalui nyanyian lagu tersebut.

Berdasarkan skor lagu Where Is Thumkin, konsep muzik yang dapat diterapkan ialah
konsep irama. Guru boleh mempelkenalkan perbezaan nilai not krocet, kuaver dan
minim berdasarkan skor lagu tersebut. Guru boleh memperlkenalkan sebutan
berirama untuk setiap jenis not dalam skor tersebut. Contohnya korcet (ta), kuaver (ti-
ti) dan minim (ta-a)
 Murid boleh dibimbing untuk menepuk corak irama dengan mengaplikasi
sebutan berirama Cheve berdasarkan bar pertama sehingga bar ke lapan.
Apabila murid dapat merasai corak irama yang ditepuk dengan sebutan Cheve,
maka guru boleh memperkenalkan nama jenis not supaya murid dapat
membezakan fungsi setiap jenis not dengan nilainya dalam skor lagu tersebut
 Konsep-konsep lain seperti melodi, harmoni dan ekspresi boleh diterima.

Jumlah = 4 markah

b Perincikan dengan contoh satu aktiviti Kodaly yang sesuai dilaksanakan dengan murid
berdasarkan skor lagu di atas semasa kelas nyanyian.

 Satu aktiviti kodaly yang sesuai dilaksanakan dengan murid berdasarkan skor
lagu di atas ialah aktiviti pendengaran dalaman. Aktiviti ini melibatkan
kemahiran mendengar atau memikirkan melodi atau irama di dalam mental
sesorang tanpa membunyikannya. Guru muzik boleh mempelkenalkan
permainan meneka lagu. Guru akan menggunakan isyarat tangan bagi lagu
Where Is Thumbkin. Murid akan menyanyikan dengan senyap dalam kepala.
Setelah guru memberi masa untuk murid merasai melodi itu, guru akan
meminta sesorang murid menyanyikan lagu tersebut di hadapan kelas.

 Selain daripada menyanyikan lagu tersebut di hadapan kelas, guru boleh


mempelkenalkan papan solfa kepada murid dan meminta murid untuk
melekatkan kedudukan solfa lagu yang dinyanyikan secara mental. Ini akan
membantu murid untuk mengenal pasti kedudukan melodi lagu Where Is
Thumbkin setelah melaksanakan pendengaran dalaman. Aktiviti ini juga akan
membantu murid mengenalpasti kedudukan pic lagu tersebut dan juga
membezakan kedudukan pic tinggi dan rendah.

Aktiviti lain yang boleh diterima:


 permainan soaljawab
 isyarat tangan Curwen

syira Page 1
Ulangkaji MZU3113

 sebutan berirama cheve


 penghafazan

Jumlah = 6 markah
Jumlah keseluruhan = 10 markah

2. Eksplorasi peralatan muzik merupakan proses yang dapat meningkatkan daya kreativiti
murid melalui tindak balas semula jadi dalam pendekatan Orff.

a Terangkan bagaimanakah proses eksplorasi peralatan muzik Orff dapat meningkatkn


daya kreativiti murid semasa kelas Pendidikan Muzik

Eksplorasi peralatan muzik dalam pendekatan Orff merupakan proses di mana murid
meneroka serta melakukan eksprimen dengan bunyi-bunyi muzikal berdasarkan
kreativiti semua jadi setiap murid. Proses eksplorasi dengan peralatan muzikOrff boleh
dimulakan dengan penerokaan bunyi alat perkusi berpic seperti glockenspiel. Apabila
murid memainkan alat glockenspiel maka murid akan didedahkan dengan bunyi pic
yang berbeza iaitu pic tinggi, dan pic rendah.

 Berdasarkan bunyi pic yang dihasilkan pada glockenspiel, murid juga akan dapat
diberi peluang menciptakan beberapa corak irama dan memainkan pada
glockenspiel untuk menggambarkan bunyi semasa hujan atau bunyi kenderaan.
Aktiviti seperti ini akan membantu meningkatkan daya kreativiti murid melalui tindak
balas semula jadi.

Peralatan muzik lain yang boleh diterima:

 bahan buangan
 alat perkusi berpic yang lain-zailofon, marimba dll
 alat perkusi tidak berpic-kastenet, loceng, kerincing dll

Jumlah = 4 markah

b Bina satu aktiviti eksplorasi peralatan muzik Orff yang dapat meningkatkan daya
kreativiti murid semasa mempelajari konsep warna ton.

 Aktiviti eksplorasi dapat dibina dengan peralatan muzik Orff untuk mempelajari
konsep warna ton dengan pelbagai cara. Peralatan Orff yang boleh digunakan ialah
dengan menggunakan alat perkusi berpic seperti glockenspiel dan zailofon serta alat
perkusi tanpa pic seperti kastenet, loceng, kerincing, kayu tik tok dan lain-lain. Satu
contoh aktiviti yang sesuai adalah aktiviti Sound Story atau Bunyi Cerita berdasarkan
satu tema. Murid dikehendaki memikirkan jalan cerita dan menggunakan peralatan
Orff untuk menghasilkan pelbagai kesan bunyi bagi cerita yang dicipta. Dengan cara

syira Page 2
Ulangkaji MZU3113

ini murid akan dapat mencungkil minda dan meningkatkan daya kreativiti semasa
mempelajari konsep warna ton.
 Murid juga boleh diberi peluang untuk mengeksplorasi pelbagai peralatan Orff
dengan corak irama yang berbeza untuk menghasilkan kesan bunyi yang sesuai.
Contohnya sekiranya untuk mendapatkan kesan bunyi air, maka murid dapat
menggunakan glockenspiel dan memainkan secara glissando untuk menunjukkan
bunyi air melimpah atau bunyi air terjun.

Aktiviti lain yang boleh diterima:


 mengiringi lagu melalui pelbagai corak irama dengan peralatan Orff
 menghasilkan satu ensembel alat perkusi
 memainkan alat perkusi secara konvensional dan bukan konvensional

Jumlah = 6 markah
Jumlah keseluruhan = 10 markah

3.

Seseorang guru muzik ingin mengadaptasi aktiviti Eurhythmics dengan murid kelasnya
semasa menyanyikan skel C major di atas.

a Tentukan kemahiran yang dapat dipelajari oleh murid melalui aktviti pergerakan
Eurhythmics berdasarkan skel di atas.

Antara kemahiran yang dapat dipelajari oleh murid melalui aktiviti pergerakan
Eurhythmics semasa menyanyikan skel C major di atas ialah kemahiran pendengaran
atau aural. Murid akan didedahkan dengan cara mendengar pic setiap not yang
dimainkan berdasarkan skel C major. Melalui kemahiran pendengaran atau aural, murid
akan dapat mendengar pergerakan pic not secara menaik dan menurun semasa
melakukan aktiviti pergerakan badan.

 Apabila murid dapat membezakan aras dan arah pic, maka murid akan dapat
mengekspresikan kefahaman mereka dengan menggunakan pergerakan fizikal. Ini
dapat dilakukan dengan menggunakan tubuh badan murid untuk mengekspresikan
pergerakan pic secara mendatar, melompat dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan
secara tidak langsung meningkatkan kefahaman murid tentang kemahiran kinestetik.
Kemahiran lain yang boleh diterima
 kemahiran visual
 kemahiran berfikir

syira Page 3
Ulangkaji MZU3113

(4 markah)

b Cadangkan aktiviti Eurhythmics yang sesuai dilaksanakan dengan murid berdasarkan


skel C major di atas bagi mengukuhkan kefahaman murid tentang konsep melodi.

Aktiviti Eurhythmics yang sesuai dilaksanakan dengan murid berdasarkan skel C major
di atas bagi mengukuhakn kefahaman murid tentang konsep melodi ialah melalui
nyanyian solfege skel major. Dalcroze menggalakkan nyanyian solfege dengan tujuan
untuk merangsangkan pendengaran murid secara aktif agar peka dengan pic yang
didengar. Aktiviti yang dapat diamalkan adalah di mana semasa murid menyanyikan pic
skel C major secara menaik atau menurun maka murid akan melakukan gerakan
anggota badan secara spontan untuk menunjukkan aras dan arah pic yang didengari.
Dengan melakukan pergerakan seperti ini maka murid akan mempelajari cara
mengekspresikan diri semasa menyanyikan skel C major secara menaik atau menurun
dan meningkatkan kefahaman tentang konsep melodi.

 Murid juga boleh mengukuhkan amalan pendengaran secara dalaman atau inner
hearing melalui aktiviti Eurhythmics. Selain daripada menggunakan anggota badan,
murid juga boleh menggunakan skaf untuk mengekspresikan kedudukan setiap not
pada skel C major sambil menggerakkan tubuh badan mereka. Aktiviti seperti ini
akan membantu mengukuhkan kefahaman murid tentang konsep melodi dengan
lebih mendalam disamping mencungkil minda.

Aktiviti Eurhythmics lain yang boleh diterima:

 aktiviti memetik dan mengutip buah rambutan di kebun mengikut pic skel yang
dimainkan
 aktiviti menyanyi arah dan aras pic solfege setiap not pada skel mengikut lantunan
bola
 aktiviti bergerak berdasarkan lagu yang terdiri daripada semua not dalam skel C
major

Jumlah = 6 markah
Jumlah keseluruhan = 10 markah

syira Page 4
Ulangkaji MZU3113

4.

Gabungan aktiviti pendekatan Kodaly, Orff, dan Dalcroze sentiasa diamalkan di sekolah
untuk meningkatkan pengetahuan murid tentang konsep muzik.

a Bezakan improvisasi yang dapat dijalankan oleh guru muzik berdasarkan melodi di atas
melalui gabungan pendekatan Kodaly dan Dalcroze.

Pendekatan Kodaly dan dalcroze merupakan gabungan pendekatan yang


menitikberatkan perkembangan muzikal murid melalui pelbagai aktiviti. Dalam
pendekatan Kodaly, aktiviti improvisasi dijalankan untuk corak melodi di atas melalui
aktiviti permainna soal jawab di mana seorang murid akan menyanyikan solfa melodi bar
1 dan bar 2 sebagai bahagian soalan dan akan dijawab oleh murid lain dengan
menggunakan sebutan solfa mengikut melodi pada bar 3 dan 4. Aktiviti ini akan
meningkatkan pengetahuan murid tentang konsep melodi.

Pendekatan Dalcroze menggunakan gerakan dalam aktiviti improvisasi. Murid


menggunakan tubuh badan untuk merasai pergerakan melodi yang diperdengarkan
daripada keratan melodi yang didengar dengan menggunakan bahan seperti skaf atau
bola.

 Dalam Pendekatan Kodaly, aktiviti improvisasi corak melodi tersebut dapat


dilaksanakan di mana sekumpulan murid menyanyi dari bar 1 hingga bar 4 dan
dalam masa yang sama kumpulan kedua menyanyi secara retrograde
 Dalam Pendekatan Dalcroze, improvisasi dapat dijalankan di mana murid
menggerakkan badan untuk mendemonstrasikan nilai not secara augmentation dan
diminuation
Jumlah = 4 markah

b Tentukan bagaimana aktiviti improvisasi dapat digabungkan melalui pendekatan Kodaly,


Orff dan Dalcroze berdasarkan corak melodi di atas boleh dilaksanakan untuk konsep
irama. Untuk mengajar murid tentang nilai not krocet, kuaver dan krocet bertitik maka
guru muzik boleh menerapkan pelbagai aktiviti berdasarkan pendekatan Kodaly, Orff
dan Dalcroze. Murid harus diajar untuk merasai perbezaan nilai not melalui aktiviti
sebutan berirama Cheve dalam pendekatan Kodaly. Contohnya murid diajar merasai
nilai not kuaver dan tai-ti untuk jenis not krocet bertitik. Murid akan menggunakan
perkusi badan untuk merasai perbezaan nilai not yang dipelajari dan ini akan
diaplikasikan seterusnya dengan alat perkusi tidak berpic dan berpic supaya murid
dapat merasa bunyi yang panjang dan bunyi yang pendek.

 Setelah mempelajari sebutan berirama Cheve pula, murid boleh diajar untuk merasai
nilai setiap not melalui aktiviti Eurhythmic. Murid boleh menggunakan tubuh badan

syira Page 5
Ulangkaji MZU3113

mereka untuk merasai perbezaan nilai not. Contohnya untuk nilai not krocet, murid
boleh berjalan untuk merasai nilai satu, bagi krocet, murid boleh melambai tangan
dan bagi not krocet betitik , muridboleh menghentak kaki. Untuk mengukuhkan sesi
pembelajaran, bahan buangan boleh digunakan dalam permainan secara
berkumpulan untuk merasai nilai not yang dipelajari.

Konsep muzik yang lain boleh diterima:

 melodi
 harmoni
 bentuk
 tekstur
 warna ton
 ekspresi

syira Page 6
Ulangkaji MZU3113

Bahagian C

Pendekatan Kodaly menekankan perkembangan kemahiran pengalaman muzikal secara


menyeluruh. Kompenen dalam pendekatan Kodaly menjadi tunjang dan nadi kurikulum
muzik di sekolah rendah sebagai asas dalam pembelajaran konsep muzik.

Berdasarkan skor lagu di atas, perincikan dengan contoh bagaimana dua aktiviti muzikal
dapat diaplikasikan dalam kelas nyanyian untuk membantu murid meningkatkan
penguasaan mereka tentang konsep muzik.

Contoh aktiviti-aktiviti muzikal yang dapat diaplikasikan dalam kelas nyanyian untuk
membantu murid mempertingkatkan mereka tentang konsep melodi ialah seperti berikut :

Nyanyian Solfa

Aktiviti yang dapat dilaksanakan ialah aktiviti nyanyian solfa bagi melodi mudah di atas.
Murid akan didedahkan tentang urutan solfa pada permulaannya untuk mengukuhkan pic
mengikut urutan so-mi, la-so-mi, mi-re-do, so-mi-re-do dan la-so-mi-re-do. Guru boleh
membimbing murid menyanyi 2 bar pertama dengan nyanyian solfa. Pada bar ke 3 ke 6
murid menyanyikan liriknya pada bar ke 7 dan ke 8, menyanyi melodinya dengan
menggunakan solfa. Dengan nyanyian solfa pada bar tersebut, murid dapat merasai pic
menaik (bar 1 -2) dan pic menurun (bar ke 7 dan ke 8). Dengan menyanyikan melodi
dengan penggunaan solfa maka murid akan lebih kukuh dengan pic yang betul.

Isyarat Tangan

Setelah murid dapat menyanyikan solfa bagi bar seperti di atas, maka guru boleh
mempelkenalkan isyarat tangan Curwen supaya murid dapat mempelajari perbezaan aras
pic dalam lagu yang dinyanyikan. Murid boleh dibimbing menggunakan isyarat tangan

syira Page 7
Ulangkaji MZU3113

sambil menyanyikan melodi lagu bagi bar seperti yang dinyatakan di atas. Murid akan
menyanyikan melodi di atas dengan menggunakan solfa sambil menunjukkan isyarat
tangan yang telah dipelajari. Aktiviti seperti ini akan membantu murid mengukuhkan
kefahaman mereka tentang aras yang terdapat dalam konsep melodi.

 Pendengaran dalaman (konsep melodi) – Aktiviti pendengaran dalaman atau inner


hearing juga dapat diaplikasi mengikut bar di mana murid akan menyanyikan melodi
secara senyap. Contohnya menyanyikan bar 1, 3, 5 dan 7 mengikut sebutan solfa
sementara pada bar 2, 4 dan 6 murid, menyanyikan melodi secara senyap. Aktiviti
seperti ini akan membantu murid untuk menguasai pic dengan lebih mendalam di
samping membantu murid mengenali perbezaan antara pic dan menyanyikan melodi
lagu tersebut dengan pic yang betul

 Permainan “Mesej Rahsia” (konsep irama) – Mengikut aktiviti ini, guru akan memberikan
sehelai nota yang mengandungi mesej rahsia kepada seseorang murid. Nota dalam
mesej rahsia terdiri daripada jenis not dalam skor melodi tersebut. Contoh keratan corak
irama yang mengandungi jenis not kuaver, semikuaver dan krocet dalam meter duaan
sepanjang 8 bar. Murid yang dilantik sebagai ketua kumpulan akan diminta menbaca
nota terssebut dan menepuk corak irama sepanjang empat bar secara senyap. Ketua
kumpulan akan kemudiannya menyanyi dengan sebutan irama secara berbisik di telinga
rakan yang duduk disebelahnya. Permainan ini akan berteruskan dalam kumpulan
sehingga sampai ke giliran murid yang terakhir. Murid yang terakhir mendengar
nyanyian corak irama akan menepuk balik corak irama yang telah didengar. Guru akan
memberi maklum balas kepada murid tentang kesesuaian dan ketepatan irama yang
didengar melalui aktiviti permainan “mesej rahsia”, Melalui aktiviti ini, murid akan dapat
menguasai irama lagu dan guru dapat membetulkan kesilapan berlaku.

Konsep muzik lain yang diterima:

 harmoni
 bentuk
 tekstur
 warna ton
 ekspresi
Jumlah = 20 markah

syira Page 8

Anda mungkin juga menyukai