Anda di halaman 1dari 16

8.1.

1 Falsafah dan Prinsip Emilie Jaques Dalcroze


Falsafah Pendidikan Muzik mengikut Dalcroze adalah mengutamakan perasaan dan pergerakan fizikal sewaktu menikmati muzik. Beliau berpendapat insan harus bertindak alas secara fizikal melalui pergerakan badan apabila menghayati melodi muzik. Justeru itu Dalcroze memberi penekanan terhadap memperkembangkan potensi individu untuk mengekspresikan perasaan dan diri melalui muzik. Kebolehan mendengar, memahami dan menikmati muzik melalui pergerakan secara tidak langsung dapat memberi kebebasan kepada individu untuk memperkembangkan daya imaginasi dan idea. Emilie Jaques Dalcroze berpegang kepada beberapa prinsip bagi menguatkan teori pembelajaran yang diperkenalkan. Antaranya adalah seperti berikut: i. Secara semula jadi, setiap kanak-kanak mempunyai emosi dan perasaan. Oleh yang demikian, pembelajaran muzik awal kanak-kanak haruslah tertumpu tentang strategi bagaimana hendak menzahirkan emosi muzik kepada bentuk-bentuk pergerakan anggota badan yang bersesuaian dengan muzik yang diperdengarkan. Anggota badan adalah instrumen yang paling dekat bagi kanak-kanak untuk menggambarkan atau meluahkan emosi mereka. Kanak-kanak akan bergerak balas secara spontan dengan gaya dan pergerakan tertentu bagi menyatakan perasaannya terhadap muzik yang didengari. Sebelum bermain alat muzik, kanak-kanak harus terlebih dahulu berlatih. Apresiasi muzik di kalangan kanak-kanak tidak dapat diterapkan dengan hanya latihan-latihan aural atau penerangan lisan mengenai tonaliti, pic dan harmoni. Kefahaman tentang elemen-elemen utama dalam muzik dapat diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang mengaitkan pembelajaran muzik dengan pergerakan manusia seperti berlari, berjalan, berdiri, duduk dan sebagainya. Sebagai contoh; konsep cepat (allegro) atau sederhana (moderate) dapat dikaitkan dengan pergerakan berlari atau berjalan yang berkait terus dengan pengalaman kehidupan seharian mereka.

ii. iii. iv.

8.1.2 Ciri-ciri Pendekatan Dalcroze


1. Inner Hearing Dalcroze berpendapat kebanyakan pelajar tidak berupaya untuk menyanyi atau menulis kembali melodi atau harmoni yang biasa didengari. Justeru itu beliau berpendapat latihan khas perlu diberikan bagi membantu pelajar membentuk inner hearing atau pendengaran mendalam. Kaedah yang dicadangkan ialah melalui solfa. Notasi atau not muzik mestilah diajar secara sistematik melalui Pendekatan Solfa. 2. Perasaan Individu Dalcroze telah mengenal pasti bahawa kebanyakan pelajarnya cuma belajar cara memainkan alat muzik dan menyanyi dengan tepat, tetapi pada masa yang sama mengabaikan perasaan yang seharusnya dizahirkan dengan pergerakan fizikal sewaktu aktiviti permainan alat atau nyanyian tersebut. 3. Muzik dan Gerakan Dalcroze percaya bahawa pelajar dapat merasai dan menghayati pic, irama dan melodi

sesebuah lagu melalui pergerakan yang tertentu. Oleh yang demikian, Dalcroze banyak menuliskan lagu-lagu gerakan (gesture song) yang merupakan gabungan di antara muzik dan gerakan yang sesuai dijalankan di peringkat kanak-kanak.

8.2.1 Eurhythmic
Dalcroze menyedari bahawa murid-murid peka kepada muzik melalui pergerakan. Beliau menamakan kaedahnya sebagai eurhythmics iaitu dalam bahasa Yunani bermaksud good movement. Mengikut Dalcroze, konsep muzik dapat dibina melalui pergerakan irama. Dalam pelajaran eurhythmics, murid-murid bergerak bebas mengikut muzik yang didengari. Dalcroze mengesan bahawa pelajarnya cuma belajar cara-cara bermain alat muzik dan menyanyi secara tepat tetapi mengabaikan elemen perasaan sewaktu melakukannya. Mereka berjalan, berlari, melompat dan membuat pergerakan mengikut kreativiti diri yang menggambarkan perasaan kepada muzik yang didengarinya. Tiap-tiap murid membuat pergerakan masing-masing mengikut persepsi diri sendiri terhadap muzik, oleh itu pergerakan yang terhasil adalah tersendiri. Pembinaan pergerakan murid adalah bermula tindak balas fizikal yang senang kepada kombinasi kompleks yang berpandukan kepada gerak tangan sambil mengira rentak di mana dalam masa yang sama kaki bergerak mengikut tekanan (syncopated patterns) dan kepala mengangguk pada rentak-rentak yang tertentu. Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara menyeluruh dari aspek minda, anggota badan serta emosi diri di mana perkara-perkara berikut dilakukan secara aktif :

mendengar; merasai (feel); berimaginasi kuat (strong imagination); mengintepretasi bunyi; dan bertindak/respon/bergerak.

Hasil dari penglibatan aktif dan menyeluruh pelajar, Dalcroze mendapati bahawa tahap pembelajaran berkaitan dengan elemen atau unsur muzik, seperti irama, melodi, harmoni, bentuk dan lain-lain di kalangan pelajar telah meningkat dan bertambah baik melalui aktiviti pergerakan dengan muzik. la secara tidak langsung telah menajamkan lagi daya pendengaran (aural) individu terhadap muzik untuk menterjemahkannya kepada gerakan yang sesuai dan kreatif, yang seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik di kalangan pelajar. Menurut Dalcroze, badan adalah alat pertama untuk mempamerkan interpretasi, imaginasi dan emosi. Gerakan badan akan berlaku berpandukan rangsangan/stimulus dari:

bentuk bunyi; gerak isyarat(signal); lisan seperti perkataan ayat, puisi atau sajak; dan vokal seperti nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian.

8.2.2 Improvisasi
Dalam pendekatan Dalcroze, improvisasi merupakan satu aktiviti yang boleh meningkatkan imaginasi dan kreativiti pelajar. Improvisasi merupakan gabungan atau lanjutan kepada aktiviti eurhythmics (pergerakan berirama). Sebelum melakukan aktiviti improvisasi, pengalaman dan pengetahuan asas tentang elemen irama dan pic diperlukan. Berdasarkan elemen asas tersebut maka pelajar melakukan pengubahsuaian, penambahan atau lanjutan. Pelbagai aktiviti improvisasi boleh dilakukan dengan penggunaan suara, tubuh badan dan alat perkusi. Piano merupakan instrumen utama yang digunakan untuk memainkan melodi atau irama asas sebelum pelajar membuat improvisasi terhadap apa yang didengari. Tumpuan aktiviti improvisasi adalah sesuatu yang dilakukan secara spontan, bukannya ditulis atau dirancang terlebih awal. Dalcroze mengatakan bahawa semua orang tanpa mengira bakat boleh dilatih memainkan menghasilkan sesuatu karya muzik secara spontan. Setiap murid di dalam kelas beliau diajar mencipta muzik sendiri secara berpandu. Pelajar tersebut diberi kebebasan dan peluang untuk mengekspresi ciptaannya. Penekanan dalam improvisasi adalah berkenaan dengan latihan irama. Konsep masa dan tenaga yang diterokai dalam sesuatu ruang dalam kelas pergerakan beriramaeurhythmics dipraktikkan kepada bermain piano. Piano menjadi alat utama improvisasi kerana penggunaan anggota badan dan muzik seperti pergerakan jari dan tangan. Dalcroze menggunakan improvisasi untuk mengukuhkan konsep teori dan harmoni. Beliau meminta pelajar membuat improvisasi dari sesuatu melodi ke arah pembinaan melodi baru dengan menggunakan kefahaman pelajar tentang jeda-jeda. Secara tidak langsung, bermula daripada dua pic yang dicipta akan melatih pelajar cekap dalam harmoni. Tumpuan improvisasi juga adalah murid belajar mencipta sesuatu karya dalam pelbagai tempo, daftar suara dan dinamik tetapi tetap memberi perhatian kepada melodi lagu. Mereka diberi bimbingan dan tunjuk ajar bagaimana menjalankan eksperimen ke atas julat yang lebih luas pada mata piano. Mereka dibenarkan untuk menggunakan pelbagai skala, mood, gaya, ton, bentuk muzik sama ada tradisional atau moden untuk menghasilkan sesuatu karya yang baru dan menarik.

8.2.3 Solfege
Telinga dihubungkaitkan dengan bunyi, manakala keseluruhan saraf dikaitkan dengan irama. Solfege pula adalah pengetahuan tentang melodi dan harmoni. Seperti tubuh badan digunakan sebagai alat berirama semula jadi, suara pula adalah alat tonal yang natural. Justeru itu, suara bertindak sebagai bahan ekspresi dalam Latihan Solfege Dalcroze. Solfege bertindak sebagai ton, hubung kait antara ton dan ton kualiti (timbre). Tujuan solfege diperkenalkan adalah supaya pendidik muzik dapat merancang latihan dan aktiviti bagi tujuan memperkembangkan pendengaran secara aktif dan merangsang saraf pendengaran supaya peka terhadap ketepatan pic. Solfege dalam pendekatan Dalcroze, adalah satu latihan pendengaran. Pendengaran boleh mempertingkatkan kesedaran tentang pic, perbezaan ton dan perbezaan kualiti ton. Pendengaran dalaman (inner hearing) juga dapat

meningkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman adalah sebutan atau sebahagian daripada lirik nyanyian yang dinyanyikan dalam hati. Pendengaran dalaman dapat ditingkatkan melalui nyanyian, melodi, harmoni, pic atau perbezaan kualiti ton atautimbre. la juga dapat mempertingkatkan kemahiran membaca skor serta improvisasi secara vokal yang boleh membawa kepada kemahiran muzik yang lebih tinggi seperti ciptaan dan gubahan. Pendengaran yang baik sangat diperlukan dalam musicianship yang baik. Aktiviti solfege dapat melatih individu untuk pendengaran yang lebih tajam dan teliti. Penekanan juga diberi dalam nyanyian. Murid akan menyanyikan jeda- jeda dalam melodi lagu berdasarkan sesuatu skala dengan pic yang tepat. Aktiviti ini menggalakkan murid-murid mempelajari dan menguasai ton dengan suara sendiri. Selain dari membaca melodi dengan solfege, pelajar juga diberi latihan menulis semula solfege yang diperdengarkan.

8.3 APLIKASI PENDEKATAN DALCROZE DALAM BILIK DARJAH


Berdasarkan penelitian yang mendalam terhadap pendekatan yang diperkenalkan oleh Emilie Jaques Dalcroze, didapati bahawa gabungan antara eurhythmics atau pergerakan berirama dengan solfege menghasilkan improvisasi. Melalui improvisasi, sentuhan dan citarasa individu dapat dihasilkan dalam ciptaan sendiri yang kreatif berdasarkan kepada kegiatankegiatan eurhythmics dan solfege. Secara amnya, aplikasi pendekatan Dalcroze di dalam bilik darjah memfokuskan kepada aktiviti berikut:

penumpuan (pay attention); konsentrasi dan mengingati; menghasilkan semula (reproduce); menukar (change); dan automatis (involuntary action).

Kesemua aktiviti ini dilakukan melalui pergerakan fizikal yang melibatkan aural (pendengaran), kinestetik (tangan/ suara), visual (penglihatan) dan kreativiti. Gabungan penekanan terhadap eurhythmics, solfege dan improvisasi seperti yang diperkenalkan oleh Dalcroze telah memberi impak yang besar terhadap paradigma dan persepsi pendidik muzik tentang pendidikan muzik kanak-kanak. Antara fokus dan unsur-unsur yang diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran muzik ialah: i. Eurhythmies Dalcroze meningkatkan keupayaan memerhati, memahami, memberi tumpuan pendidik muzik terhadap kepaduan penggunaan ruang, masa, tenaga dan keseimbangan bagi menghasilkan pergerakan yang baik mengikut irama tertentu. Kanak-kanak secara semula jadi memang suka bergerak dan mereka seronok melakukan apa sahaja. Dengan demikian, pendekatan Dalcroze menggalakkan mereka meneroka penggunaan ruang, masa, tenaga dan tempo atau kelajuan yang pelbagai sewaktu melakukan pergerakan. Contoh: a. Bergerak dengan cepat (berlari), lambat (berjalan) atau berjalan secara berjingkit-jingkit sebagai aktiviti penerokaan dan penggunaan ruang b. Melompat, meniarap, berguling, mencangkung dan sebagainya untuk meneroka dan mencari pengalaman baru menggunakan semua anggota tubuh badan untuk bergerak.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

ix.

Anggota badan merupakan alat utama yang mampu mempamerkan interpretasi murid atau individu yang melibatkan imaginasi, emosi, serta pergerakan badan yang bertindak berpandukan bahan rangsangan atau stimuli dalam bentuk bunyi, gerak isyarat (signal), lisan seperti perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian. Pergerakan badan adalah pengalaman yang paling efektif dalam aspek merasa dan menzahirkan emosi terhadap sesuatu yang didengar. Mendengar pula adalah kunci kepada pengalaman ini. Dengan mendengar, murid dapat memberi respon pergerakan yang tepat dengan penggunaan masa, ruang dan tenaga. Sesuatu perasaan kanakkanak kadang kala tidak dapat diucapkan dengan kata-kata tapi dapat diinterpretasikan dengan pergerakan badan. Antara perkara-perkara yang boleh diinterpretasikan ialah lagu yang berasaskan lirik serta konsep muzik seperti irama, tekanan, detik, sinkopasi, perbezaan pic, kontur melodi, dinamik, tempo, bentuk yang terkandung dalam muzik sedia ada. Kreativiti diberi penekanan dalam program eurhythmics di mana keupayaan dan kebolehan melakukan sesuatu yang berbeza di kalangan murid-murid dipertingkatkan. Selain pelajar belajar untuk mengimprovisasi dalam bentuk pergerakan, ekspresi kreatif juga boleh disalurkan melalui media yang berbeza seperti penggunaan suara, alat perkusi, piano, alat tiup kayu, brass dan alat bertali. Murid-murid digalakkan untuk meneroka, menguji, mencuba dan mencari jalan baru dalam menggunakan tubuh badan mereka untuk belajar. Penggunaan bahan bantu belajar seperti bola, riben, keratan muzik yang pelbagai bentuk, genre, rentak dan irama digalakkan jika ia menjadi satu rangsangan untuk melakukan pergerakan yang lebih dinamik. Seorang pendidik muzik seharusnya berpengetahuan dan berkemahiran tentang bidangnya. la juga harus bijak merancang dan menyampaikan isi pelajaran yang telah dirancang menggunakan pelbagai teknik dan pendekatan yang kreatif dan segar bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Mereka perlu mempunyai kemahiran dan kreativiti yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan bantu mengajar serta cara penyampaian isi pelajaran menggunakan pendekatan dan kaedah mengajar yang pelbagai dengan mengambil kira gaya pembelajaran murid agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan dan menyeronokkan. Sebelum memulakan suatu pengajaran dan pembelajaran, pendidik muzik haruslah memikirkan langkah-langkah dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat kematangan murid, kesediaan murid dari segi fizikal dan mental, bilangan semua murid di dalam kelas, dan pengalaman sedia ada murid. Pemilihan bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalam pergerakan haruslah berfungsi, menarik, mencukupi, berkesan dan boleh juga menggunakan sesuatu yang telah diimprovisasikan. Pendidik muzik yang berkebolehan dalam melakukan pergerakan berirama sama ada dalam bentuk demonstrasi atau melakukan sesuatu pergerakan bersama-sama muridmuridnya adalah satu kelebihan. Penyertaan pendidik bersama pelajar dalam sesuatu aktiviti akan menjadi satu motivasi dan rangsangan kepada murid.

8.3.1 Contoh Aplikasi Pendekatan Dalcroze dalam bilik Darjah


LATIHAN 1

Ekspresi muzik, tempo dan kualiti ton

Aktiviti: 1. Guru memainkan sesuatu lagu dengan menggunakan piano dan murid berkawad sambil menepuk detik. 2. Pergerakan kaki murid pula mengikut nilai-nilai not tertentu dan mengikut tempo yang sesuai seiring dengan detik yang ditepuk.

Langkah biasa/ berjalan Berjalan dan membengkokkan kaki Berlari Melompat 3. 4. Selepas itu guru boleh mempelbagaikan muziknya dengan menambah unsur dinamik seperti meninggi atau menurunkan ton dan mempercepat atau melambatkan tempo. 5. Pelajar akan mengikuti perubahan muzik yang didengari dan menukar corak-corak pergerakan mereka.

LATIHAN 2

Kesedaran irama Aktiviti: 1. Dalam aktiviti ini guru memainkan satu ritma muzik. 2. Pelajar dikehendaki bertindakbalas melalui pergerakan dan menggambarkan perasaan mereka mengikut nilai not, tekanan dan dinamik irama yang didengari. Latihan ini mencantumkan beberapa unsur penting dalam eurhythmics seperti pendengaran, analisa muzik, menguatkan ingatan dan tumpuan serta tidak balas fizikal.

LATIHAN 3

Persediaan kepada pembelajaran konsep muzik Aktiviti:

1. Pelajar melakukan pergerakan berjalan melalui proses pusingan pergerakan iaitu preparation, attack, prolongation dan kembali kepada preparation. Dalam Teori Dalcroze, terdapat empat langkah pusingan pergerakan iaitu: i. ii. iii. iv. Preparation - Bernafas dengan mengayunkan tangan serta bahu dijauhkan dari dada dalam tempo dan detik sepanjang proses menarik nafas. Attack - Menghembuskan nafas (strike dedua belah tangan) Prolongation - Depakan tangan dengan lebar sambil merasai detik yang panjang. Kembali kepada preparation - Angkat tangan ke atas, depakan dan bernafas semula

Berdasarkan keempat-empat langkah tersebut, pendidik yang terlatih boleh mencipta berbagai pergerakan fizikal dan permainan bagi persediaan kepada pengajaran konsep-konsep muzik.

Nota MZU 3111 - P&P Pendidikan Muzik menggunakan Pendekatan Dalcroze

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kali ini, guru telah menggunakan pendekatan Dalcroze untuk dimasukkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman Muzikal melalui Pendekatan Dalcroze ini melibatkan beberapa aspek iaitu Eurhytmics, Solfage dan Improvisasi. Bahan Muzikal untuk aktiviti Eurhythmics, Solfage dan Improvisasi juga diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan.

gambar hiasan

Pendekatan ini menekankan pembelajaran secara Learning by doing iaitu murid perlu melaksanakan sendiri dan merasai sendiri proses pembelajaran. Murid akan menggunakan gerak tubuh untuk tingkatkan pemahaman dalam pembelajaran muzik. Pendekatan ini juga mementingkan kepekaan alat deria iaitu mendengar muzik, dan bermain alat muzik. Pembelajaran ini juga menitik beratkan improvisasi (kreatif irama dan melodi) dalam kemahiran muzik serta mengutamakan pembelajaran daripada konkrit kepada abstrak.

Terdapat tiga peringkat dalam menguasai kemahiran dalam pendidikan muzik bagi pendekatan ini iaitu peringkat mendengar dan melihat, peringkat memberi pengalaman, serta peringkat menulis. Semua peringkat ini bertujuan untuk memberikan gambaran kepada guru mengenai cara bagaimana guru muzik dapat meningkatkan kefahaman murid-murid melalui aktiviti pergerakan badan.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Muzik yang saya ikuti, guru Pendidikan Muzik Tahun 1 Juara telah menggunakan kaedah Eurythmics dimana kaedah ini memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh yang melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri. Selain itu, kaedah ini juga melibatkan kemahiran mendengar, merasai, berimaginasi, menginterpretasi bunyi, bertindak, memberi respon dan bergerak bagi membantu murid membayangkan maksudnya secara luaran.

Guru memulakan sesi pengajaran dengan memperdengarkan lagu Bunyi Binatang. Murid mendengar lagu yang telah dimainkan guru dengan teliti. Kemudian, guru bertanya kepada murid apakah lagu yang telah dimainkan serta meminta murid untuk menyatakan apakah jenis binatang dan bunyi-bunyinya yang terdapat dalam lagu tersebut.

Bagi aktiviti seterusnya, guru meminta murid berdiri dan menyanyikan lagu Bunyi Binatang sambil menggayakan pergerakan yang bersesuaian dengan seni kata lagu. Murid bebas untuk membuat gaya yang ingin dilakukan mengikut lagu. Guru memanggil seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan untuk berdiri di hadapan kelas dan untuk menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan gaya mereka, dan diikuti rakan-rakan lain. Kecerdasan Muzik dan Kecerdasan Kinestetik yang diaplikasikan oleh murid.

Kemudian, guru meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan meminta murid menyalin semula seni kata lagu yang telah ditulis di papan hitam di dalam buku tulis. Hal ini bertujuan bagi memberi kefahaman lagi kepada murid mengenai lagu yang ingin diajar. Di samping itu, penyerapan subjek Bahasa Melayu juga dapat diaplikasikan dengan menumpukan kepada kemahiran menulis dan membaca.

Sebagai penutup, guru meminta tiga orang murid untuk menyatakan apa yang telah dipelajari pada sesi P&P kali ini. Guru menyuruh murid menyanyikan semula lagu yang telah dipelajari mengikut audio. Murid menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan gaya binatang. Sesi P&P ditangguhkan pada hari seterusnya.

ix.

Pendidik muzik yang berkebolehan dalam melakukan pergerakan berirama sama adadalam bentuk demonstrasi atau melakukan sesuatu pergerakan bersama-sama murid-muridnya adalah satu kelebihan. Penyertaan pendidik bersama pelajar dalam sesuatuaktiviti akan menjadi satu motivasi dan rangsangan kepada murid. mile J aques-Dalcroze (1865-1950) Lulusan Konservatori Vienna dan Swiss. Mempunyai latar belakang muzik tradisional yangkuat.Dilantik sebagai Professor harmoni di Konservatori Muzik Geneva ketika berusia 25tahun. Ibunya, Pestalozzian seorang guru muzik.Dalcroze Eurhythmic adalah pendekatanmuzik berasaskan prinsip bahawa ritma adalah elemen utama dalam muzik.Konponen asasDalcroze ialah: 1 .

Euritmik 2.

Solfege3.

ImprovisasiBerdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky, 1986) pergerakan dalam pendidikanmuzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melaljui proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanak-kanak berumur 1 - 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, university danorang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan jasmani dan seumpamanya.Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginan-keinginan asas kanakkanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenalpasti 9 keinginan kanak-kanak: y

U ntuk bergerak y

Berjaya dan diperkenalkan y

Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat y

U ntuk bersaing y

Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik y

U ntuk mengembara y

Memperoleh kepuasan kreativiti y

Melahirkan perasasan melalui pergerakan berirama y

U ntuk mengetahuiHaward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze ) ke dalam teorinyaiaitu Theory of multiple interlligences. Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari 7theory of multiple interllegences dalan teori Gardner. Oleh itu muzik dengan gerakanadalah elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga prososasas pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana tidak menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak berupaya mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha untuk

membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik.Berbagai usaha dan cara

dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi memahami muzik adalahteras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah. E uritmik (eurhythmic) Ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpamuzik.Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada seni muzik ialahemosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badanmanusia perlu dilatih sebab ia mengandungi bahan-bahan penting yang boleh meningkatkan perasaan halus (sensibility ) , kepekaan (sensitivity ) serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik dan perasaan.Idea muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik.Euritmik memerlukan keupayaan mempamirkan interpretasi individu yang melibatkanimaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vocal seperti nyanyian atau muzik instrumental(muzik tanpa nyanyian ) .Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh.Ia melibatkan penyatuanminda anggota badan serta emosi secara total dimana individu perlu: y

Mendengar y

Merasai y

Berimaginasi y

Mengintrepetasi bunyi y

Bertindak/respon/bergerak y

Membayangkan maksudnya secara luaranAntara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep/unsur muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan seumpamanya.Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh menghasilkan satu bentuk kreografi. S olfa (solfage) Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton (tone quality ) . Pendengaran dalaman (inner-hearing ) dapatmempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikansesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu seperti yangtertulis pada skor seolaholah sedang berbunyi di dalam minda seseorang. Improvisasi (improvision) Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan elemenyang mengeluarkan ritma ( ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm )

. Pergerakanyang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak danorang dewasa tanpa memerlukan latihan.Pergerakan :

1 .

Setempat tepuk, hayunan, berpusing, conducting (memimpin ) , membongkok bergoyang, bercakap, menyanyi dan seterusnya.2.

Pergerakan di ruang udara berlari, berjalan, menjengket, mengelunsur, melompat bergelop, merangkak dan seterusnya.Dalcroze mengutamakan kemahiran yang perlu ada: y

Penumpuan (attention )

Konsentrasi, mengingati y

Menghasilkan semula (reproduce )

Menukar (change )

AutomateKemahiran di atas diajar melalui pergerakan fizikal yang melibatkan: y

Aural (pendengaran )

Tectile/kinestathetic (tangan/suara )

Visual (penglihatan )

Kreativiti (pemikiran

) 4 Langkah pusingan pergerakan dalam teori Dalcroze: 1 .PreparationBernafas dengan menghayun tangan serta bahu dijauhkan dari dada dalam tempo, detik sepanjang proses menarik nafas.2.Attack Menghembus nafas (strike kedua belah tangan ) 3.ProlongationMendepakan tangan dengan lebar merasakan detik yang panjang.4.Kembali kepada preparationAngkat tangan ke atas, depakan dan bernafas semulaKaedah Dalcroze sejajar dengan teori pengajaran dan pembelajaran Jerome Bruner ( 196 4 ) yang menyatakan kanak-kanak belajar melalui 3 cara/mod pengajaran: y

Mod Enaktif melalui perlakuan dan pengalaman di persekitarannya. y

Mod Ikonik melalui penggunaan symbol grafik gambar/lukisa

Anda mungkin juga menyukai