Anda di halaman 1dari 18

Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya

Dalam Bahasa Melayu:


Pendekatan Rangka Rujuk Silang

Nor Hashimah Jalaluddin


Program Linguistik
Pusat Bahasa dan Linguistik
shima@pkrisc.cc.ukm.my
Isu KGN dalam Nahu Melayu

Penahu Melayu:
KGN ada 3: tanya, diri dan tunjuk
Konflik:
Ia untuk KGN diri ketiga
Ianya untuk benda abstrak
Kenyataan:
Ia untuk manusia dan bukan manusia
Ianya boleh juga untuk benda bukan abstrak
Maklumat Lama
 Ia – digunakan untuk KGN diri ketiga,
 Ia – terjemahan dari „it‟ dan
mencemarkan bahasa Melayu
 Ia – harus dielakkan dan gunakan
sahaja pengulangan kata nama
 Ianya – setakat ini hanya AHO yang
membincangkannya.
Maklumat Baru
Berdasarkan Data Korpus:
 „Ia‟ digunakan untuk manusia dan

bukan manusia
 Peratus „ia‟ untuk bukan manusia lebih
tinggi mengatasi manusia
 „Ianya‟ boleh diluaskan kepada benda

bukan abstrak
Apa itu korpus

 the study of language based on


examples of „real‟ life‟ language use,
 corpus linguists study real language,
other linguists just sit at their coffee
table and think of wild and impossible
sentences
McEnery & Wilson (1996)
Analisis Rangka Rujuk Silang
Rangka rujuk silang adalah pengesanan rujukan sesuatu ujaran yang
tidak mempunyai anteseden. Ia dapat mengaitkan ayat kedua dengan
ayat pertama dalam satu wacana bagi membantu pendengar mentafsir
ujaran tersebut. Bagi membantu pendengar memahami ujarannya,
penutur hendaklah memberi premis tambahan yang dapat menjadi
sebahagian daripada konteks. Pendengar pula akan menggunakan
premis tambahan itu bagi mengesan anteseden yang diperlukan bagi
memahami makna sebenar yang dihajati oleh penutur . Sebagai contoh,
Peti sejuk itu rosak. Pintunya perlu diperbaiki.
Nya di sini merupakan KGN yang mempunyai rujukan khusus. Nya
juga dikenali sebagai anafora. Tetapi rujukan yang jelas tidak kelihatan
di sini. Dengan menggunakan RRS, nya dapat dipautkan pada peti
sejuk. Nya adalah KGN genitif. Berdasarkan konteks kita maklum
bahawa peti sejuk adalah benda yang mempunyai pintu. Jadi nya pada
pintu akan menjadi premis tambahan kepada peti sejuk.
Maklumat Korpus IA”
Bahan Klasik, Buku Teks, Majalah Ilmiah dan
Bukan Ilmiah

IA Mengikut Korpus (%)

120
98
100
84.7 81.7 84.4
80
Peratus

Manusia
60
Bukan Manusia
40
15.3 18.3 15.6
20
2
0
Klasik M aj. Ilmiah M aj. B. Ilmiah Buku Teks
Bahan Korpus
Contoh Data “IA” - MANUSIA

Klasik
1 Di dalam hal itu ***ia*** pun kembalilah ke rumah berfikir-fikir.

2 Di dalam antara itu ***ia*** pun bertawakallah mencuba pergi dengan perahunya
bernama Lancang; kawannya lima belas orang cukuplah dengan alat senjatanya
meriam dan lela.

Majalah Ilmiah

3 Beliau kemudian menunjukkan surat nikah, justeru tak mahu kes ini berpanjangan
***ia*** bersetuju untuk menceraikannya

4 Dalam menghadapi masalah rumah tangga, isteri memainkan peranan utama,


khasnya yang mempunyai pengetahuan agama sudah tentu ***ia*** dapat
mempengaruhi suasana rumah tangga oleh cara yang dikehendaki oleh Islam.
Samb.
Majalah Bukan Ilmiah
5. Sebagai doktor banyak yang dapat dilaksanakan sebagai pendakwah seperti juga
***ia*** guru atau intelektual (yang cergas berdakwah) dalam bidang keilmuan.

6. Sekiranya individu yang dikatakan lemah semangat itu melihat jenazah apabila
***ia*** pulang ke rumahnya dan mengalami gangguan perasaan, emosi dan perilaku
kemungkinan besar ***ia*** akan dikatakan telah terkena badi.

Buku Teks
7. disebabkan penyusuan iaitu apabila seseorang itu telah menyusu kepada ibu bukan
ibunya, maka ***ia*** haram berkahwin dengan ibu susuan dan ibunya

8. Mahkamah Syari'ah dan mahkamah setelah menerima permohonan akan memanggil


bekas isteri untuk mendapat maklumat, sama ada ***ia*** bersetuju atau sebaliknya.
Contoh Data “IA” Bukan Manusia

Klasik

1 Oleh yang demikian (tiadalah diharapkan fikiran ini) hendaklah


dengan seberapa segeranya kita bersiap(lah) ***ia*** ditambah ubat (senjata ubat)
peluru…
2 Maka dicampakkannya galahnya, katanya, "Lari kita, perahu ini
(***ia*** tiada mahu mudik) dipegang (oleh) hantu air.

Majalah Ilmiah
3 Dari ketiga-tiga ayat di atas dapat kita fahamkan bahawa al-Quran
menceritakan sendiri masa ianya diturunkan buat pertama kalinya, iaitu: -
***Ia*** diturunkan pada malam yang penuh berkat

4. Kemudian ***ia*** diturunkan sedikit demi sedikit kepada Nabi


Muhammad s.a.w.
Samb.

Majalah Bukan Ilmiah


3. Walaupun pernah melawat semua tempat-tempat itu, pada saya, ***ia*** tidak
sama dengan Rockland Lake, sebuah tasik kecil berhampiran New York City.

4. ***Ia*** menerima deposit daripada pelanggan biasanya melalui tiga jenis akaun
iaitu Akaun Semasa, Akaun Simpanan dan Akaun Pelaburan Umum.

Buku Teks
5. Ketika serangga makan cecair ini, ***ia***mungkin tergelincir ke dalam periuk
kera ini.

6. Pernahkah kamu fikirkan bahawa walaupun sampah-sarap yang kamu buang ke


dalam tasik atau sungai itu kecil atau sedikit sahaja tetapi ***ia*** boleh
menyebabkan pencemaran.
Analisis RRS

Contoh 1: ‘ia’ boleh dirujuk sebagai manusia kerana hanya manusia yang dikurniakan akal untuk
‘berfikir-fikir’. ‘Ia’ yang dianggap sebagai katafora kerana mendahului rujukannya tidak menghadapi
masalah untuk dicarikan rujukannya.

Contoh 2: Hanya manusia yang boleh ‘bertawakal’ dan ‘pergi’. ‘Bertawakal’ dan pergi’ merupakan
premis tambahan yang juga merupakan sebahagian daripada konteks yang mampu membantu
pembaca mentafsir rujukan dengan mudah.

Contoh 3: ‘ditambah ubat’, ‘peluru’ memang berkaitan dengan senjata, maka rujukan ‘ia’ di situ sesuai
sebagai bukan manusia.

Contoh 4: merujuk kepada perahu kerana hanya perahu yang mempunyai ciri mudik.

Contoh 5: ungkapan seperti, ‘diturunkan’, ‘malam yang berkat’, ‘Nabi Muhammad’ adalah berkaitan
dengan hal ehwal agama Islam. Selalunya perkataan diturunkan memang merujuk kepada AL-Quran
yang juga merupakan wahyu yang diberi oleh Allah kepada Nabi Muhammad. Maklumat ini
membekalkan maklumat konteks yang juga sebagai sebahagian daripada premis tambahan yang
berguna untuk kita membantu kita mentafsir maklumat dengan lebih mudah lagi.
Maklumat Korpus “IANYA”
Bahan Klasik, Buku Teks, Majalah Ilmiah dan Bukan
Ilmiah

IANYA Mengikut Korpus (% )

120
96.1 99.4 100
100
76.7
80
Peratus

Manusia
60
Bukan Manusia
40
23.3
20
3.9 0.61 0
0
Klasik Maj. Ilmiah Maj. B. Ilmiah Buku Teks
Bahan Korpus
„IANYA‟ - MANUSIA

1.Maka ***ianya***, dua beradik dan Wan Embong itu, lima senjatanya; keris
panjang, keris pendek, sundang, di atas kepalanya "Lawi Ayam" namanya,
tombak lada.

2.Terlebih baiklah hamba balik ke negeri hamba, supaya hamba bermuafakat


dengan khalifah hamba, kerana ***ianya*** faham dalam ilmu terus mata.

3.Mengenal Tugas: Selaras dengan status dirinya serta tujuannya ***ianya***


dicipta, tugas manusia ialah untuk beribadah kepada Allah dan mentadbir
alam dan isinya sebagai wakil pentadbir dari Tuhan.

4.manusia itu berada di antara ikhtiar dan paksaan, dengan itu ***ianya***
bukanlah pemilih yang mutlak dan bukan pula dipaksa secara pasti (mujbir
mulzam), malah ***ianya*** mempunyai iradat tetapi iradat itu iradat yang
terikat (muqayyad)
IANYA –Bukan Manusia

1. Ibadah formal yang dimaksudkan itu telah ditentukan oleh Islam seperti
sembahyang, puasa, zakat dan haji di mana ***ianya*** mempunyai struktur,
sistem dan peraturan yang telah ditentukan oleh Syariah.

2. Setelah sampai ke rumah ayah bonda, maka Jibril pun ghaiblah ***ianya***.

3. Dua peguam persekutuan yang mendakwa Rich, Sandy Weinberg dan Martin
Auerbach, memberitahu panel itu mereka tidak pernah dirujuk mengenai
pengampunan itu dan berasa marah apabila ***ianya*** diluluskan.

4. Ong berkata, di Jepun, rakyatnya prihatin dalam penggunaan tandas awam


dengan memastikan ***ianya*** bersih selepas mereka selesai menggunakan
kemudahan terbabit.
ANALISIS RRS

1. Ungkapan seperti ‘ikhtiar dan paksaan, ‘pemilih yang mutlak’,


‘status diri’, ‘beribadah’ adalah ungkapan-ungkapan yang
memangnya merujuk kepada manusia. Kebolehan manusia untuk
melakukan perkara di atas memang tidak boleh dinafikan lagi.
Kesemua ini membantu membentuk konteks dan mengizinkan
usaha memproses maklumat yang rendah . Jadi sahlah ‘ianya’ dalam
data-data di atas merujuk kepada manusia.

2. ‘Ianya’ boleh merujuk kepada bukan manusia tetapi boleh diluaskan


kepada bukan abstrak. 23 merujuk kepada aktiviti, 24 kepada
ibadah, 25 projek pembangunan, 26 pengampunan dan 27 tandas
awam.
RUMUSAN “IA” dan “IANYA”

i) KGN ‘ia’ sangat kerap digunakan. Penggunaannya bukan sahaja dalam bahan korpus
kontemporari tetapi juga dalam data klasik.

ii) Jika betul ‘ia’ dianggap terjemahan dari barat ‘it’ maka kita perlu membuktikannya.
Kehadiran data klasik adalah lebih awal daripada bahan Inggeris. Jadi untuk mengatakan
ia terjemahan dari ‘it’, perlu dilihat semula.

iii) Seandainya betul ‘ia’ terjemahan dari ‘it’, maka kita seharusnya telah dapat menerima
KGN ini sebagai proses pertembungan bahasa dan budaya. Untuk mengatakan ia
mencemar BM boleh dianggap sebagai agak keterlalauan.

iv) ‘ia’ banyak digunakan untuk merujuk kepada bukan manusia. Ini juga harus dibenarkan.
Di sini kita dapati ‘ia’ boleh membantu penulis menjadi lebih kreatif dan mempunyai
ruang untuk berkarya. Pendapat agar kita mengulang-ulang balik subjek bukan manusia
itu dianggap terlalu tegar.

v) Penggunaan ‘ianya’ harus dilebarkan kepada bukan manusia yang bersifat bukan abstrak.
KESIMPULAN

Jikalau ia kajang di biku,


Tanam dedap dalam denai
Jika ia kata begitu,
Alangkah sedap dalam hati.

Anda mungkin juga menyukai