Anda di halaman 1dari 3

KAJIAN LITERATUR

3.1 Cabaran mewujudkan gagasan antara negeri.

Semasa di awal penubuhan konsep gagasan Malaysia, terdapat beberapa idea lain
yang ingin dijalankan seperti Melayu raya oleh Gerakan nasionalis sebelum perang
dunia kedua iaitu dengan menyatukan Indonesia, Malaysia dan Brunei. Idea ini
disokong oleh oleh penuntut dan lepasan pengajar dari Maktab Perguruan Sultan
Idris pada akhir tahun 1920an, turut disokong juga oleh individu sumatera dan pulau
jawa antaranya Prof Mohammad Yamin dan Sukarno pada 1950an 1. Namun idea ini
tidak berjaya atas kerana masyrakat melayu Ketika itu lebih mendukung insititusi
Raja- Raja Melayu dan Islam2.

Seterusnya, penubuhan Malaysia 1963 adalah suatu gagasan yang telah


diperkenalkan oleh Tunku Abdul Rahman selaku perdana menteri Malaya pertama
dengan menggabungkan semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan
Singapura dengan membentuk negara kesatuan baharu yang dikenali sebagai
Malaysia. (Mohd Rizal Yakoob 2009: 62) 3. Cadangan Gagasan Persekutuan
Malaysia Tunku ini telah mengubah secara radikal perjalanan politik antarabangsa di
rantau ini hingga membawa kepada perubahan peta Asia Tenggara apabila
Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 yang merangkumi negeri-negeri
Persukutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Beberapa siri rundingan telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman dengan Sabah,
Sarawak, Brunei dan Singapura. Kesan dari peristiwa ini mendapat pelbagai reaksi
yang terhasil dan terdapat parti politik sabah dan Sarawak yang bersutuju dan tidak
bersutuju ke atas idea pembentukan. Singapura pula bersetuju atas faktor mampu
4
memperluaskan pasaran industri dan Brunei pada Ketika itu Sultan Omar Ali
Saifudin III menunjukkan keminatan baginda untuk bergabung dan membentuk
Malaysia.
1
McIntyre, Angus (1973). "The 'Greater Indonesia' Idea of Nationalism in Malaysia and Indonesia.". Modern
Asian Studies 7 (1): 75–83
2
Sang Saka Malaya diguna penyokong Indonesia Raya.
3
Mohd Rizal Yakoob. 2009. Isu Pemisahan Malaysia-Singapura: Rasional KeselamatanPolitik.
Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies (JEBAT) 36: 62-89.

4
Namun, Singapura dan Brunei mengambil langkah untuk keluar dari gagasan
tersebut atas faktor singapura menganggap kesepakatan yang dimaterai gagal
dalam aspek ekonomi, parti politik dan perkauman. Antara aspek ekonomi yang
dapat dilihat sebagai asbab pemisahan singapura ini apabila berlaku perubahan
pembahagian jumlah peratusan cukai yang perlu diberikan oleh singapura kepada
kerajaan pusat. Faktor lain pula apabila Parti Tindakan Rakyat (PAP) Ketika itu
memungkiri janji 5dengan bergiat aktif di tanah melayu dan bertanding di tahun 1964
dan berniat untuk mewakili Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebagai parti oleh kaum
cina dan menggantikan MCA. Dari sudut perkauman pula, orang Melayu di negeri itu
merasakan diri diabaikan dan Singapura tidak ambil tindakan untuk membaiki
kedudukan mereka dan timbul rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu di
Singapura. Atas faktor di atas, membuatkan singapura mengeluarkan diri dari
Malaysia. Tegas Lee Kuan Yew, sebelum pembentukan Malaysia lagi dan hal-hal
yang terkandung dalam percantuman tersebut mestilah ditentukan bersama-sama
dengan rakyat singapura sendiri. Hal ini demikian kerana Lee Kuan Yew ingin
memastikan rakyatnya tetap mendapat keselesaan selepas penggabungan 4.

Begitu juga langkah yang diambil oleh brunei apabila Sultan Omar Ali Saifudin III
dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk
Malaysia atas beberapa faktor. Hal ini menyebabkan, Tunku Abdul Rahman telah
memanggil berates- ratus guru dan pengawai tanah melayu Ketika itu dan
menyebabkan brunei menghadapi masalah dalam pentadbiran. Antara faktor brunei
Ketika itu mengambil keputusan untuk keluar dari Malaysia antaranya kedudukan
yang tidak sesuai kesultanan brunei di dalam majlis- majls raja. Selain itu, Sultan
Omar Ali Saifudin III tidak bersutuju cukai pusat sebanyak 10% ke atas hasil minyak
selama 10 tahun serta kerajaan pusat yang ingin mengambil alih hak kawalan
minyak di Brunei.

54 Mupdate (21 FEBRUARI 2019) SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA.


3.2 Cabaran perpaduan kaum.

Anda mungkin juga menyukai