Anda di halaman 1dari 6

Nombor dalam asas dua

Bilangan digit: 2
Digit-digit : 0, 1
Nilai tempat :

.. 8 4 2 1
. 2
3
2
2
2
1
2
0




Contoh :
Kirakan nilai digit yang bergaris bagi nombor 11101
2


Penyelesaian:
.. 16 8 4 2 1
. 2
4
2
3
2
2
2
1
2
0

1 1 1 0 1

Nilai digit = 1 x nilai tempat
= 1 x 8
= 8 #

latihan:
nyatakan nilai digit yang bergaris dalam setiap nombor di
bawah.
a) 101
2

b) 1110
2

c) 100010
2

d) 111101
2

e) 1101000
2



Internet Store and Ecommerce Solution Provider - Free Web Site - Free Web Space and Site Hosting - Web Hosting - High Speed Internet








Search the Web





Memahami Sistem Penomboran
==========================
Tulisan: Mazlan Mat

Tentu kita semua pernah mendengar mengenai sistem penomboran dan
istilah-istilah
sistem penomboran berikut:
- Decimal (asas 10)
- Binari (asas 2)
- Oktal (asas 8)
- Hexadecimal (asas 16)


Sistem penomboran adalah asas untuk mengira. Asas(base) dalam
sistem penomboran adalah nombor yang digunakan untuk mengklasifikasikan
nombor apabila mengira. Asas ini memberitahu kita berapa banyak simbol
nombor
yang digunakan di dalam sesuatu sistem penomboran. Sebagai contoh kita
tengok
nombor asas 10 (base 10) yang kita gunakan dalam kehidupan kita
sehari-hari.

Nombor asas 10 mengandungi 10 simbol iaitu:
0,1,2,3,4,5,6,7,8,9

Apabila kita mula membilang daripada 0-9, kita telah gunakan kesemua
simbol dalam
asas 10 kita. Ingat kembali istilah "rumah" "sa", "puluh" "ratus" dan
seterusnya yang kita belajar dahulu. Dalam contoh kita ini, kita telah
kehabisan tempat "sa", dan untuk meneruskan pembilangan, kita perlu
"lompat" kepada tempat "puluh" dengan meletakkan 1 kepada tempat "puluh"
dan 0 kepada tempat "sa", dan hasilnya adalah 10!.
0->1->2->3->4->5->6->7->8->9 dan lompat satu rumah ->10

Dan katakan kita ada nombor asas 10 bersamaan dengan 7370 ia adalah
bersamaan dengan,

7 | 3 | 7 |0
ribu|ratus|puluh|sa

7370 = (7x1000) + (3 x 100) + (7* 10) + (0*1)
= (7 x 10^3) + (3 x 10^2) + (7*10^1) + (0 * 10^0)

/* tanda ^ mewakili kuasa(power)
7 x 10^3 bersamaan dengan hasil 10 kuasa tiga(1000) di darab dengan
7 */

Setiap "rumah" ditentukan oleh kuasa 10 (10^) seperti berikut (...10^3,
10^2,10^1,10^0). Ini adalah asas kepada sistem penomboran. Setiap
"rumah" ditentukan oleh kuasa nombor asasnya, tidak mengira berapa
nombor asasnya.

NOMBOR BINARI (Asas 2)
=======================

Cuba kita lihat persamaan ini dengan nombor binari (asas 2). Nombor asas
2 hanya mempunyai dua simbol iaitu 0 dan 1. Adakah ini bermakna nombor
paling besar dalam asas dua adalah 1?.
Cuba kita hubung-kait dengan nombor asas sepuluh seperti di atas, jika
kita telah kehabisan simbol, kita kena "lompat satu rumah" untuk terus
membilang.

0 -> 1 -> 10 -> 11 -> 100 -> 101 -> 110 -> 111 ...
Adakah 10 nombor binari bersamaan dengan 10 nombor asas 10? Kalau kita
tengok siri diatas, nombor 10 binari adalah nombor ketiga dalam siri
nombor binari, tetapi ia bukan nombor 10 asas 10!

Bagaimana untuk menukar nombor asas 2 kepada nombor asas 10
-----------------------------------------------------------

Jika sistem asas 10 yang menggunakan kuasa sepuluh untuk setiap "rumah",
sistem nombor binari menggunakan kuasa 2 untuk setiap rumah, seperti
berikut

Rajah 1

ribu|ratus|puluh|sa
2^3 | 2^2 | 2^1 |2^0
8 | 4 | 2 | 1

Jangan keliru mengenai pengguna "rumah" dalam sistem binari. Kita tidak
baca 1001 nombor binari "satu ribu satu". Ia digunakan untuk
memudahkan pemahaman semata2.

Setiap rumah dalam nombor asas dua adalah mewakili bit. Maknaya rumah sa
mewakili bit 1, rumah puluh mewakili bit 2 dan seterusnya. Lapan bit
bersamaan dengan satu byte dan seterusnya.

Katakan kita ada nombor binari 10000001 ataupun lapan bit (satu byte).
Untuk memudahkan proses penukaran kepada asas 10, kita lengkapkan jadual
"rumah" atau bit kita diatas dengan jadual untuk lapan bit seperti
dibawah

Rajah 2
-------
|b8 |b7 |b6 |b5 |b4 |b3 |b2 | b1 /* b1 = bit pertama */
|2^7|2^6|2^5|2^4|2^3|2^2|2^1|2^0
|128 |64 | 32|16 | 8 | 4| 2 | 1


10000001 = (1x128) + (0x64) + (0x32) + (0x16) + (0x8) + (0x4) + (0x2) +
(1x1)
= 128 + 0 + 0 + 0 + 0 + 0 + 0 + 1
= 129 nombor asas 10

Kita ambil satu lagi contoh, nombor binari 11111111 ( 8 bit)
11111111 = (1x128) + (1x64) + (1x32) + (1x16) + (1x8) + (1x4) + (1x2) +
(1x1)
= 128 + 64 + 32 + 16 + 8 + 4 + 2 + 1
= 255 nombor asas 10

Menukar dari asas 10 kepada asas 2
----------------------------------
Untuk menukar nombor asas 10 kepada asas 2, kita terbalikkan proses
penukaran asas 2 kepada asas 10.
Katakan kita ada nombor 125 asas 10, rajah 2 diatas dapat menerangkan
dengan jelas proses berikut.(Anggapkan 8 bit nombor binari)

1. Berapa kali 128 bersamaan dengan 125
- Jawapan adalah 0 (bit kelapan kita adalah 0) -> 0??????
Kita ada baki bersamaan 125-0 =125
2. Berapa kali 64 bersamaan dengan 125
- Jawapan adalah satu (bit ketujuh adalah 1) -> 01??????
Kita ada baki 125-64 = 61, ok
kita pergi ke bit seterusnya
3. Berapa kali 32 bersamaan dengan 61 (baki)
- Jawapan adalah 1 (bit keenam adalah 1) -> 011?????
Kita ada baki 61-32 = 29, ok
kita pergi ke bit seterusnya
4. Berapa kali 16 bersamaan dengan 29
-Jawapan adalah 1 (bit ke 5 adalah 1) -> 0111????
Baki bersamaan 29-16 = 13
5. Berapa kali 8 bersamaan dengan 13
- Jawapan adalah 1 (bit ke 4 adalah 1) -> 01111???
Baki bersamaan 13-8 = 5
6. Berapa kali 4 bersamaan dengan 5
- Jawapan adalah 1 (bit ke 3 adalah 1) ->011111??
Baki bersamaan dengan 5-4 = 1
7. Berapa kali 2 bersamaan dengan 1
jawapan adalah 0 (bit ke 2 adalah 0) ->0111110?
Baki adalah 1-0 = 1
8. Berapa kali 1 bersamaan dengan 1
- Jawapan adalah 1 (bit pertama adalan 1) -> 01111101
Baki adalah 1-1 =0 (habis!)

Jadi, nilai 125 asas 10 bersamaan dengan 01111101 asas 2

Kenapa menyusahkan kepala mengenai nombor asas 2? Nombor binari adalah
asas kepada komputer, dan komputer hanya memahami nilai 1 dan kosong
(atau on/off dalam litar letrik).

Nombor binari adalah penting kerana komputer adalah mesin yang hanya
memahami nilai 1 dan 0.

Jika kita ada dua bit, kemungkinan corak bit (bit pattern) adalah 2^2 =
4, maknanaya kita mempunyai 4 nilai yang mungkin iaitu dari dari nombor
0-3, dengan nilai maksimum bersamaan dengan 3. Begitu juga kalau 3 bit,
kemungkinan nombor adalah 2^3=8 kemungkinan, iaitu nombor dari 0-7.
Kalau 8 bit, kemungkinan nombor adalah 2^8=256 kemungkinan, iaitu nombor
dari 0-255.


Ini menerangkan mengapa jenis data "unsigned byte" (bersamaan dengan
jenis data Byte dalam VB) iaitu nombor 8 bit yang tiada nilai negatif
mempunyai nilai maksimum bersamaan dengan 255 dan nilai terkecil adalah
0( iaitu 256 nilai yang mungkin, 0-255). Jika jenis data adalah
"signed", bit terkiri (ke lapan dlm contoh kita)digunakan untuk
menentukan samada nombor itu positif atau negatif (nilai 0 mewakili
positif dan nilai satu mewakili negatif).

Untuk "signed" data, kita kata bit terkiri (leftmost), digunakan untuk
menentukan samada nombor itu +ve atau -ve. Jika kita ada lapan 8it.
Nombor +ve terbesar adalah = 01111111
= 127 asas 10
Nombor -ve terkecil adalah = 10000000
= -128 asas 10

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa tidak nombor -ve terkecil = 11111111
= -127?

Bagaimana 10000000 jenis "signed byte" boleh mewakili nilai -128?. Kita
tengok siri berikut


Nilai Decimal | Corak 8-bit
2|00000010
1|00000001
0|00000000
-1|11111111
-2|11111110
...|...
-128|10000000

Kita boleh kaitkan corak ini dengan meter motor kita. katakan kita ada
motor yang baru beli (first hand), katakan meter odometer dia baru 25km,
kalau kita pusing tayar depan tu kedepan, meter tu akan naik
26->27->28km ... Tapi cuba kita pusing
tayar tu kebelakang,meter dia akan mula menurun 26->25->...0->99999.
Selepas 0 meter tu tadi 99999, seperti corak bit di atas. Teknik seperti
ini dipanggil "two-complement". Teknik ini adalah dapat diringkaskan
seperti berikut:
1. Ambil "absolute value" nombor decimal
2. Tukar ke nombor binari
3. "Completement" semua bit (kosong jadi satu, satu jadi kosong)
4. Tambah satu kepada nombor binari itu

Jadi jika kita ada nombor decimal -128, kita boleh mewakili dalam
"signed byte" seperti berikut
1. "Absolute value" = 128
2. bersamaan dgn 10000000 binari
3. "Completement" = 01111111 binari
4. Tambah satu = 01111111 +1
= 10000000 nombor binari

Ada beberapa teknik lain lagi untuk mewakili nombor -ve. Antaranya
adalah "offset binary", "sign and magnitude". Adalah dikatakan teknik
"two complements" adalah paling senang untuk diimplement oleh
perkakasan, oleh itu teknik digunakan oleh kebanyakkan komputer dan
perkakasan digital.

Contoh jenis data yang lain:

untuk signed int (16 bit)
kemungkinan nombor adalah =2^16
=65536
Nombor terbesar =0111111111111111
=32,767
Nombor terkecil = 1000000000000000
= -32,768

Untuk signed long (32 bit)
kemungkinan nombor = 2^32
= 4,294,967,296
Nombor terbesar = 2,147,483,647
Nombor terkecil = -2,147,483,648


Wassalam
Mazlan Mat

Index

Anda mungkin juga menyukai