Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A

Jawab SEMUA soalan


(10 Markah)

ARAHAN:
Bahagian ini mengandungi 10 soalan. Jawab semua soalan. Tandakan jawapan anda pada Lembaran Jawapan
yang disediakan.

1. Susun turutan proses pemikiran komputasional yang berikut mengikut susunan yang betul.
I. Tinggalkan perkara yang tidak penting
II. Masalah dipecahkan
III. Sediakan model penyelesaian masalah
IV. Kenal pasti corak yang sama

A. I, II, III, IV
B. I, II, IV, III
C. II, III, I, IV
D. II, IV, I, III

2. Antara yang berikut, manakah contoh teknik pengecaman corak?


A. Membuat formula matematik baru
B. Memasak kuih donut mengikut resepi nenek
C. Melihat ciri-ciri persamaan sebuah bangunan
D. Menulis beberapa perenggan dalam menyiapkan karangan.

3. Situasi yang manakah merupakan contoh penggunaan teknik leraian dalam kehidupan harian?
A. Ani kaji semula contoh penyelesaian masalah matematik dalam buku teks sebelum mula membuat
latihan
B. Sebelum mula membuat kek, ibu semak ramuan yang ada, kemudian kaji resepi yang sesuai
C. Ibu akan membasuh semua baju dalam mesin basuh
D. Sebelum ayah membeli mesin basuh yang baharu, ayah telah membaca forum dan katalog mesin
basuh

4. Maklumat berikut menunjukkan tentang suatu sistem nombor .

 Sistem yang menggunakan dua digit sahaja iaitu 0 dan 1 untuk mewakili data
 Juga dikenali sebagai Sistem Binari

Apakah sistem nombor itu ?


A. Sistem Asas 16
B. Sistem Asas 10
C. Sistem Asas 8
D. Sistem Asas 2

1
5. Jadual berikut menunjukkan nilai digit dalam nombor 10112.
Lajur 1 2 3 4
3 2 1
Baris 1 2 2 2 20
Baris 2
Baris 3 1 0 1 1
Nilai digit

Pernyataan yang manakah benar mengenai jadual di atas ?


A. Nilai bagi Baris 2 ialah 8, 4, 2, 1
B. Baris 2 juga disebut nilai perpuluhan
C. Nilai perpuluhan untuk 10112 ialah 100
D. Nilai digit bagi setiap lajur adalah hasil tambah Baris 2 dengan Baris 3

6. Apakah format fail yang sering digunakan untuk menyimpan audio digital?
A. JPEG B. WAVE C. BMP D. TIFF

7. Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti sesuatu imej digital


A. resolusi, demensi, kedalaman bit warna
B. dimensi, kadar sampel, resolusi
C. kedalaman bit warna, piksel, saluran
D. saluran, kadar sampel, kedalaman bit

8. Rajah berikut menunjukkan gambar yang berbeza resolusinya

X dpi 18 dpi 90 dpi


Berapakah nilai X yang paling sesuai berdasarkan kualiti gambar tersebut.
A. 9 dpi B. 100 dpi C. 78 dpi D. 19 dpi

2
9. Rajah di bawah menunjukkan satu simbol yang digunakan dalam carta alir.

Apakah nama simbol ini?


A. Terminal
B. Pilihan
C. Proses
D. Input/Output

10. Apakah yang dimaksudkan dengan pseudokod?

A. Satu urutan langkah-langkah untuk menyelesaikan suatu masalah atau melaksanakan suatu
tugasan.
B. Satu set arahan mengiku turutan yang mengarahkan komputer membuat sesuatu dalam bentuk
ayat yang ringkas.
C. Gambar rajah yang menggunakan simbol-simbol geometri untuk menunjukkan langkah-langkah
algoritma.
D. Satu set pernyataan yang menyerupai bahasa aturcara komputer.

Bahagian A
Isikan jawapan anda disini
1 6
2 7
3 8
4 9

5 10

JUMLAH A

3
BAHAGIAN B
(40 Markah)

ARAHAN:
Bahagian ini mengandungi 10 soalan. Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan anda di ruangan jawapan yang
disediakan.

1. Lengkapkan proses pemikiran komputasional berikut.

penting model masalah corak

____________ dipecahkan Kenal pasti _____________


yang sama.

Sediakan satu _____________ Perkara tidak __________


penyelesaian masalah. ditinggalkan.

[4 markah]
2. Nyatakan sama ada pernyataan berikut BENAR atau PALSU.

Pernyataan BENAR/PALSU
(a) Teknik leraian membolehkan kita memahami sesuatu proses kerja dengan
lebih mudah dan membantu kita memberi penerangan yang lebih jelas kepada
orang lain.
(b) Semasa menggunakan teknik pengecaman corak, kita akan menilai jenis
corak dan warna untuk membantu proses penyelesaian masalah

(c) Teknik peniskalaan adalah satu teknik yang mengambil kira setiap aspek
walaupun aspek tersebut tidak berapa penting supaya setiap masalah dapat
diatasi.
(d) Satu model penyelesaian yang boleh diguna pakai untuk masalah yang
hampir sama akan dihasilkan dalam teknik pengitlakan.
[ 4 markah ]

3. Tukarkan nombor perduaan kepada nombor perpuluhan dan nombor perpuluhan kepada nombor perduaan
dengan menunjukkan jalan kerja yang betul.
(a)1002 = ..........................10 (b) 4010 = ................................ 2

[ 4 markah ]
4
4. Cari hasil tambah bagi setiap nombor perduaan yang berikut
(a)101102 + 1100012 (b)11011012 + 1001112

[ 4 markah ]
5. Tolak kod ASCII berikut.
(a) Kod ASCII 00110111 dan 00110010 (b) Kod ASCII 00110011 dan 00110001

[ 4 markah ]
6. Padankan atribut imej dan audio digital berikut dengan keterangan yang betul.

Atribut Keterangan
Bilangan bit untuk mewakili aras
Resolusi
rakaman
Bilangan piksel yang terdapat pada
Dimensi
imej
Kadar sampel Ukuran panjang dan lebar imej
Bilangan sampel sesaat yang diambil
Kedalaman bit
oleh alat ADC
[ 4 markah ]
7. . Asingkan setiap yang berikut ke dalam ruangan yang betul.

WAVE JPEG TIFF MP3

GIF MIDI BMP AIFF


Format Fail Imej Format Fail Audio

[ 4 markah ]
5
8 . Kirakan saiz maksimum fail audio jika maklumat berikut diberikan.

Formula
Saiz fail audio = kadar sampel (Hz) X kedalaman bit (bit) X saluran X Durasi(saat)

Kedalaman bit = 24 bit (3 bait)


Saluran = mono
Kadar sampel = 48 kHz
Durasi audio = 1 minit

Pengiraan:

[ 4 markah ]
9. Lengkapkan pseudokod berikut berdasarkan carta alir yang diberikan.

MULA MULA
m
MASUKKAN ________
Masukkan JIKA ________________
markah
CETAK “ _________ “

JIKA TIDAK
Ya
markah >
50
Cetak Lulus CETAK “__________ “

TAMAT

Tidak

Cetak Gagal

TAMAT
m

[ 4 markah ]

6
10. Berikut adalah simbol-simbol dalam carta alir.
Tandakan () bagi simbol dengan maksud yang betul dan ( x ) bagi yang salah pada petak yang disediakan.

Simbol Penerangan Ruang Jawapan

Proses

Terminal

Syarat/Pilihan

Input/Output

[ 4 markah ]

7
BAHAGIAN C
(20 Markah)
ARAHAN:
Bahagian ini mengandungi 2 soalan. Jawab semua soalan di ruangan jawapan yang disediakan.
Soalan 1
Gambar foto di bawah menunjukkan keadaan di sebuah kedai kasut terpakai yang tidak tersusun.

Berdasarkan gambar foto di atas,


a) Senaraikan masalah-masalah yang boleh dipecahkan kepada masalah yang lebih kecil dengan
menggunakan teknik leraian.
_______________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]
b) Nyatakan ciri-ciri kesamaan yang dapat membantu daam menyelesaikan masalah di atas.
_______________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]
c) Senaraikan dua (2) aspek yang penting dan dua (2) aspek yang kurang penting dalam menyelesaikan
masalah tersebut.
(i) Aspek penting:
_______________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]
(ii) Aspek kurang penting:
_______________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]
d) Senaraikan 2 kemahiran yang perlu ada apabila kita ingin melaksanakan pemikiran komputasional.
_______________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 2
8
Rajah di bawah menunjukkan paparan kekotak dialog “properties” untuk satu fail audio.

a) Apakah unit ukuran untuk fail audio?


___________________________________________ [1 markah]

b) Apakah format fail tersebut?


_______________________________________ [ 1 markah]

c) Berikan 2 format fail selain jawapan di (b)


____________________________________________________
____________________________________________________ [ 2 markah]

d) Berapakah saiz fail tersebut?


_______________________________________________________ [ 1 markah]
e) Terdapat 2 jenis saluran audio iaitu
____________________________________________________
____________________________________________________ [ 2 markah]

f) Terangkan perkaitan diantara kualiti dan saiz fail untuk audio.


___________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
______________________________ [ 3 markah]
*** SOALAN TAMAT***

Anda mungkin juga menyukai