Anda di halaman 1dari 6

SMJK CHUNG LING

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018


ASAS SAINS KOMPUTER
Tingkatan 1

Nama: ( ) (1T ) Masa: 2 Jam

Jawab semua soalan di kertas ini.

Bahagian A (60%)
1. Isi tempat kosong. (3%)
a) Komputer menggunakan sistem perduaan atau dikenali sebagai __________________
untuk menyimpan data.
b) ____________________ ialah gambar yang dirakam dan disimpan dalam bentuk pola-pola
bit (0 dan 1).
c) ____________________ ialah isyarat bunyi yang telah ditukar kepada nombor perduaan
dan disimpan dalam bentuk pola-pola bit.

Soalan 2-4 melibatkan pemikiran logik.


2. DEF, DEF2, DE2F2, _____, D2E2F3E7V (1%)
A. DEF3 B. D3EF3 C. D2E3F D. D2E2F2

3. Apakah huruf yang sesuai diisi di ruang kosong? (1%)

A. M C. J
B. C D. W

4. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan
diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah
permainan yang akan dilangsungkan? (2%)

5. Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai berdasarkan penyataan berikut. (3%)
A. Leraian B. Pengitlakan C. Peniskalaan D. Pengecaman Corak
Penyataan Teknik
a) Sebelum membuat karangan, Minah merangka karangannya untuk setiap
perenggan.
b) Cikgu Siti mengajar muridnya membuat rumusan daripada petikan yang
panjang.
c) Rumus matematik untuk mencari luas segi empat tepat ialah panjang darab
lebar.

1
6. Manakah ayat di bawah berkaitan dengan teknik leraian? (1%)
A. Melihat seorang mekanik membaiki sebuah basikal yang rosak.
B. Mencari persamaan antara dua basikal yang berlainan jenama dan model.
C. Memerhatikan setiap bahagian basikal untuk mengetahui bagaimana sesebuah basikal
berfungsi.

7. Tandakan ( √ ) bagi aspek penting dan ( x ) bagi aspek tidak penting dalam membuat kek. (3%)
a) Sukatan bahan kek.
b) Tempoh kek dibakar dalam ketuhar.
c) Bentuk bekas adunan kek yang dibakar.

8. Tandakan ( √ ) bagi jawapan betul dan ( x ) bagi jawapan salah mengenai pemikiran
komputasional. (3%)
a) Bertanya orang sambil mencari jalan untuk pergi ke sesuatu tempat pelancongan.
b) Merancang perjalanan paling pendek untuk ke sekolah.
c) Membahagikan jadual bertugas pelajar untuk membersihkan kelas.

9. Susun mengikut urutan yang betul tentang proses pemikiran komputasional. (3%)
Kenal pasti corak yang sama.
Masalah dipecahkan. 1
Sediakan satu model penyelesaian masalah.
Tinggalkan perkara tidak penting.

10. Tukarkan nombor perduaan berikut kepada nombor perpuluhan. (3%)


a) 11000111
b) 11010110
c) 10100011

11. Hitungkan hasil tambah dua nombor perduaan berikut. (3%)


a) 1010011 + 1110110
b) 10011011 + 1010111
c) 101101 + 11011

12. Hitungkan hasil tolak dua nombor perduaan berikut: (3%)


a) 11000101 - 1110011
b) 11010110 - 110011
c) 11010101 - 10101010

13. Berdasarkan lampiran yang disediakan, (6%)


a) Tambahkan kod ASCII 00110010 dan kod ASCII 00110101. Tentukan aksara yang diwakili.

2
b) Tolakkan kod ASCII 00111000 dan 00110111. Tentukan Aksara yang diwakili.

c) Terjemahkan kod ASCII berikut.


01001001 00100000 01001100 01101111 01110110 01100101 00100000 01000011
01001100 00100000 00100001

________________________________________________________________________

14. Maklumat berikut menunjukkan suatu sistem nombor. (3%)


010 000 110 111 011 100
Nyatakan tiga prinsip asas sistem nombor itu.
a) ____________________________________________________________________
b) ____________________________________________________________________
c) ____________________________________________________________________

15. Warnakan hitam dan putih pada imej digital yang disediakan berdasarkan nombor perduaan
diberikan. (1%)
0 0 1 0 0 1 0 0
0 0 1 1 1 1 0 0
0 0 0 1 1 0 0 0
1 1 1 1 1 1 1 1
1 0 1 1 1 1 0 1
1 0 1 1 1 1 0 1
0 0 1 0 0 1 0 0
0 1 1 0 0 1 1 0

16. Lengkapkan jadual berikut bagi imej digital. (6%)


Definisi Atribut Unit ukuran
a) Ukuran panjang dan lebar imej.

b) Bilangan piksel yang terdapat pada sesuatu imej.

c) Jumlah warna dalam imej

17. Lengkapkan jadual berikut bagi audio digital. (4%)


Definisi Atribut Unit ukuran
a) Jumlah sampel per saat.

b) Bilangan bit dalam sampel.

3
18. Senaraikan satu perbezaan antara format fail TIFF dan BMP bagi imej digital. (2%)
TIFF BMP
a) b)

19. Suatu imej mempunyai dimensi 3872 x 2592 piksel. Sekiranya dimensi imej ini dikurangkan
sebanyak 50%, dimensi yang baharu ialah 1936 x 1296 piksel. Nyatakan perubahan kepada
atribut-atribut imej berikut: (5%)
a) Saiz imej
b) Resolusi imej
c) Jumlah warna
d) Kualiti imej
e) Saiz fail imej

20. Suatu imej yang mempunyai resolusi 300 dpi dikurangkan resolusinya kepada 72 dpi.
Nyatakan perubahan terhadap atribut-atribut berikut: (4%)
a) Saiz imej
b) Jumlah warna
c) Kualiti imej
d) Saiz fail imej

Bahagian B (20%)
1. Rajah berikut menunjukkan sebuah gambar yang telah dikurangkan kedalaman bit warna.

8 bit 3 bit

a) Apakah kesan perubahan kedalaman warna terhadap kualiti imej ini. Berikan sebab. (2%)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

b) Berapakah jumlah warna yang digunakan dalam gambar: (2%)

i) 3 bit: _______________________ ii) 8 bit: ______________________

4
2. Sebuah foto berwarna mempunyai resolusi 350 dpi dan berukuran 12 inci x 18 inci.
a) Kirakan saiz fail bagi imej berwarna ini. (4%)

b) Berdasarkan jawapan di (a), kirakan saiz fail dalam unit: (2%)


i) bit : _________________________________________________________
ii) kilobait: _________________________________________________________

3. Jadual berikut menunjukkan 3 jenis audio digital dengan spesifikasi yang berlainan.
Audio Format Kadar sample (Hz) Kedalaman bit (bit) Saluran
Audio 1 WAV 44100 24 Mono
Audio 2 WAV 192000 24 Stereo
Audio 3 MP3 48100 16 Stereo

a) Audio manakah mempunyai kualiti terbaik? Jelaskan. (2%)


________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

b) Berdasarkan jawapan anda di (a), kirakan saiz fail audio kualiti terbaik jika audio tersebut
dimainkan selama 46 minit. (4%)

5
4. Winnie bercadang untuk menerbitkan satu video pendek untuk merumuskan percutiannya
dengan menggunakan imej digital dan audio digital untuk dimuat naik ke laman blognya.
Cadangkan format imej dan audio yang sesuai. Berikan justifikasi anda. (4%)

Imej digital Audio digital


a) Format i) i)
sesuai

b) Sebab ii) ii)

____________________________________________________________________________________
Disediakan oleh: Kang YS Disemak oleh: Nurul Safra Disahkan oleh: Low Wei Zi

Anda mungkin juga menyukai