Anda di halaman 1dari 62

SEMESTER 2

BAHAGIAN B(900/2)
 Soalan alih bentuk komunikasi – 2 soalan
diberikan, jawab 1 soalan daripada 2 soalan
 Markah penuh 20 markah
 Dengan menggunakan graf dan carta, data
dapat dianalisis, ditafsir, dijelaskan dan
seterusnya disampaikan kepada pengguna
dengan mudah dan berkesan.
 Ianya juga dapat membantu di dalam proses
perbandingan arah aliran, nilai dan juga
perhubungan data.
PRINSIP ASAS REKABENTUK GRAF DAN
CARTA
 Sebelum sesuatu graf dan carta dihasilkan, 2
prinsip asas yang perlu diperhatikan ialah:
i. Kefahaman data
ii. Pemilihan jenis yang paling sesuai dengan data
 Data yang ingin dipersembahkan di dalam bentuk
graf dan carta difahami terlebih dahulu.
 Data perlu dianalisis, contohnya dengan
menggunakan kaedah statistik tertentu dan ditafsir
bagi memperolehi jumlah, taburan, perhubungan
dan sebagainya.
 Pemilihan jenis graf dan carta yang paling
sesuai bergantung kepada jenis data, tujuan,
format persembahan dan kumpulan
pengguna.
 Contohnya, data yang mempunyai julat yang
sederhana, jenis yang paling sesuai ialah
jadual, graf atau carta.
 Manakala carta dan jadual sering digunakan
di akhbar-akhbar untuk menyampaikan
maklumat kepada orang ramai.
 Secara umum, 4 kriteria yang boleh
digunakan untuk membuat pilihan jenis-jenis
graf dan carta linear ialah :
i. Pengkelasan angkubah(PA)
ii. Kesesuaian teknik(KT)
iii. Ketepatan isi(KI)
iv. Kejelasan(KJ)
 Sekiranya jenis-jenis graf dan carta yang
dipilih mempunyai kesemua kriteria
berkenaan dengan tepat, jelas, menarik dan
mampu memberikan gambaran secara
spontan, maka jenis yang dipilih adalah
yang paling sesuai.
Pengkelasan angkubah

 Pembolehubah atau elemen sesuatu data perlu


dipilih dengan betul dan tepat bagi memastikan
kejelasan jenis teks bukan linear yang telah dipilih.
 Contoh pembolehubah ialah umur, tahun, jumlah
dan sebagainya.
 Untuk graf atau atau carta, pemilihan paksi yang
tepat bagi setiap pembolehubah juga akan
mempengaruhi kejelasan graf atau carta tersebut.
 Manakala bagi jadual pula, kejelasannya juga
dipengaruhi oleh kesesuaian pemilihan lajur dan
baris bagi mewakili pembolehubah yang terdapat
di dalam data berkenaan.
Kesesuaian teknik

 Kesesuaian teknik merangkumi pemilihan jenis-


jenis graf dan carta serta penggunaan simbol
yang tepat
 Penggunaan simbol, nombor, huruf dan
bentuk-bentuk gometri yang bersesuaian juga
akan mempengaruhi kualiti teks berkenaan
 Selain itu, pemilihan warna, corak lorekkan,
teknik melukis dan jenis kerta juga akan
mempengaruhi kualiti jenis-jenis graf dan carta
yang ingin dihasilkan
 Penggunaan teknik yang lemah akan
meyebabkan kehilangan maklumat, sukar
untuk difahami serta tidak dapat menarik
perhatian pengguna.
Ketepatan isi
 Isiatau data yang dipindahkan ke dalam graf
dan carta mestilah tepat dan lengkap
 Penghasilan graf dan carta mestilah
berasaskan kepada data yang diberikan di
dalam petikan atau sebagainya, bukannya
daripada sumber yang berasingan.
 Unit ukuran data yang menjadi sumber untuk
membentuk jenis-jenis graf dan carta tidak
boleh diubah atau ditukar, contohnya unit
tinggi dalam meter tidak boleh ditukar kepada
kaki dan sebagainya (kecuali diminta untuk
berbuat demikian)
 Perubahan data daripada nilai asal kepada
peratusan atau sebaliknya mestilah dibuat
dengan tepat atau dengan kadar ralat yang
paling minimum
Kejelasan
 Graf dan carta yang tidak jelas akan
menyebabkan ianya tidak dapat difahami
dengan mudah dan pantas.
 Aspek-aspek kejelasan meliputi elemen
berikut:
 Pemilihan dan pembentukan skala
 Unit skala
 Simbol dan singkatan
 Petunjuk
 Label
 Sumber
 Tajuk (biasanya diperolehi daripada soalan)
JADUAL
 Jadual merupakan jenis/medium yang paling
ringkas dan selalu digunakan di dalam proses
kartografi.
 Jadual senang dihasilkan, mudah untuk
difahami dan dapat menerangkan beberapa
tema/perkara di dalam sesebuah jadual.
 Di dalam jadual, pembolehubah-
pembolehubah data dinyatakan di dalam
lajur (column) dan baris (row).
 Antara bentuk jadual yang selalu digunakan
ialah jadual di dalam sektor dan jadual antara
sektor
Jadual 3.1: Gunatenaga di Malaysia Tahun 1999

. Bil Gunatenaga Jumlah (‘000)


1 Bilangan bekerja (%) 96.5
2 Menganggur (%) 3.5
3 Jumlah tenaga buruh 9,151.5

Sumber : Buku Perangkaan Malaysia Tahun 2000


Penghasilan jadual

 Jadual merupakan medium yang paling


ringkas dan mudah untuk dihasilkan
 Tidak terdapat satu cara yang khusus untuk
menghasilkan jadual. Langkah-langkah berikut
dapat membantu untuk menghasilkan jadual
yang tepat dan mudah difahami:
a) Pilih tajuk untuk jadual
b) Tentukan pembolehubah-pembolehubah
c) Cari nilai-nilai bagi setiap pembolehubah
d) Tentukan bilangan lajur atau baris bagi setiap
pembolehubah
e) Bina jadual dan buat semakan
GRAF GARISAN
 Merupakan satu siri titik nilai atau kuantiti yang
diplot mengikut koordinat segi empat dan
kemudian disambung supya membentuk satu
garisan yang bersinambungan.
 Sistem koordinat merujuk kepada sepasang
garisan lurus yang saling bertemu, yang dikenali
sebagai paksi yang dilukis pada sudut tepat
 Garisan atau paksi menegak dikenali sebagai
paksi Y manakala garisan atau paksi
mengufuk/mendatar dikenali sebagai paksi X
 Paksi X dan Y membahagikan dataran kepada
4 bahagian atau sukuan yang dikira mengikut
pisingan jam bermula dengan sukuan atas
sebelah kanan.
Paksi Asas Sistem Koordinat
X

5
SUKUAN IV
SUKUAN I
- X, + Y
4 + X, + Y

3
P X = 2.5
2 Y = 3.0

Y Y

-5 -4 -3 -2 -1 1 2 3 4 5
-1

-2

SUKUAN III SUKUAN II


-3
- X, - Y + X, - Y
-4

-5

X
 Graf garisan selalu digunakan untuk
menerangkan data statistik, fizikal, penduduk,
ekonomi dan sebagainya secara grafik
 Gras garisan dapat memudahkan pentafsiran,
menunjukkan proses kemajuan,
perkembangan atau anjakan sesuatu aktiviti
atau perkara di dalam tempoh masa tertentu.
 Lazimnya paksi menegak (Y) akan
menerangkan bilangan atau jumlah sesuatu
perkara/fenomena yang ingin
ditunjukkan/diterangkan
 Paksi mendatar/mengufuk (X) pula akan
menerangkan temph masa tertentu seperti
hari, bulan.
KOMPONEN UTAMA GRAF GARISAN
 Terdapat 5 komponen utama iaitu Tajuk, Skala,
Angka Skala, Garisan Grid dan Titik Plotan.
 Tajuk mestilah ringkas, padat dan tepat/
 Tajuk biasanya diletakkan di sebelah atas atau di
luar kawasan graf
 Tajuk seharusnya dapat menjawab soalan TAHUN,
ISU dan TAHUN
 Skala penting bagi memastikan graf yang
dihasilkan dapat menjelaskan semua maklumat
 Kesilapan memilih skala akan menyebabkan
sebahagian daripada maklumat hilang, menjadi
kurang jelas dan sebagainya.
 Skala mengufuk dan menegak yang diplot perlu
mempunyai angka skala dan petunjuk yang
menjelaskan skala dan simbol yang digunakan
 Penggunaan angka skala yang berbeza akan
menghasilkan bentuk graf garisan yang berbeza.
 Garis Grid diplot bagi memudahkan rujukan
terhadap nilai atau angka skala yang digunakan
 Bilangan garisan grid perlu diminimumkan untuk
memudahkan kita melihat nilai pada sebarang titik
di atas garisan yang diplot
 Titik plotan dilukis bagi menunjukkan nilai-nila
tertentu di sepanjang garisan graf bagi mewakili
tempoh masa atau nilai tertentu.
B A KEMATIAN AKIBAT BATUK KERING 1950-2000

C 70

60

50 E
40 D
30

20

10

0
1950 1960 1970 1980 1990 2000

Batuk kering G F
A – Tajuk
 B – Angka Skala Paksi Y
 C – Petunjuk Skala Untuk Paksi Y
 D – Garisan Grid
 E – Titik Plotan
 F – Angka Skala Paksi X
 G – Petunjuk
Jenis-jenis Graf Garisan
Terdapat pelbagai jenis/bentuk graf garisan.
Antara graf garisan yang selalu digunakan
ialah:

i. Graf garis komponen


ii. Graf garis kompaun
GRAF GARIS KOMPONEN
 Mempunyai paksi yang serupa dengan graf
garisan
 Setiap komponen di dalam sesuatu tempoh
(contoh satu bulan) akan ditambah/ditokok
dengan nilai-nilai sebelumnya.
 Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai bagi setiap
bahagian di dalam satu komponen
data/maklumat (contohnya Jum. Perbelanjaan
bulanan = makanan + pakaian + pengangkutan +
pendidikan + simpanan + lain-lain perbelanjaan)
 Setiap bahagian/ruangan akan diwarna/lorek
secara berbeza-beza bagi menunjukkan
perbezaan setiap nilai.
Graf Garis Komponen

1200
1000
800
600
400
200
0
Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos

Makanan Pengangkutan Pendidikan Simpanan Lain-lain


LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN
GRAF GARISAN
 Tidak terdapat langkah yang khusus untuk
menghasilkan jenis-jenis graf garisan
 Pengalaman dan kebolehan seseorang untuk
melukis, mengnalisis data dan
mempersembahkan data tersebut ke bentuk
grafik akan menentukan mutu graf yang di
hasilkan.
 Secara umum beberapa langkah yang boleh
dijadikan panduan asas untuk menghasilkan
graf garisan ialah:
 Menganalisis data/maklumat yang diberikan
 Menentukan unit dan pembolehubah yang
diperlukan
 Menentukan skala yang sesuai (nilai min/mak)
 Lukis paksi menegak dan mendatar
(bergantung kepada saiz kertas)
 Membina garisan-garisan
 Melukis simbol dan petunjuk
 Membina tajuk rajah
 Menulis sumber
 Membuat semakan/pembetulan/kemasan
terhadap rajah yang dihasilkan
Jumlah (‘000 ekor)
4000

3600
3500

3000 3000

2500
2350

2000
1700
1500 1500
1400
1000 1200
1000 1100
800
480 650 450
600
500
400
200 180 250 170
200
0
1995 1996 1997 1998 1999

lembu kerbau kambing bebiri


JENIS-JENIS
CARTA
CARTA
 Seperti mana graf, carta perlu disesuaikan
dengan jenis data supaya matlamat proses
kartografi dapat dicapai.
 Apabila data dianalisis, persoalan berikut
selalu dikemukakan iaitu:
i. Apa yang paling penting?
ii. Bagaimana sesuatu fenomena berubah?
iii. Apakah yang akan terjadi?
iv. Bagaimana kesan arah aliran yang terjadi?
 Setiap soalan akan memberi implikasi tentang
kaedah yang paling asas untuk menghasilkan
carta iaitu membuat perbandingan data.
 Perbandingan data boleh dibuat terhadap
sesuatu fenomena yang ingin diterangakan
(contohnya pertumbuhan ekonomi) pada satu
masa tertentu atau pada masa-masa yang
berbeza.
 Dalam proses membentuk carta, matlamat terakhir
carta berkenaan ialah dapat mempersembahkan
hasil daripada perbandingan yang paling bekesan
dan seterusnya dapat menerangkan situasi
fenomena yang ingin dikemukakan.
 Perbandingan data merupakan asas kepada
proses pembentukan carta
JENIS - JENIS CARTA/GRAF
 Carta bar mudah
 Carta bar kompaun
 Carta bar komponen (jumlah)
 Carta bar komponen (jumlah)
 Carta bar memesong/imbangan
 Graf bar piramid /cermin
 Carta pai perbandingan
 Carta pai bertingkat
 Graf garis kompaun
 Graf garis komponen
 Setiap jenis carta mempunyai fungsi, kelebihan
dan kekurangan masing-masing bagi
menerangkan sesuatu fenomena
 Kesilapan memilih jenis carta akan
menyebabkan maklumat yang ingin
diterangkan menjadi tidak jelas, hilang dan
boleh mengelirukan pengguna
 Analisis perbandingan perlu dilaksanakan
sebelum memilih sesuatu jenis carta.
CARTA BAR MUDAH
 Berbentuk turus atau bar yang saling berpisah
antara satu sama lain
 Mempunyai dua jenis iaitu carta bar menegak
(carta turus) dan carta bar mendatar (carta
bar)
 Setiap bar mesti dilorek/warna dengan
menggunakan warna yang sama kerana
mewakili satu perkara/fenomena sahaja
 Ianya sesuai untuk menjelaskan satu
perkara/fenomena di dalam satu siri
masa/tempoh tertentu sahaja.
Langkah-langkah menghasilkan carta bar mudah
 Tidak terdapat satu cara yang khusus
 Saiz dan rekabentuk bergantung kepada data,
jenis kertas, masa yang diperuntukan dan tujuan
carta berkenaan dihasilkan
 Langkah berikut boleh dijadikan panduan
- Menentukan skala (nilai minimum dan maksimum)
- Melukis paksi X dan Y
- Menentukan unit bagi setiap bar/turus
- Melukis turus atau bar
- Mewarna atau melorek turus atau bar (1 warna)
- Menulis tajuk, petunjuk dan sumber
Carta bar turus

9
8
7
6
5
4
3
2
1
0
Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu
CARTA BAR KOMPAUN
 Mengandungi beberapa kelompok turus/bar yang
mewakili sesuatu fenomena/perkara yang berbeza
 Mempunyai dua jenis iaitu carta kompaun
menegak dan carta kompaun mendatar
 Setiap bar mesti diwarnakan dengan warna yang
berlainan untuk menunjukkan perbezaan
 Ianya sesuai untuk menenrangkan satu fenomena
yang mempunyai ciri-ciri atau perkaitan yang
berbeza dalam satu siri masa/tempoh tertentu
 Contohnya pengeluaran kelapa sawit mengikut
zon Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
dari tahun 1950 hingga 1990
Langkah-langkah membuat carta bar kompaun
 Hampir sama dengan langkah-langkah
menghasilkan carta bar mudah
 Skala ditentukan berdasarkan kepada
komponen yang mempunyai nilai yang paling
banyak
 Saiz setiap bar dan jarak di antara bar
ditentukan oleh jumlah keseluruhan komponen
 Corak warna atau lorekan mestilah dibezakan
bagi setiap komponen supaya setiap
komponen mudah untuk dikenal pasti
 Jarak antara kolompok komponen dengan
kelompok yang lain mestilah berkadaran tetap
Carta bar kompaun

50
45
40
35
30
25
20
15
10
5
0
1950 1960 1970 1980 1990
CARTA BAR KOMPONEN (JUMLAH)
 Mengandungi beberapa bar yang saling
berpisah antara satu sama lain
 Setiap bar dibahagikan kepada komponen-
komponen tertentu yang mewakili sesuatu
fenomena/perkara
 Setiap bar diplot mengikut jumlah/nilai mutlak
fenomena/perkara yang dikaji
 Setiap komponen diwarnakan secara
berasingan bagi menunjukkan perbezaan
 Ianya sesuai untuk menunjukan perbezaan,
pertumbuhan atau jumlah sesuatu komponen
di dalam sesuatu fenomena dalam siri masa
tertentu
Langkah-langkah menghasilkan
carta bar komponen (jumlah)
 Hampir sama dengan carta-carta sebelumnya
iaitu:
- Mengira jumlah bagi setiap perkara/fenomena
- Menentukan skala (nilai maksimum dan
minimum)
- Menentukan unit bagi setiap komponen
- Membina turus atau bar
- Mewarna/melorek turus/bar (warna berasingan)
- Melukis petunjuk
- Membuat tajuk rajah
- Menulis sumber
- Membuat semakan terhadap rajah
Carta bar komponen (jumlah)
160000

140000

120000
Lain-lain
100000
Ragut
80000 Curi motosikal
Curi kereta
60000
Pecah rumah
40000

20000

0
1997 1998 1999 2000 2001
CARTA BAR KOMPONEN (PERATUS)
 Hampir sama dengan carta bar komponen
(jumlah)
 Setiap bar dibahagikan kepada saiz reletif setiap
komponen tanpa mengambil kira jumlah nilai
mutlak fenomena/perkara yang dikaji.
 Setiap fenomena dianggap sebagai mempunyai
nilai 100 % dan setiap komponen akan diplot
berdasarkan kepada peratusan nilai komponen
berkenaan daripada jumlah keseluruhan
fenomena yang dikaji
 Carta ini lebih mudah digunakan untuk tujuan
perbandingan tetapi tidak dapat melihat jumlah
keseluruhan sesuatu fenomena di dalam satu siri
masa/tempoh tertentu.
Langkah-langkah menghasilkan
carta bar komponen (peratus)

 Hampir sama dengan carta komponen jumlah :


- Mengira % bagi setiap perkara/fenomena
- Menentukan skala
- Menentukan unit bagi setiap komponen
- Membina turus atau bar
- Mewarna/melorek turus/bar (warna berasingan)
- Melukis petunjuk
- Membuat tajuk rajah
- Menulis sumber
- Membuat semakan terhadap rajah
Carta bar komponen (peratus)
100

90

80

70 Pengeluaran
Pertanian
60
Perkhidmatan
50 Jurujual
Perkeranian
40
Pentadbiran
30 Profesional
20

10

0
1970 1980 1985 1990
CARTA BAR MEMESONG

 Digunakan untuk mewakili data yang


mempunyai nilai positif dan negatif
 Sektor yang bernilai negatif akan diwakili oleh
turus yang menghala ke atas paksi X
 Sektor yang bernilai negatif akan diwakili oleh
turus yang menghala ke bawah paksi X
 Carta ini sesuai untuk menjelaskan data-data
seperti pertumbuhan ekonomi, perubahan
mata wang, perubahan nilai saham, import,
eksport, KDNK dan sebagainya
 Ianya juga sesuai untuk menunjukkan
perubahan dan membuat perbandingan
mengikut tempoh/siri masa tertentu
Langkah-langkah menghasilkan
carta bar memesong

 Melukis paksi X dan paksi Y


 Menentukan skala
 Menentukan unit bagi setiap komponen
 Melukis turus/bar
 Mewarna/melorek turus/bar
 Membina tajuk
 Menulis petunjuk
 Membuat semakkan terhadap rajah
Carta bar memesong
6

-2

-4

-6
1990 1992 1994 1996 1998

Pound Euro Yen


GRAF PIRAMID

 Terdiri daripada bar mendatar yang disusun


berlapis-lapis di atas satu sama lain sehingga
membentuk satu gambaran seperti piramid.
 Setiap piramid mempunyai 2 skala di kiri dan
kanan yang seragam
 Ketebalan setiap lapisan bar boleh mempengaruhi
kesan pengamatan/penglihatan seseorang
 Untuk menentukan ketinggian piramid seimbang
dengan lebarnya, 2 perkara perlu
dipertimbangkan,
- Bilangan lapisan bar yang akan dilukis
- Ukuran bar yang maksimum
 Jika bilangan bar yang handak dilukis lebih
daripada lima, maka ketebalan setiap bar haruslah
tidak lebih daripada 1/10 atau 0.1 daripada ukuran
mengufuk bar yang paling panjang
 Contohnya ukuran bar yang paling panjang ialah
20 cm, maka lebar setiap bar mestilah tidak lebih
daripada 2 cm.
 Jika lapasan bar yang ingin dilukis kurang daripada
5, maka ketebalan setiap bar perlu ditingkatkan
supaya piramid yang dihasilkan akan kelihatan
lebih seimbang dan menarik
 Carta piramid selalu digunakan untuk jumlah dan
komposisi penduduk, pekerjaan, pencapaian
pelajaran, pendapatan dan sebagainya.
Langkah-langkah menghasilkan carta piramid
 Menentukan skala
 Menentukan ukuran bar yang maksimum
 Menentukan bilangan lapisan bar yang
diperlukan
 Menentukan ketebalan bagi setiap bar
 Menentukan unit bagi setiap komponen
 Melukis bar
 Mewarna/melorek bar (sama/berbeza)
 Membina tajuk
 Menulis petunjuk
 Membuat semakkan terhadap rajah
Carta piramid
90++

80-90 th

70-80 th

60-70th

50-60 th

40-50 th

30-40 th

20-30 th

10-20 th

0-10 th

-40 -30 -20 -10 0 10 20 30 40

Lelaki Perempuan
GRAF GABUNGAN
 Kombinasi antara carta bar dengan graf
garisan
 Digunakan untuk menerangkan dua
perkara atau fenomena yang berbeza
 Kedua-dua fenomena/perkara ini
mempunyai unit ukuran/skala yang sama
 Ianya sesuai jika ingin menunjukan
perbezaan, persamaan atau membuat
perbandingan dalam jumlah atau
pertumbuhan di antara dua fenomena
 Selalu digunakan untuk menunjukkan dua
fenomena yang saling berkaitan atau yang
terlalu kontra di antara satu sama lain.
Langkah-langkah menghasilkan graf
gabungan

 Menentukan skala
 Menentukan saiz setiap bar dan ketebalan
garisan
 Menentukan unit bagi setiap bar
 Melukis bar dan titik plotan
 Mewarna/melorek bar dan garisan
 Membina tajuk
 Menulis petunjuk
 Membuat semakkan terhadap rajah
Carta Gabungan

60000

50000

40000

30000

20000

10000

0
1990 1992 1994 1996 2000 2002

Pendapatan Perbelanjaan
CARTA PAI
CARTA PAI
 Carta pai ini berbentuk bulatan penuh 3600
 Setiap bulatan dibahagikan kepada
beberapa komponen berdasarkan kepada
data yang diberikan.
 Sudut setiap komponen dikira dengan formula
berikut:
Sudut = Jumlah sektor x 3600
Jumlah keseluruhan
 Jejari bulatan pula dikira dengan formula
berikut:

Jejari = Jumlah keseluruhan



 Kebiasaannya susunan pembahagian sudut sektor-
sektor bermula daripada jumlah terbesar kepada
yang kecil
 Jumlah peratus hendaklah ditulis pada setiap
sektor (jumlah jarang ditulis kecuali kes-kes
tertentu)
 Setiap sektor akan dilorek atau diwarna secara
berbeza-beza untuk memudahkan data/maklumat
dikenalpasti antara satu dengan yang lain
 Jumlah keseluruhan akan dinyatakan di bahagian
bawah carta pai
 Untuk menghasilkan carta pai yang berkesan,
bilangan komponen biasanya tidak lebih daripada
5 kecuali kes-kes tertentu sahaja.
Jenis-jenis carta pai
 Carta pai perbandingan (2 atau lebih)
 Carta pai bertingkat
 Setiap jenis carta pai mempunyai fungsi,
kebaikan dan kelemahan masing-masing
 Jenis data, saiz kertas, masa yang
diperuntukan untuk menghasilkan carta pai,
kategori kumpulan pengguna dan kehendak
soalan akan menentukan jenis carta pai yang
akan dipilih.
CARTA PAI PERBANDINGAN
 Mempunyai 2 bulatan penuh
 Digunakan untuk membuat perbandingan antara
2 tahun
 Setiap sektor yang sama akan dilukis mengikut
urutan yang sama dan lorekan/warna yang sama
 Skala untuk carta pai mestilah sama
 2 carta pai berkenaan mestilah dilukis pada muka
surat/lembaran yang sama( tak boleh dipisahkan)
 Jejari bulatan adalah berdasarkan jumlah
keseluruhan bagi setiap tahun
 Langkah-langkah untuk menghasilkan carta pai
berbanding adalah sama dengan carta pai
mudah
Contoh carta pai perbandingn

12%

13% 13%

31%

19%
17%

57%

1969 = 45289 38%

2005 = 78314
CARTA PAI BERTINGKAT
 Berbentuksilinder atau tong
 Mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian
permukaan dan bahagian tepi/tinggi
 Bahagian permukaan :
 Biasanya menunjukkan sektor, komoditi,
kumpulan dan sebagainya
 Berbentuk bulatan penuh seperti carta pai
mudah
 Nilai peratus dinyatakan pada setiap sektor
 Setiap sektor diwarnakan/dilorek berbeza-beza
 Bahagian tinggi/tepi
 Selalunya menunjukkan negara, tahun, kaum dan
sebagainya
 Tinggi bahagian tepi biasanya tidak melebihi 10 cm
(tinggi yang selalu diguna ialah 10 cm)
 Pembahagian tinggi bagi setiap bahagian yang
digunakan adalah berdasarkan jumlahnya
 Peratus bagi setiap bahagian ketinggian perlu dinyatakan
 Lorekan bagi setiap bahagian ketinggian juga adalah
berbeza-beza

Jumlah keseluruhan perlu dinyatakan


di bahagian bawah carta
Langkah-langkah membuat carta pai bertingkat

 Menentukan jejajari dan lukis bulatan penuh


 Kira sudut sektor dan melukis sektor tersebut
 Warna/lorek setiap sektor
 Tulis peratus bagi setiap sektor
 Tentukan skala garisan menegak
 Tentukan tinggi setiap kumpulan menegak/tepi
 Melukis tinggi setiap kumpulan menegak
 Warna/lorek setiap kumpulan menegak
 Tulis peratus setiap kumpulan menegak
 Menyatakan jumlah keseluruhan
 Menulis tajuk, skala, petunjuk dan sumber
Contoh carta pai bertingkat

12%

31%

19%

Bumiputra lain

38%
India

Cina

Mukim C (50%) Melayu

Mukim B (32%)

Mukim A (18%)

Jumlah tahun 2004 : 25,789 orang

Anda mungkin juga menyukai