Anda di halaman 1dari 16

GARIS DAN SUDUT PANDUAN

PENGAJARAN

Objektif
Mengenal pasti pelbagai jenis sudut dan menggunakan perkaitan antara sudut yang
berkaitan dengan garis.

Tempoh Pembelajaran
80 minit

Istilah Baharu
Garis, Temberang Garis, Garis Selari, Garis Serenjang, Garis Bersilang dan Garis Rentas
Lintang, Sudut Tegak, Sudut Lurus, Sudut Tirus, Sudut Cakah, Sudut Refleks, Sudut
Penggenap, Sudut Pelengkap, Sudut Sepadan, Sudut Selang Seli, protraktor

Penekanan
Proses Matematik, model 5E (Engage (Penglibatan), Explore (Penerokaan), Explain
(Penerangan), Extend (Pengayaan), Evaluate (Penilaian)), inkuiri, aplikasi kehidupan
sebenar, kemahiran berfikir aras tinggi.

Pengajaran tentang Garis dan Sudut


Pengetahuan tentang sudut amat penting kerana ia merupakan asas kepada
pengetahuan geometri yang lebih kompleks. Murid perlu memahami konsep garis
dan sudut kerana peranan dan kepentingan kedua-duanya dalam kehidupan
seharian.

Pengetahuan dan Kemahiran Garis dan Sudut di Peringkat


Sekolah Rendah
Pengetahuan tentang garis dan sudut tidak termasuk dalam silibus Matematik sekolah
rendah.

Pengetahuan dan Kemahiran Garis dan Sudut di Peringkat


Sekolah Menengah
Di peringkat sekolah menengah, pengetahuan tentang garis dan sudut termasuk dalam
silibus Matematik Tingkatan 1 dan 3. Justeru, murid seharusnya telah faham tentang
garis dan sudut, serta telah dapat membeza dan menerangkan pelbagai jenis garis dan
sudut

Oleh kerana konsep garis dan sudut ini tidak asing bagi murid, maka guru boleh memberi
penekanan kepada aspek penaakulan, berbanding aspek pengiraan yang bersifat

GARIS DAN SUDUT 2


GARIS DAN SUDUT PANDUAN
PENGAJARAN
mekanikal dan prosedural. Murid perlu sentiasa digalakkan untuk menjustifikasi langkah
kerja dan jawapan yang mereka beri.

Slaid 3 - 7

Domain Kognitif: Pengetahuan


Mulakan pengajaran dengan memaparkan dan membincangkan isi kandungan slaid
di atas.

Contoh isi kandungan untuk perbincangan bersama murid.


(a) Bagi pembinaan bangunan:
 konsep garis selari digunakan bagi pembinaan tiang dan rangka rumah,
 konsep garis serenjang digunakan bagi pembinaan lantai dan tiang,
 ukuran sudut yang bersesuaian penting bagi pembinaan bumbung supaya air
hujan dapat mengalir turun dengan lancar (tiada takungan air di bumbung).

(b) Bagi pembinaan landasan kereta api:


 konsep garis selari digunakan supaya kereta api tidak tergelincir,
 ukuran sudut yang bersesuaian penting bagi pembinaan landasan supaya
kereta api dapat membelok dengan selamat.

(c) Bagi reka bentuk kenderaan:


 ukuran sudut yang bersesuaian penting dalam pembinaan reka bentuk
hadapan kenderaan supaya kenderaan boleh bergerak dengan lebih laju dan
mempunyai ciri-ciri aerodinamik yang baik (rintangan angin dapat
dikurangkan).

GARIS DAN SUDUT 3


GARIS DAN SUDUT PANDUAN
PENGAJARAN
Apa sahaja jawapan murid yang munasabah harus diterima dan sekiranya perlu
dibincangkan.

Slaid 8 - 10

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa


Cetuskan pemikiran murid dengan melontarkan pertanyaan “Apakah maksud
garis?”. Minta murid menerangkan tentang garis dan seterusnya bincangkan maksud
garis yang sebenar.

Minta murid menjelaskan perbezaan antara garis dan temberang garis. Beri
penekanan kepada perbezaan antara keduanya.

Slaid 11 - 15

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa


Pastikan murid mempunyai protraktor yang akan digunakan dalam pelajaran ini.

GARIS DAN SUDUT 4


GARIS DAN SUDUT PANDUAN
PENGAJARAN

Rangsang pemikiran murid dengan melontarkan pertanyaan seperti:


 Apakah maksud sudut?
 Berikan contoh-contoh sudut.
 Bagaimanakah anda mengukur sudut?
 Apakah alat yang digunakan untuk mengukur sudut?
 Apakah ukuran dan simbol bagi sudut?

Bagi murid yang telah mempelajari tentang sudut, mereka seharusnya dapat
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Terangkan satu persatu kepada murid tentang isi kandungan berdasarkan slaid.

Guru boleh meminta murid melukis dua garis yang membentuk sudut dan mengukur
sudut tersebut dengan menggunakan protraktor. Setiap murid perlu tahu membaca
sudut dengan menggunakan protraktor.

Slaid 16 - 17

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa


Pengajaran diteruskan dengan memaparkan slaid di atas.

Terangkan kepada murid bahawa bagi memudahkan rujukan, sudut dinamakan


berdasarkan saiz dan terdapat jenis-jenis sudut yang perlu mereka ketahui.

Slaid 18 - 19

GARIS DAN SUDUT 5


GARIS DAN SUDUT PANDUAN
PENGAJARAN

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa


Bincangkan tentang maksud sudut tegak.

Minta murid mengenal pasti sudut tegak di sekeliling mereka dan terangkan kepada
rakan mereka mengapa ia boleh dikategorikan sebagai sudut tegak.

Ulang langkah yang sama untuk sudut lurus.

Slaid 20 - 22

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/Menaakul


Teruskan pengajaran dengan memaparkan slaid di atas.

Minta murid mengenal pasti sudut tirus dan sudut cakah. Murid perlu menyatakan
ciri-ciri sudut tirus dan sudut cakah serta dapat membezakan antara kedua-duanya.

Slaid 23

GARIS DAN SUDUT 6


GARIS DAN SUDUT PANDUAN
PENGAJARAN

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa


Terangkan maksud sudut refleks kepada murid.

Minta murid melukis satu sudut refleks dan mengukur sudut yang telah mereka lukis.

Murid juga perlu menerangkan kepada rakan cara mengukur sudut refleks dan
seterusnya menerangkan ciri-ciri sudut refleks.

Slaid 24 - 25

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menaakul


Aktiviti berikut dijalankan bagi mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman murid
tentang sudut dan membolehkan murid membuat perkaitan antara sudut dengan
nilai sudut berkenaan.

Aktiviti dilakukan secara berpasangan dan bergilir.

Guru perlu menyediakan penyedut minuman untuk diberikan kepada murid. Murid
mengambil giliran masing-masing menggunakan penyedut minuman untuk
membentuk sudut yang dinyatakan oleh guru.

Guru menyebut sama ada sudut tirus, sudut cakah atau sudut refleks. Murid yang
memegang penyedut minuman perlu membentuk sudut yang dinyatakan oleh guru
menggunakan penyedut minuman tersebut. Kemudian, murid tersebut menunjukkan
kepada pasangannya dan menerangkan ciri-ciri sudut yang dibentuk. Ulang aktiviti.

Bagi membolehkan murid menganggar ukuran sudut, aktiviti boleh dilanjutkan.


Seorang murid melukis sudut dan seorang lagi menganggar. Kemudian murid
mengukur nilai sebenar menggunakan protractor. Ulang aktiviti mengikut
kesesuaian.

GARIS DAN SUDUT 7


GARIS DAN SUDUT PANDUAN
PENGAJARAN
Slaid 26 - 28

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menaakul


Rangsang pemikiran murid dengan melontarkan pertanyaan seperti:
 Apakah yang anda boleh katakan tentang sudut yang terbentuk pada garis lurus?
 Apakah sudut penggenap?

Minta murid meneroka dan seterusnya menerangkan kefahaman mereka tentang


sudut penggenap dan ciri-cirinya.

Slaid 29 - 31

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menaakul


Teruskan pengajaran dengan meminta murid meneroka dan menerangkan
kefahaman mereka tentang sudut pelengkap dan ciri-cirinya.

Slaid 32

GARIS DAN SUDUT 8


GARIS DAN SUDUT PANDUAN
PENGAJARAN
Domain Kognitif: Pengetahuan/Menaakul
Murid perlu meneliti gambar yang dipaparkan dan menganggar ukuran sudut yang
terdapat dalam gambar tersebut.

Minta murid memberikan justifikasi terhadap anggaran mereka

Slaid 33 - 34

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menaakul


Minta murid melaksanakan aktiviti seperti dalam slaid dan membentangkan dapatan
mereka.

Murid boleh melukis atau mengambil gambar objek-objek tersebut.

Slaid 35 - 38

GARIS DAN SUDUT 9


GARIS DAN SUDUT PANDUAN
PENGAJARAN

Domain Kognitif: Aplikasi


Minta murid melaksanakan aktiviti seperti dalam slaid sebagai kerja projek.

Aktiviti ini membolehkan murid membuat perkaitan tentang kandungan yang


dipelajari di bilik darjah dengan situasi sebenar di luar bilik darjah. Perkaitan ini
penting bagi membolehkan murid lebih menghargai keindahan dan kepentingan
matematik

Jawapan:

Sudut pada Sudut pada


aras yang tinggi aras yang rendah

Sudut mata
Sudut pada
burung
aras mata

Sudut senget

Kerja Projek: Dilakukan secara berkumpulan. Guru perlu memberikan masa yang
mencukupi untuk murid menyiapkan kerja projek ini. Guru juga perlu menyediakan
kawasan yang sesuai untuk dijadikan Laluan Galeri agar murid dapat mempamerkan
hasil kreativiti mereka.

Slaid 39 - 43

GARIS DAN SUDUT 10


GARIS DAN SUDUT PANDUAN
PENGAJARAN

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menaakul


Paparkan gambar pada slaid dan minta murid meneliti dan menentukan garis selari
dan garis serenjang. Murid perlu memberikan alasan kepada jawapan yang diberi.

Seterusnya minta murid secara berpasangan mengambil giliran untuk menjelaskan


ciri-ciri bagi garis selari dan garis serenjang.

Murid perlu faham bahawa bagi garis selari, jarak tegak antara kedua-duanya adalah
sentiasa sama. Garis serenjang pula ialah garis lurus yang bertemu atau bersilang
dengan satu garis lurus lain pada sudut tegak.

Murid juga perlu memahami dan boleh menerangkan perbezaan antara kedua-dua
garis tersebut.

Slaid 44

Domain Kognitif: Menganalisa/Menjustifikasi/Menaakul


Bagi mengukuhkan kefahaman murid tentang garis selari dan garis serenjang, minta
mereka meneliti meja dan kerusi masing-masing dan seterusnya menyatakan
bahagian yang selari, berserenjang atau bersilang. Seterusnya keseluruhan bilik
darjah juga boleh dijadikan sebagai contoh.

Murid perlu menjelaskan alasan kepada jawapan mereka.

Slaid 45 - 49

GARIS DAN SUDUT 11


GARIS DAN SUDUT PANDUAN
PENGAJARAN

Domain Kognitif: Menganalisa/Menjustifikasi/Menaakul


Pengajaran diteruskan dengan memaparkan slaid di atas.

Murid perlu menentukan garis bersilang dan garis rentas lintang serta menjelaskan
ciri-ciri bagi kedua-dua garis tersebut.

Nota:
 Garis bersilang ialah garis-garis yang memintas atau memotong antara satu
sama lain pada satu titik pertemuan.
 Garis rentas lintang ialah garis yang bersilang dengan dua garis atau lebih.

Lontarkan pertanyaan “Apakah perkaitan antara garis serenjang dengan garis


bersilang?”. Murid seharusnya dapat menyatakan bahawa garis serenjang adalah
garis bersilang yang pempunyai sudut persilangan 90.

Bincangkan maksud kedua-dua garis bersilang dan garis rentas lintang.

Slaid 50 - 54

Aktiviti 4

Kementerian Pendidikan Malaysia


Bahagian Pembangunan Kurikulum
48 of 54

GARIS DAN SUDUT 12


GARIS DAN SUDUT PANDUAN
PENGAJARAN

Domain Kognitif: Menganalisa/Menjustifikasi/Menaakul


Teruskan pengajaran dengan meminta murid melaksanakan aktiviti di atas.

Garis yang dipaparkan pada slaid hanyalah sebagai contoh. Galakkan murid membina
garis bersilang mereka sendiri dan melaksanakan aktiviti mengikut langkah yang
dinyatakan pada slaid.

Bincangkan jawapan murid. Contoh jawapan pada slaid hanyalah sebagai panduan
sahaja. Minta mereka membuat konjektur terlebih dahulu tentang sudut-sudut yang
terbentuk melalui pemerhatian. Seterusnya mereka perlu mengesahkan konjektur
berkenaan melalui samada lukisan ataupun menggunakan Geometer’s Sketchpad.

Pastikan murid dapat membuat kesimpulan bahawa apabila dua garis bersilang,
sudut bertentangan bucu adalah kongruen. Berikan penekanan kepada istilah
kongruen.

Slaid 55 - 57

Aktiviti 5

Kementerian Pendidikan Malaysia


Bahagian Pembangunan Kurikulum
52 of 54

Domain Kognitif: Menganalisa/Menjustifikasi/Menaakul


Minta murid melaksanakan aktiviti di atas secara berkumpulan.

Seperti Aktiviti 4, garis yang dipaparkan pada slaid hanyalah sebagai contoh.
Galakkan murid membina garis rentas lintang mereka sendiri dan melaksanakan
aktiviti mengikut langkah yang dinyatakan pada slaid. Minta mereka membuat
konjektur terlebih dahulu tentang sudut-sudut yang terbentuk melalui pemerhatian.
Seterusnya mereka perlu mengesahkan konjektur berkenaan melalui samada lukisan

GARIS DAN SUDUT 13


GARIS DAN SUDUT PANDUAN
PENGAJARAN
ataupun menggunakan Geometer’s Sketchpad.

Bincangkan jawapan murid. Murid perlu dapat membuat kesimpulan bahawa


 sudut bertentangan bucu adalah kongruen,
 sudut sepadan adalah kongruen,
 sudut berselang-seli adalah kongruen.

Slaid 58 - 61

Domain Kognitif: Menganalisa/Menjustikasi/Menaakul


Paparkan slaid di atas.

Bimbing murid untuk mengenal pasti laluan dalam peta ini yang selari, berserenjang
atau bersilang. Murid perlu menentukan sudut penggenap, sudut pelengkap, sudut
bertentangan bucu dan sudut sepadan yang dibentuk oleh laluan dalam peta
tersebut.

GARIS DAN SUDUT 14


GARIS DAN SUDUT PANDUAN
PENGAJARAN

GARIS DAN SUDUT 15


GARIS DAN SUDUT PANDUAN
PENGAJARAN

Info Ekstra

Garis Rentas Lintang

Garis Rentas Lintang dalam Bahasa inggeris dikenali sebagai transversal. Nota berikut diperoleh
daripada http://www.mathsisfun.com/geometry/transversal.html

Transversals

A transversal is a line that crosses at least two other lines.

The red line is the transversal in each example.

Untuk tajuk ini murid hanya perlu mengenali ciri-ciri sudut yang berkaitan dengan garis
rentas lintang yang memotong garis selari.

GARIS DAN SUDUT 16

Anda mungkin juga menyukai