Anda di halaman 1dari 62

SEMESTER 2

BAHAGIAN B(900/2)
 Soalan alih bentuk komunikasi – 2 soalan diberikan,
jawab 1 soalan daripada 2 soalan
 Markah penuh 20 markah
 Dengan menggunakan graf dan carta, data dapat
dianalisis, ditafsir, dijelaskan dan seterusnya
disampaikan kepada pengguna dengan mudah dan
berkesan.
 Ianya juga dapat membantu di dalam proses
perbandingan arah aliran, nilai dan juga perhubungan
data.
PRINSIP ASAS REKABENTUK GRAF DAN
CARTA
 Sebelum sesuatu graf dan carta dihasilkan, 2 prinsip asas
yang perlu diperhatikan ialah:
i. Kefahaman data
ii. Pemilihan jenis yang paling sesuai dengan data
 Data yang ingin dipersembahkan di dalam bentuk graf dan
carta difahami terlebih dahulu.
 Data perlu dianalisis, contohnya dengan menggunakan
kaedah statistik tertentu dan ditafsir bagi memperolehi
jumlah, taburan, perhubungan dan sebagainya.
 Pemilihan jenis graf dan carta yang paling sesuai
bergantung kepada jenis data, tujuan, format
persembahan dan kumpulan pengguna.
 Contohnya, data yang mempunyai julat yang sederhana,
jenis yang paling sesuai ialah jadual, graf atau carta.
 Manakala carta dan jadual sering digunakan di akhbar-
akhbar untuk menyampaikan maklumat kepada orang
ramai.
 Secara umum, 4 kriteria yang boleh digunakan untuk
membuat pilihan jenis-jenis graf dan carta linear ialah
:
i. Pengkelasan angkubah(PA)
ii. Kesesuaian teknik(KT)
iii. Ketepatan isi(KI)
iv. Kejelasan(KJ)
 Sekiranya jenis-jenis graf dan carta yang dipilih
mempunyai kesemua kriteria berkenaan dengan tepat,
jelas, menarik dan mampu memberikan gambaran
secara spontan, maka jenis yang dipilih adalah yang
paling sesuai.
Pengkelasan angkubah

 Pembolehubah atau elemen sesuatu data perlu dipilih dengan


betul dan tepat bagi memastikan kejelasan jenis teks bukan
linear yang telah dipilih.
 Contoh pembolehubah ialah umur, tahun, jumlah dan
sebagainya.
 Untuk graf atau atau carta, pemilihan paksi yang tepat bagi
setiap pembolehubah juga akan mempengaruhi kejelasan graf
atau carta tersebut.
 Manakala bagi jadual pula, kejelasannya juga dipengaruhi
oleh kesesuaian pemilihan lajur dan baris bagi mewakili
pembolehubah yang terdapat di dalam data berkenaan.
Kesesuaian teknik

 Kesesuaian teknik merangkumi pemilihan jenis-jenis


graf dan carta serta penggunaan simbol yang tepat
 Penggunaan simbol, nombor, huruf dan bentuk-bentuk
gometri yang bersesuaian juga akan mempengaruhi
kualiti teks berkenaan
 Selain itu, pemilihan warna, corak lorekkan, teknik
melukis dan jenis kerta juga akan mempengaruhi kualiti
jenis-jenis graf dan carta yang ingin dihasilkan
 Penggunaan teknik yang lemah akan meyebabkan
kehilangan maklumat, sukar untuk difahami serta tidak
dapat menarik perhatian pengguna.
Ketepatan isi
 Isiatau data yang dipindahkan ke dalam graf dan carta
mestilah tepat dan lengkap
 Penghasilan graf dan carta mestilah berasaskan kepada
data yang diberikan di dalam petikan atau sebagainya,
bukannya daripada sumber yang berasingan.
 Unit ukuran data yang menjadi sumber untuk
membentuk jenis-jenis graf dan carta tidak boleh diubah
atau ditukar, contohnya unit tinggi dalam meter tidak
boleh ditukar kepada kaki dan sebagainya (kecuali
diminta untuk berbuat demikian)
 Perubahan data daripada nilai asal kepada peratusan atau
sebaliknya mestilah dibuat dengan tepat atau dengan
kadar ralat yang paling minimum
Kejelasan
 Graf dan carta yang tidak jelas akan menyebabkan ianya
tidak dapat difahami dengan mudah dan pantas.
 Aspek-aspek kejelasan meliputi elemen berikut:
 Pemilihan dan pembentukan skala
 Unit skala
 Simbol dan singkatan
 Petunjuk
 Label
 Sumber
 Tajuk (biasanya diperolehi daripada soalan)
JADUAL
 Jadual merupakan jenis/medium yang paling ringkas dan
selalu digunakan di dalam proses kartografi.
 Jadual senang dihasilkan, mudah untuk difahami dan
dapat menerangkan beberapa tema/perkara di dalam
sesebuah jadual.
 Di dalam jadual, pembolehubah-pembolehubah data
dinyatakan di dalam lajur (column) dan baris (row).
 Antara bentuk jadual yang selalu digunakan ialah jadual
di dalam sektor dan jadual antara sektor
Jadual 3.1: Gunatenaga di Malaysia Tahun 1999

.
Bil Gunatenaga Jumlah (‘000)
1 Bilangan bekerja (%) 96.5
2 Menganggur (%) 3.5
3 Jumlah tenaga buruh 9,151.5

Sumber : Buku Perangkaan Malaysia Tahun 2000


Penghasilan jadual

 Jadual merupakan medium yang paling ringkas dan


mudah untuk dihasilkan
 Tidak terdapat satu cara yang khusus untuk
menghasilkan jadual. Langkah-langkah berikut dapat
membantu untuk menghasilkan jadual yang tepat dan
mudah difahami:
a) Pilih tajuk untuk jadual
b) Tentukan pembolehubah-pembolehubah
c) Cari nilai-nilai bagi setiap pembolehubah
d) Tentukan bilangan lajur atau baris bagi setiap
pembolehubah
e) Bina jadual dan buat semakan
GRAF GARISAN
 Merupakan satu siri titik nilai atau kuantiti yang diplot
mengikut koordinat segi empat dan kemudian disambung
supya membentuk satu garisan yang bersinambungan.
 Sistem koordinat merujuk kepada sepasang garisan lurus
yang saling bertemu, yang dikenali sebagai paksi yang
dilukis pada sudut tepat
 Garisan atau paksi menegak dikenali sebagai paksi Y
manakala garisan atau paksi mengufuk/mendatar dikenali
sebagai paksi X
 Paksi X dan Y membahagikan dataran kepada 4 bahagian
atau sukuan yang dikira mengikut pisingan jam bermula
dengan sukuan atas sebelah kanan.
Paksi Asas Sistem Koordinat
X

5
SUKUAN IV
SUKUAN I
- X, + Y
4 + X, + Y

3
P X = 2.5
2 Y = 3.0

Y Y
-5 -4 -3 -2 -1 1 2 3 4 5

-1

-2

SUKUAN III SUKUAN II


-3
- X, - Y + X, - Y
-4

-5

X
 Graf garisan selalu digunakan untuk menerangkan data
statistik, fizikal, penduduk, ekonomi dan sebagainya
secara grafik
 Gras garisan dapat memudahkan pentafsiran,
menunjukkan proses kemajuan, perkembangan atau
anjakan sesuatu aktiviti atau perkara di dalam tempoh
masa tertentu.
 Lazimnya paksi menegak (Y) akan menerangkan
bilangan atau jumlah sesuatu perkara/fenomena yang
ingin ditunjukkan/diterangkan
 Paksi mendatar/mengufuk (X) pula akan menerangkan
temph masa tertentu seperti hari, bulan.
KOMPONEN UTAMA GRAF GARISAN
 Terdapat 5 komponen utama iaitu Tajuk, Skala, Angka
Skala, Garisan Grid dan Titik Plotan.
 Tajuk mestilah ringkas, padat dan tepat/
 Tajuk biasanya diletakkan di sebelah atas atau di luar
kawasan graf
 Tajuk seharusnya dapat menjawab soalan TAHUN, ISU dan
TAHUN
 Skala penting bagi memastikan graf yang dihasilkan dapat
menjelaskan semua maklumat
 Kesilapan memilih skala akan menyebabkan sebahagian
daripada maklumat hilang, menjadi kurang jelas dan
sebagainya.
 Skala mengufuk dan menegak yang diplot perlu mempunyai
angka skala dan petunjuk yang menjelaskan skala dan
simbol yang digunakan
 Penggunaan angka skala yang berbeza akan menghasilkan
bentuk graf garisan yang berbeza.
 Garis Grid diplot bagi memudahkan rujukan terhadap nilai
atau angka skala yang digunakan
 Bilangan garisan grid perlu diminimumkan untuk
memudahkan kita melihat nilai pada sebarang titik di atas
garisan yang diplot
 Titik plotan dilukis bagi menunjukkan nilai-nila tertentu di
sepanjang garisan graf bagi mewakili tempoh masa atau nilai
tertentu.
B A KEMATIAN AKIBAT BATUK KERING 1950-2000

C 70

60
Kadar setiap 100,000 penduduk

50 E
40 D
30

20

10

0
1950 1960 1970 1980 1990 2000

Batuk kering G F
A – Tajuk
 B – Angka Skala Paksi Y
 C – Petunjuk Skala Untuk Paksi Y
 D – Garisan Grid
 E – Titik Plotan
 F – Angka Skala Paksi X
 G – Petunjuk
Jenis-jenis Graf Garisan
Terdapat pelbagai jenis/bentuk graf garisan. Antara graf
garisan yang selalu digunakan ialah:

i. Graf garis komponen


ii. Graf garis kompaun
GRAF GARIS KOMPONEN
 Mempunyai paksi yang serupa dengan graf garisan
 Setiap komponen di dalam sesuatu tempoh (contoh satu
bulan) akan ditambah/ditokok dengan nilai-nilai sebelumnya.
 Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai bagi setiap bahagian di
dalam satu komponen data/maklumat (contohnya Jum.
Perbelanjaan bulanan = makanan + pakaian + pengangkutan
+ pendidikan + simpanan + lain-lain perbelanjaan)
 Setiap bahagian/ruangan akan diwarna/lorek secara berbeza-
beza bagi menunjukkan perbezaan setiap nilai.
Graf Garis Komponen

1200
1000
800
600
400
200
0
Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos

Makanan Pengangkutan Pendidikan Simpanan Lain-lain


LANGKAH-LANGKAH
MENGHASILKAN GRAF GARISAN
 Tidak terdapat langkah yang khusus untuk
menghasilkan jenis-jenis graf garisan
 Pengalaman dan kebolehan seseorang untuk melukis,
mengnalisis data dan mempersembahkan data tersebut
ke bentuk grafik akan menentukan mutu graf yang di
hasilkan.
 Secara umum beberapa langkah yang boleh dijadikan
panduan asas untuk menghasilkan graf garisan ialah:
 Menganalisis data/maklumat yang diberikan
 Menentukan unit dan pembolehubah yang
diperlukan
 Menentukan skala yang sesuai (nilai min/mak)
 Lukis paksi menegak dan mendatar (bergantung
kepada saiz kertas)
 Membina garisan-garisan
 Melukis simbol dan petunjuk
 Membina tajuk rajah
 Menulis sumber
 Membuat semakan/pembetulan/kemasan terhadap
rajah yang dihasilkan
Jumlah (‘000 ekor)
4000

3600
3500

3000 3000

2500
2350

2000
1700
1500 1500
1400
1000 1200
1000 1100
800
480 650 450
600
500
400
200 180 250
200 170
0
1995 1996 1997 1998 1999

lembu kerbau kambing bebiri


JENIS-JENIS
CARTA
CARTA
 Seperti mana graf, carta perlu disesuaikan dengan jenis
data supaya matlamat proses kartografi dapat dicapai.
 Apabila data dianalisis, persoalan berikut selalu
dikemukakan iaitu:
i. Apa yang paling penting?
ii. Bagaimana sesuatu fenomena berubah?
iii. Apakah yang akan terjadi?
iv. Bagaimana kesan arah aliran yang terjadi?
 Setiap soalan akan memberi implikasi tentang kaedah yang
paling asas untuk menghasilkan carta iaitu membuat
perbandingan data.
 Perbandingan data boleh dibuat terhadap sesuatu fenomena
yang ingin diterangakan (contohnya pertumbuhan ekonomi)
pada satu masa tertentu atau pada masa-masa yang berbeza.
 Dalam proses membentuk carta, matlamat terakhir carta
berkenaan ialah dapat mempersembahkan hasil daripada
perbandingan yang paling bekesan dan seterusnya dapat
menerangkan situasi fenomena yang ingin dikemukakan.
 Perbandingan data merupakan asas kepada proses
pembentukan carta
JENIS - JENIS CARTA/GRAF
 Carta bar mudah
 Carta bar kompaun
 Carta bar komponen (jumlah)
 Carta bar komponen (jumlah)
 Carta bar memesong/imbangan
 Graf bar piramid /cermin
 Carta pai perbandingan
 Carta pai bertingkat
 Graf garis kompaun
 Graf garis komponen
 Setiap jenis carta mempunyai fungsi, kelebihan dan
kekurangan masing-masing bagi menerangkan sesuatu
fenomena
 Kesilapan memilih jenis carta akan menyebabkan
maklumat yang ingin diterangkan menjadi tidak jelas,
hilang dan boleh mengelirukan pengguna
 Analisis perbandingan perlu dilaksanakan sebelum
memilih sesuatu jenis carta.
CARTA BAR MUDAH
 Berbentuk turus atau bar yang saling berpisah antara satu
sama lain
 Mempunyai dua jenis iaitu carta bar menegak (carta
turus) dan carta bar mendatar (carta bar)
 Setiap bar mesti dilorek/warna dengan menggunakan
warna yang sama kerana mewakili satu perkara/fenomena
sahaja
 Ianya sesuai untuk menjelaskan satu perkara/fenomena di
dalam satu siri masa/tempoh tertentu sahaja.
Langkah-langkah menghasilkan carta bar mudah
 Tidak terdapat satu cara yang khusus
 Saiz dan rekabentuk bergantung kepada data, jenis kertas,
masa yang diperuntukan dan tujuan carta berkenaan
dihasilkan
 Langkah berikut boleh dijadikan panduan

- Menentukan skala (nilai minimum dan maksimum)


- Melukis paksi X dan Y
- Menentukan unit bagi setiap bar/turus
- Melukis turus atau bar
- Mewarna atau melorek turus atau bar (1 warna)
- Menulis tajuk, petunjuk dan sumber
Carta bar turus

9
8
7
6
5
4
3
2
1
0
Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu
CARTA BAR KOMPAUN
 Mengandungi beberapa kelompok turus/bar yang mewakili
sesuatu fenomena/perkara yang berbeza
 Mempunyai dua jenis iaitu carta kompaun menegak dan carta
kompaun mendatar
 Setiap bar mesti diwarnakan dengan warna yang berlainan
untuk menunjukkan perbezaan
 Ianya sesuai untuk menenrangkan satu fenomena yang
mempunyai ciri-ciri atau perkaitan yang berbeza dalam satu
siri masa/tempoh tertentu
 Contohnya pengeluaran kelapa sawit mengikut zon
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dari tahun 1950
hingga 1990
Langkah-langkah membuat carta bar kompaun
 Hampir sama dengan langkah-langkah menghasilkan
carta bar mudah
 Skala ditentukan berdasarkan kepada komponen yang
mempunyai nilai yang paling banyak
 Saiz setiap bar dan jarak di antara bar ditentukan oleh
jumlah keseluruhan komponen
 Corak warna atau lorekan mestilah dibezakan bagi setiap
komponen supaya setiap komponen mudah untuk
dikenal pasti
 Jarak antara kolompok komponen dengan kelompok
yang lain mestilah berkadaran tetap
Carta bar kompaun

50
45
40
35
30
25
20
15
10
5
0
1950 1960 1970 1980 1990
CARTA BAR KOMPONEN (JUMLAH)
 Mengandungi beberapa bar yang saling berpisah antara
satu sama lain
 Setiap bar dibahagikan kepada komponen-komponen
tertentu yang mewakili sesuatu fenomena/perkara
 Setiap bar diplot mengikut jumlah/nilai mutlak
fenomena/perkara yang dikaji
 Setiap komponen diwarnakan secara berasingan bagi
menunjukkan perbezaan
 Ianya sesuai untuk menunjukan perbezaan, pertumbuhan
atau jumlah sesuatu komponen di dalam sesuatu
fenomena dalam siri masa tertentu
Langkah-langkah menghasilkan
carta bar komponen (jumlah)
 Hampirsama dengan carta-carta sebelumnya iaitu:
- Mengira jumlah bagi setiap perkara/fenomena
- Menentukan skala (nilai maksimum dan minimum)
- Menentukan unit bagi setiap komponen
- Membina turus atau bar
- Mewarna/melorek turus/bar (warna berasingan)
- Melukis petunjuk
- Membuat tajuk rajah
- Menulis sumber
- Membuat semakan terhadap rajah
Carta bar komponen (jumlah)
160000

140000

120000
Lain-lain
100000
Ragut
80000 Curi motosikal
Curi kereta
60000
Pecah rumah
40000

20000

0
1997 1998 1999 2000 2001
CARTA BAR KOMPONEN (PERATUS)
 Hampir sama dengan carta bar komponen (jumlah)
 Setiap bar dibahagikan kepada saiz reletif setiap komponen
tanpa mengambil kira jumlah nilai mutlak fenomena/perkara
yang dikaji.
 Setiap fenomena dianggap sebagai mempunyai nilai 100 %
dan setiap komponen akan diplot berdasarkan kepada
peratusan nilai komponen berkenaan daripada jumlah
keseluruhan fenomena yang dikaji
 Carta ini lebih mudah digunakan untuk tujuan perbandingan
tetapi tidak dapat melihat jumlah keseluruhan sesuatu
fenomena di dalam satu siri masa/tempoh tertentu.
Langkah-langkah menghasilkan
carta bar komponen (peratus)
 Hampirsama dengan carta komponen jumlah :
- Mengira % bagi setiap perkara/fenomena
- Menentukan skala
- Menentukan unit bagi setiap komponen
- Membina turus atau bar
- Mewarna/melorek turus/bar (warna berasingan)
- Melukis petunjuk
- Membuat tajuk rajah
- Menulis sumber
- Membuat semakan terhadap rajah
Carta bar komponen (peratus)
100

90

80

70 Pengeluaran
Pertanian
60
Perkhidmatan
50 Jurujual
40
Perkeranian
Pentadbiran
30 Profesional
20

10

0
1970 1980 1985 1990
CARTA BAR MEMESONG
 Digunakan untuk mewakili data yang mempunyai nilai
positif dan negatif
 Sektor yang bernilai negatif akan diwakili oleh turus yang
menghala ke atas paksi X
 Sektor yang bernilai negatif akan diwakili oleh turus yang
menghala ke bawah paksi X
 Carta ini sesuai untuk menjelaskan data-data seperti
pertumbuhan ekonomi, perubahan mata wang, perubahan
nilai saham, import, eksport, KDNK dan sebagainya
 Ianya juga sesuai untuk menunjukkan perubahan dan
membuat perbandingan mengikut tempoh/siri masa
tertentu
Langkah-langkah menghasilkan
carta bar memesong

 Melukis paksi X dan paksi Y


 Menentukan skala
 Menentukan unit bagi setiap komponen
 Melukis turus/bar
 Mewarna/melorek turus/bar
 Membina tajuk
 Menulis petunjuk
 Membuat semakkan terhadap rajah
Carta
6
bar memesong

-2

-4

-6
1990 1992 1994 1996 1998

Pound Euro Yen


GRAF PIRAMID
 Terdiri daripada bar mendatar yang disusun berlapis-lapis di
atas satu sama lain sehingga membentuk satu gambaran
seperti piramid.
 Setiap piramid mempunyai 2 skala di kiri dan kanan yang
seragam
 Ketebalan setiap lapisan bar boleh mempengaruhi kesan
pengamatan/penglihatan seseorang
 Untuk menentukan ketinggian piramid seimbang dengan
lebarnya, 2 perkara perlu dipertimbangkan,
- Bilangan lapisan bar yang akan dilukis
- Ukuran bar yang maksimum
 Jika bilangan bar yang handak dilukis lebih daripada lima,
maka ketebalan setiap bar haruslah tidak lebih daripada 1/10
atau 0.1 daripada ukuran mengufuk bar yang paling panjang
 Contohnya ukuran bar yang paling panjang ialah 20 cm, maka
lebar setiap bar mestilah tidak lebih daripada 2 cm.
 Jika lapasan bar yang ingin dilukis kurang daripada 5, maka
ketebalan setiap bar perlu ditingkatkan supaya piramid yang
dihasilkan akan kelihatan lebih seimbang dan menarik
 Carta piramid selalu digunakan untuk jumlah dan komposisi
penduduk, pekerjaan, pencapaian pelajaran, pendapatan dan
sebagainya.
Langkah-langkah menghasilkan carta piramid
 Menentukan skala
 Menentukan ukuran bar yang maksimum
 Menentukan bilangan lapisan bar yang diperlukan
 Menentukan ketebalan bagi setiap bar
 Menentukan unit bagi setiap komponen
 Melukis bar
 Mewarna/melorek bar (sama/berbeza)
 Membina tajuk
 Menulis petunjuk
 Membuat semakkan terhadap rajah
Carta piramid
90++

80-90 th

70-80 th

60-70th

50-60 th

40-50 th

30-40 th

20-30 th

10-20 th

0-10 th

-40 -30 -20 -10 0 10 20 30 40

Lelaki Perempuan
GRAF GABUNGAN
 Kombinasi antara carta bar dengan graf garisan
 Digunakan untuk menerangkan dua perkara atau
fenomena yang berbeza
 Kedua-dua fenomena/perkara ini mempunyai unit
ukuran/skala yang sama
 Ianya sesuai jika ingin menunjukan perbezaan,
persamaan atau membuat perbandingan dalam jumlah
atau pertumbuhan di antara dua fenomena
 Selalu digunakan untuk menunjukkan dua fenomena
yang saling berkaitan atau yang terlalu kontra di
antara satu sama lain.
Langkah-langkah menghasilkan graf gabungan
 Menentukan skala
 Menentukan saiz setiap bar dan ketebalan garisan
 Menentukan unit bagi setiap bar
 Melukis bar dan titik plotan
 Mewarna/melorek bar dan garisan
 Membina tajuk
 Menulis petunjuk
 Membuat semakkan terhadap rajah
Carta Gabungan

60000

50000

40000

30000

20000

10000

0
1990 1992 1994 1996 2000 2002

Pendapatan Perbelanjaan
CARTA PAI
CARTA PAI
 Carta pai ini berbentuk bulatan penuh 3600
 Setiap bulatan dibahagikan kepada beberapa komponen
berdasarkan kepada data yang diberikan.
 Sudut setiap komponen dikira dengan formula berikut:
Sudut = Jumlah sektor x 3600
Jumlah keseluruhan
 Jejari bulatan pula dikira dengan formula berikut:

Jejari = Jumlah keseluruhan



 Kebiasaannya susunan pembahagian sudut sektor-sektor
bermula daripada jumlah terbesar kepada yang kecil
 Jumlah peratus hendaklah ditulis pada setiap sektor (jumlah
jarang ditulis kecuali kes-kes tertentu)
 Setiap sektor akan dilorek atau diwarna secara berbeza-beza
untuk memudahkan data/maklumat dikenalpasti antara satu
dengan yang lain
 Jumlah keseluruhan akan dinyatakan di bahagian bawah carta
pai
 Untuk menghasilkan carta pai yang berkesan, bilangan
komponen biasanya tidak lebih daripada 5 kecuali kes-kes
tertentu sahaja.
Jenis-jenis carta pai
 Carta pai perbandingan (2 atau lebih)
 Carta pai bertingkat
 Setiap jenis carta pai mempunyai fungsi, kebaikan dan
kelemahan masing-masing
 Jenis data, saiz kertas, masa yang diperuntukan untuk
menghasilkan carta pai, kategori kumpulan pengguna
dan kehendak soalan akan menentukan jenis carta pai
yang akan dipilih.
CARTA PAI PERBANDINGAN
 Mempunyai 2 bulatan penuh
 Digunakan untuk membuat perbandingan antara 2 tahun
 Setiap sektor yang sama akan dilukis mengikut urutan yang
sama dan lorekan/warna yang sama
 Skala untuk carta pai mestilah sama
 2 carta pai berkenaan mestilah dilukis pada muka
surat/lembaran yang sama( tak boleh dipisahkan)
 Jejari bulatan adalah berdasarkan jumlah keseluruhan bagi
setiap tahun
 Langkah-langkah untuk menghasilkan carta pai berbanding
adalah sama dengan carta pai mudah
Contoh carta pai perbandingn

12%

13% 13%

31%

19%
17%

57%

1969 = 45289 38%

2005 = 78314
CARTA PAI BERTINGKAT
 Berbentuk silinder atau tong
 Mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian permukaan dan
bahagian tepi/tinggi
 Bahagian permukaan :
 Biasanya menunjukkan sektor, komoditi,
kumpulan dan sebagainya
 Berbentuk bulatan penuh seperti carta pai
mudah
 Nilai peratus dinyatakan pada setiap sektor
 Setiap sektor diwarnakan/dilorek berbeza-beza
 Bahagian tinggi/tepi
 Selalunya menunjukkan negara, tahun, kaum dan sebagainya
 Tinggi bahagian tepi biasanya tidak melebihi 10 cm (tinggi yang
selalu diguna ialah 10 cm)
 Pembahagian tinggi bagi setiap bahagian yang digunakan adalah
berdasarkan jumlahnya
 Peratus bagi setiap bahagian ketinggian perlu dinyatakan
 Lorekan bagi setiap bahagian ketinggian juga adalah berbeza-beza

Jumlah keseluruhan perlu dinyatakan


di bahagian bawah carta
Langkah-langkah membuat carta pai bertingkat

 Menentukan jejajari dan lukis bulatan penuh


 Kira sudut sektor dan melukis sektor tersebut
 Warna/lorek setiap sektor
 Tulis peratus bagi setiap sektor
 Tentukan skala garisan menegak
 Tentukan tinggi setiap kumpulan menegak/tepi
 Melukis tinggi setiap kumpulan menegak
 Warna/lorek setiap kumpulan menegak
 Tulis peratus setiap kumpulan menegak
 Menyatakan jumlah keseluruhan
 Menulis tajuk, skala, petunjuk dan sumber
Contoh carta pai bertingkat

12%

31%

19%

Bumiputra lain

38%
India

Cina

Mukim C (50%) Melayu

Mukim B (32%)

Mukim A (18%)

Jumlah tahun 2004 : 25,789 orang

Anda mungkin juga menyukai