Anda di halaman 1dari 4

Definisi kritikan Kritikan berasal daripada kata dasar kritik, dan kata kritik berasal dari kata krinein

dalam bahasa Yunani yang membawa maksud menghakimi, membanding dan menimbang. Kata krinein menjadi pangkal atau asal kata kreterion yang bererti dasar, pertimbangan, penghakiman. Oleh yang demikian, orang yang melakukan

pertimbangan dan penghakiman terhadap sesuatu perkara di zaman Yunani disebut sebagai krites. Istilah krites ini kemudiannya menjadi asas bagi menerangkan kegiatan atau sifat orang yang memberi penghakiman terhadap karya seni sastera. Dalam sastera Inggeris, perkataan `critic` digunakan bagi menerangkan sifat orang yang melakukan kritikan atau pun kegiatan kritik itu sendiri. Pada tahun 1677, John Dryden mempopularkan istilah criticism. Istilah ini menjadi lebih mantap dan dilazimi dalam perbincangan-perbincangan terhadap karya sastera, terutama setelah John Dennis menulis buku berjudul The Grounds of Criticism in Poetry (Atas Semi,1989:8). Daripada perkataan criticism inilah pelbagai tafsiran tentang kritikan sastera diberikan oleh para sarjana dan pemikir. Terdapat banyak definisi yang diberikan oleh para pemikir dan sarjana sastera. Matthew Arnold memberi definisi kritikan sebagai satu usaha yang bukan hendak mencari untung tetapi mempelajari dan menyebarkan sesuatu fikiran dan sesuatu yang telah diketahui sebagai yang terbaik dalam dunia (Hashim Awang,1997:6). Mana Sikana,(1983:3) pula menyebutkan, kritikan adalah satu disiplin ilmu yang sistematik, yang membicarakan soal penghayatan, penganalisisan dan penilaian sesebuah karya kreatif. Pengertian kritikan boleh juga dirujuk kepada Encyclopaedia Britannica (1966:780). Dalam ensiklopedia ini, kritikan diberi makna perbincangan kesenian-kesenian yang beralasan dan bersistem untuk menghurai atau menilai teknik dan hasilnya. Hashim Awang, seorang pemikir dan sarjana sastera Melayu pula memberi makna kritikan sebagai suatu usaha untuk menilai hasil-hasil ciptaan seseorang sasterawan dengan cara yang beralasan serta bersistem dan bertujuan untuk

mengembangkan sesuatu yang difikirkan baik lagi indah (Hashim Awang,1988:5). Dalam Ensiklopedia Indonesia, kritik bermaksud penilaian (penghargaan) ciptaan seni(dlm. Henry Guntur

terutama

mengenai hasil-hasil seni dan

Tarigan,1984:187). Daripada pengetian-pengertian yang diberikan oleh para sarjana di atas, dapat disimpulkan bahawa, kritikan bermaksud memberi penilaian terhadap sesuatu hasil seni menerusi proses pengamatan dan perbandingan, menganalisis dan menghayati dengan kaedah-kaedah yang sistematik dan beralasan dengan maksud mengembangkan tanggapan-tanggapan yang terbit darinya. Proses menghayati teks adalah langkah pertama dan penting untuk mendekati sesuatu karya yang akan dikritik. Penghayatan bermakna pengkritik mendalami isi cerita dengan cara membaca dan memahami segala ungkapan, istilah dan frasa ayat yang mengangkat persoalan penting cerita. Dengan perkakas teoretikal yang dimiliki oleh pengkiritk, maka, teks berkenaan boleh saja dibedah (operate) dan dianalisis mengikut sudut mana dan tujuan kritikan itu dibuat. Perkakas teoretikal itu tentulah terdiri sebuah teori atau pendekatan yang sesuai dengan tujuan kritikan itu tadi. Pemilihan teori dan pendekatan yang sesuai itu tadi sangat penting, agar penilaian dan hasil yang ingin diketengahkan menepati kriteria-krietria yang menjadi dasar teori berkenaan. Proses menganalisis ini seharusnya bersifat sistematik, yakni, tindakan penerimaan,

penolakan, penghakiman yang dibuat terhadap sesuatu karya itu adalah berdasarkan kaedah yang khusus dengan penyertaan data-data, bukti, sandaran ilmu, kajian literasi, risensi kepustakaan dan sebagainya. Oleh itu, hasil kritikan mempunyai daya legitimasi yang tinggi dan sangat dapat dipertahankan. Seperti yang disebutkan tadi bahawa, kritikan juga bermakna krtikiawan melaksanakan proses mengembangkan sesuatu tanggapan yang terbit daripada kritikan itu. Sesuatu teks tidak terhad kritikannya dengan hanya satu teori atau satu pendekatan. Teks biasa terdedah kepada kritikan pelbagai dimensi, mengikut selera dan minat dari dimensi mana teks itu mahu didekati atau dikritik. Kegiatan kritikan yang sihat akan merancakan lagi proses perkembangan sastera. Ambil saja novel Salina karya A.Samad Said. Meskipun karya itu sudah hampir tiga puluh tahun usianya, namun ia terus hidup dan

berwacana dalam kesusasteraan Melayu hari ini. Malah secara interteksnya, karya itu telah memunculkan beberapa karya lain seperti, drama Lantai T.Pinkie dan Mencari Salina. Fungsi Kritikan Kesusasteraan Kritikan mempunyai peranan yang penting dalam perkembangan sastera. Peranan kritikan sastera menjadi pelengkap yang membentuk kesepaduan disiplin ilmu sastera. Berasaskan kepada sifatnya sebagai bidang yang bertujuan

menyediakan ruang untuk pengkritik melakukan penilaian, maka, kritikan dapat dirumuskan mempunyai beberapa fungsi seperti `alat` timbang atau neraca, pengukur,penilai, pendorong, pendidik dan juga berfungsi membina ilmu baharu. Kritikan menjadi neraca untuk membuat pertimbangan-pertimbangan nilai terhadap sesebuah karya. Tujuan kritikan juga harus diambil kira kerana tujuan pengkritik itu akan menjustifikasikan kritikannya. Kritikan tentunya juga berfungsi sebagai pengukur yang memberi pertimbangan-pertimbangan baik buruk, positif negatif, objektif yang membawa kepada penerimaan atau penolakan terhadap sesuatu karya itu. Dengan instrumen teoretikal dan metodologikal yang sistematik, kritikan akan dapat membuat pengukuran-pengukuran yang terperinci dan hasilnya tentulah akan menggambarkan kesebenarannya Kritikan juga dapat membantu membina teori dan pendekatan baharu. Berasaskan kritikan yang dibuat terhadap sesebuah teks, akan mendorong kelahiran teori atau pendekatan baharu. Dalam keadaan ini, pendekatan dan teori kritikan akan sentiasa mengalami perubahan, modifikasi dan perkembangan apabila muncul teori-teori yang lebih terkini. Secara interteori, kritikan akan membantu memperluaskan perkembangan sastera dari semasa ke semasa dengan pelbagai pembaharuan yang menakjubkan. Kritikan dalam konteks ini menunjangi perluasan dan penkembangan ilmu baharu, khususnya dalam disiplin kesusasteraan itu sendiri

Anda mungkin juga menyukai