Anda di halaman 1dari 37

M S P3093 K R EATIF

DA N I N OVATIF
DA LAM
P E N GAJARAN
S E N I V I SUAL

PORTFOLIO SENI DIGITAL

MUHAMMAD MUHAIMIN BIN MAZLAN


D20182086092
KUMPULAN B
Seni Digital ialah seni yang dicipta dengan menggunakan
komputer di dalam bentuk digital. Seni digital boleh
sepenuhnya dihasilkan menerusi komputer seperti fraktal, atau
daripada sumber lain, seperti gambar diimbas, atau dilukis
menggunakan perisian grafik vektor menggunakan tetikus atau
papan grafik (graphics tablet). Istilah ini biasanya dikhaskan bagi
seni yang sebahagian besarnya disunting melalui komputer

Seni yang dicipta oleh media digital, seperti ilustrasi


grafik, ilustrasi dan lain-lain. Biasanya, ciptaan seni digital
memerlukan peranti digital termasuk komputer peribadi.
VECTOR ART
Vector Art merupakan gambar yang terbentuk dari
sejumlah garis dan lengkungan. Ciri khas dari Vector Art
adalah gambarnya yang terlihat seperti kartun tapi
bentuknya nyata dan hampir mirip dengan bentuk aslinya.
Aplikasi yang biasa digunakan untuk membuat seni digital
ini iaitu Adobe illustrator, Corel-Draw, dan Adobe
Photoshop.

WPAP
WPAP atau Wedha's Pop Art Potrait adalah
suatu seni ilustrasi potret wajah yang
bersilang secara geometri dengan
penggunaan kontradiksi warna-warna khusus.
Ciri khas dari WPAP adalah warnanya yang
bebas namun masih terdapat unsur gelap
terang. Aplikasi yang biasa digunakan untuk
membuat seni digital ini iaitu Adobe
illustrator, Corel-Draw, dan Adobe
Photoshop.
LINE ART
Line Art merupakan gambar yang dibentuk dari garis-garis tegas
dan biasanya berwarna hitam tanpa ada pelbagai warna. Ciri
khas dari Line Art adalah warnanya yang hanya terdiri dari dua
warna biasanya berwarna hitam dan putih seperti gambar
sketsa. Aplikasi yang biasa digunakan untuk membuat seni digital
ini iaitu Adobe illustrator dan Corel-Draw.

LOW POLY ART


Low Poly Art atau low polygon art adalah salah
satu jenis seni digital yang memiliki kesan visual
seperti rangkaian kristal yang menyatu menjadi
sebuah objek. Ciri khas dari Low Poly Art adalah
bentuknya yang menyerupai kristal. Aplikasi yang
biasa digunakan untuk membuat seni digital ini
iaitu Adobe illustrator, Corel-Draw, dan Adobe
Photoshop.
FLAT DESIGN
Flat Design adalah reka bentuk dengan pendekatan
minimalis yang menekankan kegunaan, dengan reka
bentuk yang bersih, bayangan, tekstur, berfokus pada
warna-warna cerah dan ilustrasi dua dimensi. Ciri khas
dari Flat Design adalah bentuknya yang sederhana dan
menggunakan warna- warna yang cerah. Contoh aplikasi
seperti Adobe illustrator, Corel-Draw, dan Adobe
Photoshop.

TYPOGRAPHY
Tipografi Iaitu suatu seni memilih dan menata huruf dengan
pengaturan penyebarannya pada ruang yang tersedia, dan
bertujuan untuk menciptakan kesan yang menarik. Ciri khas
dari Typography iaitu bentuk tulisan yang sudah mengalami
modifikasi dari bentuk aslinya.
MANIPULATION ART
Manipulation Art merupakan suatu seni atau teknik
untuk mengubah, menambah atau memperindah
suatu tampilan gambar dari bentuk asli menjadi
suatu bentuk yang mempunyai nilai lebih. Ciri khas
dari Manipulation Art iaitu biasnya gambarnya
terlihat nyata, tapi di luar akal fikiran manusia
seperti dalam dunia mimpi.

ILLUSTRATION ART
Illustration Art hampir sama dengan Manipulation Art,
dimana Manipulation Art adalah karya seni yang berupa
gambar nyata manakala Illustration Art berupa gambar
kartun. Illustration art juga hampir sama dengan Vector Art
tetapi Illustration Art terlihat lebih rumit. Oleh itu,
Illustration Art dapat dikatakan gabungan dari Vector Art
dan Manipulation Art. Ciri khas dari karya seni digital ini
iaitu gambarnya yang cukup rumit.
2. APAKAH TUJUAN SENI
DIGITAL ?
Kaedah pembuatan seni yang sesuai dengan format multimedia kerana ia
berpotensi dilihat dalam pelbagai cara, termasuk di TV dan Internet, di komputer,
dan di beberapa platform media sosial. Ringkasnya, seni digital adalah semacam
penggabungan antara seni dan teknologi. Ia membolehkan banyak kaedah baru
untuk membuat seni.

Sejak tahun 1970, pelbagai nama telah digunakan untuk menggambarkan proses
termasuk seni komputer dan seni multimedia, dan digital art itu sendiri diletakkan
di bawah payung besar istilah seni media baru. Kesan dari teknologi digital telah
mengubah aktiviti seperti lukisan, gambar dan patung, sementara bentukbentuk
baru, seperti seni di internet, seni pemasangan digital, dan virtual reality, telah
diakui menjadi amalan seni.Seniman digital lebih umumnya sebagai istilah untuk
menggambarkan seorang seniman digital (digital artist) yang memanfaatkan
teknologi digital dalam pengeluaran karya seni. Dalam pengertian yang diperluas,
"seni digital" adalah istilah yang digunakan untuk seni kontemporari yang
menggunakan kaedah pengeluaran massa atau media digital. Teknik pengeluaran
Digital di media visual Teknik-teknik seni digital yang digunakan secara meluas
oleh media arus perdana dalam per-iklan-an, dan pembuat filem untuk
menghasilkan kesan khas.
3. BAGAIMANA SENI DIGITAL
DICIPTA ?
Seni digital ialah seni yang dicipta dengan menggunakan komputer di dalam bentuk
digital. Seni digital boleh sepenuhnya dihasilkan menerusi komputer seperti gambar
diimbas atau dilukis menggunakan perisian grafik vektor menggunakan tetikus atau
papan grafik. Istilah ini biasanya dikhaskan bagi seni yang sebahagian besarnya disunting
melalui komputer.

Karya seni ini pertama kali di perkenalkan oleh Joan Shogren dari San
Jose State University yang menulis program berdasarkan prinsip
kesenian. Hasil karyanya kemudian dipamerkan sebagai seni komputer
pertama di sebuah kota di San Jose, California pada tanggal 6 mei 1963.

Fraktal Sterling oleh Joan Shogren


4. UNTUK APA SENI DIGITAL
DICIPTA ?
Seni digital dicipta untuk menyampaikan sesuatu perkara dengan lebih efisien,
ringkas dan padat. Seni digital juga dapat memberi kesan visual yang menarik
bagi pelbagai peringkat umur.

Seni Digital merupakan sebuah karya seni digital yang banyak di pertunjukan
kepada penonton. Banyak disiplin ilmu lama yang sekarang telah
menggunakan teknologi digital dan komputer sehingga garis batas antara
karya seni tradisional dan karya seni hasil olahan media komputer menjadi
sukar untuk dikenal pasti. Terdapat ramai pengkarya yang telah
menggabungkan cara melukis tradisional dengan menggunakan pemprosesan
gambar digital atau penyuntingan gambar digital.
5. TEMA YANG SESUAI DENGAN
SENI DIGITAL
Tema bagi seni digital ialah bebas. Ia berkait dengan
kehidupan, isu-isu semasa dan persekitaran.

Tema alam semula jadi Tema fantasi Tema politik


6. CONTOH KARYA SENI DIGITAL
PORTFOLIO
TEMA 1
MSP3093 KREATIF DAN INOVATIF
DALAM PENGAJARAN SENI VISUAL

MUHAMMAD MUHAIMIN BIN


MAZLAN
KUMPULAN B
ISI KANDUNGAN
1. TEMA 1 :
PENCAPAIAN UPSI
m/s 3

2
2. FLOWCHART
m/s 18

LAKARAN,
3. OLAHAN IDEA DAN
PROSES
m/s 19 - 23
3

01. PENCAPAIAN
UPSI
SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS (UPSI)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan
sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak
menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama,
mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI
melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April
1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75
4
tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini
diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti
Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.
Sultan Idris Training College (SITC)
Sultan Idris Training College (SITC) dinamakan
sempena nama Almarhum DYMM Paduka Seri
Sultan Idris Mursidul ‘adzam Shah, Sultan Perak
ke 28. Penubuhannya diilhamkan oleh R.O.
Winsted iaitu Penolong Pengarah Pelajaran
Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu
5
Bersekutu, melaluli laporannya yang disiarkan
dalam tahun 1917. Penubuhan SITC telah
menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan
bangsa Melayu pada waktu itu. Pengetua
Pertama bernama O.T. Dussek dan Guru Besar
Pertama adalah Mohd. Hashim Talib. SITC telah
dirasmikan pembukaan pada 29 November 1922.
Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI)

Demi memperkasa Latihan Perguruan


Negara, MPSI ditukar nama kepada
6
Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) pada
21 Februari 1987. Ini adalah hasil
perjuangan Persatuan Suluh Budiman
iaitu persatuan alumni SITC/MPSI.
Penghasilan kurikulum baru dalam
penawaran program-program keguruan
yang lebih terkini menjadi kekuatan
institut untuk terus berkembang.
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)

1957 SITC bertukar nama kepada Maktab


Perguruan Sultan Idris (MPSI). Mandat yang diberi
semakin besar apabila tujuannya melaksana dan
memantapkan Dasar Pendidikan Kebangsaan
7 pada waktu itu. Semangat nasionalis berkobar-
kobar di hati warganya dengan MPSI diberi
gelaran “Cradle of Malay Nationalism” oleh YAB
Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri
Malaysia pada 20 Julai 1973 sempena Perayaan
Jubli Emas SITC – MPSI.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pada 1 Mei 1997 IPSI telah dinaiktaraf


8 kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) di bawah Warta Kerajaan P.U (A)
132 & 133 bertarikh 24 Februari 1997
melalui dua buah perintah, iaitu Perintah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Perbadanan) 1997 dan Perintah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Kampus) 1997
DEFINISI LOGO 100 TAHUN UPSI

Logo UPSI berwarna keemasan diletakkan di dalam Bangunan Suluh Budiman dalam angka 100
angka 100 bagi memaparkan legasi SITC, MPSI, berwarna keemasan melambangkan bangunan ini
IPSIm UPSI selama 100 tahun yang masyur dalam kekal utuh sejak era SITC. Bangunan ini telah
membina kebitaraan pendidikan negara digazetkan sebagai Bangunan Warisan
Kebangsaan pada 14 Februari 2009 di bawah akta
Warisan Kebangsaan 2005 justeru menjadi salah
satu simbolik kemegahan UPSI.
DEFINISI LOGO 100 TAHUN UPSI

10

Garisan lengkung di bawah angka 100 tahun


Warna emas cerah melambangkan kegemilangan,
melambangkan gelombang peredaran zaman
kekayaan ilmu dan kemasyhuran pendidikan
kegemilangan UPSI. Perubahan ini dimulakan
manakala warna emas gelap melambangkan daya
dengan SITC, MPSI, IPSI, UPSI selain meletakkan
saing, keyakinan, kerjasama sepasukan dan
angka 1922-2022 sebagai bukti era kewujudan
evolusi pendidikan yang berterusan
UPSI hingga kini.
—PERANAN GURU

Peranan guru mungkin berbeza antara budaya. Guru boleh memberi pengajaran dalam
literasi dan numerasi, pertukangan atau latihan vokasional, seni, agama, sivik, peranan
masyarakat, atau kemahiran hidup. Tugas mengajar formal merangkumi menyelesaikan
pelajaran mengikut kurikulum yang dipersetujui, memberi pelajaran, dan menilai kemajuan
pelajar.

11 Tugas profesional seorang guru boleh melebihi pengajaran formal. Di luar kelas guru dapat
menemani pelajar dalam lawatan lapangan, mengawasi dewan belajar, membantu dalam
mengatur fungsi sekolah, dan bertindak sebagai penyelia untuk aktiviti ekstrakurikuler.
Dalam beberapa sistem pendidikan, guru mungkin bertanggungjawab terhadap disiplin
pelajar.
GURU PROAKTIF

GURU harus sentiasa berusaha memantapkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran seiring
12 dengan perkembangan pesat bidang pendidikan, sebagai persediaan menghadapi cabaran profesion
perguruan menjelang alaf baru. Guru perlu bersikap proaktif serta dinamik dan mempunyai inisiatif untuk
mempertingkatkan tahap penguasaan itu supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan pantas arena
pendidikan global. Sebagai contoh, katanya, guru perlu melengkapkan diri dengan mempelajari serta
menguasai kemahiran teknologi maklumat (IT) yang kini memainkan peranan semakin penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
GURU MAHIR PELBAGAI BIDANG

Seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dan menguasai dalam pelbagai bidang. Ini kerana penting
bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan
13 sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu
pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam
konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru seperti
menggabungkan pengetahuan Sains Komputer dengan Pendidikan Islam Pendekatan Bersepadu. Bagi
memastikan seseorang pendidik itu mampu menguasai pelbagai bidang, guru hendaklah mengamalkan
pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri
sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.
GURU IKUT PERKEMBANGAN MASA

Guru abad ke-21 juga perlu mengikuti perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan. Seseorang guru
yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan
14 tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion
perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan
teknologi sekolah berasaskan ICT perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali
gus membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran. Guru pada abad ini juga
perlu mahir menggunakan Teknologi Terkini. Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan
mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus
kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu
bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi
menyelesaikan urusan harian.
GURU SEBAGAI PANDUAN DISIPLIN

15 Guru abad ke-21 juga perlu menerapkan nilai-nilai murni iaitu para pelajar mempunyai akhlak yang baik.
Beretika merupakan satu elemen sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat
mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Selain daripada mendapat pendedahan kepada
teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di
dalam hubungannya sesama manusia terutamanya pelajar, rakan sekerja serta masyarakat.
GURU SEBAGAI ROLE MODEL

16 Tugas guru abad ke-21 dipandang tinggi dan diiktiraf bukan saja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial,
penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai ejen perubahan. Selain digelar
pendidik, pensyarah serta tutor, guru juga bergelar fasilitator, mentor, murabbi, mursyid, muaddid,
musyrif, mudarris dan mualim. Dalam menjana transformasi pendidikan, tugas guru bukan hanya sekadar
menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga berperanan membentuk bangsa supaya menjadi insan yang
berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan akhirat.
GURU SEBAGAI HERO

Kita tahu bahawa tugas dan tanggungjawab guru di sekolah agak rencam kerana guru bukan sahaja perlu
17 mengajar di bilik darjah, tetapi juga mengawal dan membentuk tingkah laku murid.Selain itu, guru juga
diagihkan dengan pelbagai tugas tambahan seperti sebagai guru pusat sumber, guru sukan, guru koperasi,
guru pengawas sekolah, guru kantin, setiausaha persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan beberapa tugas
lagi.Justeru, untuk menjadi hero, guru perlu hebat dalam pelbagai aspek – mengajar dalam bilik darjah,
dalam tugas tambahan atau dalam kegiatan luar sekolah, bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi
menjangkau peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
FLOWCHART
18
LAKARAN

19

LAKARAN 1 LAKARAN 2 LAKARAN 3


OLAHAN IDEA

20

OLAHAN 1 OLAHAN 2 OLAHAN 3


PROSES PENGHASILAN

21

1. Mencari gambar yang 2. Mencari gambar yang 3. Memotong bahagian 4. Memotong bahagian
berkenaan dengan idea berkenaan dengan idea latar belakang yang tak latar belakang yang tak
diperlukan diperlukan
PROSES PENGHASILAN

22

5. Setelah selesai edit setiap 6. Menambah lagi 7. Selesai bahagian edit,


komponen yang diperlukan, 8. Aplikasi ini memberi
komponen-komponen imej yang dihasilkan
memasukkan setiap gambar untuk kesan visual yang lebih
yang diperlukan dimasukkan ke aplikasi
disatukan secara layer by layer menarik.
Deep Art Effects
KARYA

23
ANALISIS KARYA
DESKRIPSI
Karya yang bertemakan 100 Tahun UPSI dibuat pada tahun 2021. Karya ini diberi tajuk
Pencapaian UPSI yang melahirkan ramai guru yang cemerlang. Penghasilan karya ini
dilakukan menggunakan teknik media digital melalui penggunaan telefon pintar. Karya
ini menggambarkan satu figura manusia yang sedang berterbangan dengan sepasang
sayap dibelakangnya. Aksi itu ditunjukkan untuk menerangkan bahawa setiap usaha
membawa kita ke arah kejayaan.

24
ANALISIS
Dalam karya ini, terdapat beberapa jenis garisan iaitu halus dan tebal. Garisan halus
boleh dilihat pada bahagian komponen-komponen seperti alat sukan, teknologi dan
akademik. Garisan tebal pula terdapat pada lingkaran bulat pada bahagian latar
belakang. Bagi unsur bentuk, terdapat penggunaan garisan dan menghasilkan bulatan.
Unsur seni iaitu bentuk kelihatan di dalam karya ini adalah berbentuk konkrit di mana
karya ini kelihatan mempunyai sifat tiga dimensi. Terdapat pelbagai bentuk boleh dilihat
iaitu figura, bola, telefon pintar, violin dan sebagainya. Berikutan daripada unsur seni
garisan dan bentuk adalah unsur seni yang memainkan peranan penting iaitu warna.
Warna asas yang terdapat dalam karya ini ialah warna kuning yang menggambarkan
bintang dan juga warna biru yang terdapat pada bahagian siang dan malam. Warna
sejuk pula diterapkan di langit iaitu warna biru muda manakala warna panas pula ialah
kuning.
ANALISIS KARYA
Dari segi ruang, ruang yang digunakan adalah ruang dalam dan saiz figura di hadapan
dan komponen di belakang jelas menunjukkan jarak antara figura dan komponen
tersebut adalah tidak terlalu jauh. Keindahan karya diserikan lagi dengan unsur
keseimbangan pada bahagian latar belakang yang menunjukkan waktu siang dan
malam. Selain itu, jalinan pada pakaian dan sayap jelas menunjukkan kesan yang baik.

Interpretasi
25 Karya media cat air ini bertajuk Pencapaian UPSI di mana UPSI merupakan satu institusi
yang melahirkan guru-guru yang cemerlang dan berdedikasi. Sayap emas sebagai
berpandukan logo 100 Tahun UPSI. Guru adalah seorang insan yang sanggup berkorban
untuk anak-anak muridnya tidak kira tempat dan waktu. Guru adalah seorang hero yang
tidak didendang. Hal ini kerana guru adalah sebagai panduan untuk pelajar melihat dan
belajar dari segi adab dan etika. Komponen – komponen yang berterbangan
melambangkan fakulti atau kos yang ada di UPSI seperti Fakulti Muzik, Seni, Matematik
dan sebagainya. Dan ia juga menunjukkan guru perlu mahir dalam pelbagai bidang.
Latar belakang siang dan malam menunjukkan kerja keras bagi seorang guru untuk
sentiasa buat yang terbaik untuk pelajar. Pakaian yang dikenakan adalah pakaian yang
kemas menunjukkan identity seorang guru yang menjaga adab dalam berpakaian.
ANALISIS KARYA
Penilaian

Seperti yang kita tahu, guru adalah satu insan yang harus kita hormat dan sentiasa
patuh akan arahan beliau. Tanpa guru, berkemungkinan generasi-generasi yang akan
datang tidak akan dapat dibentuk dengan baik dan berakhlak. Jadi, sebagai pelajar kita
26 haruslah sentiasa menghormati guru dan harus tahu keberkatan pelajaran kita terletak
pada restu seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai