Anda di halaman 1dari 2

SENI DIGITAL

Menurut laman Wikipedia, Seni Digital merupakan hasil seni yang dicipta
dengan menggunakan computer di dalam bentuk digital yang dipengaruhi oleh
kemajuan teknologi. Seni digital dihasilkan sepenuhnya dengan menggunakan
computer sepert fractal atau daripada sumber lain seperti gambar diimbas,
dilukis menggunakan perisian grafik vector dan menggunakan tetikus atau
papan grafik. Seni digital juga adalah satu langkah yang maju untuk menaik
taraf bidang kesenian seiringan dengan kemajuan teknologi maklumat.
Penghasilan seni digital adalah sepenuhnya menggunakan perisian
computer.Pelbagai jenis perisian bantuan untuk menghasilkan seni digital yang
boleh dipasang menerusi computer. Sebagai contoh, adobe illustrator, adobe
photoshop, paint dan pelbagai lagi.

Seni digital mula berkembang pada tahun 1970. Selepas hadirnya teknologi
seperti computer. Gambar atau visual yang ingin dihasilkan akan disunting
menggunakan computer. Kehadiran seni digital ini telah mencipta gaya baru
yang memisahkan pelukis tradisional kerana lukisan digital memilik palet dan
alatan secara maya. Ia memudahkan lagi proses dari segi alatan dan bahan
yang mempunyai pelbagai jenis berus dengan pilihan saiz dan jutaan pilihan
warna dengan tonnya.
Kelebihan yang diperolehi semasa penghasilan karya menerusi seni digital
ini, kesilapan yang dilakukan dapat dipulihkan semula tanpa merosakkan
gambaran asal yang dimahukan. Penghasilan gambar atau imej boleh
dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi atau 3 dimensi.
Antara artis yang aktif dalam seni digital ialah Andy Warhol. Andy Warhol
menggunakan program atau perisian grafik yang dipanggil Propaint. Seiringan
dengan zaman Warhol, beliau ,memanipulasi imej dan menambah warna
dalam karya Pop Art. Oleh itu, Seni digital telah membuka ruang sendiri dan
memisahkan antara bidang lukisan, filem, bunyi, video, fotografi dan animasi.

Andy Warhol
Sehubungan dengan itu, Seni digital telah memberi kesan yang positif dan
berkembang luas sehingga masa kini. Penghasilannya lebih menarik dan
memudahkan pengkarya dan mampu memasarkan harga atau nilai hasil karya
digital ke peringkat yang lebih meluas seperti pereka grafik, pelan
pembangunan dan pelbagai lagi.

Anda mungkin juga menyukai