Anda di halaman 1dari 2

Soalan Satu:

Anda dikehendaki membanding beza tentang tiga perkara berikut:

1) Strategi
- Strategi pengajaranadalah suatu kemahiran merancang dan menguruskan
kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Strategi-
strategi pengajaran yang dibincangkan dalam bahagian ini adalah terdiri
daripada:
o pemusatan guru
o pemusatan murid
o pemusatan bahan
o berasaskan tugasan/aktiviti.

2) Pendekatan
- Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-
langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.
- Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati
sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan
pembelajaran, maka pendekatan adalah merujuk kepada cara bagaimana
sesuatu mata pelajaran yang diajarkan untuk mencapai objektifnya.
- Terdapat beberapa pendekatan yang akan dibincangkan iaitu pendekatan:
o Induktif : bermula daripada spesifik kepada umum
o Deduktif : bermula daripada umum kepada spesifik.
o Integratif : pendekatan yang menggabungjalinkan beberapa pendekatan,
kaedah, strategi dan teknik agar murid lebih mudah memahami apa yang
sedang disampaikan.
o Eklektik : menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan
segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya
dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.
o Tematik : Pengajaran menggunakan tema merupakan pengajaran yang
disampaikan melalui konsep atau idea yang berbeza.

3) Kaedah
- Kaedah pengajaran merupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan
menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai
objektif pengajaran.
- Contohnya prinsip pengelolaan asas sesi pengajaranmudah kepada susah, dekat
kepada jauh, perkara yang diketahui kepada yang tidak diketahui, maujud
kepada mujarrad, khusus kepada umum.

4) Teknik
- Teknik pengajaran adalah satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian
bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti
pembelajaran
- Penggunaan teknik-teknik yang bersesuaian dengan murid mampu menarik
minat mereka terhadap murid dan menimbulkan keseronokan dalam proses
pengajaran.
- Contohnya:
o Bercerita‫د‬
o Perbincangan: forum, seminar, sumbangsaran, sesi buzz, perbahasan.
o Demonstrasi
o Penyelesaian masalah
o Bermain
o Lawatan

Anda mungkin juga menyukai