Anda di halaman 1dari 10

1.

PENGENALAN

Kursus Murid dan Pembelajaran (EDUP3033), ialah bidang ilmu pendidikan yang mengkaji
teori-teori pembelajaran dan aplikasinya terhadap murid dalam bilik darjah khasnya. Pada
asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab
yang utama, iaitu, behaviorisme, kognitif, sosial, konstruktivisme dan humanistik. Hal ini
berlaku kerana perbezaan individu pada setiap manusia.

Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Hal ini kerana setiap
individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya
walaupun kembar seiras. Oleh itu, guru-guru haruslah memahami perkara ini. Perkara yang
berlaku dalam kalangan murid ini boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas
terutamanya dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan seseorang.

Justeru, fokus penulisan ini adalah berkaitan laporan PBS yang berlangsung pada 17
Mac 2019 hingga 21 Mac 2019. Laporan PBS tersebut berkaitan pemerhatian yang saya
lakukan terhadap murid di dalam kelas semasa menjalani PBS. Pemerhatian tersebut
dilakukan bagi mengenal pasti perbezaan individu dari aspek JERIS, kecerdasan, gaya
kognitif dan gaya pembelajaran murid.

Pada masa yang sama, laporan PBS ini juga akan membincangkan strategi-strategi
yang boleh dilakukan guru dalam menangani masalah perbezaan individu. Hal ini bermakna,
laporan ini juga akan membincangkan masalah pembelajaran yang dipengaruhi oleh
perbezaan individu di dalam bilik darjah. Oleh itu, laporan ini berkaitan dengan ilmu
pedagogi yang sesuai dan kemahiran lain yang boleh diaplikasikan bagi mengatasi masalah
tersebut.

1
2. PERBANDINGAN PERBEZAAN INDIVIDU

Semasa menjalankan tugasan PBS di Sekolah Kebangsaan Sabak, saya telah memilih
kelas tahap 2, iaitu tahun 5 Bestari. Kelas 5 Bestari terdiri daripada 20 orang murid, 15 lelaki
dan 5 perempuan. Oleh itu, pemerhatian perbezaan individu dilakukan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu terhadap 2 murid sahaja.

Menurut Faridah Nazir, Norhiza Mohd Salleh, & Zairinah Mohd Shukur (2014),
perbezaan individu adalah kepelbagaian dan perbezaan perwatakan yang boleh
diperhatikan dalam kalangan ahli-ahli satu kumpulan. Antara perbezaan tersebut ialah
jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS).

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, saya mendapati jasmani atau fizikal murid
di dalam kelas 5 Bestari majoritinya bertubuh kurus dan tinggi. Hal ini turut dapat dibuktikan
berdasarkan keputusan ujian SEGAK pelajar 5 Bestari.

Aspek perbezaan Murid 1 Murid 2


Jasmani Endomorfik (berat: 37kg) Ektomorfik (berat: 25kg)
(tinggi: 121 cm) (tinggi: 120 cm)
Emosi Pemalu dan pasif Ramah dan aktif
Rohani Seorang yang tidak fokus di Seorang yang baik,
dalam kelas, tidak dapat mendengar kata dan
menerima arahan guru memenuhi tuntutan agama.
dengan baik.
Intelek Pencapaian akademik Berusaha mengekalkan
sentiasa berubah-ubah. tahap pencapaian akademik
Sosial Melakukan aktiviti secara Suka menghiburkan rakan-
individu tanpa bergaul rakan dan berkomunikasi
dengan rakan. dengan guru.

Rajah 1.

2
Rajah 1 di atas menunjukkan perbezaan antara dua orang murid daripada aspek
JERIS. Murid 1 lebih bersifat rendah diri semasa di dalam kelas. Tambahan pula, keadaan
fizikalnya turut mempengaruhi tahap keaktifannya di dalam kelas. Murid 1 lebih gemar untuk
bersendirian dan kurang melibatkan diri secara berkumpulan. Perkara ini berbeza dengan
murid 2 yang lebih aktif dan ramah di dalam kelas. Murid 2 pula lebih aktif dalam proses
PDP dan suka untuk bertanyakan soalan kepada guru dan memberikan pendapatnya
kepada rakan-rakan serta guru.

Dari segi emosi murid , murid 1 mempunyai masalah emosi iaitu berasa sedih. Hal ini
menyebabkan dia sentiasa menjadi pasif di dalam kelas. Berdasarkan laporan kolaboratif
bersama guru kelas tersebut, murid tersebut berlaku sedemikian sejak awal sesi
persekolahan 2019 lagi. Hal ini kerana murid tersebut telah kehilangan bapanya ketika
pertengahan Disember 2018 berbeza dengan murid 2 yang sentiasa ceria dan latarbelakang
keluarga yang sempurna. Rohani atau kepercayaan pula menunjukkan kedua-dua orang
murid bergama islam tetapi berbeza dari segi sikap dan akhlak.

Dari segi kognitif atau intelektual murid pula, murid 1 masih belum mencapai tahap
memuaskan dan sentiasa berubah-ubah. Hal ini dapat dilihat berdasarkan keputusan
akademik mereka dalam ujian yang lalu. Perkara ini mungkin berpunca dari segi emosi
murid 1 yang menyebabkan tahap motivasinya tidak sama seperti murid 2 yang sentiasa
ingin meningkatkan tahap akademiknya. Namun dari segi sosial pula murid 1 berasal dari
keluarga yang sederhana manakala murid 2 berasal daripada keluarga yang. Penjagaan
dan kekemasan pakaian uniform sekolah kedua-dua murid amatlah berbeza.

3
Aspek perbezaan Murid 1 Murid 2
Kecerdasan Visual-ruang Kinestetik
Kinestetik Visual-ruang
Muzik Muzik
Intrapersonal
Gaya kognitif Murid belajar secara visual. Murid belajar secara
kinestetik dan auditori.
Gaya pembelajaran Murid gemar belajar secara Murid gemar belajar
individu. secara berkumpulan.

Rajah 2

Rajah 2 pula menunjukkan pembelajaran murid semasa di dalam kelas. Murid 1


belajar secara visual, iaitu melalui pengamatan gambar manakala murid 2 belajar melalui
kinestetik (pergerakan) dan pendengaran (auditori). Kedua-dua murid hampir mempunyai
tahap kecerdasan yang sama, iaitu berminat terhadap muzik, pergerakan dan unsur seni.
Murid 2 mempunyai kecerdasan intrapersonal iaitu menguasai teknik komunikasi dua hala.

Gaya kognitif murid di dalam kelas 5 Bestari juga berbeza. Hal ini depengaruhi oleh
kecerdasan pelbagai yang juga berbeza dimiliki oleh setiap murid. Kecerdasan ialah hasil
keupayaan memproses maklumat oleh otak manusia yang melibatkan metakognisi,
pemerolehan maklumat dan prestasi penguasaan maklumat tersebut (Halimatussadiah
Salleh, Badrul Hisyam Ismail, Ahmed Nasir Abdul Muthalif, & Izzah Abu Bakar, 2015).

Gaya pembelajaran murid 1 dan murid 2 adalah berbeza. Hal ini kerana kebanyakan
murid tidak dapat memberi fokus yang lama terhadap strategi pembelajaran berpusatkan
guru. Secara amnya, gaya pembelajaran pula merujuk pada seseorang itu belajar atau
menyimpan maklumat. Oleh itu, jika potensi individu itu dibangunkan melalui kecerdasan
yang ada pada dirinya pasti ia akan cemerlang dalam akademik dan keyakinan diri (Noriati
A. Rashid, Sharifah Fakhriah Ahmad, & Boon, 2017)

4
3. STRATEGI MENANGANI PERBEZAAN INDIVIDU

Demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka guru perlu bijak
melaksanakan strategi PdP yang berkesan dan menarik. Hal ini demikian kerana setiap
individu mempunyai minat dan kaedah pembelajaran yang berbeza. Menurut Noratiqah
Suhaimi et.al. (2011), tahap kesediaan pedagogi guru yang kurang menjadikan
penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan. Justeru, guru perlu
mengetahui perbezaan individu agar dapat menggunakan pedagogi yang berkesan
dengan tahap penguasaan murid-murid.

Antaranya, langkah yang boleh dilakukan oleh guru dalam menangani masalah
perbezaan individu dari segi jasmani adalah dengan menggunakan susun atur bilik
darjah yang sesuai. Kedudukan murid lelaki dan perempuan dicampur bagi memudahkan
guru mengawal kawal. Selain itu, susun atur kelas yang sesuai juga memberi kesan
terhadap emosi. Murid yang nakal diasingkan agar tingkah laku mereka lebih terkawal.
Dari aspek rohani pula, memandangkan majoriti pelajar di sekolah ini merupakan pelajar
beragama Islam, bacaan surah Yassin secara beramai-ramai dijalankan pada setiap hari
Khamis. Dengan cara ini, pihak sekolah telah mendidik budaya yang sihat dalam kalangan
pelajar secara tidak langsung. Seterusnya, perbezaan dari aspek intelektual pula diatasi
oleh guru dengan menggunakan kaedah pengajaran yang pelbagai. Selain itu, susun atur
kelas juga merupakan salah satu strategi guru dalam menangani masalah intelektual
dalam kalangan murid. Setiap kumpulan diletakkan seorang guru muda bagi membantu
rakan-rakan lain ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Selain itu, guru juga boleh menjalankan latihan mengikut tahap penguasaan murid
dalam sesuatu pelajaran. Hal ini demikian kerana, murid yang masih belum menguasai
sesuatu pelajaran tidak mampu menjawab latihan yang beraras tinggi. Menurut Bahagian
Pembangunan Kurikulum (2015), guru perlu menyediakan latihan penggayaan dan juga
latihan pemulihan di dalam Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Latihan penggayaan ini
akan diberikan kepada murid yang sudah menguasai sesuatu pelajaran agar ilmunya
dapat diperkembangkan, manakala latihan pemulihan diberikan kepada murid yang lemah
penguasaannya dalam sesuatu pelajaran untuk mengukuhkan lagi ilmu pengetahuannya.
Hasilnya, murid akan rasa lebih bersemangat untuk mempelajari ilmu yang baharu kerana
perbezaan markah latihan yang diberikan guru tidak begitu ketara dengan rakannya yang
lain. Sebagai tambahan, guru juga boleh memberikan ganjaran berbentuk pujian yang
akan menggalakkan lagi semangat murid untuk menguasai sesuatu pelajaran tertentu
(Wong Kiet Wah et.al, 2016).

5
Akhir sekali, guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang
mempunyai gambar, muzik dan juga pergerakan. Hal ini demikian kerana BBM yang
mengandungi unsur-unsur ini dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari ilmu baharu.
Tamsilnya, penggunaan video klip daripada “youtube” seperti lagu “ABC” dapat
menggalakkan murid-murid belajar secara didik hibur. Justeru, mereka tidak mudah berasa
bosan. Tambahan pula, penggunaan Teknolgi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
bidang perguruan membawa perkembangan yang canggih dalam bidang pendidikan (Mok
Soon Sang, 1998). Hasilnya, semua murid dapat belajar secara seronok dan dapat
menguasai pelajaran selaras dengan objektif yang telah ditetapkan guru dalam RPH.

4. KESIMPULAN

Perkara yang paling fundamental dalam proses PdP adalah penghasilan pembelajaran yang
bermakna. Sebagai guru, kita haruslah menggunakan apa jua bentuk pendekatan dan
kaedah yang diperlukan dalam melancarkan proses PdP. Berdasarkan hujah yang telah
diulas, jelaslah bahawa sememangnya setiap murid mempunyai perbezaan individunya
yang tersendiri terutamanya dalam aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.
Peranan guru amat penting dalam menangani perbezaan murid-murid di dalam kelas
supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berkesan. Berdasarkan
huraian yang telah diberikan, terdapat pelbagai strategi yang boleh dilakukan oleh guru
dalam membantu menangani perbezaan individu dalam kalangan murid-muridnya.

Tuntasnya, kebijaksanaan guru dalam mengendalikan proses PdP mampu


mempengaruhi kejayaan seseorang individu. Oleh itu, setiap insan yang bergelar pendidik
khususnya guru, sewajarnya menguasai teori-teori pembelajaran seterusnya mengetahui
tentang perbezaan individu dalam kalangan murid supaya mereka mampu memvariasikan
kaedah pengajaran dalam bilik darjah mengikut kesesuaian yang diperlukan. Dengan cara
ini, nescaya harapan negara yang dijelmakan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu, usaha untuk melahirkan warganegara Malaysia yang holistik mampu dihasilkan.

5. RUJUKAN

6
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Elemen KBAT Dalam Pentaksiran. Putrajaya:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2015). Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 1. Putrajaya: Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Dunn, R. & Dunn, K. (1992). Teaching Elementary Student Through Their Individual

Learnig Styles. Boston: Allyn & Bacon.

Faridah Nazir, Norhiza Mohd Salleh, & Zairinah Mohd Shukur. (2014). Perkembangan
Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Halimatussadiah Salleh, Badrul Hisyam Ismail, Ahmed Nasir Abdul Muthalif, & Izzah Abu
Bakar. (2015). Murid Dan Alam Belajar. Selangor: Pelangi Profesional Publishing
Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Ahmad, & Boon, P. Y. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noratiqah Suhaimi, Rohana Hamzah & Aminudin Udin. (2011). Profesionalisme Guru

PTV Dalam Membentuk Insan Sedar Kendiri. Jurnal Pendidikan, 1(1), 230-237.

Noriati A Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan

Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ng Wai Kong. (1983). Model Memproses Maklumat Perbezaan Individu dan Implikasinya

Kepada Pengajaran. Jurnal Pendidikan, 5(1), 45-53.

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-

kanak Edisi kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Rosina Edinin. (2014). Kemahiran Belajar. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

6. LAMPIRAN

7
MURID 1

8
MURID 2

9
GURU KELAS DAN MURID KELAS 5 BESTARI SK SABAK

10

Anda mungkin juga menyukai