Anda di halaman 1dari 30

Tajuk 3

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran

Sinopsis
Bab ini merangkumi subtopik-subtopik Jenis Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik
Pengajaran serta faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik
pengajaran. Di samping mengemukakan definisi dan prinsip am setiap pendekatan dan
strategi, ciri-ciri utama dan langkah-langkah pelaksanaan setiap kaedah dan teknik akan
ditekankan. Penganalisisan dan rumusan terhadap kekuatan dan kekurangan setiap
pendekatan dan strategi pengajaran juga dibincangkan.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:
1. Membezakan model, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
2. Menghuraikan prinsip-prinsip am pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran.
3. Menghuraikan ciri-ciri utama dan langkah-langkah pelaksanaan pelbagai kaedah dan
teknik pengajaran.
4. Menganalisis dan merumuskan kekuatan dan kekurangan setiap pendekatan
dan strategi pengajaran
Pendekatan,
Strategi, Kaedah dan
Teknik pengajaran

Pendekatan

Strategi Pengajaran

Kaedah dan Teknik


Pengajaran

Pengajaran
Bercerita
Induktif

Deduktif

Pemusatan
Guru

Pemusatan
Murid

Bermain

Lawatan

Perbincangan
Tematik

Integratif

Pemusatan
Bahan

Pemusatan
tugasan/
aktiviti

Demonstrasi

Penyelesaian
Masalah

Eklektik

32

3.1

Pendekatan Pengajaran

Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan,
konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran
yang
ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran, maka pendekatan adalah merujuk kepada
cara bagaimana sesuatu mata pelajaran yang diajarkan untuk mencapai objektifnya.
Terdapat beberapa pendekatan yang akan dibincangkan iaitu pendekatan induktif, deduktif,
integratif, eklektik dan tematik.
1.

Pendekatan induktif

Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu dimulakan dengan
sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi (J.M. Kierzek dan
Gibson, 1960). Hal ini bermaksud seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai
konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh.
Prinsip-prinsip pengajaran secara induktif:

Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus


kepada suatu generalisasi atau kesimpulan umum.

Bahan bantu mengajar harus disediakan untuk membantu pelajar membuat


kesimpulan.

Contoh khusus yang releven dan sesuai harus dipelbagaikan untuk


menerangkan sesuatu supaya generalisasi dapat dicapai dengan mudah.

Guru membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan dengan memberi peluang


kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi
dapat dibuat.

Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan induktif


menekankan pengajaran secara urutan yang tepat, iaitu contoh-contoh spesifik
kepada umum
Contoh-contoh
Memerhati dan
khusus

mengkaji

Mentafsir dan
membuat
generalisasi

Rajah 3.1 : Proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah induktif


Secara amnya, pendekatan induktif digunakan bergantung pada hasil pembelajaran yang
diinginkan. Jika guru inginkan pelajar memahami proses bagaimana sesuatu konsep atau
generalisasi diperoleh, contohnya dalam pengajaran sains mengenai topik magnet,
seorang

33

guru akan memulakan aktiviti pelajar diberikan satu kelompok bahan (klip kertas, pemadam,
butang plastik, paku, duit, pensel, paku tekan, pemberis plastik dan pembaris logam).
Kemudian pelajar diberikan sebatang magnet untuk melihat bahan manakah yang akan
melekat pada magnet. Akhirnya, pelajar dikehendaki untuk merumuskan dalam satu ayat
tentang eksperimen mereka. Pelajar dengan bimbingan guru akan membuat rumusan
bahawa magnet akan menarik bahan-bahan yang diperbuat daripada logam. Guru boleh
mengakhiri pelajaran dengan menggambarkan generalisasi dalam bentuk pengurusan grafik
atau gambar visual.
Sekiranya pelajar masih belum menguasai apa yang diajar, guru seharusnya meminta
pelajar menyatakan peraturan konsep atau perkaitan-perkaitan yang mereka dapati
sepanjang tempoh pengajaran sehingga mereka berjaya menguasainya.
(Rujukan: http://lrs.ed.uiuc.edu/students/m-weeks/deduct.html)
Cuba buat Renungan
Buat refleksi bagaimana anda mengikut prinsip pendekatan induktif dengan
memberikan contoh pengajaran guru mengenai pemahaman sesuatu
konsep yang lain

3.1.2

Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif adalah jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik
dan pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran, di mana pelajar bermula dengan
hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu (Brian Seaton, 1982).

Rumus, prinsip
atau peraturan
yang telah
diketahui

Aplikasi rumus, prinsip, teorem


atau peraturan

Kaedah
deduktif

Mendapatkan rumus, prinsip,


teorem atau hukum yang baru

Rajah 3.2 : Proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan


deduktif

34

Prinsip-prinsip pengajaran secara deduktif:

Pada peringkat permulaan, sesuatu masalah atau hipotesis diperkenalkan dan


ditakrifkan. Guru dan pelajar mengemukakan cara penyelesaian masalah.
Dalam konteks ini, generalisasi yang dikemukakan harus dinyatakan secara
eksplisit.

Penggunaan pendekatan deduktif harus mengikut langkah demi langkah.

Beberapa contoh digunakan untuk menerangkan generalisasi atau peraturan.


Berdasarkan contoh yang digunakan, pelajar meniru atau menghafal contoh dan
membentuk contoh lain.

Pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi


pelajaran yang disampaikan. Latihan menulis untuk mengesan kebolehan
pelajar menguasai kemahiran turut diberikan.

Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang ada setelah memahami konsep serta
contoh yang diberikan.

Pemahaman generalisasi atau peraturan dinilai dengan menggunakannya


dalam situasi-situasi baru yang mempunyai masalah hampir serupa.

Secara ringkas, pendekatan deduktif digunakan jika keutamaan pelajaran tertumpu kepada
pemahaman konsep sahaja, bukannya proses memperoleh konsep. Dengan menggunakan
contoh magnet seperti dalam pendekatan induktif, terlebih dahulu guru akan memberitahu
bahawa Magnet akan menarik objek-objek tertentu, iaitu logam. Guru akan menerangkan
konsep penarikan dan mengemukakan soalan Adakah magnet akan menarik pensel?.
Perbincangan dilaksanakan dengan melakukan eksperimen di mana guru memberi pelajar
sebatang magnet dan meminta mereka menggunakan magnet tersebut untuk menguji sama
ada objek di dalam bilik darjah melekat padanya atau tidak. Pada akhir perbincangan, guru
bersama pelajar merumuskan bahawa magnet menarik objek logam sahaja berdasarkan
eksperimen dan contoh-contoh lain di dalam bilik darjah.
3.1.3

Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri
yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran
dan pembelajaran. Pendekatan eklektik boleh dihasilkan dengan menggunakan kedah
induktif dan deduktif. Contohnya, guru boleh mula dengan memberikan contoh, diikuti
dengan generalisasai, ataupun guru akan mengakhirinya dengan memberikan contoh untuk
mengukuhkan peraturan atau generalisasi. Hal ini lebih mirip kepada pendekatan induktif.
Selain itu, guru boleh memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau
generalisasi
35

diikuti dengan contoh dan diakhiri dengan penerangan tentang peraturan sekali lagi. Hal ini
lebih mirip kepada pendekatan deduktif. Perhatikan contoh pengajaran pada Rajah 3.3.

Pendekatan Induktif

Pendekatan deduktif

Ikan
Katak

Itik
Haiwan
bertulang
belakang

Vertebrata

Kucing

Ayam
Kambing
Burung

Cicak

Rajah 3.1(c) : Contoh pengajaran konsep sains dengan menggunakan pendekatan


eklektik

4.

Pendekatan Integratif

Pendekatan yang menggabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan teknik


agar murid lebih mudah memahami apa yang sedang disampaikan. Guru sentiasa
berusaha mengintegrasikan idea-idea baru dalam unit-unit pengajaran sedia ada supaya
pembelajaran murid lebih berkesan dan mereka berupaya mengaplikasikan apa yang
dipelajari dalam kehidupan seharian
Prinsip pendekatan integratif adalah:

Tumpuan diberikan kpd strategi pemusatan murid

Penggunaan pembelajaran aktif, di mana teknik koperatif diintergrasikan untuk


memberikan pelajar-pelajar peluang mengaplikasi maklumat yang g dipelajari
secara teori kepada situasi dalam kehidupan seharian dan lebih menekankan
perkembangan kemahiran berbanding dengan penyampaian maklumat sematamata.

Peranan guru sebagai fasilitator.

Keutamaan diberikan kepada kemahiran asas

Peluang untuk kerja berpasukan

Tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan pelajar

36

Pendekatan ini membolehkan guru memberikan fokus kepada kandungan dan kemahiran
berfikir. Langkah pengajaran dan pembelajaran integratif adalah berdasarkan langkah Hilda
Taba (1962) seperti berikut:
Fasa 1: Menghuraikan
Pelajar digalakkan untuk menghuraikan tentang ciri sesuatu aspek yang dikaji. Contohnya,
guru meminta pelajar menghuraikan warna katak, jenis makanan dan habitatnya.
Kemudian, pelajar diminta untuk menghuraikan ciri-ciri kodok pula.
Fasa 2: Membandingkan
Apabila kedua-dua aspek diperhati dan dihuraikan, pelajar diminta untuk membuat
perbandingan antara kedua-dua haiwan tersebut. Pelajar akan mengenal pasti persamaan
dan perbezaan antara katak dan kodok menggunakan pengurusan grafik banding beza
Fasa 3: Menerangkan
Setelah pelajar mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara katak dengan kodok,
mereka diminta untuk menerangkan dengan lebih terperinci tentang ciri-ciri katak dan
kodok. Penerangan melalui pemerhatian merupakan bahagian penting dalam fasa ini.
Fasa 4: Hipotesis
Pelajar diminta untuk membentuk hipotesis serta memikirkan secara abstrak dari segi
penaaakulan sesuatu.
Fasa 5: Membuat generalisasi
Pelajar
dan

diminta

untuk

membuat

rumusan

tentang

maklumat

yang

dikumpulkan

membentuk satu atau lebih generalisasi, bergantung kepada keluasan skop satu-satu
pelajaran.

3.1.5

Pendekatan Tematik

Pengajaran menggunakan tema merupakan pengajaran yang disampaikan melalui konsep


atau idea yang besar. Pendekatan secara tema akan membolehkan pelajar menganalisis,
membuat

generalisasi

dan

mengaplikasi

pengetahuan.

Secara

keseluruhannya,

pendekatan ini akan memberikan peluang kepada pelajar mengalami pelbagai pengalaman
dalam situasi yang berlainan.

37

Selain daripada berasaskan idea-idea utama berhubung dengan kandungan sesuatu mata
pelajaran, unit-unit tematik merentasi disiplin, iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran terbit
daripada tema (Guillanme, 2000). Konsep daripada pelbagai bahagian dalam mata
pelajaranwujuddan dikaitkan dengan penggunaan tema. Unit-unit tematik selalu
mengandungi pilihan-pilihan untuk pelajar-pelajar. Dengan memberi peluang kepada pelajar
untuk memilih beberapa perbincangan individu dan kumpulan kecil akan mewujudkan rasa
kepunyaan dan kemasyarakatan apabila pelajar dapat belajar bersama-sama dan berkongsi
dapatan mereka. Langkah-langkah berikut dicadangkan bagi merancang unit-unit tematik :
(1)Pilih satu tema: Tema hendaklah cukup luas untuk memuatkan maklumat daripada
banyak bidang sesuatu mata pelajaran tetapi ia hendaklah tidak terlalu luas sehinggakan
perkaitan yang bermakna hilang. Anda perlu fikirkan tentang matlamat yang lebih besar dan
minat pelajar.
(2)Membina jaringan perancangan: Membuat sumbangsaran untuk membina carta
peta semantik yang meneroka pelbagai contoh bagaimana timbulnya tema

Masa

Masa kini:
Masyarakat
Sepanjang
sejarah
Teknologi
maklumat
membawa
kesan
kpdmasyara

tersebut.

Manusia
tinggal
bersama

Masyarakat
Bagaimana
mereka
berubah
Keluarga
berbeza

silam
Mengkaji
contoh-contoh
dari hasilan
sejarah yang
diminati

Masyarakat
Biologikal

Haiwan yang
tinggal bersama

Sistem sokongan
adalahberbeza

Rajah 3.4 : Contoh Perancangan Web (Ubahsuai daripada Guillaume, 2000: 30)

38

atau

Perhatikan bahawa jaringan di atas tidak menerangkan tentang bidang-bidang mata


pelajaran tradisional seperti matematik atau kajian sosial dan ia seharusnya tidak
terkongkong dengan pemikiran tertumpu secara tradisional. Membuat jaringan bersama
rakan akan menghasilkan pemikiran yang divergen.
(3)Pilih bahan : Perancangan bertujuan untuk menyediakan bahan-bahan yang banyak. Ini
termasuk bahan-bahan untuk seni,sastera, sumber-sumber yang lain, bahan-bahan
teknologi dan bahan-bahan untuk masyarakat.
(4)Rancang aktiviti: Pilih dan rekabentuk aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tema, gunakan
bahan-bahan yang banyak dan galakkan peningkatan prestasi pelajar-pelajar ke

arah

pencapaian matlamat pembelajaran. Jangan lupa untuk memberi peluang kepada pelajar
untuk memilih pembelajaran mereka.
3.2 Strategi Pengajaran
Strategi pengajaranadalah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan
teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Strategi-strategi pengajaran yang
dibincangkan dalam bahagian ini adalah terdiri daripada pemusatan guru, pemusatan murid,
pemusatan bahan dan berasaskan tugasan/aktiviti.
3.2.1

Strategi Berpusatkan Guru

Dalam pendekatan ini, guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Strategi yang
berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran langsung. Pengajaran langsung
bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran

pelajar dan penglibatan. Ia

bergantung
juga

kepada penekanan kandungan yang berstruktur. Antara contoh-contoh

termasuklah

pertimbangan semula, latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan pelajar.

Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, apakah ciri-ciri yang anda dapat kenalpasti
sebagai pengajaran langsung. Bolehkah anda nyata beberapa ciri? Sekarang, mari kita
melihat secara dekat ciri-ciri pendekatan ini.
Strategi berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit. Ia terdiri daripada
bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan sistematik. Terdapat juga hentian
sejenak

untuk

menyemak

pemahaman

menyampaikan

fakta-fakta

khusus

pelajar. Pendekatan

dan

pengajaran
39

kemahiran

ini

berguna

untuk

tertentu.

Sebagai

contoh,

fakta-fakta sains atau kajian sosial, kemahiran pemetaan, aturan tatabahasa dan
konsep,perbendaharaan kata, pengiraan matematik dan membezakan fakta daripada
pendapat adalah beberapa contoh di mana pendekatan pengajaran eksplisit adalah
berguna.
Strategi berpusatkan guru mengandungi pengajaran dalam langkah-langkah kecil yang
menekankan amalan pelajar selepas setiap langkah. Peranan guru adalah mengemukakan
bahan pengajaran, membimbing pelajar melalui sesi praktis awalan dan memberi semua
pelajar latihan amali berperingkat tinggi yang lebih kerap.
Seorang guru yang masuk bilik darjah menggunakan pendekatan berpusatkan guru akan
memperlihatkan ciri-ciri berikut:

guru bercakap lebih daripada pelajar semasa pengajaran;

pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas;

buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar dalam kelas;

setiap episod dalam pengajaran ditentukan oleh guru;

meja dan kerusi diatur dalam barisan , menghadap papan kapur;

pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah

Bolehkah anda hubungkaitkan strategi berpusatkan guru ke dalam pengajaran harian


anda? Adakah anda menggunakan pendekatan ini? Sekarang, berhenti sejenak dan fikir.
Berhenti dan Berfikir
Apakah kelebihan-kelebihan menggunakan pendekatan
berpusatkan guru?

3.2.2

Strategi berpusatkan murid/pelajar

Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab


untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ada sedikit kecenderungan
terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk mereka (Martin et al,
1994).

40

Mengapa kita menggunakan pendekatan ini? Ia sebenarnya berpisah daripada tradisi di


mana bilik darjah didominasikan guru dan strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan
pelajar bertanggung jawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana
untuk belajar. Ia boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang baik

di mana

pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain. Strategi ini lebih
sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan dalam strategi
berpusatkan guru dan apabila matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran
pemikiran kreatif dan kritis. Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan pelajar
selalunya kurang berstruktur.

Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang berstruktur, guru tidak membiarkan pelajar
membuat sesuka hati mereka. Guru masih berkuasa dan memberi sedikit tanggungjawab
kepada pelajar. Peranan sebagai orang yang berkuasa tidak diperlihatkan oleh guru. Akan
tetapi, guru bertindak autoritatif. Guru memilih untuk mengagihkan sedikit kuasanya kepada
pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada dirinya.

Berdasarkan pengalaman anda, apakah kelebihan strategi ini? Kajian menunjukkan


bahawa ia mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam
mengaplikasikan konsep dan memperkembangkan sikap yang positif,mewujudkan
motivasi,memperkembangkan sahsiah peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial
kumpulan. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan perkembangan yang
lebih dalam perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi.
Antara contoh strategi berpusatkan pelajar ialah penerokaan, inkuiri penemuan dan
beberapa bentuk perbincangan. Contoh-contoh lain pengajaran yang kurang eksplisit
termasuklah menganalisis trenda dalam sejarah, kesusasteraan, dokumen atau masalah
praktikal, perbincangan dan spekulasi penyelesaian bagi isu-isu sosial, mengajar karangan
dan menulis tesis. Bolehkah anda fikirkan contoh-contoh lain yang sesuai ?
Apakah peranan guru apabila menggunakan strategi ini? Guru-guru mestilah mahir dalam
mata pelajaran yang diajar. Setiap guru perlu mengetahui struktur, mengenal pasti konsepkonsep penting dan memilih atau mengembangkan pengalaman-pengalaman yang
bermakna kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk meneroka dan
menemui apa yang guru hendak mereka pelajari.

41

Mari kita beralih kepada unsur-unsur utama yang dapat kita perlihatkan dalam bilik darjah
yang menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar :

Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak


dijalankan secara keseluruhan kelas.

Pelbagai bahan pengajaran disediakan untuk pelajar menggunakan secara


individu atau dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Bentuk tujuhala pengajaran ditentukan oleh pelajar ketika berinteraksi dengan


guru.

Cara menyusun perabot dalam bilik darjah memudahkan pelajar bekerja secara
individu atau di dalam kumpulan

Pelajar dapat bergerak dengan bebas sekiranya perlu membuat tugasan

Selain guru, pelajar juga diberi peluang untuk menyuarakan pendapat.

(http://www.arts.nie.edu.sg/ell/PeterT/Personal/Teachercentred%20learning.html)

3.2.3

Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan

Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku,
blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses
kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi
cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu
dapat belajar.
Sekarang kita akan membincangkan pelbagai bentuk bahan resos yang digunakan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah penggunaan buku yang
digunakan semenjak dahulu sebagai satu bentuk pengajaran berpusatkan bahan yang
utama. Kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam penggunaan media dalam
pembelajaran berpusatkan bahan. Ia termasuklah peningkatan dalam bahan pembelajaran,
panduan pelajaran, panduan buku teks, buku kerja, video dan pakej pembelajaran. Bahan
yang lebih canggih ialah pakej pembelajaran berasaskan komputer, konferens komputer,
CD-Rom, multimedia, kumpulan perbincangan komputer, video interaktif, bahan dalam
laman web, telekonferens, konferens video dan telematiks.
Pembelajaran berpusatkan bahan juga adalah penting bagi membantu guru memenuhi
keperluan pelajar yang pelbagai. Ia dapat menyediakan cara untuk pelajar belajar mengikut
kadar sendiri, pada bila-bila masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain itu,
ia
42

juga dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak hadir ke kelas pada hari pengajaran
diadakan.
Dalam pembelajaran berpusatkan bahan, peranan guru termasuklah :

4.

membimbing pelajar dimana untuk mendapat maklumat;

membantu mereka mencari/membentuk soalan yang sesuai untuk dikemukakan;

mengatasi masalah sekiranya mereka di dalam kesusahan;

memberi galakan apabila mereka menemui kegagalan; dan

membolehkan mereka berinteraksi dalam kerja kumpulan.

Strategi Berasaskan Tugasan/Aktiviti

Strategi berasaskan tugasan/aktiviti bermaksud guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau
tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasikan apaapa yang dipelajari (dan dalam proses memberikan bimbingan, strategi-strategi
mempermudahkan tugasan atau bantuan/scaffolding yang membolehkan mereka
menyempurnakan aktiviti dengan jayanya).
Kriteria-kriteria yang diambil kira dalam pemilihan atau membentuk aktiviti adalah:

Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin
diajar di mana guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh
menuju pencapaian matlamat tersebut iaitu pemahaman kandungan pelajar dan
kebolehan untuk mengaplikasikannya dalam situasi lain.

Berdasarkan matlamat pengajaran, boleh diambil kira kepelbagaian aktiviti.


Contohnya, aktiviti boleh merupakan aktiviti permainan atau main peranan;
aktiviti tersebut releven dan berguna untuk menyampaikan isi kandungan
pelajaran. Walau bagaimanapun, semasa memilih aktiviti yang tidak memenuhi
kriteria utama, guru boleh menambil kira kriteria sekunder.

Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi,


bukannya aktiviti yang dilaksanakan secara individu .

Selain aktiviti dipilih dengan baik, aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau
serta disusuli jika meninginkan impak yang spenuhnya. Ini bermakna pelajar
perlu bersedia lebih awal sebelum aktiviti. Guru perlu memberikan bimbingan
dan maklum balas semasa aktiviti serta menstruktur refleksi selepas aktiviti.

43

Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar pelajar akan
melibatkan diri dalam aktiviti serta mereka jelas tentang matlamat yang ingin dicapai. Guru
boleh membimbing pelajar dengan membekalkan maklumat yang diperlukan atau bantuan
tentng cara menyempurnakan kehendak tugasan. Apabila pelajar mula melaksanakan
tugasan, guru boleh memantau kemajuan dan menyediakan bantuan jika perlu. Kesemua
tugasan perlu disusuli refleksi atau perbincangan pada akhir tugasan Guru akan membuat
semakan dengan pelajar, memberikan maklum balas umum tentang prestasi dan
mengukuhkan idea-idea utama apabila berhubung dengan matlamat keseluruhan.
3.3 Kaedah dan Teknik Pengajaran
Kaedah

pengajaranmerupakan

cara

yang

digunakan

untuk

mengelolakan

dan

menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif
pengajaran.
Teknik pengajaranadalah satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan
pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Secara
khususnya, teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya
dapat mempercepatkan penanggapan pelajar.
3.3.1

Bercerita

Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-perkara atau,


peristiwa-peristiwa, sama ada imaginasi, tradisi atau kisah benar. Strategi ini boleh
meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan. Ia dapat
memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman,
mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar untuk membaca.
Bagaimanakah kita melaksanakan sesi bercerita dengan berkesan? Mari kita lihat langkahlangkahnya:
(1)

Persediaan sebelum sesi bercerita:


i. Suasana yang selesa diperlukan. Sebaik-baiknya pelajar duduk dalam satu
bulatan
bersama orang yang bercerita.
ii. Sekiranya guru merupakan orang yang bercerita, beliau perlu mengambil
kira perkara-perkara berikut:

Pastikan cerita itu boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar
44

Pastikan semua pelajar boleh melihat guru, terutamanya bahagian


muka dan tangannya

Bercakap dengan kuat dan jelas berserta intonasi yang sesuai

Sekiranya guru tidak mahu diganggu, ingatkan pelajar untuk bertanya


atau membuat ulasan hanya selepas selesai bercerita

Pelajar perlu memberi sepenuh perhatian sebelum guru mula bercerita.

iii. Jika pelajar diberi peluang sebagai orang yang bercerita, mereka perlu
diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan sekuen cerita
diberi peluang untuk berkongsi cerita pendek atau peristiwa menarik
dalam situasi yang tidak formal. Ini dijadikan pengalaman awal untuk
pengalaman bercerita yang lengkap.
(2)

Semasa sesi bercerita:


i.
ii.
iii.

(3)

Pelajar diberi peluang membuat


perbincangan kemudiannya.

catatan

untuk

Pastikan pelajar menumpukan perhatian


Orang yang bercerita perlu berkemahiran membuat kontak mata
dengan pelajar seolah-seolah bercerita secara langsung dengan
mereka

Selepas sesi bercerita:


i.

Beri peluang kepada pelajar merumuskan cerita

ii. Minta mereka berkongsi nilai-nilai yang telah dipelajari.


3.3.2 Perbincangan
Perbincangan merupakan prosesaktif yang melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran
pembelajaran (Gauthier, 2001). Situasi wujud di mana guru membentuk suatu pandangan
dan harus berkebolehan memudah cara pelbagai pertukaran idea dalam kalangan pelajar.
Perbincangan bukan sahaja merangsang interaksi antara pelajar secara bermakna,
juga
menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan
proses-proses pembelajaran. Orlich et al. (2007) berpandangan bahawa perbincangan
merupakan teknik yang boleh meningkatkan kemahiran pemikiran dan pertuturan pelajar
serta dapat merangsang pemikiran analitik. Perbincangan digunakan oleh guru untuk
mencapai tiga objektif pengajaran, iaitu meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar
membina kefahaman kandungan; merangsang penglibatan; serta membantu pelajar
menguasai kemahiran komunikasi dan proses pemikiran (Arends, 2001).
45

Elemen-elemen penting dalam teknik perbincangan:

Matlamat dan objektif.


Perbincangan secara kumpulan kecil untuk menghasilkan
pembelajaran
berbentuk proses dan bukan pencapaian hasil akhir. Maka pelajar perlu
melibatkan diri secara aktif.

Saiz kumpulan yang ideal


Saiz kumpulan yang sesuai dan praktikal adalah antara 6-8 orang.

Susun atur bilik


Pastikan pelajar menghadap satu sama lain dan tidak diganggu dengan aktiviti
lain dalam bilik darjah. Susun atur berbentuk bulatan, separa bulatan atau
berbentuk U amat sesuai kerana memberikan kuasa/autoriti kepada guru atau
ketua yang akan mempunyai kebebasan bergerak. Guru mempunyai laluan
untuk ke papan tulis serta boleh bergerak ke dalam bentuk U agar dapat
mendekati pelajar. Selain dari itu susunan berbentuk rantai atau Y.

Pemilihan topik
Topik boleh terdiri daripada tugasan atau pengajaran secara berterusan di
dalam bilik darjah, seperti tentang mana-mana topik, subjek, pelbagai tahap
perkembangan dan umur pelajar. Yang penting topik yang dipilih releven dan
dapat merangsang minat pelajar. Kebiasaannya, isu-isu berkontroversi dan
dilema moral merupakan topik yang amat baik untuk perbincangan.

Pelaksanaan Sesi Perbincangan


Empat perkara harus diteliti, iaitu proses dan interaksi, peranan dan tanggungjawab,
kepimpinan dan kejeleketan (Orlich et al.,2007). Inti pati proses dalam perbincangan
kumpulan merupakan interaksi verbal.

Proses dan interaksi

Proses komunikasi amat penting untuk menjayakan perbincangan. Pelajar perlu dibimbing
untuk menguasai kemahiran mendengar apabila rakan berbincang serta dapat memberikan
respons yang sesuai.

46

Peranan dan tanggungjawab

Guru berperanansebagai fasilitator, di mana akan membimbing pelajar dengan kemahiran,


memberikan

bahan

dan

peluang

kepada

pelajar

untuk

menentukan

pengalaman
pembelajaran. Selain itu , guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang
lain, mendengar, memerhati dan menggalakkan setiap pelajar untuk melibatkan diri. Dalam
setiap kumpulan terdapat seoarang ketua kumpulan dan seorang pencatat, di mana
peranan ketua dan encatat boleh digilirkan antara ahli kumpulan.

Kepimpinan

Kepimpinan amat penting dalam perbincangan kumpulan.Peranan sebagai ketua kumpulan


merupakan

seorang

yang

mempunyai

autoriti

dan

mewakili

kumpulan

sebagai
jurucakap.Sebelum memilih ketua, guru perlu menjadi model kepada pelajar. Guru juga
perlu berkemahiran memulakan perbincangan, meminta pandangan daripada pelajar,
memperjelas pernyataan dan meminta pandangan setiap pelajar. Maka, dengan
memodelkan tingkah laku yang berwibawa, guru akan menjadi teladan (Bandura,1961
dalam Woolfolk, 2004) kepada pelajar yang dipilih sebagai ketua nanti.
Apabila melaksanakan perbincangan kumpulan, guru boleh memilih ketua berdasarkan
atribut dan kualiti kepemimpinan yang diperhatikan dalam kalangan pelajar. Antara atribut
seorang ketua merangkumi populariti, tahap pencapaian akademik, kemahiran sosial serta
kebolehan berfikir dan bertutur. Justeru, guru boleh melatih pelajar untuk menguasai
kemahiran untuk mengemukakan soalan, melapor rumusan, melibatkan pelajar yang pasif
dan tahu bagaimana mengawal pelajar yang dominan. Secara ringkasnya, seorang ketua
perlu tahu memulakan perbincangan,mengawal kadar perbincangan,memberi maklum balas
maklumat baharu, memberikan sokongan kepada idea-idea yang dikemukakan,selain
membuat penilaian terhadap pencapaian matlamat perbincangan kumpulan.

Kejeleketan

Elemen keempat, iaitu kejeleketan atau seperti Orlich et. al.(2007) menggunakan frasa The
We attitude. Dalam satu-satu perbincangan kumpulan, perlu ada kencederungan untuk
ahli kumpulan bersatu dan saling menyokong antara satu sama lain. Ahli kumpulan
mempunyai rasa bangga terhadap kumpulannya.

47

Jenis-jenis perbincangan
(a)

Sumbangsaran

Sumbangsaran merupakan satu bentuk perbincangan yang mewujudkan sesuatu kumpulan


berfikiran secara secara berkelompok. Setiap peserta digalakkan member idea dan setiap
idea itu diterima untuk dikaji dengan lebih teliti. Pada akhirnya, idea yang paling sesuai
sahaja yang dipilih sebagai rumusan. Rumusan tersebut menjadi hasil daripada sesi
sumbangsaran.
Osborn (1963) menyatakan terdapat dua tujuan sumbangsaran. Pertama, merupakan tujuan
jangka panjang, iaitu untuk menyelesaikan suatu masalah penting. Kedua, merupakan
tujuan jangka pendek, iaitu untuk mendapatkan seberapa banyak idea penyelesaian yang
mungkin tentang suatu masalah.
Langkah-langkah Pengajaran Melalui Sumbangsaran

(b)

Permulaan
Topik perbincangan dikemukakan.
Tujuan dibincangkan.
Murid-murid dibaagikan kepada kumpulan-kumpulan.
Ketua kumpulan dan pelapor dilantik.

Perbincangan
Ketua kumpulan menggalakkan setiap ahli member
idea.
Ahli-ahli tidak dibenarkan mengkritik.
Pelapor mencatat pendapat ahli-ahli
Ahli-ahli menapis idea.
Penutup
Pelapor setiap kumpulan mengemukakan idea-idea
kumpulan.
Idea-idea ditapis.
Rumusan dibuat setelah persetujuan dicapai.

Forum

Forum digunakan sekiranya kumpulan adalah besar dan bilangan ahli juga ramai. Suatu
panel yang terdiri daripada empat hingga lapan orang pakar akan menyampaikan idea-idea
mereka. Panel ini terdiri daripada seorang pengerusi, dan ahli-ahli panel yang akan
menyampaikan hujah-hujah akan duduk di hadapan peserta-peserta. Pengerusi panel
akan
48

memulakan forum dengan memberikan sedikit penerangan tentang tajuk dalam suasana
yang tenang. Setiap ahli panel mungkin diberi masa 4-5 minit untuk mengemukakan
pendapat mereka. Kira-kira setengah jam diperuntukkan untuk menggulung perbincangan
serta melayani soalan-soalan dari para hadirin.
Ahli ahli panel perlu membuat persediaan yang rapi supaya pengulangan hujah-hujah tidak
berlaku. Adalah lebih baik sekiranya diadakan perbincangan di kalangan ahli-ahli panel
tentang bidang masing-masing. Peranan pengerusi pula adalah untuk membuka dan
menggerakkan perbincangan serta menggulung perbincangan pada masa yang ditentukan .
Dia juga perlu menjaga keselesaan suasana perbincangan. Sekiranya berlaku ketegangan,
pengerusi sepatutnya menyelesaikan dengan memasukkan unsur-unsur lucu yang releven.
Di antara faedah-faedah perbincngan melalui forum adalah seperti berikut:

(c)

1.

Berfikir secara analitis,kritis dan jelas.

2.

Berlatih untuk bertutur dengan terang serta lantang.

3.

Membina keyakinan untuk mengemukakan pendapat.

4.

Belajar bertukar-tukar pendapat


dengan perkembangan intelek.

dan

itu
menggalakkan

Seminar

Seminar merupakan suatu pertemuan pembentang dengan sekumpulan pelajar/peserta


untuk mendengar serta berbincang tentang satu topik. Penyampaian perlu disediakan
dengan baik. Pelajar-pelajar yang lain seharusnya telah pun membuat persediaan yang
lengkap untuk mengambil bahagian dalam perbincangan.
Seminar lebih sesuai bagi pelajar/peserta yang dewasa serta mempunyai kematangan
intelek. Kaedah ini memberi latihan kepada pelajar/peserta untuk merancang,mengelola
serta mengumpul data-data untuk membuat satu-satu rumusan.

49

Langkah-langkah pelaksanaan seminar adalah seperti berikut:


Langkah 1
Perancangan
Kertas kerja disediakan .

Langkah 2
Pembentangan
Kertas kerja dibentangkan.

Langkah 3
Perbincangan
Para hadirin mengemukan soalan.
Pembentangan menjawab soalan

Langkah 4
Rumusan
Ulasan diberi oleh pembentang
Rumusan dibuat .

(d)

Sesi Buzz

Kumpulan buzz merupakan kumpulan yang kecil iaitu terdiri daripada 4-6 orang ahli.
Seorang ketua dan seorang pelapor atau setiausaha akan dipilih. Selepas guru membuat
sesuatu penyampaian, kumpulan-kumpulan buzzakan memulakan perbincangan. Ketua
akan mewajibkan setiap peserta mengemukakan ideanya, manakala pelapor akan
mencatatkan idea-idea dan seterusnya membuat suatu rumusan tentang perbincangan
kumpulan kecilnya. Pada peringkat akhir, kumpulan-kumpulan kecil itu akan berkumpul
semula untuk perbincangan am, Selepas itu, idea-idea yang dipersetujui akan disampaikan
kepada guru yang akan merumuskan isi-isi penting dan dipaparkan dihadapan kelas.
(e)

Perbahasan

Perbahasan adalah perbincangan yang formal dan ahliahli perbahasan telah membuat
persediaan untuk menentang atau menyebelahi sesuatu isu. Ahliahli akan bercakap secara
bergilirgilir di antara pasukan dan masa yang diberikan bagi pembahas, kedua dan ketiga
mungkin berbeza.

50

Biasanya dua kumpulan kecil akan mengambil bahagian dalam perbahasan. Setiap
kumpulan kecil akan mengambil bahagian dalam perbahasan. Setiap kumpulan lazimnya
terdiri daripada empat orang ahli. Kumpulan yang dikenali sebagai pencadang akan
menyokong topik perbahasan manakala kumpulan lagi satu dikenali sebagai manakala satu
kumpulan lagi dikenali sebagai pembangkang akan menentang topik perbahasan.
Seorang pengerusi dipilih untuk mengelolakan aktiviti perbahasan, manakala seorang
penjaga masa akan membunyikan loceng apabila masa bagi setiap ahli dalam kumpulan
telah tamat. Penghakiman akan dijalankan oleh tiga orang yang biasa terdiri daripada guruguru sekolah.
Perkara perkara berikut perlu diingatkan semasa mengadakan perbahasan.
i.

Perbahasan sepatutnya difokuskan kepada tajuk dan bukan kepada


pasukan pembangkang.

ii.

Isi- isi yang dikemukakan untuk menentang hujah-hujah pembangkang


sepatutnya mempunyai bukti yang baik, relevan serta menunjukkan
hujah-hujah pembangkang itu kurang bernas.

iii.

Hujah-hujah yang diberikan perlu membantu pendirian pembahaspembahas lain di dalam kumpulannya.

Buat rujukan dan bincang dengan pensyarah anda tentang langkahlangkah

3.3.3

Demonstrasi

Cuba fikirkan sejenak tentang teknik ini bagaimanakah teknik demonstrasi atau tunjukcara
berbeza dari syarahan? Perbezaan yang ketara ialah syarahan memerlukan pelajar pelajar
mendengar

manakala

demonstrasi

pula

memerlukan

pelajarpelajar

memerhati.

Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu
aktiviti mengikut prosedur. Dalam proses demonstrasi, terdapat komunikasi lisan yang
langsung tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada pelajar. Ia juga melibatkan
pendekatan visual untuk memerhatikan proses, maklumat atau idea. Biasanya ia adalah
interaktif kerana guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam persekitaran pembelajaran
kolaboratif.

51

Demonstrasi membolehkan pelajar melihat perkara sebenar dan melihat bagaimana ia


berfungsi. Terdapat jenis tunjuk cara semata-matanya, demonstrasi dengan komentar atau
demonstrasi yang melibatkan pelajar. Dalam kebanyakan kes, guru menunjuk cara sesuatu
perlakuan atau aktiviti sebelum meminta pelajar melakukan aktiviti tersebut secara
individu.Bagi aktiviti yang melibatkan ramai pelajar, demonstrasi menyediakan model atau
contoh-contoh perlakuan dan membina jangkaan-jangkaan dilakukan. Misalnya untuk
pengajaran tarian, lukisan, gimnastik dan menjalankan uji kaji.
Demonstrasi boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara
berkesan, menimbulkan minat dalam sesuatu topik, menyediakan model untuk kemahiran
mengajar, dan mengubah kadar pembelajaran pelajar. Untuk menjalankan demonstrasi
dengan berkesan, guru seharusnya merancang demonstrasi tersebut dengan teliti, termasuk
membuat percubaan atau latihan bagi memastikan kelicinan pelaksanaan demonstrasi.
Semasa menunjuk cara, guru memastikan semua pelajar dapat menumpukan perhatian dan
mengajukan soalan-soalan kepada pelajar. Selain, pelajar diberikan peluang untuk
mempraktikkan apa-apa yang telah dipelajari. Selepas sesi praktis, sesi perbincangan
tentang perkara-perkara demonstrasi yang penting dilakukan. Kemudian guru membantu
pelajar membuat rumusan tentang demonstrasi yang dijalankan. Guru menyediakan aktiviti
susulan untuk memperkukuhkan pemahaman pelajar.
Cuba fikirkan

Kelebihan dan kelemahan kaedah demonstrasi dan implikasinya terhadap


proses pengajaran dan pembelajaran

3.3.4

Penyelesaian Masalah

Dalam keidupan sehari-hari, anda menghadapi pelbagai masalah. Misalnya, ketika anda
datang ke IPG, motosikal anda boleh rosak dalam perjalanan. Anda sekarang berhadapan
dengan satu masalah. Seterusnya, anda berusaha mencari punca penyebab kerosakan
enjin motosikal itu, Kemudian, anda membuat hipotesis yang plag motosikal anda kotor dan
perlu dibersihkan. Anda pun bertindak untuk menguji hipotesis itu, iaitu dengan
membersihkan plag. Selepas itu, enjin motosikal anda pun bergerak semula. Dengan itu,
anda boleh membuat rumusan bahawa plag yang kotor boleh menjejaskan kelicinan
pergerakan enjin.

52

Justeru itu, strategi penyelesaian masalah sebenarnya merupakan cara pengajaran yang
berdasarkan penyiasatan yang saintifik. Berikut adalah langkah-langkah strategi
penyelesaian masalah

Menilai dan
Membuat
rumusan

Mengenal pasti
masalah

Membuat
hipotesis

Mencari
maklumat

Menguji
hipotesis

Raja 3.5: Penyelesaian masalah


Theory of Constraint (TOC) adalah satu daripada strategi penyelesaian masalah yang boleh
digunakan secara berasingan atau digandingkan dengan kaedah lain untuk membentuk
sistem penyelesaian masalah dan pengurusan perubahan yang sesuai. Tujuan generik ialah
untuk menterjemahkan gerak hati kepada format yang boleh dibincangkan secara rasional,
menyoal dengan bebas dan mengubahsuai kepada kefahaman situasi tersebut. Ia
digunakan untuk penyelesaian masalah, di samping memudahkan komunikasi, kerjasama
dan persetujuan di kalangan mereka yang terlibat dalam penyelesaian masalah tersebut.
TOC mesti menyokong salah satu daripada tiga objektif generik proses penyelesaian
masalah yang perlu dilaksanakan oleh kumpulan:

Apa yang akan diubah: Penilaian situasi, huraian tentang kenyataan semasa,
dan diagnosis menentukan teras masalah atau konflik dan andaianandaian yang mengekalkannya.

Apa yang hendak diubah: Menyatakan visi atau penyelesaian dan huraian
strategi untuk mendapatkan apa yang diingini preskripsi, membuat keputusan
dan perkembangan penyelesaian.

Bagaimana membuat perubahan: Pembinaan pelan yang terperinci dan taktik


yang boleh menjelaskan apa yang perlu berlaku dan menyelaraskan usaha
kumpulan untuk melaksanakan strategi merancang, pembinaan pasukan.

Gunakan internet
mengenai TOC.

untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut

53

5.

Bermain

Apakah main bermain? Main merupakan satu konsep yang kelihatan mudah tetapi
sebenarnya sukar untuk didefinisikan. Menurut Fromberg (1987), secara umumnya main
adalah simbolik, bermakna, menyeronokkan,

sukarela dan bermotivasi intrinsik,

berperaturan dan berbentuk episodik.


Bermain dapat dikategorikan mengikut fungsinya, iaitu bermain sebagai satu kemajuan,
bermain sebagai kuasa, bermain sebagai fantasi dan bermain sebagai main (Brian SuttonSmith dalam Pellegrini, 1995).

Bermain sebagai kemajuan


Bermain sebagai satu proses belajar, iaitu proses untuk menambah baik dan
memenuhi keperluan psikologi dan keperluan sosial

Bermain sebagai kuasa


Merujuk kepada pertandingan yang melibatkan pasukan lawan, menang dan
kalah.

Bermain sebagai fantasi


Berkait secara langsung dengan bermain sebagai kemajuan. Kedua-duanya
melibatkan kanak-kanak, di mana bermain sebagai fantasi juga melibatkan
peranan main dalam mencungkil dan meningkatkan kemahiran berfikir secara
kreatif dan imaginatif.

Bermain sebagai main


Mengutamakan kualiti pengalaman main itu sendiri, bukannya hasil daripada
bermain. Kualiti main melibatkan pengalaman dalam diri pemain.

Bagi kanak-kanak, main merupakan satu laluan yang membolehkan kanak-kanak belajar
dan mengenali persekitaran atau dunianya melalui penerokaan, simulasi, lakonan, proses
cuba-jaya dan manipulasi alatan. Bermain juga satu proses semula jadi yang
menghubungkaitkan alam fizikalkanak-kanakdengan alam spiritual, pemikiran, kreativiti,
perlambangan, idea, peranan serta pengalaman masa depan kanak-kanak.
Bermain merupakan satu pendekatan terancang dan berstruktur bagi memberikan peluang
kepada murid belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan, bebas dan
selamat, selain melahirkan perasaan, meneroka serta mencuba dan meningkatkan
kemahiran. Melalui bermain, perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan
psikomotor dan perkembangan sosioemosi dapat dipupuk.
bermain
54

Justeru melalui proses

juga kanak-kanak akan mendapat pengalaman langsung yang pastinya akan memberikan
kesan pembelajaran yang bermakna.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat berikut:
(1) Kategori bermain iaitu permainan sosial dan permainan kognitif
(2) Ciri-ciri jenis permainan kognitif. Main berfungsi, main simbolik dan Main
berperaturan serta implikasinya terhadap pembelajaran yang bermakna.
6.

Lawatan

Lawatan merupakan satu rombongan yang dikelolakan oleh pihak sekolah dan pelajarpelajar akan pergi ke tempat bahan-bahan pengajaran yang dapat diperhatikan serta dikaji
secara langsung. Lawatan biasanya dibuat ke tempat-tempat seperti kilang-kilang, muzium,
perpustakaan atau pertubuhan-pertubuhan lain yang ada kaitan dengan topik pelajaran. Ia
termasuk tempat-tempat seperti anak sungai, kolam dan hutan bagi mengumpul bahanbahan untuk kajian.
Kejayaan sesuatu lawatan bergantung kepada persediaan sebelum lawatan dan kerja-kerja
susulan selepas lawatan itu. Objektif-objektif lawatan perlu diterangkan kepada pelajarpelajar. Di samping itu, soal selidik yang mengandungi soalan-soalan tentang aspek-aspek
penting tempat lawatan boleh diberikan kepada murid-murid. Dengan cara ini, pelajar-pelajar
dibantu memberikan perhatian kepada bahagian-bahagian penting yang harusdiperhatikan
dangan lebih teliti semasa membuat lawatan itu.
Dengan adanya objektif-objektif yang jelas serta perancangan yang teliti, pelajar-pelajar
pasti akan memperolehi pengetahuan baru serta memperkayakan pengalaman mereka.
Oleh tu, lawatan seperti ini dikenali sebagai lawatan sambil belajar.
Tujuan-tujuan lawatan

Menyediakan

peluang

kepada pelajar-pelajar mendapatkan

pengalaman sebenar tentang keadaan di kilang,ladang atau pelabuhan dan


sebagainya.

Membolehkan pelajar-pelajar untuk memerhati,menyelidik dan merekod.

Meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar untuk memerhati, menyelidik dan


merekod.

Meningkatkan daya ingatan pelajar-peajar tentang apa yang didengar,dibaca


dan dilihat akan diingati dengan lebih lama lagi.
55

Menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna kepada pelajar-pelajar.

Menyediakan peluang untuk melibatkan pelajar-pelajar secara aktif dalam


pembelajaran dan pengajaran.

Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

Meningkatkan lagi perhubungan di antara pihak sekolah dengan masyarakat di


luar.

Mendedahkan kepada pelajar tentang kedudukan alam sekitar.

Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berinteraksi dengan pegawaipegawai di luar sekolah dan dengan itu memperoleh ilmu pengetahuan daripada
mereka.

Prinsip-prinsip lawatan

Tempat lawatan hendaklah memberi falsafah kepada pelajar-pelajar.


Tujuannya ialah meningkatkan lagi kefahaman satu-satu konsep.

Tempat lawatan adalah selaras dengan topik pelajaran.

Kebenaran daripada pengetua, polis, ibu bapa dan pengurus tempat lawatan
hendaklah diperoleh terlebih dahulu.

Rancangan yang teliti hendaklah dibuat.

Beritahu

pelajar-pelajar

tentang

perkara-perkara

penting

yang

harus diperhatikan

Satu soal selidik yang mudah boleh disediakan untuk aspek penting yang perlu
diberi tumpuan.

Pebincangan dan aktiviti susulan hendaklah diadakan selepas lawatan dibuat.

Langkah-langkah Pelaksanaan Lawatan


Sebelum Lawatan

Pilih tempat yang selaras dengan topik pelajaran.

Sediakan panduan tentang perkara-perkara yang seharusnya diberi perhatian.

Beritahu perkara-perkara yang perlu dibuat catatan.

Dapatkan kebenaran ibu bapa peajar-pelajar yang menyertai rombongan.

Dapatkan kebenaran daripada pengurus kilang atau tempat yang hendak


dilawati.

Kebenaran polis dan pengetua sekolah perlu juga diperolehi.

Dapatkan kenderaan yang diperlukan.

Sediakan soal selidik atau senarai semak yang perlu digunakan.


56

Beritahu pelajar-pelajar tentang latar belakang tempat yang akan dilawati.

Guru hendaklah berbincang dengan pelajar-pelajar dan terangkan bagaimana


lawatan itu akan membawa faedah kepada mereka.

Guru memberitahu tarikh, tempat lawatan serta bayaran yang dikenakan.

Guru mengaturkan langkah-langkah keselamatan seperti peraturan-peraturan


yang perlu dipatuhi ketika di tempat lawatan.

Semasa Lawatan

Beri penerangan kepada pelajar-pelajar jika perlu.

Bahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan kecil jika perlu.

Pastikan setiap orang pelajar melibatkan diri secara aktif.

Perhatian yang teliti hendaklah dilakukan agar penerangan pegawai di tempat


lawatan.

Kawalan ke atas pelajar-pelajar hendaklah dilakukan agar kemalangan dapat


dielakkan.

Guru menggalakkan pelajar agar mengemukakan soalan-soalan yang releven.

Guru membantu pelajar mendapatkan maklumat lanjut tentang sesuatu perkara


jika perlu.

Selepas Lawatan

Guru mengadakan perbincangan bersama pelajar-pelajar berhubung perkaraperkara yang dicatatkan.

Guru menjawab segala soalan pelajar atau apa sahaja kesulitan yang mereka
hadapi semasa lawatan.

Guru membantu pelajar membuat laporan tentang lawatan itu.

Guru membimbing pelajar menyediakan rumusan tentang lawatan.

Pelajar mempamerkan bahan yang dikumpulkan ketika membuat lawatan.

Guru memberikan aktiviti susulan kepada pelajar-pelajar.

Kebaikan-kebaikan Lawatan

Lawatan memberikan pelajar-pelajar tentang alam sekitar akan bertambah.

Lawatan membawa kesan yang besar disebabkan penggunaan pelbagai deria.

Kaedah lawatan boleh digunakan dalam semua mata pelajaran.

Lawatan mendatangkan satu variasi kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah.

Lawatan memperkukuhkan ingatan pelajar terhadap pekara atau topik yang


diajar oleh guru.
57

Lawatan menyediakan peluang bagi pelajar mengaitkan perkara yang dipelajari


di bilik darjah dengan keadaan yang sebenar di luar bilik darjah.

Lawatan meningkatkan kemahiran pelajar memerhati,menganalisis dan


membuat laporan.

Lawatan dapat menimbulkan minat serta perasaan ingin tahun pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran.

Kelemahan-kelemahan Lawatan

Tanggungjawab membawa pelajar-peljar ke tempat lawatan amat berat.

Masalah disiplin mudah timbul.

Prosedur-prosedur pentadbiran adalah kompleks.

Sekiranya persediaan kurang baik,lawatan tidak mungkin mencapai objektifobjektif pelajaran.Dengan itu,masa serta tenaga terbuang.

Kalaulah tempat lawatan yang dipilih kurang sesuai, maka lawatan itu tidak
membawa faedah sepenuhnya.Lawatan seperti ini hanya dapat menghiburkan
pelajar-pelajar sahaja.

Kebenarandaripada kilang atau tempat lawatan yang berkenaan tidak mudah


diperoleh kerana ianya boleh menjejaskan aktiviti pengeluaran.

3.4 Faktor Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah dan Teknik Pengajaran
Terdapat
pelbagai
kaedahdan
danpembelajaran.
teknik pengajaran
digunakan
semasa
merancang
pengajaran
Guru yang
perluboleh
memilih
kaedah oleh
dan guru
teknik
yang
sesuai agar penyampaian input kepada pelajar akan menarik dan Beberapa
pengajaran faktor yang perlu diberi pertimbangan

sebelum guru dapat

bermakna.
melaksanakan
kaedah dan teknik dengan jayanya. Mengikut Pierce dan Lorber(1977),
faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik mengajar termasuklah:
(a) Objektif Pengajaran
(b) Jangka masa Pengajaran
(c) Bahan Pengajaran
(d) Latar belakang Pelajar, dan
(e) Jumlah dan Susunan Pelajar
(a)

Objektif Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran adalah perlu bagi seseorang pengajar untuk memikirkan
objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai.Setelah menentukan objektif,
baharulah guru menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk

58

mencapai

objektif tersebut. Penyediaan objektif semestilah berdasarkan isi atau kandungan mata
pelajaran yang terkandung dalamsukatan pelajaran mata pelajaran tersebut.Jumlah objektif
tertakluk kepada kelas yang diajar, bagi kelas yang agar baik pencapaian pelajarnya,
bilangan objektif pengajaran mungkin lebih daripada kelas yang agak lemah pencapaian
pelajarnya.

(b)

Jangkamasa Pengajaran

Dengan jangka masa yang telah ditetapkan, guru perlu memilih kaedah yang sesuai
digunakan dalam jangka masa tertentu.Kebanyakan sekolah menetapkan jangka
masa pengajaran di antara 30 minit hingga 40 minitatau 60 minit hingga 80 minit
sekiranya pelajaran tersebut mengambil dua masa yang berturutan. Dengan
tempoh masa yang ditetapkan, guru boleh memilih kaedah dan teknik yang sesuai
untuk

masa tersebut.

Sebagai contoh,

jika dua waktu mengajar, teknik

perbincangan sesuai kerana memberi peluang pelajar untuk mengemukakan idea


dan berpeluang untuk membentang serta berkongsi pandangan dengan

seluruh

kelas.

(c)

Bahan pengajaran dan pembelajaran

Pemilihan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kemahiran yang hendak


disampaikan. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak

disampaikan.

Sekiranya isi pelajaran itu berbentuk kemahiran seperti kemahiran mendengar


dan bertutur di dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kadah dan teknik yang
sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahirann-kemahiran tersebut.

Sekiranya

guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendaklah sesuai digunakan
dengan kaedah atau teknik yang dipilih.

(d)

Latar belakang pelajar

Tahap keupayaan otak dan kemampuan pelajar yang berbeza-beza. Jumlah pelajar dan
susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah yang mahu
digunakan.Antara perkarayang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat
pencapaian atau keupayaan pelajar.Kaedah yang agak rumit seperti kaedah menyelesaikan
masalah atau Theory

of

Constraints(TOC)

yang

memerlukan pelajar

mencari

penyelesaian sesuatu masalah adalah tidak sesuai bagi murid-murid di tahap 1


sekolah rendah. Teknik bercerita dan

bermain amat sesuai dipilih sebagai

59

teknik

pengajaran untuk murid-murid sekolah rendah kerana berunsur pembelajaran yang


menyeronokkan.

(e)

Jumlah dan susunan pelajar

Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi
kaedah yang hendak dipilih dalam pengajaran. Bilik darjah yang mempunyai
bilangan pelajar yang ramai akan menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan
keberkesanan pengajaran. Guru perlu mengubah suai kaedah yang digunakan supaya
jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagi memilih kaedah. Contohnya, jika guru
memilih kaedah

permainan, pelajar boleh

dibahagikan kepada

kumpulan-

kumpulan kecil dan setiap kumpulan ini menjalankan aktiviti permainan masingmasing. Tempat duduk pelajar yang mudah alih boleh membantu kaedah
pengajaran. Selain dalam bilik darjah, guru juga boleh menggunakan tempat lain yang
sesuai seperti di dalam dewan, persekitaran sekolah atau padang sekolah jika kaedah yang
dipilih itu memerlukan ruang yang lebih luas.
Rumusan
Tajuk ini membincangkan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran.
Pelbagai cara bagaimana mengajar sesuatu pelajaran, dan jenis jenis strategi pengajaran
dikemukakan dan guru perlu memilih pendekatan dan strategi yang sesuai. Pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran dengan
berkesan. Beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik pengajaran
juga dibincangkan.

Rujukan
Arends,R.I. (2001). Learning to teach. (5th ed.) New York: McGraw-Hill Co.
Block, J.H. &Anderson,L.W.(1975). Mastery learning in classroom instruction. New
York: Macmillan.
Bloom,B.S.(1976). Human characteristics and school learning.New York: McGraw-Hill Co.
Brophy, J.E. & Good, T.L. (1977). Educational psychology. A realistic approach.
Holt, Rinehart and Winston.

New York:

Bruner,J.S.(1966). Towards a theory of instruction.Cambridge,MA:Harvard University Press.


Good, T.L. & Brophy,J.E.(1994). Looking into classrooms.(6th ed.).New York:HarperCollins.

60

Joyce,B.,Calhoun,E. & Hopkins,D.(2002). Models of learning-tools for learning.(2nd ed.).


Buckingham: Open University Press
Kagan, S.(1994). Cooperative learning.San Clemente,CA:Kagan.

Orlich,D.C,Harder,R.J.,Callahan,R.C.,Trevisan,M.S. & Brown,A.H.(2007). Teaching


strategies: A guide to effective instruction.Boston: Houghton Miflin Co.
Ormrod, J.E. (2008). Educational psychology: Developing learners.(6th ed.) New Jersey:
Pearson Education.
Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Pembelajaran masteri. KL: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Slavin,R.E.(1995). Cooperative learning:Theory,research and practice.(2nd ed.) Boston: Allyn
& Bacon.
Slavin, R. E. (2005). Educational psychology. Theory and practice. Boston: Allyn and Bacon.
Woolfolk, A.E. (2004). Educational psychology. (7th Ed).New Jersey: Prentice Hall.

61

Anda mungkin juga menyukai