Anda di halaman 1dari 11

Topik X Reka

Bentuk
2 Pengajaran
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep reka bentuk pengajaran;
2. Menyenaraikan kepentingan reka bentuk pengajaran; dan
3. Menghuraikan model ASSURE serta dapat mengaplikasikannya
dalam pengajaran.

X PENGENALAN
Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak dapat
mencapai kompetensi dalam pengajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas
mereka dengan jujur dan dengan penuh minat sentiasa merasakan perlunya
mengetahui APA yang hendak dibuat dan BAGAIMANA mereka merancang
untuk melaksanakannya. Daya penarik, pengetahuan, daya inspirasi, jenaka,
hubungan mesra dan pengalaman bukan merupakan pengganti kepada
perancangan pengajaran yang berterusan dan berkesan (Prehn, 1980).

Sedutan di atas menggambarkan betapa pentingnya seseorang pengajar itu


membuat perancangan yang lengkap kerana dengan cara ini sahaja barulah
terserlah kecemerlangan pengajar tersebut. Bukan itu sahaja, perancangan yang
lengkap juga mengelakkan pengajar melakukan kesilapan. Menurut Hunter
(1987), mengajar perkara-perkara yang tidak berguna secara baik atau mengajar
perkara-perkara yang penting secara buruk, merupakan kesilapan dalam
pendidikan. Dengan ini jelaslah bahawa pengetahuan tentang reka bentuk
pengajaran (RP) adalah sangat penting untuk dikuasai.
TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN W 27

Dalam topik ini, kita akan membincangkan secara ringkas konsep reka bentuk
pengajaran dan kegunaannya kepada pengajar. Sebuah model reka bentuk
pengajaran, iaitu ASSURE akan dipaparkan secara mendalam agar ia dapat
memberi panduan kepada pengajar dalam merancang pengajaran mereka.

2.1 KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN


Reka bentuk pengajaran ini telah wujud lebih 40 tahun yang lalu dan pada
mulanya ia digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis bahan pengajaran
seperti bahan bercetak, pengajaran berbantukan komputer dan pengajaran
melalui televisyen. Pada masa ini terdapat lebih 40 model reka bentuk
pengajaran.

Apakah itu reka bentuk pengajaran? Menurut Dick dan Reiser (1989), reka
bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk,
membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Richey (1986), pula
mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta spesifikasi
pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan
penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu
unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran. Pada
pendapatnya, reka bentuk pengajaran itu mencakupi seluruh proses pengajaran,
iaitu mereka bentuk, membina, meliputi dan menguruskan pembelajaran.

Justeru, walaupun terdapat banyak model reka bentuk pengajaran, tetapi


keseluruhannya mengandungi enam perkara asas yang merangkumi seluruh
proses pengajaran, iaitu:
(a) Menentukan keperluan pelajar;
(b) Menentukan matlamat dan objektif;
(c) Membina prosedur penilaian;
(d) Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian;
(e) Mencuba sistem pengajaran; dan
(f) Menilai keseluruhan sistem.
28 X TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

Namun, adalah salah sekiranya kita melihat reka bentuk pengajaran sebagai
bertujuan untuk merancang satu pelajaran sahaja. Terdapat reka bentuk
pengajaran yang berskala besar dan kecil. Sila rujuk Rajah 2.1 yang mana
Gustafon (1991), telah membahagikan model-model itu kepada tiga tumpuan.

Rajah 2.1: Reka bentuk pengajaran

Model reka bentuk pengajaran berorientasikan bilik darjah merupakan model


reka bentuk pengajaran berskala kecil yang tertumpu kepada perancangan bagi
satu masa pengajaran. Contoh model reka bentuk pengajaran jenis ini ialah
model ASSURE dan Dick dan Reiser (1987).

Menurut Yusuf Hashim (1998), model reka bentuk pengajaran yang


berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan
pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas; kerana ia
menjimatkan masa. Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlah bahan
pengajaran yang tersedia masih kecil, dan ini bermakna guru masih perlu
menyediakannya sendiri.

Model yang berorientasikan produk dan sistem pula melibatkan pembinaan


bahan untuk jangka panjang oleh satu pasukan reka bentuk pengajaran untuk
sesuatu kursus yang besar seperti kursus yang ditawarkan oleh pendidikan jarak
jauh. Contoh model berorientasikan produk adalah seperti Leshin, Pollock dan
Reigeluth (1990) dan contoh model berorientasikan sistem ialah Dick dan Carey
(1979), model Diamond (1989) dan model Seels dan Glasgow (1998).
TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN W 29

AKTIVITI 2.1

Bandingkan konsep reka bentuk pengajaran berdasarkan Dick dan


Reiser (1989) dengan Richey (1986).

LATIHAN 2.1
Apakah enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses
pengajaran pada hari ini?

2.2 KEGUNAAN REKA BENTUK PENGAJARAN

SEMAK KENDIRI 2.1

Cuba anda fikirkan apakah tujuan reka bentuk pengajaran?

Selain daripada mewujudkan pengajar yang kompeten, tujuan utama reka


bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Menurut Dick dan Reiser (1989), pengajaran yang berkesan membolehkan
pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan.
Pengajaran berkesan juga digemari oleh para pelajar.

Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap juga membantu


mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap
pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif. Ini kerana
pengajar dapat melaksanakan pengajarannya dengan lancar dan menarik serta
tidak membazir masa dan tidak bertindak kelam-kabut.

2.3 MODEL ASSURE


Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982), dan ia
bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran
yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan
pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop reka
bentuk pengajaran yang luas. Oleh itu, ia ditujukan kepada setiap pengajar.
30 X TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

Model ini telah mengalami perubahan dan yang terbaru ialah pada tahun 2002.
Dalam modul ini, perbincangan adalah berasaskan model ASSURE yang terbaru.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu:

A  Analyse learner (Analisis pelajar)


S  State objective (Nyatakan objektif)
S  Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
U  Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
R  Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar)
E  Evaluate and revise (Nilai dan semak)

2.3.1 Analisis Pelajar


Jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan, ia harus disesuaikan
dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan
pembelajaran itu sendiri.

Bagi ciri pelajar, tidak dinafikan kesukarannya untuk menganalisis semua ciri
pelajar yang ada, namun 3 perkara penting mungkin dapat dilakukan, iaitu:

(a) Ciri-ciri umum


Merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar
belakang sosio-ekonomi dan sebagainya. Dengan mengetahui ciri-ciri ini,
pengajar dapat menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan
bahan. Untuk mengetahui ciri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar
serta berinteraksi dengan pelajar secara langsung. Melalui interaksi ini,
dapat diketahui harapan, sikap dan latar belakang mereka.

(b) Kompetensi khusus peringkat masuk


Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk
dan kandungan pelajaran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian
kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Aspek ini tidak boleh
diperkecilkan kerana kesannya sangat besar kepada pembelajaran pelajar.
Misalnya, dengan mengandaikan pelajar telah memahami sistem matrik,
maka guru terus mengajar cara menukar sistem British ke matrik.
Andainya ada pelajar yang tidak memahami lagi sistem matrik, sudah pasti
mereka gagal mengikuti pelajaran itu. Tegasnya, guru tidak harus
mengandaikan semua pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran
sedia ada yang sama.
TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN W 31

(c) Stail pembelajaran


Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan
bagaimana seseorang itu menganggap, berinteraksi dan bertindak balas
dengan persekitaran. Tegasnya, stail ini akan memberi kesan yang besar
kepada pelajar ketika mereka belajar melalui pelbagai kaedah dan media.
Dunn dan Dunn (1992), telah membina satu instrumen piawai mengukur
stail pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang digemari oleh
setiap stail. Ia adalah antara instrumen yang terbaik dan digunakan secara
meluas di sekolah. Guru-guru yang merancang program pembelajaran
berdasarkan analisis daripada instrumen ini mendapati ia berjaya
meningkatkan pencapaian akademik, sikap dan disiplin pelajar.

2.3.2 Nyatakan Objektif


Dalam bahagian ini, objektif akan disentuh secara ringkas. Harus diingat
bahawa objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar,
cuma ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya
dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan.

Seperkara lagi, apa yang dipelajari itu bukan perkara lama, tetapi sesuatu yang
baru kerana pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan.
Ini bermakna, objektif harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran
dan sikap yang baru untuk dipelajari.

2.3.3 Pilih Kaedah, Media dan Bahan


Terdapat 3 langkah dalam pemilihan di sini:
 Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran;
 Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih; dan
 Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.

(a) Memilih Kaedah


Agak tidak munasabah untuk mengandaikan hanya satu kaedah untuk
digunakan dalam satu pengajaran kerana terdapat beberapa peringkat
dalam pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza.
Mungkin untuk membuka minat pelajar, set induksi dimulakan dengan
kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demostrasi, latihan dan latih tubi
untuk mempelajari kemahiran yang baru.
32 X TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

Kaedah yang dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran


dan kumpulan sasaran atau pelajar. Justeru, pemilihan kaedah perlu
berteraskan aspek ini.

(b) Memilih Media


Pemilihan media dilihat daripada dua aspek. Pertama, memilih media yang
telah tersedia dan kedua memilih format atau bentuk media yang belum
ternyata mesej di dalamnya. Bagi pemilihan format atau bentuk media,
huraian lanjut diberikan dalam dalam Topik 3. Dalam topik yang sama juga
konsep media akan diperincikan.

Di sini, pemilihan media pengajaran yang tersedia akan diberikan


tumpuan. Pemilihan ini berasaskan kriteria yang tertentu, iaitu:
(i) Sepadan dengan kurikulum;
(ii) Maklumat tepat dan terkini;
(iii) Bahasa yang jelas dan tepat;
(iv) Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar;
(v) Menggalakkan penglibatan pelajar;
(vi) Mempunyai teknikal kualiti yang baik;
(vii) Terdapat bukti keberkesanannya;
(viii) Bebas daripada bias; dan
(ix) Mempunyai buku panduan yang lengkap.

Media yang tersedia boleh diterokai melalui pelbagai sumber seperti agensi
pendidikan (Pusat Sumber Sekolah, Pusat Kegiatan Guru, Bahagian
Teknologi Pendidikan), agensi kerajaan, agensi swasta dan sebagainya.

(c) Mereka Bentuk Media


Andainya kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting
untuk kita mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya
sendiri. Terdapat 7 perkara yang perlu diambilkira:
(i) Objektif;
(ii) Pelajar;
(iii) Kos;
(iv) Kepakaran teknikal;
(v) Peralatan;
TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN W 33

(vi) Fasiliti; dan


(vii) Masa.

2.3.4 Gunakan Media dan Bahan


Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang amat kritikal
kerana, walau secanggih atau secantik manapun media yang dihasilkan, jika ia
gagal digunakan dengan baik, ia akan memberi kesan yang amat negatif kepada
pembelajaran. Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik:
(i) Melihat / previu;
(ii) Sediakan bahan;
(iii) Sediakan persekitaran;
(iv) Sediakan pelajar; dan
(v) Sediakan pengalaman pembelajaran.

2.3.5 Libatkan Pelajar


Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu
dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan,
latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan, seperti
pengukuhan serta merta, diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul.

2.3.6 Nilai dan Semak


Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara.
Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap
perkara yang dinilai. Namun, keputusan ini bukan diambil apabila semuanya
telah berakhir. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran; iaitu sebelum, semasa
dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk
disesuaikan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Media juga
perlu dinilai sebelum digunakan. Maka, penilaian diumpamakan sebagai cara
untuk menuju ke garis penamat daripada garis penamat itu sendiri.

Penilaian melibatkan aspek:


(a) Menilai pencapaian pelajar;
(b) Pembelajaran yang dihasilkan;
(c) Menilai media dan kaedah;
34 X TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

(d) Kualiti media;


(e) Penggunaan guru; dan
(f) Penggunaan murid.

Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga:


(a) Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria;
(b) Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran; dan
(c) Sikap pelajar.

Rujukan kriteria bermaksud penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang
telah ditentukan.

2.3.7 Menilai Kaedah dan Media


Kualiti media seringkali dilihat dari sudut sumbangannya terhadap pembelajaran.
Terdapat ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam aspek ini, seperti berikut:
(a) Adakah media berkesan?
(b) Bolehkah ia dipertingkatkan?
(c) Adakah ia berguna?
(d) Adakah media membantu pelajar mencapai objektif?
(e) Adakah ia mencetuskan minat pelajar?
(f) Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bererti?

Selain senarai di atas, terdapat beberapa senarai lain yang juga elok dijadikan
garis panduan ketika menilai media, iaitu:
(a) Amat kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat pelajar;
(b) Menyokong pemikiran tinggi (Sokratik);
(c) Memperkembang kemahiran berfikir;
(d) Menyampai kandungan secara mendalam;
(e) Meransang naluri ingin tahu pelajar;
(f) Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif;
(g) Memboleh penerokaan isu secara mendalam;
(h) Menghubungkait bidang pelajaran; dan
(i) Meningkat nilai murni.
TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN W 35

Selain daripada menggunakan soal selidik dan senarai semak, penilaian


terhadap media dan kaedah juga boleh dilakukan melalui:
(a) Perbincangan dengan kelas;
(b) Temubual dengan setiap individu; dan
(c) Pemerhatian.

Semua penilaian yang disebutkan di atas melibatkan 2 peringkat iaitu:


(a) Penilaian Formatif; dan
(b) Penilaian Sumatif.

LATIHAN 2.2

Sediakan rancangan pengajaran berdasarkan model ASSURE.

x Topik ini telah membincangkan tentang konsep reka bentuk pengajaran serta
memperkenalkan model ASSURE sebagai sebuah model reka bentuk
pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam situasi pengajaran di bilik
darjah yang memerlukan penggunaan media.
x Beberapa aspek seperti penulisan objektif, kaedah dan penilaian diterangkan
secara ringkas kerana perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut
seterusnya.

Model ASSURE Reka bentuk pengajaran


36 X TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk pengajaran? Huraikan dua


perkara asas yang boleh dikaitkan dengan proses pengajaran.

Huraikan secara ringkas model ASSURE dan senaraikan langkah-langkah yang


perlu diambil.

Anda mungkin juga menyukai