Anda di halaman 1dari 14

Manfaat Penerapan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK) dalam Pembelajaran


Matematik serta Kekangannya.
Nur Afiqah Zakaria
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,
Malaysia
Email: nurafiqah2903@gmail.com
Fariza Khalid
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,
Malaysia
Email: fariza.khalid@ukm.edu.my
PENGENALAN
Dunia pendidikan telah mengalami perkembangan yang sangat pesat
sejak 2003 iaitu setelah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan (Keong, Sharaf
& Daniel, 2005). Melalui PPSMI pengunaan komputer riba dalam
pengajaran telah dimulakan. Seterusnya penggunaan teknologi terus
berkembang dan diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran
setelah Pelan Pembangunan Pendidikan dikaji semula pada Oktober 2011
kemudian dilahirkan semula pada Disember 2012 (Rosdi, 2013). Maka
terhasillah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (KPM, 2013).
Melalui PPPM 2013-2025, 11 anjakan disenaraikan bagi transformasi
sistem pendidikan di Malaysia dengan mengambil kira keperluan
kehidupan abad ke 21.
Dalam anjakan ketujuh menyatakan keperluan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dalam pembelajaran semua peringkat di Malaysia.
Anjakan ini bertujuan meningkatkan kapasiti internet dan pembelajaran
lebih khusus selain dimanfaatkan dalam pembelajaran mata pelajaran
kritikal. Selain itu, guru berpeluang mendapatkan sumber pengajaran
yang pelbagai dan mampu menyampaikan bahan pengajaran tanpa
batasan tempat, waktu dan sebagaimya. Impaknya, murid berpeluang
mengalami proses pembelajaran yang lebih luas, menarik, interaktif,
berkesan dan bermakna.
88

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)


Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merupakan suatu kombinasi
alat dan sumber teknologi yang digunakan untuk manipulasi serta
menghubung kait antara maklumat (Kaware, 2015). Peralatan teknologi
yang dimaksudkan adalah seperti peralatan elektronik dan digital seperti
komputer, internet, dan teknologi multimedia yang lain. Penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi menjadi semakin penting dalam
bidang pendidikan kerana kemampuan menyediakan persekitaran
pembelajaran dan pengajaran yang proaktif (Gabare, et al., 2014). Seiring
dengan perkembangan era teknologi masa kini, guru digalakkan
mengintegrasi TMK dalam pengajaran mereka bagi menggantikan kaedah
pengajaran tradisional.
Penerapan TMK bertujuan untuk menambah baik serta meningkatkan
kualiti pembelajaran murid dan pengajaran guru. Penerapan TMK adalah
suatu proses bagaimana dan di mana suatu teknologi itu disesuaikan
dengan kondisi pembelajaran dan pengajaran tidak kira dalam kelas atau
sebaliknya (Norazrena & Khairul, 2007; Qistina & Hazman, 2006).
Tambahan lagi, penerapan TMK dalam pendidikan mampu
membangunkan kompentensi murid mengikut keperluan global dengan
pembentukan kemahiran serta penambahan ilmu pengetahuan.
Namun begitu, integrasi TMK perlulah bersesuaian dengan kondisi dan
suasana pembelajaran di Malaysia. Perisian yang sesuai dengan latar
belakang murid perlu diambil kira bagi memastikan integrasi TMK yang
efektif. Dalam bahagian seterusnya akan didedahkan integrasi TMK
dalam proses pembelajaran dan pengajaran Matematik serta aplikasi
teknologi yang terlibat.
LATAR BELAKANG
Teknologi maklumat dan komunikasi bukan sahaja sebagai alat dalam
pembelajaran dan pengajaran malah bertindak sebagai penggerak bagi
seorang guru dalam menjalankan tugas mengajar (Qistina & Hazman,
2006). Sebagai contoh, penerapan TMK boleh melatih murid dengan
pelbagai kemahiran yang diperlukan pada masa akan datang seperti
kemahiran menggunakan Microsoft Word, penggunaan emel, serta akses
kepada internet untuk tujuan pembelajaran sepanjang hayat (Gabare, et
al., 2014). Selain itu, penggunaan TMK memberi sokongan kepada guru
untuk mendapatkan sumber daripada rangkaian luar, seterusnya
berupaya melakukan transformasi dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.
89

Penerapan TMK hakikatnya dapat diaplikasikan ke dalam semua mata


pelajaran termasuk Matematik. Menurut beberapa kajian lepas, 89.5%
guru Matematik menggunakan aplikasi asas TMK dalam pengajaran
mereka. Antara aplikasi asas tersebut ialah perisian kursus, persembahan,
grafik dan visual, serta demonstrasi atas talian (Keong, et al., 2005).
Penggunaan aplikasi yang dinyatakan adalah bertujuan sebagai alat bantu
mengajar Matematik. Hal ini menunjukkan kemahiran TMK guru adalah
meningkat dalam menerapkan pelbagai aplikasi teknologi melalui proses
pengajaran mereka.
Selain itu, telah dibuktikan bahawa penggunaan internet untuk pencarian
maklumat melalui laman sesawang mencapai kepada 68.5%. Manakala
44% melibatkan penggunaan emel, dan 7.2% penggunaan dalam forum
perbincangan (Keong, et al., 2005). Jumlah peratusan ini adalah
berdasarkan tahap penggunaan guru ke atas TMK dalam mendapatkan
sumber pengajaran yang pelbagai selain daripada buku teks. Secara tidak
langsung, kepentingan TMK menjadi salah satu inisiatif kepada para guru
untuk mendapatkan bahan pengajaran meliputi bentuk simulasi, nota,
latihan, cetusan idea serta perkongsian maklumat.
Dalam kajian lain pula, integrasi teknologi dalam pengajaran Matematik
ialah penggunaan Microsoft Excel, program DERIVE, program
MATHEMATICA dan perisian MAPLE bagi tajuk Algebra (Keong, et al.,
2005; Neurath & Stephens, 2006). Penggunaan Microsoft Excel
memudahkan murid melakukan penyelesaian masalah berkaitan algebra
seperti pembinaan graf untuk persamaan, mencari kecerunan garis lurus,
membina graf polinomial, dan simplikasi suatu persamaan. Perisian
MAPLE juga digunakan bagi membantu murid membina graf persamaan
tertentu dalam algebra.
Terdapat juga pembangunan perisian pembelajaran berbantukan
komputer dibina bagi sesuatu tajuk dalam Matematik. Sebagai contoh
pembangunan perisian PBK bagi tajuk Pecahan berdasarkan model
pembelajaran ASSURE. Selain itu, pernah dibangunkan juga perisian
Matematik terhadap murid pendidikan khas yang dibangunkan
berdasarkan model pembelajaran ADDIE. Kedua-dua perisian ini
berfungsi sebagai medium melakukan latihan tambahan dan
mendapatkan nota tajuk pecahan. Murid berpotensi melakukan latihan
berulang kali serta mendapat maklum balas secara langsung melalui
perisian tersebut (Norazrena & Khairul, 2007).

90

Berdasarkan jadual 1, bab ini akan membincangkan manfaat di sebalik


integrasi aplikasi TMK dalam pembelajaran Matematik. Selain itu, faktor
yang menjadi kekangan kepada pihak guru mengintegrasikan TMK dalam
proses pengajaran Matematik turut dibahaskan.
Jadual 1: Aplikasi TMK dalam Pembelajaran Matematik
Penulis
Norazrena &
Khairul Anuar
Hanim &
Hairulniza
Keong, Sharaf
Horani &
Daniel
Neurath &
Stepehns
Stephens &
Konvalina

Aplikasi TMK
Pembangunan Perisian
Matematik (berpandukan
Model ADDIE)
Pembangunan Perisian
Matematik (berpandukan
Model ASSURE)
Microsoft Excel

Tajuk
Pecahan

Microsoft Excel

Algebra

Program MAPLE

Algebra

Pecahan
Algebra

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN


Fokus dalam kertas konsep ini ialah:
1. Meneroka manfaat integrasi TMK dalam pembelajaran matematik
di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah.
2. Mengetahui kekangan yang timbul dalam usaha mengintegrasi
TMK dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik.
METODOLOGI
Penelitian sorotan kajian dijalankan berdasarkan ke atas kajian dalam
bidang aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran
Matematik. Beberapa database (Emerald, Google Scholar, Sci Direct, dan
Ebscohost) dicapai menggunakan katakunci seperti; integrasi TMK, TMK
dalam Matematik, dan kekangan TMK. Pencarian kajian literatur adalah
dalam dua bahasa yang difahami iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Selain itu, pencarian dibataskan kepada kajian yang diterbitkan sekitar
tahun 2001 sehingga 2015 sahaja yang berkaitan dengan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Jumlah kajian yang
dijumpai adalah melebihi 300 kajian. Namun begitu hanya 20 kajian dari
91

Malaysia dan luar negara dipilih berdasarkan fokus dan bidang yang
berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan
Matematik sahaja.
Jadual 2: Ringkasan 20 kajian literatur yang digunakan.
Reka bentuk
kajian
Lokasi

Fokus kajian
Bidang

Kualitatif
Kuantitatif
Kuasi eksperimen
Kertas Konsep
Malaysia
United Kingdom
USA
Lain-lain
Guru
Pelajar
Sekolah
Teknologi maklumat
Matematik

n=8
n=6
n=1
n=5
n = 12
n=4
n=2
n=2
n=9
n = 10
n=1
n = 12
n=8

Pemilihan jurnal adalah berdasarkan dapatan yang menjawab persoalan


kajian yang dibina. Selain itu, analisis kandungan kajian juga dijalankan
agar kajian yang dipilih tidak terpesong daripada fokus kertas konsep ini.
Persoalan yang dibina sebagai landasan ialah:
1. Apakah manfaat penerapan TMK dalam proses pembelajaran dan
pengajaran Matematik?
2. Apakah kekangan yang dihadapi oleh para guru untuk
mengintegrasi TMK dalam pengajaran matematik?
Persoalan kajian yang dibina bertujuan agar penelitian literatur kajian
adalah berfokus dan memudahkan analisis literatur dijalankan. Bagi
persoalan pertama, fokus literatur adalah mengenai manfaat penerapan
TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Manfaat
yang diteliti adalah kepada pihak guru dan murid. Bagi persoalan kedua
pula, fokus literatur adalah menjurus kepada kekangan yang dihadapi
oleh pihak guru menggunakan teknologi semasa proses pembelajaran
dan pengajaran Matematik.

92

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian berikut disusun mengikut persoalan kajian yang telah
dibina.
Manfaat Penerapan TMK
Pengajaran Matematik.

dalam Proses

Pembelajaran

dan

Berdasarkan penelitian kajian literatur yang dijalankan, manfaat


penerapan TMK dalam pengajaran Matematik ialah; mewujudkan
interaksi dalam kalangan murid (Keong, et al., 2005; Neurath & Stephens,
2006). Penggunaan alat teknologi seperti kalkulator grafik mendorong
interaksi dalam kalangan murid untuk berkongsi pengetahuan dan
kemahiran. Dapatan dari dua kajian menyatakan kerjasama antara murid
berlaku apabila diberi peluang mempersembah hasil kerja mereka
dengan bantuan projektor, layar putih dan pen laser. Murid berkongsi
hasil kerja kumpulan bersama rakan sekelas dalam sesi perbincangan
dengan bantuan guru (Condie & Munro, 2007; Keong, et al., 2005).
Secara tidak langsung, komunikasi yang berlaku dalam kalangan murid
melalui penggunaan teknologi semasa proses pembelajaran,
menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dan maklumat. Guru
bertindak sebagai fasilitator dan proses pembelajaran yang berlaku
adalah berpusatkan murid dengan bantuan teknologi sebagai alat bantu
pembelajaran (Condie & Munro, 2007; Keong et al., 2005). Situasi ini
menyokong pembelajaran konstruktivis iaitu pembinaan pengetahuan
sedia ada murid. Penerapan teknologi seperti kemudahan internet
memudahkan lagi murid melakukan eksplorasi kendiri menggunakan
kemudahan internet untuk memahami konsep matematik yang dipelajari
(Keong, et al., 2005; Ramli, et al., 2006).
Seterusnya, penerapan teknologi maklumat juga dapat meningkatkan
motivasi dan minat murid kepada matematik. Hal ini terbukti apabila
keputusan murid dalam tajuk Algebra meningkat (Keong, et al., 2005;
Neurath & Stephens, 2006). Penggunaan perisian Microsoft Excel dalam
pembelajaran tajuk Algebra dapat mengubah persepsi murid terhadap
tajuk Algebra. Murid bersemangat melakukan tugasan dengan bantuan
perisian Excel, secara tidak langsung pembelajaran Matematik menjadi
bermakna kepada murid. Dapatan dalam kajian yang sama mendapati
murid mengakui kefahaman mengenai tajuk Algebra meningkat dan
membantu dalam melakukan tugasan apabila berbantukan komputer.
93

Begitu juga dengan penggunaan perisian pembangunan komputer bagi


topik pecahan dalam dua kajian literatur yang dipilih (Hanim & Hairulniza,
1997; Norazrena & Khairul Anuar, 2007). Perisian komputer yang
dibangunkan sangat membantu murid dari segi meningkatkan
kefahaman terhadap pecahan. Latihan yang disediakan dalam perisian
memberi murid maklum balas secara langsung. Murid dapat melihat
kesalahan mereka dan dapat melakukan pembetulan (Ng, 2009). Selain
itu, menu kuiz dalam perisian komputer yang dibangunkan membantu
murid mengasah pemikiran kritikal. Hal ini kerana kuiz yang disediakan
mempunyai masa menjawab yang terhad. Limitasi masa ditetapkan
adalah untuk menguji pemikiran kritikal dan kefahaman murid mengenai
tajuk pecahan yang dipelajari.
Menerusi tiga kajian lain mengatakan penggunaan TMK dalam
pembelajaran bukan sahaja menjana pemikiran aras tinggi murid malah
menggalakkan murid memikirkan strategi dalam penyelesaian masalah
matematik (Condie & Munro, 2007; Keong, et al., 2005). Selain daripada
murid mendapat maklum balas yang cepat, perisian komputer yang
dibangunkan mendorong murid melakukan latihan berulang kali
sehingga mendapatkan jawapan yang tepat. Secara tidak langsung,
kaedah sebegini juga meningkatkan minat dan motivasi murid untuk
terus mencuba.
Kekangan yang Dihadapi oleh Guru untuk Mengintegrasi TMK dalam
Pengajaran Matematik.
Di sebalik kebaikan yang terhasil melalui integrasi TMK dalam proses
pembelajaran Matematik, tersirat beberapa kekangan yang dihadapi oleh
pihak guru dalam pelaksanaan TMK tersebut. Antara kekangan yang
dihadapi oleh para guru ialah; kurang masa mengikut tempoh pengajaran
di dalam kelas, latihan mengenai aplikasi TMK tidak mencukupi,
sokongan teknikal yang lemah, sumber yang terhad kepada pelajar jika di
rumah, serta kurang pengetahuan pedagogi untuk integrasikan TMK
dalam pembelajaran (Afolake & Abdul Jaleel, 2005; Keong, et al., 2005).
Durasi pengajaran Matematik yang terhad di dalam kelas telah menjadi
faktor penghalang kepada guru untuk mengintegrasikan TMK dalam
pengajaran mereka (Keong, et al., 2005). Dapatan kajian literatur
menunjukkan 55.6% daripada 111 kalangan responden (guru) yang
terlibat mengakui bahawa kurangnya masa dalam jadual pengajaran
sekolah untuk mereka menggunakan kemudahan TMK. Batasan waktu
yang dikatakan termasuklah dari segi persiapan peralatan teknologi
94

sebelum proses pembelajaran bermula. Peralatan dimaksudkan adalah


seperti komputer, layar putih, projektor dan sebagainya mengambil masa
kerana guru tidak begitu mahir mengendalikan peralatan tersebut
(Rohani, 2011). Sekiranya berlaku kerosakan atau kesulitan kecil, guru
memerlukan bantuan juruteknik dan hal ini mengganggu tempoh
pengajaran mereka.
Kesinambungan daripada itu, 40.8% maklum balas guru yang diterima
mengatakan latihan mengenai aplikasi TMK tidak mencukupi untuk
memudahkan proses kurikulum Matematik. Latihan yang diperlukan
termasuklah kaedah untuk integrasi TMK dalam pengajaran matematik.
Selain itu, 59.5% dalam kalangan guru mengakui kombinasi beberapa
jenis latihan mengenai aplikasi TMK sangat diperlukan agar mereka
mengetahui aplikasi yang bersesuaian dengan pembelajaran Matematik
(Abramovich, 2014; Afolake & Jaleel, 2005). Latihan perlulah dijalankan
secara berkala dan menepati ciri keperluan para guru Matematik agar
bermanfaat untuk diamalkan.
Seterusnya, sokongan teknikal yang kurang menyokong integrasi TMK
dalam pengajaran Matematik juga menjadi faktor kekangan kepada para
guru. Sokongan teknikal yang dimaksudkan termasuklah dari segi
penyediaan komputer yang terhad bagi murid, peralatan yang sudah
rosak dan lambat diperbaiki, prosedur penempahan makmal komputer,
serta kemahiran guru mengenai komputer yang terbatas. 39.2 % daripada
kalangan guru mengatakan faktor ini sebagai kekangan utama dan 46.4%
mengatakan faktor ini sebagai kekangan minor. Walaubagaimanapun,
faktor sokongan teknikal sangat mempengaruhi kekerapan guru untuk
integrasi TMK dalam pengajaran mereka.
Faktor lain yang menjadi halangan penerapan TMK dalam pengajaran
Matematik ialah sumber yang terhad kepada teknologi yang diperlukan
sekiranya guru atau murid berada di rumah. 78.4% guru mengakui murid
tidak mempunyai akses yang baik kepada teknologi yang diperlukan
untuk kemudahan pembelajaran Matematik di rumah. Bagi murid yang
tiada komputer dan akses kepada internet, pembelajaran melalui aplikasi
TMK akan menjadi terhad di sekolah sahaja (Keong et al., 2005; Ruthven,
Deaney, & Hennessy, 2009). Begitu juga jika di pihak guru yang tiada akses
kepada teknologi yang diperlukan akan menyukarkan guru untuk
penyediaan bahan pengajaran Matematik. 76.3 guru mengakui faktor ini
menjadi kekangan untuk mengintegrasikan TMK dalam proses
pembelajaran dan pengajaran mereka.
95

Selain daripada faktor-faktor yang disenaraikan, terdapat juga kekangan


kecil yang menjadi kesukaran kepada guru untuk menerapkan TMK
dalam pengajaran Matematik. Antaranya ialah, perisian komputer yang
tidak mencukupi, integrasi TMK tidak menjadi keutamaan bagi pihak
sekolah, serta kesukaran pihak guru untuk menghadiri latihan berkaitan
kemahiran TMK (Afolake & Jaleel, 2005; Palmer, 2003). Disebabkan
beberapa faktor yang disenaraikan di atas, maka pelaksanaan TMK dalam
pengajaran Matematik menjadi tidak efektif serta kurang mendapatkan
sambutan dalam kalangan guru. Berdasarkan dapatan yang dijelaskan di
atas, berikut merupakan ringkasan bagi faktor yang dibahaskan dalam
bab ini iaitu manfaat penerapan aplikasi TMK dalam pembelajaran
Matematik serta kekangannya.

Rajah1: Ringkasan manfaat dan kekangan penerapan TMK dalam


pembelajaran Matematik.
PERBINCANGAN
Berdasarkan sintesis kandungan yang diteliti, penggunaan teknologi
dalam pengajaran dilihat memberi impak yang memberansangkan sama
ada terhadap murid atau terhadap guru (Rafiza & Maryam, 2013). Dalam
konteks pengajaran matematik, kajian lepas mendapati teknologi
merupakan suatu keperluan dalam proses pembelajaran dan pengajaran
matematik di sekolah. Hal ini kerana telah terbukti bahawa TMK mampu
memperbaiki kaedah pengajaran matematik yang lebih baik disamping
96

dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep asas dalam


matematik. Teknologi maklumat juga dibuktikan mempunyai potensi
dalam menyediakan pelajar ke arah kehidupan abad 21 (Ghavifekr, et al.,
2012). Melalui kemahiran TMK, pelajar akan lebih bersedia untuk
menghadapi cabaran akan datang berdasarkan kefahaman mereka yang
baik.
Namun begitu, sebagai pendidik perlulah sentiasa bersedia menghadapi
sebarang halangan agar kekangan yang ada tidak menjadi penghalang
kepada pengintegrasian TMK dalam pengajaran matematik. Pelbagai
kaedah dan strategi yang perlu guru fikirkan bagi melaksanakan
pengajaran yang lebih menarik dengan bantuan TMK (Drew, 2011).
Pembangunan teknologi yang semakin pelbagai memudahkan guru
mencari inisiatif lain untuk mendapatkan latihan ekstra berkaitan
penggunaan teknologi. Selain daripada kemudahan internet, guru juga
boleh menggunakan medium penyimpanan maya (cloud storage) sebagai
insiatif lain untuk tujuan integrasi TMK dalam pengajaran.
Sebagai contoh, penggunaan aplikasi Google Apps yang mengandungi
aplikasi seperti Google Slide, Google Doc, dan Google Sheets dapat
digunakan oleh guru untuk tujuan pengajaran Matematik. Aplikasi ini
dapat dikongsi secara atas talian melalui medium Google Drive (Suzana
Shaharuddin & Fariza Khalid, 2014). Pelajar dan guru dapat berinteraksi
secara langsung apabila kedua-dua pihak akses kepada internet dalam
masa yang sama. Penggunaan aplikasi ini juga memudahkan guru
memberi maklum balas secara terus melalui ruang komen dan nota.
Selain itu, pelajar yang terlepas peluang untuk akses internet pada ketika
itu, mereka tetap dapat mengikuti pembelajaran dengan melihat
perubahan yang dikongsi melalui menu history. Maka dengan itu,
pembelajaran dapat dilakukan di mana sahaja.
Jika nak dibandingkan dengan pembelajaran dan pengajaran tradisional,
pelaksanaan teknologi terhad hanya di dalam kelas sahaja. Namun
perkembangan teknologi yang semakin baik pada abad ke 21, telah
melahirkan pelbagai peralatan pengajaran yang memudahkan guru
berkongsi maklumat hanya di hujung jari. Selain aplikasi Google Drive,
aplikasi lain ialah melalui Powtoon, PiktoChart, StoryBoardThat,
PresentMe, Cantasia, Prezi dan sebagainya mampu menghasilkan bahan
pengajaran yang menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam
pembelajaran interaktif.

97

Selain itu, pihak sekolah seharusnya menyemak keperluan TMK bagi


memudahkan aplikasi tersebut diterapkan dalam pengajaran guru.
Sokongan teknikal sangat penting dalam mengamalkan pembelajaran
seiring dengan perkembangan teknologi. Selain daripada menyediakan
kemahiran teknikal kepada guru, kemudahan asas berkaitan TMK juga
perlu dititikberatkan. Penyedian kemudahan teknologi yang baik oleh
pihak sekolah akan meningkatkan semangat guru menerapkan
penggunaan TMK dalam pengajaran mereka. Secara tidak langsung,
murid akan lebih bermotivasi dan bersemangat menghadapi
pembelajaran Matematik yang sarat dengan kreativiti dan perkara baru.
Justeru itu, antara isu yang boleh diketengahkan dalam kajian akan
datang ialah, keberkesanan penerapan pelbagai aplikasi TMK terhadap
kefahaman murid. Selain itu, kemahiran guru mengenai TMK serta
pedagogi pengajaran juga boleh diketengahkan sebagai membantu pihak
guru mempercayai bahawa TMK dapat menjadi pemudah cara dalam
pengajaran serta sebagai penyuntik semangat kepada murid. Minat dan
motivasi murid terhadap pembelajaran akan bertambah sekiranya
kaedah pengajaran guru tidak membosankan serta memberi input
menarik setiap kali proses pembelajaran berlaku. Kajian lanjut mengenai
persepsi murid terhadap pembelajaran Matematik berbantukan
komputer juga disaran untuk dijalankan agar pihak guru mengetahui
perisian komputer atau teknologi yang bersesuai untuk diadaptasi dalam
proses pengajaran matematik di sekolah.
KESIMPULAN
Berdasarkan sintesis daripada 20 kajian literatur yang terpilih, didapati
manfaat penerapan TMK dalam pengajaran Matematik ialah; menarik
minat murid terhadap tajuk pembelajaran dalam Matematik, peningkatan
prestasi murid, menggalakan pembelajaran sepanjang hayat, berlaku
hubungan interaktif yang positif dan seterusnya menyokong
pembelajaran
konstruktivisme.
Walaubagaimanapun,
beberapa
kekangan dihadapi oleh guru Matematik semasa proses pengajaran yang
melibatkan TMK. Kekangan yang dikenal pasti ialah guru kurang
pengetahuan mengenai teknologi, latihan dan peluang pelajari TMK yang
minima, serta sokongan teknikal yang terhad.
Sehubungan itu, diusulkan agar latihan untuk guru Matematik
diperbanyakkan khususnya berkaitan penggunaan komputer dan
penerapan TMK bagi tujuan pengajaran mereka. Sokongan teknikal juga
perlu dititikberatkan agar menjadi motivasi kepada guru matematik
98

untuk menerapkan elemen TMK dalam pengajaran. Hal ini supaya dapat
mengekalkan perubahan dan persepsi positif daripada murid mengenai
pembelajaran Matematik. Pihak guru juga disarankan berusaha
menjalankan penerokaan tersendiri bagi mengetahui aplikasi teknologi
terkini dan bersesuaian yang dapat diintegrasikan dalam proses
pembelajaran Matematik.
RUJUKAN
Abramovich, S. (2014). Revisiting mathematical problem solving and
posing in the digital era: Toward pedagogically sound uses of
modern technology. International Journal of Mathematical
Education in Science and Technology, 1(2), 119.
Afolake, N., & Abdul Jaleel. (2005). Evaluating the Impact of Technology
Integration in Teaching and Learning. The Malaysian Online Journal
of Educational Technology, 2(1), 2329.
Condie, R., & Munro, B. (2007). The Impact of ICT in Schools A Landscape
Review. (L. Seagraves & S. Kenesson, Eds.). University of Strathclyde,
UK: Becta Research.
Drew Polly. (2011). Examining Teachers Enactment of Technological
Pedagogical and Content Knowledge (TPACK) in their Math
Teaching after Technology Professional Development. Journal of
Computers in Mathematics and Science 30(1), 37-59.
Gabare, C., Gabarre, S., Rosseni Din, Parilah Mohd Shah, & Aidah Abdul
Karim. (2014). iPads in the foreign language classroom: A learner
s perspective. The Southeast Asian Journal of English Language
Studies, 20(1), 115128.
Ghavifekr, S., Ahmad Zabidi Abd Razak, Muhammad Faizal A.Ghani, Ran, N.
Y., Meixi, Y., & Tengyue, Z. (2012). ICT Integration In Education:
Incorporation for Teaching & Learning Improvement. The Malaysian
Online Journal of Educational Technology, 2(2), 2445.
Hanim Sulaiman, & Hairulniza Zakaria. (1997). Pembangunan Perisian
Pembelajaran Berpandukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Pecahan
Tingkatan Satu Berdasarkan Model Pembelajaran ASSURE. Jurnal
Teknologi Pendidikan Malaysia, 34(1), 121130.

99

Kaware, S. S. (2015). International Journal of Multidisciplinary Approach


and Studies, 02(1).
Keong, C. C., Sharaf Horani, & Daniel, J. (2005). A Study on The Use of ICT
in Mathematics Teaching. Malaysian Online Journal of Instuctional
Technology (MOJIT), 2(3), 4351
KPM. (2013). Laporan Awal - Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Neurath, R. A., & Stephens, L. J. (2006). Classroom notes: The effect of
using Microsoft Excel in a high school algebra class. International
Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 37(6),
721727.
Ng M.Y, (2009). Pembangunan Perisian pengajaran-pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK); Arithmetic Progression untuk
Matematik Tambahan Tingkatan IV & V, Universiti Kebangsaan
Malaysia
.Norazrena, & Khairul Anuar. (2007). Pengaplikasian Perisian Matematik
bagi Tajuk Pecahan Terhadap Pelajar Pendidikan Khas. In Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer (pp. 201218).
Nur Qistina, & Hazman Ali. (2006). Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan.
Universiti Teknologi Malaysia.
Palmer, C. (2003). Using ICT in Mathematics Helping or not? In
Mathematics Teaching (pp. 911). Association of Teachers of
Mathematics.
Ramli Bahroom, Latifah Abdol Latif, Noor Azina Ismail, & Nik Najib Nik
Abd Rahman. (2006). The impact of Learning Skills for Open and
Distance Learners Course on Learner Attitudes Towards E-learning.
In Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 19, Langkawi (pp. 1055
1063).
Rohani Ahmad. (2011). Pengetahuan, Sikap, & Kemahiran ICT di kalangan
Guru-guru Matematik Sekolah menengah Negeri Pahang, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ruthven, K., Deaney, R., & Hennessy, S. (2009). Using Graphing Software
100

to Teach about Algebraic Forms: A Study of Technology-Supported


Practice in Secondary-School Mathematics. Educational Studies in
Mathematics, 71(7), 279297.
Suzana Shaharuddin, & Fariza Khalid. (2014). Pengajaran dan
Pembelajaran Menggunakan Perisian Google - Satu Analisis Kajian
Lepas. In Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat: Impaknya ke
atas Penyelidikan dalam Pendidikan (Vol. 1, pp. 2532).
Wan Mohd Rosdi. (2013). Penerapan Teknologi dalam Pendidikan. In
MAMPU (Ed.), Kolokium ICT dalam Pendidikan 2013: Kepimpinan
Pengurusan ICT dalam Pendidikan Abad ke-21. Institut Aminuddin
Baki.

Cara Menulis Rujukan Bab 6 :


Nur Afiqah Zakaria & Khalid, F. (2016). Manfaat Penerapan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pembelajaran Matematik
serta Kekangannya. Dalam Nabilah Othman, Chiang Wei Luan & Nurul
Syaida Md Zuki. (Editor)., Pendidikan Abad ke-21: Peranan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi serta Cabarannya. Bangi: Fakulti
Pendidikan UKM.

101

Anda mungkin juga menyukai