Anda di halaman 1dari 12

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai
urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk
menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran
itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main
peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau
Socratik dan lain-lain lagi.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam
sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda
sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk
pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan
alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial
expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik
syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai,
penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar
pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.
Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah
soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang
ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan
sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas
daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan
sebagainya.
Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang
sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah
pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan
bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.
Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk
kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.
PENDEKATAN
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu
sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in
any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang
dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti
pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan
ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan

seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa
makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan.
Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi
pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.
Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam
belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan
konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah
bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi
pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman,
perbincangan informal serta dengan pemerhatian.
PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek
pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada
kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud
berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatanpendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta
disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran
lain.
Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu,
pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan
sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh
digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi
setiap pendekatan tersebut.
Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif,
pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan
pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.
Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan
guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan
murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti
kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari
dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan
masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran
mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan
perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran
seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru.
Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia
digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan


komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang
berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif
maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu.
Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan
komunikasi dan situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolaholahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju
haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu
pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.
STRATEGI
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah
untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara
optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan
kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.
Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima
Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa
merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan
kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau
tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu
menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah
yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.
Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor
ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat
kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang
paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah
yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng
kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup,
menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan
timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut
sebagai strategi memasak.
Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah
yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk
menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah.
Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasankawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita
menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya
dengan lebing.
Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu
menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu

merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence
pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara
smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2
pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan
sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada
kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi
permainan tidak sesuai.
STRATEGI PENGAJARAN
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan
berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah
serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus
mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan.
Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita
menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau
pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara
kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih
dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi
pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang
berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita
perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan
yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada
kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan
strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan
semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintanganrintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar
belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagaibagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta
menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam
pengajarannya.
Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik
sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi
pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah
pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah
interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan
pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum
sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi
menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

Rujukan
Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.
Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.
Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal
Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti,
Petaling Jaya.
Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.
Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West Vancouver.

Pengenalan
Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang kita ajar mempunyai tahap
pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang
diajarkan oleh guru, namun ada juga yang lambat untuk memahami isi pengajaran yang diajarkan
oleh guru. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan
untuk mengajar murid sama ada yang cerdik dan pintar ataupun yang sederhana ataupun lemah.
Penulis cuma akan menyentuh cara atau kaedah untuk mengajar murid yang sederhana dan lemah
sahaja dalam perbincangan kali ini.
Kaedah yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana kelemahan murid pun berbeza-beza. Perkara
yang sudah pasti ialah pelajar yang lemah juga, tidak menguasai kemahiran bahasa yang baik dan
sering dikaitkan dengan masalah disiplin. Sering kali juga kita mendengar bahawa guru-guru
akan melabel murid-murid tersebut dengan berbagai-bagai label atau panggilan yang negatif.
Perkara ini perlulah dielakkan jika kita benar-benar hendak membantu murid yang lemah ini.
Cabaran dan Tanggungjawab Guru
Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru yang mengajar murid kelas lemah berbanding dengan
kelas pandai adalah lebih hebat. Namun demikian, jadikan cabaran itu sebagai peluang untuk
berbakti kepada anak bangsa. Selain itu apabila kita mengajar murid lemah, otak kita sentiasa

bergerak cergas kerana kita memaksanya berfikir untuk mencari kaedah yang menarik dan sesuai
untuk menangani pelbagai masalah di dalam kelas murid lemah ini. Satu aspek yang paling
penting dan perlu diberikan penekanan ialah kemahiran dalam kawalan kelas. Guru perlu
mengawal kelas agar disiplin murid di dalam kelas murid lemah ituterkawal.Selain itu, terangkan
kepada mereka sebab atau faktor yang menyebabkan guru mengambil tindakan tegas terhadap
mana-mana murid yang tidak mendengar arahan guru. Terangkan kepada murid, bahawa kita
hidup memang dikawal oleh peraturan. Tidak kira kita berada di mana pun, sudah pasti ada
peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi. Di jalan raya, kita perlu mengikut peraturan,
malahan di rumah pun ada peraturan yang perlu dipatuhi. Jadi, ketika berada di dalam kelas
sudah tentu murid-murid perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru dan pihak
sekolah.Apabila kelas sudah dapat dikawal, barulah guru memulakan pelajaran. Biasanya bagi
kelas murid lemah ini, guru-guru perlu menggunakan silibus minimum kerana tahap pencapaian
mereka memang rendah. Jika mereka menguasai silibus minimum ini pun sudah bolehlah
dibanggakan, kerana mereka kurang bermotivasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti
murid-murid pintar yang lain. Namun begitu kita perlu memotivasikan mereka dengan
memberikan peluang, harapan dan mereka juga perlulah berfikir secara positif.
Elakkan sikap merendah-rendahkan kebolehan atau pencapaian mereka kerana perkara itu akan
mematikan semangat mereka dan yang lebih buruk lagi akan menyebabkan mereka benci kepada
guru dan mata pelajaran yang diajarkan oleh guru itu. Sebagai guru, kita perlu menekankan
pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran
yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif yang telah
ditetapkan. Pakar-pakar pendidikan juga mengatakan bahawa pengajaran yang berkesan ialah
pengajaran yang menarik. Pengajaran berkesan atau efektif juga sebenarnya merupakan
pengajaran yang digemari oleh pelajar. Oleh hal yang demikian, pengajaran yang efektif dapat
ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dalam suasana
yang sihat,demokratik dan bersemangat.Hasil pembelajaran yang dimaksudkan ialah perubahan
tingkah laku pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek akibat penerimaan pengetahuan
atau kepercayaan baharu. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), guru yang efektif mempunyai sikap
yang adil dan tidak pilih kasih, bertimbang rasa, baik hati, bertanggungjawab, suka menolong
individu yang lain, banyak bersabar dalam melayani kerenah pelajar, tenang, dan stabil
emosinya.Guru juga perlu mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati. Dengan cara yang
demikian, pelajar tidak akan berasa takut untuk bertanya soalan atau berkomunikasi dengan guru.
Seterusnya, guru perlulah memberikan pujian walaupun jawapan mereka kurang tepat dan jangan
sekali-kali menghina atau memandang rendah terhadap mereka walaupun jawapan yang
diberikan oleh mereka itu tidak tepat atau salah. Perkara ini akan memberikan keyakinan kepada
mereka untuk menjawab soalan yang lain pada masa akan datang. Hal ini juga akan menimbulkan
tanggapan positif pelajar terhadap guru. Pelajar akan menganggap guru mudah dihampiri dan
guru juga perlulah menyelitkan unsur humor atau jenaka di dalam kelas agar tidak membosankan
murid. Perkara ini penting kerana mereka berasa selesa, tertarik dan lebih yakin untuk belajar
dalam keadaan yang sedemikian. Guru juga seharusnya mempunyai personaliti dinamik, iaitu
menarik, aktif, dan bersungguh-sungguh semasa mengajar murid. Selain itu, guru juga perlu
memberikan contoh teladan yang baik serta memakai pakaian yang kemas dan sesuai untuk
menggambarkan imej sebagai seorang pendidik yang cemerlang.

Kajian TindakanGuru-guru seharusnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas. Kajian


tindakan perlu dijalankan kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan murid di dalam kelasnya
sendiri dan cuba untuk membimbing atau merawat murid-murid yang lemah. Sudah tentu guruguru yang mengajar murid-murid di dalam kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang
dihadapi oleh murid-muridnya. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah mencari cara atau
teknik yang sesuai untuk mengatasi kelemahan murid-muridnya itu. Sekurang-kurangnya guru
perlu memikirkan cara atau teknik untuk membantu murid-muridnya dalam mata pelajaran yang
diajarnya itu. Sekiranya cara atau teknik yang digunakan itu kurang berkesan untuk mengatasi
kelemahan muridnya itu, maka guru bolehlah mencuba cara atau teknik yang lain. Guru-guru
boleh berbincang dengan rakan-rakan sejawatan untuk mencari cara dan teknik yang berkesan itu.
Perkara yang lebih penting ialah semangat guru itu untuk mencari cara atau teknik yang berkesan
perlulah diberikan pujian dan mereka tidak seharusnya mudah berputus asa jika gagal buat kali
pertama. Guru perlu mencuba pelbagai cara atau teknik, walaupun beberapa kali sehinggalah
bertemu dengan cara atau kaedah yang berkesan.Guru boleh bertanya kepada murid-murid dan
berbincang dengan mereka tentang cara-cara atau teknik-teknik yang disukai oleh mereka semasa
di dalam kelas. Guru bolehlah menggunakan cara yang disukai oleh murid agar pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Selain itu guru boleh mendapatkan pandangan murid tentang cara yang digunakan oleh guru
sebelum ini, sama ada cara itu membosankan atau menarik perhatian mereka. Jika jawapannya
negatif, guru harus mengubah teknik tersebut. Guru juga perlu mendapatkan komen atau
pandangan murid tentang perkara-perkara yang tidak disukai oleh mereka terhadap guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Selain secara lisan, guru juga boleh
mengedarkan soal selidik yang ringkas ataupun murid-murid menulis sebarang komen tentang
cara guru mengajar murid.
Teknik Pengajaran yang Berkesan
Guru-guru seharusnya peka dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu kaedah
pengajaran guru mestilah berpusatkan pelajar dan tidak berpusatkan guru. Dengan menggunakan
kaedah tersebut, sudah tentu kaedah pengajaran mesti menarik perhatian mereka. Tambahan pula
murid-murid yang lemah ini lebih berminat terhadap pengajaran guru jika mereka dilibatkan
sama dengan aktiviti yang disukai oleh mereka. Murid-murid tersebut hendaklah diberikan
aktiviti yang berbentuk "hands on" dan perkara ini tidak membosankan mereka. Untuk menarik
perhatian murid, guru-guru perlulah menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Oleh yang demikian sudah tentulah memerlukan
BBB yang digunakan untuk menarik perhatian murid selain faktor guru yang mesra dan tidak
terlalu serius semasa pengajaran dan pembelajaran.Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga
sering mengaitkan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik.Dalam
mengendalikan kelas yang lemah dan bermasalah ini, guru perlulah bersikap tegas terhadap
murid tetapi bukannya garang. Hal ini demikian kerana, murid-murid perlu diberikan penerangan
tentang sebab-sebab guru perlu bertindak dengan tegas semasa pengajaran dan pembelajaran
sedang berlangsung. Oleh itu guru-guru perlu mendampingi murid-murid dan bimbinglah mereka
kerana mereka sebenarnya memerlukan bimbingan.

Selain itu, guru juga tidak seharusnya bersikap prejudis dan pilih kasih semasa mengajar murid di
dalam kelas. Hal ini demikian kerana murid-murid tidak suka akan guru-guru yang bersikap
sedemikian. Oleh itu guru-guru perlu menghormati murid-muridnya dan insyaallah, murid-murid
juga akan hormat kepada guru. Perkara ini sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga
manusia biasa dan perlu dihormati untuk meningkatkan harga diri mereka. Biasanya murid-murid
yang selalunya biadap terhadap guru juga akan tunduk kepada guru yang menghormati mereka
dan meningkatkan harga diri mereka.Guru-guru perlulah memberikan harapan dan sokongan
moral kepada pelajar untuk berjaya atau lulus dalam peperiksaan. Selalu ingatkan mereka agar
berfikir secara positif dan yakinkan mereka bahawa mereka boleh lulus dalam peperiksaan tetapi
mestilah diikuti dengan usaha gigih dan berterusan tanpa mengenal putus asa. Guru-guru
hendaklah selalu memberikan pujian dan kata-kata semangat terhadap murid sebagai dorongan
untuk mereka belajar dan lulus dalam peperiksaan. Selain itu cari perkara disukai oleh mereka
dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ada murid yang pandai melukis, minta mereka
melukis perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu di dalam
kelas.Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan biasanya
berbentuk formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta. Sebagai contohnya,
gunakan formula IniKah Cinta (Isi, Kesan dan Contoh) untuk menghurai isi karangan dalam
satu perenggan. Selain itu, guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan
kemampuan mereka. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu
dengan memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong. Di samping itu guru-guru juga
perlu melatih pelajar untuk membuat pembetulan terhadap kesalahan yang dilakukan dan guru
perlu menyemak latihan murid dengan teliti. Pastikan murid membuat pembetulan bagi setiap
kesalahan yang ditandakan. Seterusnya langkah yang akhir ialah teknik latih tubi atau teknik
hafalan perlulah dilakukan dan kalau perlu lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting yang
mungkin ditanya dalam peperiksaan. Hal ini boleh membantu mereka sekurang-kurangnya untuk
lulus dalam peperiksaan.PenutupKesimpulannya, guru-guru yang mengajar murid-murid yang
lemah memang berhadapan dengan cabaran yang hebat. Oleh hal yang demikian, guru-guru
perlulah bersemangat dan bermotivasi tinggi semasa berada di dalam kelas untuk menggalakkan
murid-murid bersemangat dan bermotivasi semasa belajar. Selain itu elakkan sikap mengajar
murid cuma setakat menjalankan tugas semata-mata. Dengan perkataan lain, guru-guru mesti
memiliki komitmen yang tinggi terhadap murid dan sanggup membuat kerja lebih demi
membantu murid.
Di samping itu, anggaplah masalah yang dihadapi di dalam kelas itu sebagai cabaran dan peluang
untuk memberikan sumbangan dan bukannya masalah atau halangan. Jangan lupa bahawa kerja
itu juga sebagai ibadah dengan syarat kerja itu dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Perlu diingat bahawa mendidik murid juga merupakan satu perjuangan, sama seperti berjuang di
medan jihad. Diharapkan usaha kita diberkati dan mendapat hasil seperti yang diharapkan iaitu
untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut kemampuan
masing-masing.
Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang kita ajar mempunyai tahap
pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang
diajarkan oleh guru, namun ada juga yang lambat untuk memahami isi pengajaran yang diajarkan
oleh guru. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan
untuk mengajar murid sama ada yang cerdik dan pintar ataupun yang sederhana ataupun lemah.

Penulis cuma akan menyentuh cara atau kaedah untuk mengajar murid yang sederhana dan lemah
sahaja dalam perbincangan kali ini. Kaedah yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana
kelemahan murid pun berbeza-beza. Perkara yang sudah pasti ialah pelajar yang lemah juga,
tidak menguasai kemahiran bahasa yang baik dan sering dikaitkan dengan masalah disiplin.
Sering kali juga kita mendengar bahawa guru-guru akan melabel murid-murid tersebut dengan
berbagai-bagai label atau panggilan yang negatif. Perkara ini perlulah dielakkan jika kita benarbenar hendak membantu murid yang lemah ini.Cabaran dan Tanggungjawab GuruOleh hal yang
demikian, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru yang mengajar murid kelas lemah
berbanding dengan kelas pandai adalah lebih hebat. Namun demikian, jadikan cabaran itu sebagai
peluang untuk berbakti kepada anak bangsa. Selain itu apabila kita mengajar murid lemah, otak
kita sentiasa bergerak cergas kerana kita memaksanya berfikir untuk mencari kaedah yang
menarik dan sesuai untuk menangani pelbagai masalah di dalam kelas murid lemah ini.Satu
aspek yang paling penting dan perlu diberikan penekanan ialah kemahiran dalam kawalan kelas.
Guru perlu mengawal kelas agar disiplin murid di dalam kelas murid lemah itu terkawal.
Selain itu, terangkan kepada mereka sebab atau faktor yang menyebabkan guru mengambil
tindakan tegas terhadap mana-mana murid yang tidak mendengar arahan guru. Terangkan kepada
murid, bahawa kita hidup memang dikawal oleh peraturan. Tidak kira kita berada di mana pun,
sudah pasti ada peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi. Di jalan raya, kita perlu
mengikut peraturan, malahan di rumah pun ada peraturan yang perlu dipatuhi. Jadi, ketika berada
di dalam kelas sudah tentu murid-murid perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru dan
pihak sekolah.Apabila kelas sudah dapat dikawal, barulah guru memulakan pelajaran. Biasanya
bagi kelas murid lemah ini, guru-guru perlu menggunakan silibus minimum kerana tahap
pencapaian mereka memang rendah. Jika mereka menguasai silibus minimum ini pun sudah
bolehlah dibanggakan, kerana mereka kurang bermotivasi untuk mencapai tahap yang lebih
tinggi seperti murid-murid pintar yang lain. Namun begitu kita perlu memotivasikan mereka
dengan memberikan peluang, harapan dan mereka juga perlulah berfikir secara positif. Elakkan
sikap merendah-rendahkan kebolehan atau pencapaian mereka kerana perkara itu akan
mematikan semangat mereka dan yang lebih buruk lagi akan menyebabkan mereka benci kepada
guru dan mata pelajaran yang diajarkan oleh guru itu.Sebagai guru, kita perlu menekankan
pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran
yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif yang telah
ditetapkan. Pakar-pakar pendidikan juga mengatakan bahawa pengajaran yang berkesan ialah
pengajaran yang menarik. Pengajaran berkesan atau efektif juga sebenarnya merupakan
pengajaran yang digemari oleh pelajar. Oleh hal yang demikian, pengajaran yang efektif dapat
ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dalam suasana
yang sihat, demokratik dan bersemangat.
Hasil pembelajaran yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku pelajar dari segi jasmani,
emosi, rohani, dan intelek akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baharu. Menurut
Wan Zah Wan Ali (2000), guru yang efektif mempunyai sikap yang adil dan tidak pilih kasih,
bertimbang rasa, baik hati, bertanggungjawab, suka menolong individu yang lain, banyak
bersabar dalam melayani kerenah pelajar, tenang, dan stabil emosinya.Guru juga perlu
mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati. Dengan cara yang demikian, pelajar tidak akan
berasa takut untuk bertanya soalan atau berkomunikasi dengan guru. Seterusnya, guru perlulah
memberikan pujian walaupun jawapan mereka kurang tepat dan jangan sekali-kali menghina atau
memandang rendah terhadap mereka walaupun jawapan yang diberikan oleh mereka itu tidak

tepat atau salah. Perkara ini akan memberikan keyakinan kepada mereka untuk menjawab soalan
yang lain pada masa akan datang. Hal ini juga akan menimbulkan tanggapan positif pelajar
terhadap guru. Pelajar akan menganggap guru mudah dihampiri dan guru juga perlulah
menyelitkan unsur humor atau jenaka di dalam kelas agar tidak membosankan murid. Perkara ini
penting kerana mereka berasa selesa, tertarik dan lebih yakin untuk belajar dalam keadaan yang
sedemikian. Guru juga seharusnya mempunyai personaliti dinamik, iaitu menarik, aktif, dan
bersungguh-sungguh semasa mengajar murid. Selain itu, guru juga perlu memberikan contoh
teladan yang baik serta memakai pakaian yang kemas dan sesuai untuk menggambarkan imej
sebagai seorang pendidik yang cemerlang.
Kajian Tindakan.
Guru-guru seharusnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas. Kajian tindakan perlu
dijalankan kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan murid di dalam kelasnya sendiri dan
cuba untuk membimbing atau merawat murid-murid yang lemah. Sudah tentu guru-guru yang
mengajar murid-murid di dalam kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh
murid-muridnya. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah mencari cara atau teknik yang
sesuai untuk mengatasi kelemahan murid-muridnya itu. Sekurang-kurangnya guru perlu
memikirkan cara atau teknik untuk membantu murid-muridnya dalam mata pelajaran yang
diajarnya itu. Sekiranya cara atau teknik yang digunakan itu kurang berkesan untuk mengatasi
kelemahan muridnya itu, maka guru bolehlah mencuba cara atau teknik yang lain. Guru-guru
boleh berbincang dengan rakan-rakan sejawatan untuk mencari cara dan teknik yang berkesan itu.
Perkara yang lebih penting ialah semangat guru itu untuk mencari cara atau teknik yang berkesan
perlulah diberikan pujian dan mereka tidak seharusnya mudah berputus asa jika gagal buat kali
pertama. Guru perlu mencuba pelbagai cara atau teknik, walaupun beberapa kali sehinggalah
bertemu dengan cara atau kaedah yang berkesan.Guru boleh bertanya kepada murid-murid dan
berbincang dengan mereka tentang cara-cara atau teknik-teknik yang disukai oleh mereka semasa
di dalam kelas. Guru bolehlah menggunakan cara yang disukai oleh murid agar pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu guru boleh mendapatkan pandangan murid
tentang cara yang digunakan oleh guru sebelum ini, sama ada cara itu membosankan atau
menarik perhatian mereka. Jika jawapannya negatif, guru harus mengubah teknik tersebut. Guru
juga perlu mendapatkan komen atau pandangan murid tentang perkara-perkara yang tidak disukai
oleh mereka terhadap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
Selain secara lisan, guru juga boleh mengedarkan soal selidik yang ringkas ataupun murid-murid
menulis sebarang komen tentang cara guru mengajar murid.Teknik Pengajaran yang
BerkesanGuru-guru seharusnya peka dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu kaedah
pengajaran guru mestilah berpusatkan pelajar dan tidak berpusatkan guru. Dengan menggunakan
kaedah tersebut, sudah tentu kaedah pengajaran mesti menarik perhatian mereka. Tambahan pula
murid-murid yang lemah ini lebih berminat terhadap pengajaran guru jika mereka dilibatkan
sama dengan aktiviti yang disukai oleh mereka. Murid-murid tersebut hendaklah diberikan
aktiviti yang berbentuk "hands on" dan perkara ini tidak membosankan mereka. Untuk menarik
perhatian murid, guru-guru perlulah menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Oleh yang demikian sudah tentulah memerlukan
BBB yang digunakan untuk menarik perhatian murid selain faktor guru yang mesra dan tidak
terlalu serius semasa pengajaran dan pembelajaran.

Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga sering mengaitkan bahawa pengajaran yang berkesan
ialah pengajaran yang menarik.Dalam mengendalikan kelas yang lemah dan bermasalah ini, guru
perlulah bersikap tegas terhadap murid tetapi bukannya garang. Hal ini demikian kerana, muridmurid perlu diberikan penerangan tentang sebab-sebab guru perlu bertindak dengan tegas semasa
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu guru-guru perlu mendampingi muridmurid dan bimbinglah mereka kerana mereka sebenarnya memerlukan bimbingan. Selain itu guru
juga tidak seharusnya bersikap prejudis dan pilih kasih semasa mengajar murid di dalam kelas.
Hal ini demikian kerana murid-murid tidak suka akan guru-guru yang bersikap sedemikian. Oleh
itu guru-guru perlu menghormati murid-muridnya dan insyaallah, murid-murid juga akan hormat
kepada guru. Perkara ini sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga manusia biasa dan
perlu dihormati untuk meningkatkan harga diri mereka. Biasanya murid-murid yang selalunya
biadap terhadap guru juga akan tunduk kepada guru yang menghormati mereka dan
meningkatkan harga diri mereka.Guru-guru perlulah memberikan harapan dan sokongan moral
kepada pelajar untuk berjaya atau lulus dalam peperiksaan. Selalu ingatkan mereka agar berfikir
secara positif dan yakinkan mereka bahawa mereka boleh lulus dalam peperiksaan tetapi mestilah
diikuti dengan usaha gigih dan berterusan tanpa mengenal putus asa. Guru-guru hendaklah selalu
memberikan pujian dan kata-kata semangat terhadap murid sebagai dorongan untuk mereka
belajar dan lulus dalam peperiksaan. Selain itu cari perkara disukai oleh mereka dalam
pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ada murid yang pandai melukis, minta mereka melukis
perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu di dalam kelas.
Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan biasanya berbentuk
formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta. Sebagai contohnya, gunakan formula
IniKah Cinta (Isi, Kesan dan Contoh) untuk menghurai isi karangan dalam satu perenggan.
Selain itu, guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan
mereka. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu dengan
memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong. Di samping itu guru-guru juga perlu
melatih pelajar untuk membuat pembetulan terhadap kesalahan yang dilakukan dan guru perlu
menyemak latihan murid dengan teliti. Pastikan murid membuat pembetulan bagi setiap
kesalahan yang ditandakan. Seterusnya langkah yang akhir ialah teknik latih tubi atau teknik
hafalan perlulah dilakukan dan kalau perlu lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting yang
mungkin ditanya dalam peperiksaan. Hal ini boleh membantu mereka sekurang-kurangnya untuk
lulus dalam peperiksaan.
Penutup
Kesimpulannya, guru-guru yang mengajar murid-murid yang lemah memang berhadapan dengan
cabaran yang hebat. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah bersemangat dan bermotivasi
tinggi semasa berada di dalam kelas untuk menggalakkan murid-murid bersemangat dan
bermotivasi semasa belajar. Selain itu elakkan sikap mengajar murid cuma setakat menjalankan
tugas semata-mata. Dengan perkataan lain, guru-guru mesti memiliki komitmen yang tinggi
terhadap murid dan sanggup membuat kerja lebih demi membantu murid. Di samping itu,
anggaplah masalah yang dihadapi di dalam kelas itu sebagai cabaran dan peluang untuk
memberikan sumbangan dan bukannya masalah atau halangan. Jangan lupa bahawa kerja itu juga
sebagai ibadah dengan syarat kerja itu dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Perlu
diingat bahawa mendidik murid juga merupakan satu perjuangan, sama seperti berjuang di medan
jihad. Diharapkan usaha kita diberkati dan mendapat hasil seperti yang diharapkan iaitu untuk

melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut kemampuan masingmasing.
Sekian.

Anda mungkin juga menyukai