Anda di halaman 1dari 5

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA

Pendekatan Induktif

Pengenalan
Pendekatan Induktif ialah cara mengajar dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahlu di
peringkat awal pengajaran dan kemudiannya membuat generalisasi daripada perkaitan contoh yang
telah dilihat, dikaji dan dianalisis. Guru tidak digalakan memberikan definisi, penerangan terhadap
peraturan, isi atau kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan atau memberikan
objektif pengajaran pada awal pengajaran. Guru boleh mengemukakan soalan, bertanya,
berbincang, memerhati, mengkaji, serta membentuk contoh-contoh dalam pengajarannya untuk
menambahkan pengetahuan serta kefahaman pelajar. Perkaiatan Pendekatan Induktif dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat digambarkan seperti rajah berikut :

Berikan contoh Teliti, kaji, analisis,


Mulakan dan soalan yang memerhati, Rumusan /
Pengajaran berkaitan perkaitan Kesimpulan

Hasilan
Pembelajaran

Konsep-Konsep Induktif
a. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan prinsip dan hokum
b. Mendedahkan pengetahuan baru serta pengalaman baru
c. Menyatukan atau mengumpul maklumat untuk mendapatkan hokum atau prinsip
d. Membina satu kesimpulan secara generalisasi atau umum daripada contoh-contoh yang
diberikan.
e. Mendapatkan generalisasi atau kesimpulan daripada urutan atau kronologi isi kandungan
serta pemikiran.
f. Membuat pertimbangan daripada yang spesifik kepada yang umum
g. Kaedah penaakulan yang bertujuan mendapatkan peraturan-peraturan umum berdasarkan
fakta atau contoh yang relevan serta berkaitan.

Ciri-Ciri Induktif
a. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan
b. Menggunakan pengantara deria untuk mendapatkan pengetahuan.
c. Memerlukan kekerapan pengulangan dalam pelbagai konteks untuk menguasai
kemahiran
d. Menekankan pengajaran yang nyata atau konkrit
e. Ia amat berkait rapat dengan pendekatan structural dalam pengajaran bahasa
f. Memberikan peluang sepenuhnya murid-murid belajar di bawah bimbingan guru.
g. Mementingkan penglibatan murid secara aktif
h. Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan menarik

1
i. Menekankan banyak aspek lisan

Prinsip Pengajaran Pendekatan Induktif


a. Guru mestilah menyediakan struktur isi pengajaran yang berkaitan dan langkah
penyampaian yang logic bagi memudahkan kefahaman murid
b. Strategi penyoalan yang bertumpu mestilah disediakan. Daripada soalan-soalan yang
dibina akan membantu murid memahami konsep dan seterusnya membentuk generalisasi.
c. Kemahiran intelektual yang terlibat ialah membentuk konsep, membuat generalisasi, dan
seterusnya mengaplikasi apa yang difahami.
d. Guru harus merancang pengajaran agar ia menjadi lebih menarik dan aktif.
e. Penggunaan alat Bantu mengajar amat penting.
f. Contoh yang diberikan mestilah sesuai dan berkaitan
g. Penglibatan pelajar dalam memberikan contoh juga digalakkan.
h. Guru bertindak sebagai pembimbing atau fasilitator.

Pendekatan Deduktif

Pengenalan
Pengajaran yang berkaitan dengan Pendekatan Deduktif ialah cara mengajar menggunakan
teknik melihat kesimpulan secara keseluruhan di peringkat awal pengajaran dan
kemudiannya dibuat kesimpulan yang spesifik. Ia amat berkait rapat dengan Teori
Pembelajaran Gestalt yang menerangkan bahawa kita mempelajari sesuatu situasi itu secara
keseluruhan sebelum kita mempelajari elemen-elemen situasi itu. Guru digalakkan
memberikan definisi, penerangan terhadap peraturan-peraturan , isi atau kandungan
keseluruhan pelajaran, atau memberikan objektif di peringkat awal pengajaran. Ia juga
berkait rapat dengan konsep yang menekankan bahawa pengetahuan seseorang pelajar itu
amat penting untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Rajah berikut
dapat menjelaskan tentang konsep Pendekatan Deduktif.

Memberikan
Memulakan definisi, peraturan, Contoh- Latihan Hasil
Pengajaran Penerangan, isi Contoh Pembelajaran
kandungan,
objektif

Konsep Deduktif
a. Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hokum
b. Ia adalah satu proses penakulan yang mendapatkan hokum atau fakta daripada peraturan-
pereaturan umum.
c. Hasil bukti fakta daripada pernyataan umum
d. Menganalisis fakta/isi untuk membantuk generalisasi
e. Membuat pencerakinan atau perkaitan daripada yang umum kepada yang khusus.

Ciri-Ciri Pendekatan Deduktif


a. Pendekatan Deduktif mementingkan pemerolehan struktur kognitif.

2
b. Ia mementingkan pembentukan pengetahuan dan bukan kebiasaan
c. Penyusunan isi secara kronologi dalam pengajaran amat penting
d. Penstrukturan isi akan memudahkan pengajaran
e. Pembelajaran dengan kefahaman lebih penting daripada menghafaz
f. Menggunakan struktur otak untuk mendapatkan pengetahuan
g. Pengajaran dimulakan dengan genaralisasi dan kemudian diberikan contoh.
h. Pendekatan ini selaras dengan Liguistij Tradisional. Huraian tatabahasa mengikut
aanalisis tradisional.
i. Lebih menekankan aspek tulisan.

Prinsip penggunaan Pendekatan Deduktif


a. Generalisasi di awal pengajaran mestilah dinyatakan secara jelas agar lebih mudah
difahami
b. Contoh yang diberikan untuk menerangkan generalisasi mestilah tepat, jelas, dan betul
c. Contoh-contoh yang diberikan mestilah sesuai dan mencukupi
d. Contoh juga boleh diambil daripada murid.
e. Latihan yang diberikan patutlah beranika jenis dan dalam beranika konteks atau situasi.
f. Di peringkat awal murid meniru contoh yang diberikan dan kemudiannya membetuk
contoh mereka sendiri.
g. Latihan-latihan yang pendek patut diamalkan
h. Pemahaman generalisasi mnurid diukur melalui penggunaan dalam situasi yang serupa.
i. Peringkat kebolehan kognitif yang akan dilaksanakan ialah mengemukakan generalisasi,
menganalisi konsep, dam mencuba generalisasi.

Pendekatan Elektik

Pengenalan.
Pendekatan ini ialah gabungan kedua-dua pendekatan iaitu Pendekatan Induktif dan
Pendekatan Deduktif. Ini bermakna ketika pengajaran berlangsung guru akan cuba
menggunakan kedua-dua pendekatan yang sesuai mengikut konteks atau isi kandungan
pengajaran. Ia dapat dilihat seperti contoh berikut :

a. Penekanan kepada Pendekatan Induktif :

Contoh Generalisasi Contoh

b. Penekanan kepada Pendekatan Deduktif

Generalisasi Contoh Generalisasi

Ciri-Ciri Pendekatan Elektik


a. Satu cara mengajar bahasa menggunakan pelbagai kaedah
b. Guru boleh menampilkan gaya kreativiti mereka dalam pengajaran dan pembelajaran.

3
c. Guru boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid-murid. Pengajaran
boleh dimulakan dengan mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
d. Kaedah ini menggalakan pelajar berfikir terus dalam mempelajari bahasa.
e. Banyak menggunakan latihan.
f. Mewujudkan rangsangan pengajaran yang aktif
g. Penggunaan alat Bantu mengajar menambahkan pengalaman pengajaran pelajar.

Pendekatan Komunikatif

Pengenalan
Pengajaran menggunakan pendekatan ini akan melibatkan keupayaan berkomuniukasi secara
aktif di kalangan pelajar. Kebolehan murid berkomunikasi dipengaruhi oleh factor
sosiolinguistik, psikolinguistik, dan paralingusitik. Tujuan utama pengajaran dan
pembelajaran bahasa berasaskan pendekatan ini ialah murid-murid boleh menggunakan
bahasa yang sesuai untuk berkomunikasi. Oleh itu penggunaan bahasa diberi perhatian dan
keutamaan di samping kegunaan bahasa. Pembelajaran bahasa disusun berdasarkan fungsi
komuniukasi. Fungsi komunikasi ini akan membantu murid-murid berkomunikasi di dalam
bilik darjah dan juga dalam kehidupan seharian mereka.

Pendekatan ini menyarankan supaya murid-murid diberi peluang menggunakan bahasa itu
dalam konteks dan situasi social tertentu di dalam bilik darjah. Mereka akan didedahkan
dengan kecekapan berbahasa seperti penggunaan kata gantinama, system penggilan, kata-
kata hormat dan lain-lain yang akan mempengaruhi dua pihak iaitu menyampai dan penerima
maklumat. Murid-murid juga akan dideahkan dengan struktur-struktur bahasa yang betul
serta peraturan bahasa yang betul untuk membentuk keupayaan berbahasa yang baik di
kalangan murid-murid.

Fungsi bahasa untuk komunikasi


a. Untuk mendapatkan barangan;
b. Mengawal tingkah laku orang lain
c. Mencipta interaksi atau bersosialisasi dengan orang lain
d. Untuk menyatakan perasaan peribadi dan maksud
e. Mengkaji atau mempelajari sesuatu
f. Mencipta dunia imaginasi
g. Komunikasi maklumat
h. Memujuk mendapatkan barangan

Ciri-Ciri Pendekatan Komunikatif


a. Makna sangat dipentingkan
b. Dialog atau perbualan tertumpu kepada fungsi komunikatif dan bukan untuk dihafaz
c. Konteks dan situasai adalah sangat penting.
d. Pembelajaran bahasa untuk berhubung atau berkomunikasi.
e. Latih tubi boleh berlaku tetapi tidak digalakan.
f. Pengucapan bahasa hanya setakat untuk difahami dan tujuan untuk berhubung.
g. Penggunaan alat yang dapat membantu murid mengikut peringkat umur dan minat
digalakan.

4
h. Percubaan berkomunikasi digalakan daripada peringkat awal lagi.
i. Penggunaan bahasa ibunda secara bijakasana diterima di mana-mana yang mungkin
j. Terjemahan boleh digunakan dengan syarat murid mendapat faedah daripadanya
k. Keupayaan berkomunikasi adalah matlamat pembelajaran.
l. Bahasa dicipta oleh individu biasanya melalui proses cuba dan ralat (pembetulan)
m. Kelancaran berbahasa amat penting.

Anda mungkin juga menyukai