Anda di halaman 1dari 13

NAMA KURSUS :

EROPAH ABAD KE-16 DAN KE-20

KOD KURSUS:
A222

KUMPULAN:
B

PENSYARAH:
ENCIK MOHAMAD KAMAL BIN KAMARUDDIN

TUGASAN :
RAJA LOIUSE KE-XVI

NAMA AZRUL MIRZA BIN SAADON

NO.MATRIK D20221103663
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN....................................................................................................................1
LATAR BELAKANG RAJA LOUIS XVI...............................................................................2
KELEMAHAN KEPIMPINAN PENTADBIRAN...................................................................3
KELEMAHAN MENGURUSKAN EKONOMI......................................................................6
PENUTUP................................................................................................................................8
BIBLIOGRAFI.......................................................................................................................11

1
PENDAHULUAN

Raja di Perancis merupakan ketua agama kerana kedudukan raja mempunyai


kuasa dalam pemilihan ketua Bishop datau Bishop manakala bagi jawatan Paus
hendaklah hanya menerima restu atas pelantikan oleh Raja.Raja perancis merupakan
raja yang berkuasa mutlak1. Ini bermaksud baginda tidak tertakluk kepada undang-
undang kerana baginda merupakan sumber kepada undang-undang di Perancis. Ini
bermakna Raja di Perancis menjadi sumber bagi semua kuasa umum dan kuasa
kehakiman dari segala punca perundangan yang ada. Walau bagaimanapun,
pemerintahan beraja Perancis pada abad ke-18 bukan lagi bersifat mutlak tetapi lebih
ke arah aristokratik. Hal ini kerana sejak Raja Louis XV, baginda telah menyerahkan
sebahagian kuasa pemerintahan kepada beberapa badan politik dan undang-undang
dimana ia dikuasai oleh golongan bangsawan yang bertujuan untuk mengimbangi
kuasa diraja. Dalam konteks ini, Raja bukan lagi memutuskan sewenang-wenangnya
sesuatu keputusan dalam bidang pemerintahan atau pentadbiran undang-undang tetapi
memerlukan juga mendengar keputusan dan pandangan golongan bangsawan.
Sebelum Revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789 hingga 1799, Perancis telah lama
mengamalkan sebuah sistem politik monarki berkuasa mutlak yang dipimpin oleh
keluarga Bourbon2. Pemerintah atau raja terakhir yang memimpin Perancis secara
mutlak merupakan Raja Louis XVI yang memerintah selama 1774 hingga 1792 3.
Sepanjang pemerintahan baginda, Perancis banyak mengalami perubahan yang drastik
daripada sistem monarki atau anarki bergerak ke arah raja berperlembagaan sehingga
muncul suatu sistem kerajaan republik apabila baginda dihukum bunuh pada tahun 21
Januari 17934.

1
Azmi Arifin,REVOLUSI PERANCIS 1789 -1799,( Maziza SDN BHD, Kuala Lumpur, 2020), Hlm 54.
2
Ibid, Hlm 54 - 58.
3
Robert Wilde, Biografi Raja Louis XVI dari Perancis, https://id.eferrit.com/biografi-raja-louis-xvi-dari-perancis/
Diakses 22 MAC 2023).
4
Ibid.

2
BELAKANG RAJA LOUIS XVI

Raja Louis XVI ( 1643 - 1715 ) atau lebih dikenali sebagai “ Yang Terakhir
atau“ The Last” merupakan satu gelaran kepada raja terakhir Perancis memerintah
secara mutlak dan berkuasa selama ini runtuh kerana gerakan revolusi Perancis yang
digerakan oleh segelintir golongan bangsawan dan tentera berlaku. Baginda dilahirkan
pada tahun 1754 dan merupakan anak ketiga daripada Putera Mahkota Perancis ketika
itu. Kenaikan baginda menduduki takhta kerajaan Perancis itu merupakan suatu
peristiwa luar jangkaan5. Baginda menduduki takhta selepas kemangkatan nenda
lelakinya yang tiba-tiba mangkat akibat penyakit cacar pada tahun 1774 Raja Louis
XV, dalam usia yang amat muda iaitu berumur 20 tahun6. Baginda merupakan
individu yang baik dimana baginda terbukti seorang yang jujur, amat memagmbil
berat tentang rakyat jelata dan bertanggung jawab berbanding dengan raja-raja yang
terdahulu akan tetapi sebagai seorang pemimpin yang memimpin sesebuah kerajaan,
beliau merupakan seorang pemimpin yang lemah kerana tiada pengalaman dalam
bidang politik dan penguasaan yang agak lemah dalam bidang pendidikan turut
menyumbang kepada kegagalan baginda7. Sifat seperti itu telah mengakibatkan Raja
Louis XVI menjadi pemimpin yang kurang berkeyakinan, mudah dipengaruhi oleh
orang lain dan tidak berani membuat suatu keputusan sendiri yang melibatkan impak
yang besar dalam menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai seorang raja. Hal ini berlaku
kerana daripada kecil baginda dibesarkan dengan suatu suasana yang sangat mewah
dan sentiasa memenuhi keperluan baginda. Baginda hidup dengan sangat selesa dan
mewah di istana Versailles tanpa mempedulikan kebajikan rakyat perancis dimana
rata-rata masyarakat di perancis ketika itu hidup dalam kemiskinan dan kesusahan 8.
Malah ketika baginda memerintah, baginda memerintah seperti seorang diktaktor
tanpa memberikan kebebasan politik ataupun sivil kepada rakat perancis untuk
mengkritik kepimpinan kerajaan ketika itu9. Hal ini diburukkan lagi apabila golongan

5
Ibid.
6
Carlton J.H Hayes, EROPAH MODEN HINGGA 1870, ( The Macmillan Company, New York, 1971, Hlm 567.
7
Azmi Arifin,REVOLUSI PERANCIS 1789 -1799,( Maziza SDN BHD, Kuala Lumpur, 2020), Hlm 59 - 61.
8
Prof Emiritus Dato’ Khoo Kay Kim, Sejarah Eropah / Sivachandralingam Sundara Raja,( YEOHPRINCO
SDN.BHD,2002), Hlm 186
9
Ibid, Hlm 186.

3
anarki seperti golongan bangsawan juga mementingkan kepentingan peribadi tanpa
memikirkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat setempat ketika itu. Ketika
memerintah Perancis, pentadbiran Raja Louis XVI banyak dicampur tangan oleh
isterinya yakni Marie Antoinette atau nama penuh beliau Antonia Josepha Johanna
yang merupakan seorang puteri raja dari kerajaan Empayer Rom Suci dan bangsawan
dari Austria10. Baginda berdua dijodohkan pada usia yang amat muda atas alasan
untuk mengelakkan berlaku sebarang peperangan atau konflik di antara kedua-dua
negara itu. Permaisuri Antonia diangap sebagai orang asing sehingga digelar “Orang
Austria” dan dijadikan sebagai lambang perikatan dua buah negara yang telah gagal
antara Habsburg dan Bourbons11. Pada peringkat awalnya, Permaisuri Marie yang
merupakan anak perempuan kesayangan Marie Theresa, Ratu Empayar Austria,
seorang yang begitu berazam , tangkas dan berani dalam menyelesaikan pelbagai
permasalahan yang timbul. Namun begitu, baginda amat gemar hidup dalam bergaya
dan bermewah-mewah di istana. Perkara ini amat tidak disenangi oleh rakyat perancis
sebagai salah satu tingkah laku orang asing yang tidak memahami keadaan
masyarakat yang berusaha untuk meneruskan hidup ketika itu12.

KELEMAHAN KEPIMPINAN PENTADBIRAN

Pada peringkat awal pentadbiran baginda, dapat dilihat baginda berusaha


mengubah nasib rakyat jelatanya dengan memperkenalkan banyak pembaharuan yang
telah dilaksanakan. Antara langkah besar yang diperbaharui oleh Raja Louis XVI
adalah memecat Terray dan memulihkan kembali institusi parlimen di Perancis bagi
tujuan untuk mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada monarki dan
memperbaiki semula kedudukan ekonomi Perancis dengan cara yang dapat diterima
secara baik oleh semua golongan. Namun perkara itu sering dihalang oleh golongan
berkepentingan seperti golongan bangsawan dan golongan agama di istana 13. Hal ini
menjadi alasan mengapa Raja Louis XVI dianggap sebagai seorang pemimpin yang
gagal kerana baginda mempunyai kelemahan dalam percaturan dalam liga politik di
Perancis. Hal ini kerana sebelum pemerintahan baginda, Perancis telah mempunyai

10
Shirley Elson Roessler dan Reny Miklos, EUROPE 1715 - 1919 FROM ENLIGHTENMENT TO WAR WORLD,
( ROWMAN & LITTLEFIELD PUBLISHERS,INS ,Oxford, 2003), Hlm 76.
11
Carlton J.H Hayes, EROPAH MODEN HINGGA 1870, ( The Macmillan Company, New York, 1971, Hlmn 568.
12
Azmi Arifin,REVOLUSI PERANCIS 1789 -1799,( Maziza SDN BHD, Kuala Lumpur, 2020), Hlm 62.
13
Ibid, Hlm 62-63.

4
seorang raja yang amat ulung sehingga digelar “The Great Monach” atau “ Raja yang
Terulung iaitu Raja Louis XIV ( 1643 - 1715) yang berjaya mengawal dan
memainkan peranan sebagai raja yang berjaya memastikan golongan anarki seperti
para bangsawan atau pembesar dan paderi mengikuti dasar yang dikeluarkan oleh
baginda. Sebaliknya, bagi Raja Louis XVI, baginda memerintah Perancis dengan
dengan semangat kediktatoran sehingga perkara itu tidak disenangi oleh golongan
anarki di Perancis.14 Kehidupan Baginda yang dipenuhi dengan kekayaan dan
kemewahan menambahkan lagi baginda dibenci oleh rakyat dimana ketika itu mereka
hidup dalam kesusahan dan kemiskinan. Baginda telah menyekat kebebasan-
kebebasan rakyat Perancis dalam aspek politik, sosial dan sivil. Perkara ini untuk
mengelakkan isu kegagalan pertadbiran baginda tersebar dalam kalangan masyarakat.
Hal ini dapat disaksikan apabila Majlis perhimpunan yakni Parlimen Perancis sudah
tidak bersidang dalam janga masa yang lama dan mengakibatkan pihak pemerintah
memerintah kerajaan secara sesuka hati15.

Selain daripada menyekat hak kebebasan rakyat Perancis, Raja Louis XVI
juga dinyatakan sebagai seorang pemimpin yang tidak berwibawa kerana tidak boleh
memutuskan keputusan sendiri malah mudah dipengaruhi oleh pihak ketiga. Hal ini
dapat dibuktikan apabila Permaisuri hati Baginda, Marie Antoinette sentiasa
mencampuri urusan pentadbiran Perancis16. Hal ini kerana Permaisuri Marie sendiri
menyokong tindakan para bangsawan dan segelintir agamawan dalam menentang
pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan oleh D’Artois 17. Malah sikap baginda
permaisuri yang suka mendampingi golongan ataupun keluarga bangsawan yang
mempunyai pengaruh dalam mencampuri urusan pentadbiran negara dengan
menyingkirkan barisan menteri yang tidak bersefahaman dengan baginda dan mula
menyokong golongan konservatif yang berada di istana. Kewujudan perselisihan
faham dalam kalangan golongan istana mewujudkan perpecahan dalaman kerajaan
yang akan memberi kesan secara langsung kepada masa depan politik monarki di
Perancis. Selain itu, Permaisuri Marie juga dilihat sering bergaul dengan pihak yang
dianggap korup dan penglibatannya dengan skandal-skandal yang besar. Contoh

14
Prof Emiritus Dato’ Khoo Kay Kim, Sejarah Eropah / Sivachandralingam Sundara Raja,( YEOHPRINCO
SDN.BHD,2002), Hlm 186
15
Azmi Arifin,REVOLUSI PERANCIS 1789 -1799,( Maziza SDN BHD, Kuala Lumpur, 2020), Hlm 66-67.
16
Prof Emiritus Dato’ Khoo Kay Kim, Sejarah Eropah / Sivachandralingam Sundara Raja,( YEOHPRINCO
SDN.BHD,2002), Hlm 186.
17
Azmi Arifin,REVOLUSI PERANCIS 1789 -1799,( Maziza SDN BHD, Kuala Lumpur, 2020), Hlm 63.

5
skandal yaang dihadapi oleh Permaisuri Marie iaitu isu rantai leher yang berharga dua
juta Livres yang menjejaskan reputasi baginda ketika itu. Malah Permaisuri Marie
menggunakan kewangan kerajaan untuk kegunaan peribadi demi keselesaan baginda.
Hal ini dapat dibuktikan apabila tiada simpanan akaun kewangan kerajaan yang
lengkap dan terdapat bukti-bukti yang menunjukkan ada kegiatan yang berterusan
untuk meminjam wang. Hal ini dapat disaksikan apabila kerajaan diisytiharkan muflis
pada tahun 1788 atas sebab berlaku peperangan dan cara hidup keluarga kerajaan
yang hidup bermewah-mewah.

Disebabkan kelemahan ciri kepimpinan Raja Louis XVI yang mentadbir


kerajaan, pihak anarki mengambil kesempatan dan peluang menggunakan kelemahan
tersebut bagi menjaga dan menambah kepentingan mereka. Hal ini dapat disaksikan
apabila dalam sistem feudal yang diamalkan, golongan bangsawan sememangnya
menikmati pelbagai keistimewaan dalam pelbagai bentuk ekonomi dan sosial 18.
Antaranya, pelantikan seorang menteri dan pegawai-pegawai istana. Hal ini kerana
pelantikan seseorang menteri kebiasaannya berasaskan jurai keturunannya sebagai
seorang bangsawan dan tidak dititik beratkan kebolehan dalam mentadbir semata-
mata. Selain itu, amalan yang tidak jelas juga turut mengundang kepada wujudnya
sistem pentadbiran yang lemah dan kurang efisien apabila ketika pentadbiran Raja
Louis XVI memerintah pembahagian kuasa dan tanggung jawab tidak diuruskan
dengan jelas diamana setiap institusi yang terlibat dipengaruhi dan dimonopoli oleh
golongan bangsawan dab institusi tersebut tidak mempunyai fungsi yang jelas.
Perkara ini telah menimbulkan keadaan yang kucah-kacih dan tuntutan fungsi institusi
yang bertindih sehingga menimbulkan kekeliruan dan kesusahan bagi rakyat jelata.
Kedudukan bangsawan dalam sistem ini membenarkan, pihak bangsawan tersebut
boleh mengeluarkan arahan bagi mengarah petani-petani bekerja untuknya dan
mengelakkan diri daripada dikenakan cukai yang tinggi oleh kerajaan bagi
memelihara kekayaan keluarga mereka. Hal ini telah mengakibatkan masyarakat
Perancis berang terhadap Raja Louis XVI kerana gagal menghalang situasi yang
dimanipulasi dan dimonopoli oleh bangsawan berleluasa sehingga menjejaskan
kehidupan masyarakat setempat.

18
Prof Emiritus Dato’ Khoo Kay Kim, Sejarah Eropah / Sivachandralingam Sundara Raja,( YEOHPRINCO
SDN.BHD,2002) Hlm 186.

6
KELEMAHAN MENGURUSKAN EKONOMI

Seterusnya,Raja Louis XVI seorang raja yang tidak tahu dalam menguruskan
ekonomi kerajaan. Hal ini dikatakan apabila ekonomi kerajaan Raja Louis XVI
hampir bankrup kerana Perancangan pengurusan kewangan dan ekonomi yang
diamalkan menjadi punca utama kebankrapan negara tersebut19. Hal ini dikatakan
apabila Perancis yang mula mengalami kegawatan ekonomi yang teruk dan
berpanjangan apabila menyertai Tiga peperangan akhir yang besar iaitu Perang Tujuh
Tahun ( 1756 - 1763 ) , Perang Kemerdekaan Amerika ( 1775-1783 ) dan berperang
dengan Austria20. Krisis kewangan ini berlaku bukan kerana ekonomi kerajaan
Perancis lemah berbanding negara eropah yang lain tetapi kerana dasar pembelanjaan
kerajaan yang tidak berhemah dan ditambahkan lagi dengan sistem percukaian yang
tidak adil mengakibatkan kerajaan tidak mampu memanfaatkan wang tersebut secara
maksimum21. Selain daripada pembelanjaan yang berlebihan atas kempen peperangan,
pembelanjaan secara boros oleh Istana Versailles makin bertambah secara melampau
bagi memenuhi kehidupan yang mewah bagi penghuni-penghuninya.Sebelum
penglibatan Perancis dalam peperangan Kemerdekaan Amerika, Raja Louis XVI telah
dinasihati oleh Turgot yang merupakan Pegawai Kewangan Perancis untuk tidak
membawa Perancis ke dalam peperangan tersebut kerana atas alasan ekonomi , politik
dan sosial yang sedang bercelaru di kalangan rakyat Perancis. Walau bagaimanapun,
amaran Turgot tidak dihiraukan oleh Raja Louis XVI dan membawa Perancis ke
dalam Perang Kemerdekaan Amerika22. Atas bebanan dalam kesan perang tersebut,
kerajaan Perancis mula merangka pelan untuk memulihkan kewangan negara dengan
memperkenalkan sistem percukaian yang baharu yang meliputi semua lapisan
masyarakat termasuk golongan bangsawan. Menteri kewangan Perancis ketika itu
telah menasihati Raja Louis XVI untuk memujuk para bangsawan dan para ketua
gereja untuk membayar cukai akan tetapi Raja Louis XVI tidak menunjukkan
ketegasan dan ketekunan dalam perbincangan tersebut dengan itu perbincangan

19
William Doyle, The French Revolution : A very short introduction, ( Oxford University Press Inc, New York ,
2001), Hlm 19.
20
Prof Emiritus Dato’ Khoo Kay Kim, Sejarah Eropah / Sivachandralingam Sundara Raja,( YEOHPRINCO
SDN.BHD,2002), Hlm 186.
21
Shirley Elson Roessler dan Reny Miklos, EUROPE 1715 - 1919 FROM ENLIGHTENMENT TO WAR WORLD,
( ROWMAN & LITTLEFIELD PUBLISHERS,INS ,Oxford, 2003), Hlm 76-77
22
Azmi Arifin,REVOLUSI PERANCIS 1789 -1799,( Maziza SDN BHD, Kuala Lumpur, 2020), Hlm 138.

7
tersebut dianggap gagal. Maka dengan itu, Perancis telah memperkenalkan sebuah
sistem percukaian yang tidak adil kepada rakyatnya23. Sebelum penglibatan kerajaan
dalam siri peperangan tersebut, Perancis sememangnya telah mengalami kegawatan
ekonomi dan membuatkan ia semakin teruk apabila pernyertaan perancis dalam
peperangan tersebut yang telah membelanjakan hampir 70 peratus daripada dapatan
hasil negara untuk membiayai persediaan peperangan tersebut. Maka untuk
membiayai persediaan peperangan tersebut, kerajaan telah meningkatkan taraf cukai
yang dikenakan kepada golongan rakyat biasa. Hal ini kerana sistem cukai yang
diperkenalkan tersebut dianggap tidak adil disebabkan golongan bangsawan dan
golongan paderi bebas daripada dikenakan cukai terutamanya cukai tanah. Dengan
situasi ekonomi yang tidak menentu dan bebanan cukai yang tinggi dihadapi oleh
masyarakat kelas rendah pada masa itu, peningkatan yang mendadak dalam tarif
penggangguran dalam kalangan masyarakat bertambah dengan keadaan musim
kemarau yang melanda Perancis ketika itu24. Dalam sekitar tahun 1786, hutang
kerajaan Perancis telah mencecah $600,000,000 dan kerajaan mula mengalami
kesukaran untuk mendapatkan pinjaman-pinjaman daripada bank. Untuk mengatasi
masalah ekonomi tersebut, Raja Louis XVI akhirnya telah mengadakan suatu
perjumpaan dengan Ketua-ketua bangsawan, ketua-ketua gereja dan hakim-hakim
mahkamah yang dipanggil sebagai Perhimpunan Orang-Orang Kaya dengan harapan
mereka bersetuju untuk melepaskan hak keistimewaan mereka dan membayar cukai.
Bagaimanapun, persidangan tersebut tidak berjalan dengan baik seperti yang
diharapkan dan menemui kegagalan apabila menteri kewangan tersebut dipecat dan
perkara yang melibatkan cukai ini akan dikemukan kepada Parlimen kelak.

Kejatuhan ekonomi Perancis bukan sahaja terletak pada Perang kemerdekaan


Amerika semata-mata malah antara sebabnya ketidak kecekapan Raja Louis XVI
dalam menguruskan langkah-langkah pemulihan ekonomi dalam menghadapi krisis
ekonomi tersebut. Hal ini apabila Raja Louis XVI menerima nasihat yang diberikan
oleh Jacques Necker dalam menguruskan kewangan Perancis pasca perang 25. Antara
nasihat Necker ialah dengan kaedah menaikkan kadar cukai buat sementara waktu
bagi menampung kos perang. Selain itu, saranan beliau menyatakan baginda
23
Prof Emiritus Dato’ Khoo Kay Kim, Sejarah Eropah / Sivachandralingam Sundara Raja,( YEOHPRINCO
SDN.BHD,2002), Hlm 186.
24
Prof Emiritus Dato’ Khoo Kay Kim, Sejarah Eropah / Sivachandralingam Sundara Raja,( YEOHPRINCO
SDN.BHD,2002), Hlm 187.
25
Azmi Arifin,REVOLUSI PERANCIS 1789 -1799,( Maziza SDN BHD, Kuala Lumpur, 2020), Hlm 139.

8
hendaklah membuat pinjaman luar dan untuk menampung pinjaman tersebut Necker
telah menasihati kerajaan agar meminimumkan perbelanjaan bukan perang bagi
menampung kadar bunga yang dikenakan. Necker juga menyarankan agar kerajaan
meminjam dengan daripada rakyat yang kaya raya sebagai jalan untuk membiayai
perang dan cadangan ini menjadi lebih teruk apabila Necker mencari lebih ramai
pemiutang untuk menyokong kerajaan dalam menghadapi krisis ekonomi yang makin
meruncing ini. Sesetengah pihak menyalahkan Necker dalam mengakibatkan krisis
ekonomi negara tersebut semakin teruk atas alasan memperkenalkan dasar- dasar
yang kurang berkesan seperti dasar pinjaman. Namun begitu, mengikut pandangan
seorang ahli sejarah Robert D Harris menyatakan sebaliknya apabila dasar yang
diperkenalkan oleh Necker dilaksanakan dengan baik dan teratur apabila nasihat
untuk kerajaan untuk mengurangkan pembelajaan bukan perang tidak diikuti malah
pembelanjaan dari pihak istana semakin tinggi dicatatkan sehingga ekonomi kerajaan
bergerak ke arah status kemuflisan 26. Teguran terbuka Necker kepada kerajaan
khususnya kepada Raja Louis XVI membawa kepada pemecatan beliau sebagai
pegawai kewangan Perancis27. Rentetan daripada keputusan tersebut , jawatan Necker
digantikan oleh pengantinya. Hal ini dapat dilihat Raja Louis XVI merupakan
individu yang tidak boleh menerima sebarang teguran dan nasihat malah mengambil
tindakan terhadap mana-mana pihak atau individu yang cuba menasihati baginda
dalam urusan pembelanjaan terutamanya pembelanjaan yang tinggi yang dibuat oleh
penghuni-penghuni Istana Versailles.

26
Azmi Arifin,REVOLUSI PERANCIS 1789 -1799,( Maziza SDN BHD, Kuala Lumpur, 2020), Hlm 141.
27
Ibid, Hlm 140.

9
PENUTUP

Kesimpulannya, Kemuncuk kepada pemerintahan Raja Louis XVI merupakan


waktu kejatuhan sistem monarki mutlak di Perancis. Hal ini berlaku kerana desakan
rakyat marhaen yang majoritinya terdiri daripada golongan petani dengan bantuan
golongan bangsawan dan segelintir golongan berkepentingan yang memberi tekanan
dan desakan terhadap corak pemerintahan Baginda. Pada peringkat awalnya,
pemerintahan Raja Louis XVI hanya berseteru dengan golongan bangsawan yang
inginkan suatu perkongsian kuasa dengan kerajaan monarki untuk kepentingan dan
kedudukan politik dan sosial dan bukanlah ke arah kepada perjuangan menuntut
kebebasan, persamaan sosial dan keadilan mutlak untuk seluruh rakyat jelata.
Penentangan yang dilakukan oleh bangsawan dapat dirasai oleh rakyat bawahan yang
sedang tersepit dalam kehidupan dan ketidak puasan terhadap pemerintahan Raja
Louis XVI. Maka pada tahun 14 julai 1789, rakyat di Paris mula melakukan rusuhan
di Bastille dan membebas para tawanan di sana 28. Peristiwa tersebut mengambarkan
kejatuhan kerajaan sedia ada dan perpecahan dalaman ketenteraan berlaku serta
rusuhan makanan oleh golongan miskin di bandar atas isu kenaikan harga barang . Di
luar bandar pula, golongan petani mula membakar rumah-rumah golongan bangsawan
untuk menunjukkan perasaan yang tidak tahan dengan keadaan semasa kerajaan di
bawah pimpinan Raja Louis XVI29. Bagi menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial
yang sedang merebak di hampir seluruh Perancis, Les Etat-Generaux (Estate
Genaral) dipanggil bersidang semula oleh Raja Louis XVI dan rakyat Perancis
mempunyai peluang untuk meluahkan segala ketidak puasan hati mereka kepada
kerajaan melalui surat pekeliling atau rayuan (Cahiers 1789) 30. Walau bagaimanapun,
Les Etat-Generaux tidak berjaya menyelesaikan permasalahan tersebut kerana berlaku
pertelingkahan dalam kalangan golongan bangsawan dan halangan untuk estet ketiga
mengikuti persidangan dewan tersebut.. Apabila Les Etat-Generaux gagal mengawal
situasi yang di hadapi kerajaan, maka ahli estet ketiga berhimpun diluar dewan iaitu di
gelanggang tenis untuk menunjukkan keengganan untuk mematuhi larangan tersebut
dan berikrar agar tidak berganjak daripada tempat tersebut sehingga perlembagaan

28
Sivachandraligan Sundara Raja, Tamadun Eropah,( Penerbit Fajar Bakti SDN BHD, Shah Alam, 1996) Hlm 576.
29
Shirley Elson Roessler dan Reny Miklos, EUROPE 1715 - 1919 FROM ENLIGHTENMENT TO WAR WORLD,
( ROWMAN & LITTLEFIELD PUBLISHERS,INS ,Oxford, 2003), Hlm 77
30
Mohammad Kamal Kamaruddin, SEJARAH PERADABAN EROPAH : Dari Zaman Pertengahan Hingga Zaman
Moden,( Emeritius Publications, Batu Caves, 2013), Hlm 176.

10
sedia ada berubah. Sumpahan gelanggang tenis menjadi pemicu kepada gerakan
rovolusi yag sebenar. Rentetan daripada peristiwa itu, Estet ketiga mengisytiharkan
diri mereka sebagai Majlis Perhimpunan.31Untuk meredakan keadaan, pemusnahan
order lama telah diisytiharkan pada Ogos 1789 dan Deklarasi Hak kemanusian turut
diiktiraf oleh Majlis Perhimpunan32. Walaupun Deklarasi Hak Kemanusian
diisytiharkan tetapi ekonomi negara masih buruk dan tidak terkawal sehingga berlaku
pengangguran dan pada yang sama, Paris dilanda wabak penyakit yang merisaukan.
Rentetan daripada itu, para penduduk di Paris yang terdiri daripada golongan kanak-
kanak dan golongan ibu berarak ke Versailles untuk menunjukkan protes terhadap
Raja Louis XVI berkaitan kos sara hidup dan pengangguran yang meningkat serta isu
kegagalan pengurusan wabak33. Disebabkan keadaan yang tidak dapat dikawal lagi
oleh Raja Louis XVI, baginda dan keluarganya cuba melarikan diri dan memohon
perlindungan di Jerman tetapi tindakan tersebut gagal dilaksanakan apabila berjaya
dihalang dan dibawa kembali ke Paris34. Selepas berlaku beberapa peristiwa penting
seperti pengisytiharkan perlembagaan baru pada 1791 dan kemenangan pilihan raya
oleh golongan Jacobin yang berhaluan kiri dan radikal membawa nasib Raja Louis
XVI dihukum dengan kaedah Gulotin yang diikuti oleh isterinya, Permaisuri
Antoinette35. Jelaslah bahawa kejatuhan kerajaan beraja di Perancis bukanlah terletak
di atas bahu Raja Louis XVI semata-mata akan tetapi penyumbang kepada kejatuhan
institusi tersebut terletak kepada golongan pihak ketiga seperti isterinya Marie
Antoinette , golongan bangsawan dan golongan paderi yang tidak ingin melepaskan
keistimewaannya untuk kebaikan masa hadapan. Maka terbuktilah, Raja Louis XVI
telah berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan datuknya dan berusaha untuk
memastikan kesejahteraan rakyat dan kerajaan Perancis dijaga dan terjamin tetapi
dihalang dengan sifat kurang pengetahuan dan situasi luar kawalan yang tidak dapat
dikawal oleh baginda.

31
Carlton J.H Hayes, EROPAH MODEN HINGGA 1870, ( The Macmillan Company, New York, 1971
Hlm 154
32
Prof Emiritus Dato’ Khoo Kay Kim, Sejarah Eropah / Sivachandralingam Sundara Raja,( YEOHPRINCO
SDN.BHD,2002), Hlm 189
33
Ibid, Hlm 190
34
Ibid, Hlm 191.
35
Ibid, Hlm 192 - 193.

11
BIBLIOGRAFI

Prof Emiritus Dato’ Khoo Kay Kim, Sejarah Eropah / Sivachandralingam


Sundara Raja,( YEOHPRINCO SDN.BHD,Kuala Lumpur,2002)
Azmi Arifin,REVOLUSI PERANCIS 1789 -1799,( Maziza SDN BHD, Kuala
Lumpur, 2020)
Shirley Elson Roessler dan Reny Miklos, EUROPE 1715 - 1919 FROM
ENLIGHTENMENT TO WAR WORLD,( ROWMAN & LITTLEFIELD
PUBLISHERS,INS ,Oxford, 2003)
Carlton J.H Hayes, EROPAH MODEN HINGGA 1870, ( The Macmillan
Company, New York, 1971
Sivachandraligan Sundara Raja, Tamadun Eropah,( Penerbit Fajar Bakti SDN
BHD, Shah Alam, 1996)
Robert Wilde, Biografi Raja Louis XVI dari Perancis,
https://id.eferrit.com/biografi-raja-louis-xvi-dari-perancis/ Diakses 22 MAC 2023).
William Doyle, The French Revolution : A very short introduction, ( Oxford
University Press Inc, New York , 2001)
Mohammad Kamal Kamaruddin, SEJARAH PERADABAN EROPAH : Dari
Zaman Pertengahan Hingga Zaman Moden,( Emeritius Publications, Batu Caves,
2013)

12

Anda mungkin juga menyukai