Anda di halaman 1dari 3

Ulasan Buku

Vetalam dan Vikramaditya

Oleh: Jaymani Sevanathan

Saya berpeluang membaca buku ini di mana saya memang kurang atau

jarang didedahkan dengan karya klasik India sejak kecil lagi. Saya tidak pernah

mengambil sebarang inisiatif untuk mengetahui dan mendalami segala kisah klasik

mahupun karya epik Hindu-India. Namun, saya menanamkan rasa ingin tahu melalui

pembacaan karya-karya klasik India Uthaya Sankar SB yang sememangnya

bermutu.

Vetalam dan Vikramaditya bukanlah sebuah karya yang berat mahupun

mengandungi plot yang mengelirukan tetapi perlu diakui bahawa sememangnya ia

menguji minda dan emosi saya sepanjang proses pembacaan karya ini. Saya hanya

mengambil masa selama kurang dari sejam untuk menghayati cerita berbingkai ini

kerana ia begitu mudah difahami dan padat. Tambahan pula, saya berasa teruja

untuk mengetahui asal usul, sejarah, sumber dan inspirasi watak Vetalam dan

Vikramaditya tanpa perlu dibuat apa-apa kajian lanjut.

Keinginan saya membaca buku setebal 104 halaman ini antaranya adalah

selepas saya menonton filem Tamil, Vikram Vedha yang dikatakan turut

diinspirasikan daripada watak Vetalam dan Vikramaditya. Saya bukan sahaja

1
menikmati cerita ini tetapi saya agak tertarik dengan ilmu yang disampaikan

daripada buku ini.

Saya sering meminati genre yang berbeza-beza. Saya lebih sukakan karya

yang bersifat intelektual, bersifat humor, seram, romantik dan sebagainya. Tetapi

sekiranya saya diberi pilihan untuk memilih buku yang menguji tahap pemikiran

saya, pastinya buku Vetalam dan Vikramaditya menjadi salah satu pilihan saya.

Setiap kali saya membaca kisah ini daripada satu bahagian ke bahagian yang lain,

fikiran saya diuji untuk menyimpulkan perkara yang bakal berlaku seterusnya tetapi

malangnya kadang-kala saya tersalah sangka! Tidak dapat dinafikan, saya agak

berasa berdebar-debar sehinggalah saya menghabiskan karya ini.

Pada masa yang sama, saya tidak mengambil karya ini sebagai sebuah karya

yang hanya perlu dibaca oleh kaum India atau penganut agama Hindu sahaja. Ia

lebih daripada itu. Ia karya yang perlu dikongsi dan disajikan di mana teladan kisah

ini dapat dipraktikkan dan dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat. Cerita

berbingkai ini memberi ruang dan peluang kepada pembaca untuk menikmati kisah

yang jarang sekali diperkatakan atau dibincang oleh masyarakat.

Ringkasnya, buku ini langsung tidak mengecewakan saya malah ilmu baharu

yang saya peroleh bukanlah sedikit. Cuma hanya satu perkara sahaja yang saya

terlalu mendambakan iaitu agar kisah ini ditulis dengan panjang lagi agar terselit

lebih banyak pengembaraan yang mendebarkan hati.

TAMAT

2
Maklumat Diri

Nama: Jaymani A/P Sevanathan

Alamat rumah: No. 36, Jalan Kebun Nenas 5C/KS8, Bandar Putera 2, 41200,

Klang, Selangor Darul Ehsan.

Nombor telefon: 018-2118683

Alamat e-mel: jaymaniseva@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai