Anda di halaman 1dari 11

Definisi Masalah Dalam Matematik.

Masalah dalam matematik menurut tokoh.


Greeno (1978)
Mengikut Greno ( 1978 ), masalah merupakan sesuatu situasi di mana anda
menghadapi sesuatu keadaan yang diberikan dipanggil sebagai situasi diberikan
( The Given State ) dan objektifnya adalah untuk mencapai satu situasi lain yang
dipanggil situasi matlamat ( The Goal State ) tetapi anda tidak memiliki cara atau
kaedah yang jelas untuk mencapai matlamat anda tersebut.
Polya ( 1945)
Masalah merupakan sedikit penemuan dalam keadaan kreatif dan rasa ingin tahu
yang tinggi, seseorang akan mampu menyelesaikan sesuatu masalah dan mungkin
akan mengalami tekanan atau kegembiraan atas kejayaan penemuannya. Beliau
juga mencadangkan bahawa pemikiran dan penyelesaian masalah adalah
merupakan satu perkara yang sama di mana kedua duanya adalah merupakan
satu mekanisma untuk keluar dari sesuatu situasi kesukaran, mengatasi halangan
dan seterusnya cuba mencapai sesuatu matlamat yang tidak boleh didapati secara
serta merta dan akhirnya memperolehi pengalaman daripada penemuan tersebut.
Mayer ( 1983)
Masalah merupakan beberapa siri langkah operasi mental atau pemikiran yang
digerakan menuju kearah pencapaian matlamat tertentu.
Krulik dan Rudnick ( 1983 )
Sesuatu masalah yang baik adalah amat penting dalam proses pengajaran
penyelesaian masalah kepada para pelajar.

Sebagai kesimpulannya masalah ialah satu halangan atau pun kekangan yang
memerlukan jalan penyelesaian yang betul untuk mencapai sesuatu matlamat.

1 | Page

Beza Antara Masalah Rutin Dan Masalah Bukan Rutin.


Masalah Rutin
Masalah rutin ialah satu operasi yang hanya melibatkan aritmetik sahaja sebagai
penyelesaiannya.Masalah juga hanya memerlukan kita memahami masalah,memilih
operasi yang sesuai serta mengaplikasikan algoritma-algoritma yang telah dipelajari.
Contoh masalah rutin :
Contoh 1 :
"Berapa luaskah tempat letak kereta yang mempunyai ukuran panjang 100 m dan
lebar 100 m?"
Penyelesaian :
Untuk mendapatkan luas sesuatu kawasan kita hendaklah memilih operasi darab
dengan mendarabkan panjang dan lebar sesuatu kawasan.
100 x 100 = 1000 m
Luas tempat letak kereta tersebut ialah 1000 meter.

Contoh 2:
Ali mempunyai 20 biji guli,Abu pula mempunyai 50 biji guli manakala Adi mempunyai
35 biji guli.Mereka meletakkan guli mereka dalam bekas yang sama.Berapakah
jumlah keseluruhan guli mereka tersebut?
Penyelesaian :
Ali : 20 biji guli
Abu : 50 biji guli
Adi : 35 biji guli
2 | Page

Dalam hal kita hendaklah memilih operasi penambahan bagi mendapat jumlah
keseluruhan guli tersebut.
20 + 50 + 35 = 105
Jumlah keseluruhan guli mereka tersebut ialah 105 biji.
Masalah Bukan Rutin
Masalah bukan rutin ialah satu masalah yang memerlukan kita menggunakan
pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat
yang memerlukan pertimbangan.Sudah tentunya masalah rutin memerlukan proses
yang lebih rumit berbanding masalah rutin kerana strategi penyelesaiannya tidak kita
ketahui.Selain itu,untuk menyelesaikan masalah bukan rutin kita haruslah berfikir
secara kritis dan kreatif dan mempelbagaikan proses berfikir.
Contoh masalah bukan rutin
Contoh 1 :
"Anggarkan bilangan rambut yang ada di kepala anda?"
Penyelesaian :
Untuk menyelesaikan masalah ini kita terpaksa mengira jumlah rambut yang ada di
kepala satu persatu bagi mendapatkan jawapan.
Contoh 2 :
Di sebuah sekolah rendah terdapat 3 bangunan sekolah.Bangun pertama hanya 1
tingkat.Bangunan kedua pula ialah 2 tingkat.Manakala bangunan yang ketiga ialah 3
tingkat.Kira jumlah anak tangga untuk ketiga-tiga bangunan sekolah tersebut.
Penyelesaian :
Untuk mendapat jumlah anak tangga bagi ketiga-tiga bangunan tersebut kita
hendaklah mengira satu-persatu anak tangga yang ada di ketiga-tiga bangunan
tersebut.
3 | Page

Model Penyelesaian Masalah Polya


Menurut Polya (1957), penyelesaian masalah terdiri daripada empat langkah.
Langkah pertama ialah memahami masalah. Tanpa memahami masalah, pelajar
tidak akan dapat mencari penyelesaian yang tepat. Setelah pelajar memahami
masalah, mereka merancang strategi penyelesaian.. Langkah ketiga adalah
melaksanakan strategi.alah yang baik itu, Seorang penyelesai masalah yang baik
akan meyemak semula penyelesaian kepada masalah tersebut.

Langkah 1: Memahami masalah


Berikut adalah soalan yang boleh digunakan untuk membantu murid
memahami masalah:
Adakah anda faham ayat tersebut?
Bolehkah anda menyatakan semula masalah tersebut dengan
ayat anda sendiri?
Apakah yang anda cuba cari atau lakukan?
Apakah maklumat yang anda dapat daripada masalah tersebut?
Apakah yang tidak diketahui?
Apakah maklumat yang tiada atau tidak diperlukan?

Langkah 2: Merancang strategi


Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan ketika merancang
strategi penyelesaian masalah:
Apakah perhubungan antara data dengan perkara yang tidak
diketahui?
Adakah masalah ini sama dengan masalah yang pernah anda selesaikan sebelum
ini?
Apakah strategi yang boleh anda gunakan?

4 | Page

Langkah 3: Melaksanakan strategi.


Berikut adalah panduan yang boleh digunakan dalam melaksanakan
strategi penyelesaian masalah:
Laksanakan strategi yang telah dipilih dan selesaikan masalah
tersebut.
Semak setiap langkah yang telah dilaksanakan.
Pastikan langkah-langkah yang dipilih adalah tepat.

Langkah 4: Menyemak Semula


Langkah ini sering diabaikan dalam penyelesaian masalah. Sebagai
guru matematik , anda perlu sentiasa mengingatkan pelajar menyemak
jawapan mereka. Gunakan panduan berikut ketika melaksanakan
langkah ini:
Baca semula soalan.
Adakah anda menjawab soalan yang dikemukakan?
Adakah jawapan anda betul?
Adalah jawapan anda munasabah?

Strategi Gerak Kerja ke Belakang


Contoh soalan 1 :
Julia telah membelanjakan separuh daripada wangnya di sebuah pasaraya dan
kemudian, berbelanja lagi sebanyak RM10. Selepas itu dia pergi ke pasaraya
kedua, berbelanja separuh daripada baki wangnya, dan kemudian berbelanja lagi
sebanyak RM10.
Apabila dia keluar dari pasaraya kedua, dia dapati wangnya sudah habis. Berapa
banyak wang yang dibawa oleh Julia semasa dia masuk ke pasaraya pertama?

5 | Page

1. Memahami Soalan
Kita boleh menggunakan perkataan sendiri dan membuat andaian tentang situasi
berkenaan.
Katakan anda membawa wang RM80 pada awalnya:
Di pasaraya pertama:
anda berbelanja

(RM80) + RM10 = RM50

baki wang anda ialah RM80 RM50 = RM30


Di pasaraya kedua:
anda berbelanja

(RM30) + RM10 = RM25

baki wang anda ialah RM30 RM25 = RM5

6 | Page

1
0

0
10

60

30

+
1
0

20

10

+ 0
1
0

2. Membuat Perancangan
Dari segi bentuk soalan dan penerokaan di atas, antara strategi yang sesuai dipilih
ialah strategi bekerja ke belakang atau menggunakan algebra.
Di sini kita akan memilih strategi bekerja ke belakang.

3. Melaksanakan Rancangan
Melaksanakan strategi bekerja ke belakang.
Sebelum Julia berbelanja kali terakhir di pasar raya kedua, dia masih ada RM10.
Jumlah wang ini adalah separuh daripada wang yang dia ada semasa dia masuk ke
pasar raya kedua. Ini bermakna, dia ada RM20 semasa dia masuk ke pasar raya itu.
Di pasar raya pertama, dia ada lebih RM10 daripada jumlah wang ini, iaitu RM30
sebelum dia berbelanja kali terakhir dipasar raya itu.
Tetapi RM30 adalah separuh daripada wang yang dia ada semasa dia masuk ke
pasar raya pertama.
Maka dia ada RM60 semasa masuk ke pasar raya pertama.

7 | Page

4. Semak Semula
Menyatakan semula masalah itu dengan jawapannya.
Pada mulanya, Julia ada RM60.
Di pasaraya pertama, dia berbelanja (RM60) + RM10 = RM40
Maka baki wangnya ialah RM20.
Di pasaraya kedua, dia berbelanja (RM20) + RM10 = RM20
Maka baki wang Julia ialah RM20 RM20 = 0 (tiada baki)
JAWAPAN: Wang yang dibawa oleh Julia semasa dia masuk ke pasar raya
pertama ialah RM60.00

Strategi Menggunakan Jadual


Contoh Soalan 2 :
Keluasan suatu segiempat tepat ialah 120 cm. Panjang dan lebarnya adalah nombor
bulat. Apakah dua nilai yang mungkin bagi panjang dan lebar nya? Apakah nilai yang
akan memberikan perimeter yang terkecil?

Penyelesaian:
Langkah 1: Memahami masalah
Maklumat yang diberikan, Luas = 120 cm. Luas = panjang x lebar.

8 | Page

Langkah 2: Merancang penyelesaian


Untuk menyelesaikan masalah, cuba cari semua nilai panjang dan lebar yang mana
Hasil darabnya ialah 120.

Langkah 3: Melaksanakan penyelesaian


Bina satu jadual panjang dan lebar seperti berikut:
Lebar
Panjang
Perimete

2
60
124

3
40
86

4
30
68

5
24
58

6
20
52

8
15
46

10
12
44

Dari jadual di atas, perimeter yang terkecil ialah 44 cm.

Langkah 4: Menyemak semula


Semak jawapan anda untuk memastikan bahawa jawapan anda betul
Panjang = 12, Lebar = 10. Luas = 12 x 10
Perimeter = 2 (12 + 10) = 44.

Contoh Soalan 3 :
Berapakah biji guli yang terdapat dalam 4 kotak sekiranya setiap kotak tersebut
mengandungi 5 biji guli?
STRATEGI 1
LANGKAH 1: MEMAHAMI MASALAH
9 | Page

Setiap kotak mengandungi = 5 biji guli


4 kotak guli = y

LANGKAH 2 : MERANCANG STRATEGI


Untuk menyelesaikan masalah ini, ia menggunakanstrategi gambar rajah.
LANGKAH 3 : MELAKSANAKAN STRATEGI
Untuk menyelesaikan masalah ini, 4 buah kotak dilukis dan setiap kotaknya terisi 5
biji guli dalamnya. Seterusnya, jumlahkan setiap guli yang terdapat dalam setiap
kotak tersebut.
5

LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA


1 kotak = 5 biji guli
4 kotak = 4 x 5
= 20 biji

STRATEGI 2
LANGKAH 1 : MEMAHAMI MASALAH
Setiap kotak mengandungi = 5 biji guli
4 kotak guli = y
LANGKAH 2 : MERANCANG STRATEGI
Menggunakan strategi persamaan matematik.
LANGKAH 3 : MELAKSANAKAN STRATEGI

10 | P a g e

= 20

Dalam strategi ini, soalan tersebut ditukarkan kepada bentuk persamaan


matematik.
4 = x/5
4 (5) = x
20 = x
x = 20
LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA
Jika 1 kotak = 5 biji guli
4 kotak = 5 x 4
4 kotak = 20 biji

11 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai