Anda di halaman 1dari 13

Aku cek bliRancangan Pengajaran Harian

Kelas : Prasekolah, Sk. Patikang Laut

Masa : 8.40 9.40 am

Bilangan Pelajar : 3 orang

Modul : Bertema

Tema/Tajuk : My Mini House

Tunjang Utama : Sains dan Teknologi

Standard Kandungan : (ST 12.3) Membuat pelbagai binaan mengikut kreativiti sendiri.

Standard Pembelajaran : (ST 12.3.1) Membuat pelbagai binaan mengikut kreativiti sendiri dan menceritakan binaannya

dengan bimbingan.

KesepaduanTunjang :

(KTI 1.14) Memanipulasi bahan secara kreatif untuk penghasilan karya dengan bimbingan

(KTI 1.3.2) Menyatakan pandangan secara lisan hasil kerja sendiri dan rakan.

(KTI 2.1.6) Menyanyi lagu yang mudah dengan gerakan.

(PFK 1.1.15) Menggunting menghasilkan satu bentuk.

(PSE 2.2.2) Menunjukkan semangat dan sifat positif seperti :


- Berdikari

- Berkeyakinan

(PSE 3.2.2) Bertolak ansur dan bekerjasama semasa menjalankan aktiviti.

(PSE 3.2.7) Berkongsi idea, barangan dan peralatan.

(PM 9.1.3) Berani melibatkan diri dalam aktiviti.

(PM 12.1.1) Melakukan aktiviti secara berkumpulan

(BM 2.1.3) Berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Murid dapat mereka rumah menggunakan bahan yang diberi.(kad manila, kertas
warna, kotak)
2. Murid dapat menceritakan tentang My Mini House yang telah dihasilkan.
3. Murid melakukan aktiviti secara berkumpulan dengan bersemangat.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah membuat binaan rumah menggunakan bongkah kayu.

Kemahiran Berfikir (KB) : Mengenalpasti, membanding beza dan menjana idea.

Penerapan Nilai : Berani, bertolak ansur dan kerjasama.

Bahan Bantu Mengajar : Lagu Ada Rumah, gunting, gam air, double tape, kad manila, kotak pelbagai
saiz, kertas warna, set mainan haiwan kanak-kanak, dry clay, pucuk tumbuhan semula
jadi, Video

Fokus MI : Interpersonal, intrapersonal, kinestetik, visual ruang dan linguistik.

Kosa Kata : Membina, halaman, hias,

LANGKAH PENGAJARAN

MASA / Catatan
ISI PELAJARAN AKTIVITI-AKTIVITI
LANGKAH (BBM/Kesepaduan/KB)

Set Induksi Lagu Ada Rumah 1. Guru menyanyikan lagu Ada Rumah. MI : Kinestetik, linguistik
2. Guru dan murid menyanyi lagu Ada Rumah dengan
(5 minit) PN : Berani
pergerakan.

Langkah 1 Menonton Video rekaan & 1. Murid menonton video orang mereka rumah dan BBM : Video
lanskap rumah
(8 minit) menyusun lanskap halaman rumah. KB : Mengenal pasti
2. Guru dan murid bersoal jawab tentang video yang
mereka tonton.
Langkah 2 Bahan-bahan 1. Guru memperkenalkan bahan-bahan kepada murid. BBM : Kotak pelbagai saiz, kad
2. Guru membuat sedikit demonstrasi bagaimana untuk
(7 minit) manila, kertas warna, gunting, gam
menggunakan bahan yang telah diperkenalkan
air, double tape, tumbuhan semula
menjadi objek lain.
jadi, dry clay, set mainan haiwan
kanak-kanak.
KB : Membanding beza, menjana
idea
MI : Interpersonal, intrapersonal

1. Murid melaksanakan aktiviti mereka rumah mengikut BBM : Kotak pelbagai saiz, kad
Langkah 3 kreativiti. manila, kertas warna, gunting, gam
2. Guru sebagai fasilitator.
(35 minit) air, double tape, tumbuhan semula
My Mini House jadi, dry clay, set mainan haiwan
kanak-kanak.

KB : Membanding beza, menjana


idea
PN : Bertolak ansur, kerjasama
MI : Interpersonal, visual ruang

Penutup Bercerita 1. Guru meminta murid menceritakan tentang Mini BBM : My Mini House
(5 minit) Lagu Ada Rumah House mereka. KB : Mengingat
2. Guru dan murid menyanyikan lagu Ada Rumah. PN : Berani
MI : linguistik

Refleksi Guru :

_________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

Rujukan Akronim :

PN : Penerapan Nilai

KB : Kemahiran Berfikir

MI : Multiple Intelligent(Kecerdasan Pelbagai)

BBM : Bahan Bantu Mengajar

LAMPIRAN

LIRIK LAGU ADA RUMAH


Ada rumah, ada rumah, ada rumah, hey! ada rumah

Shhhhhhhhhhhh!

Ku ketuk pintunya??

Hah?!

Hey kawan masuklah

Set Induksi
Set induksi adalah satu permulaan sesuatu pembelajaran. Sekiranya set induksi itu menarik, ia akan memberi kesan
positif pada perjalanan pembelajaran seterusnya. Ini kerana, murid bergiat aktif pada set induksi, pada tahap ini.. sel - sel
otak murid aktif untuk meneruskan akiviti. Seperti juga orang dewasa.. intro yang menarik akan memberi impak
penumpuan yang berterusan pada isi dalaman pembelajaran

Justeru untuk set induksi kami telah memilih nyanyian sebagai set induksi. Tajuk lagu pula ialah ada rumah. Tujuan
pemilihan nyanyian sebagai set induksi adalah untuk mengubah mood kanak-kanak kepada mood gembira. Dan
ternyata penggunaan aktiviti nyanyia menampakkan kesan yang amat positif kerana telah berjaya menarik perhatian
murid. Mereka menyanyi dengan bersemangat dan kelihatan mereka sebagai kanak-kanak yang ceria dan aktif.

Set induksi berbentuk nyanyian juga terbukti sebagai satu kaedah pembelajaran yang amat berkesan. Hal ini sendiri telah
di buktikan oleh En. Ahsahri Kasdi, 32, guru di Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor
yang dinobatkan pemenang ke-3 Guru Inovatif Sekolah Rendah sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan
2000. KASDIM atau nama penuhnya Kaedah Ahsahri dalam Inovasi Matematik merupakan suatu kaedah pembelajaran
dan pengajaran pelajar secara menyanyi untuk menghafal formula-formula matematik dan menyelesaikan masalah
pengiraan. Setiap kali sesi matematik, beliau akan menggunakan set induksi iaitu mengambil masa lima minit pada awal
waktu pembelajaran dengan mendengarkan lagu formula matematik yang hendak diajar kepada pelajar. Dan hasil
daripada kaedah formula menyanyi ini terbukti berjaya apabila keputusan subjek matematik dalam peperiksaan UPSR
sekolahnya meningkat secara mendadak dari 69 peratus pada tahun 1997 kepada 98 peratus pada tahun 2000.

Atas faktor inilah juga kami mempertimbangkan untuk menggunakan nyanyian sebagai set induksi. Bukan sahaja mampu
mengubah emosi murid menjadi gembira malahan secara tidak lansung akan dapat menguatkan daya ingatan mereka.

Langkah 2 : Menonton video rekaan & lanskap rumah


Untuk langkah kedua, aktiviti yang telah dipilih adalah menonton video rekaan & lanskap rumah. Melalui pemerhatian
yang saya laksanakan menonton sangat sesuai dengan kurikulum pendidikan kanak-kanak . Kita tahu, bahawa kanak-
kanak merupakan golongan yang sangat sukakan kebebasan, ,jika di lihat kurikulum yang ditunjukkan dalam video ini
bersifat santai dan tidak terikat dengan apa-apa bentuk peraturan. Keadaan pembelajaran seperti ini akan memberikan
keselesaan kepada kanak-kanak dan membuatkan kanak-kanak berasa seronok untuk menonton. Aktiviti menonton video
rekaan rumah dan lanskap yang santai dan lebih bersahaja bukan sahaja dapat menarik perhatian kanak-kanak tetapi
secara tidak lansung juga akan membantu untuk mematangkan sosio kognitif kanak-kanak dan memberikan input-input
yang berguna kepada perkembangan mereka. Daripada analisis juga saya mendapati video yang tunjukkan mudah untuk
difahami oleh kanak-kanak. Keadaan ini akan memudahkan lagi kanak-kanak untuk membuat gambaran awal kepada
aktiviti yang akan mereka akan laksanakan.

Dalam aspek kesesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak kami telah menilai video yang digunakan dalam
aspek level bahasa yang digunakan dalam video ini. Jika kita amati level bahasa yang digunakan dalam video ini mudah
untuk di fahami kerana tidak menggunakan laras bahasa yang berlevel tinggi. Level bahasa yang bersesuaian dengan
kanak-kanak dengan menggunakan laras yang betul akan membantu mereka memahami apa yang mereka lihat
seterusnya mendapat input-input yang berguna dan seterusnya kanak-kanak akan lebih mudah memahami aktiviti yang
akan mereka lakukan.

Aspek yang kedua iaitu video yang menarik yang ditunjukkan. Jika diberi pilihan antara warna hitam putih dan warna yang
berwarna warni sudah tentu kanak-kanak akan memilih warna yang berwarna-warni dan jika diberi pilihan video yang
mempunyai bunyi dan video yang tidak mempunyai bunyi sudah tentu kanak-kanak akan memilih video yang ada bunyi,
sudah fitrahnya kanak-kanak tertarik kepada perkara-perkara yang menarik. Aspek ini merupakan salah satu daya tarikan
yang terdapat dalam video ini. Dalam teori Froebel yang juga dikenali sebagai Bapa Tadika penekanan kepada aspek
warna-warna adalah amat di titik beratkan kerana aspek ini turut membantu untuk mengembangkan perkembangan
kanak-kanak. Dalam ideanya beliau mengatakan Prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi- bunyian dan
objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.

Justeru pemilihan langkah kedua iaitu menontoh video rekaan rumah dan lanskap adalah amat bertepatan kerana ia
dapat menarik perhatian murid untuk kekal bersama menjalankan aktiviti pembelajaran dan secara tidak lansung
mendapat input berguna seperti penambahan perbendaharaan kata dan meningkatkan sifat saintifik mereka.

Dalam langkah 1 ini juga, kami turut memasukkan eleman bersoaljawab diantara murid dan guru. Hal ini penting untuk
menjawab segala persoalan yang bermain dalam minda murid apabila mereka menonton video. Di samping itu juga,
secara tidak lansung melalui aktiviti bersoaljawab ini akan dapat membantu meningkat kemahiran komunikasi murid dan
seterusnya meningkat keyakinan dan keberanian mereka apabila berinterkasi dengan orang lain.

Langkah 2 : Pengenalan Bahan-bahan

Seterusnya beralih kepada langkah yang kedua. Dalam langkah ini perkara utama yang kami lakukan adalah untuk
memperkenalkan bahan-bahan yang akan digunakan oleh murid iaitu Kotak pelbagai saiz, kad manila, kertas warna,
gunting, gam air, double tape, tumbuhan semula jadi, dry clay, set mainan haiwan kanak-kanak. Pengenalan bahan ini
adalah sangat penting sebagai suatu pemahaman awal buat mereka sebelum mereka menjalankan aktiviti. Seterusnya
perkara yang paling penting perlu di lakukan adalah melakukan demonstrasi bagaimana untuk menggunakan bahan yang
telah diperkenalkan menjadi objek lain. Ini merupakan suatu panduan yang jelas kepada murid kerana mereka melihat
contoh aktiviti secara lansung. Justeru dengan memasukkan langkah 2 iaitu pengenalan bahan-bahan ini sudah tentu
akan dapat membantu murid apabila dalam proses melaksanakan aktiviti nanti.
Menurut ahli-ahli psikologi teori tingkah laku, pembelajaran akan lebih mudah berlaku apabila terdapat perubahan
tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Perubahan tingkah laku yang
dimaksudkan di sini adalah perubahan tingkah laku daripada tidak tahu melakukan sesuatu perkara kepada tahu
melakukannya (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003). Ada juga yang berpendapat pembelajaran ialah keupayaan
seseorang berubah daripada tidak dapat melakukan sesuatu perbuatan kepada dapat melakukannya.

http://studentsrepo.um.edu.my/3415/5/Bab2.pdf

. Dengan yang demikian, pembelajaran menurut mereka adalah proses mengubah suai model minda supaya ia dapat
disesuaikan dengan pengalaman baru yang akan diterima. Maka bertepatan dengan pendapat teori ini, kepentingan
untuk memberikan pengetahuan dan pengalaman awal kepada murid adalah amat penting sebelum mereka
mengaplikasikan kepada aktiviti yang lain.

Langkah 3 : My mini House

Seterusnya dalam langkah 3 ini aktiviti akan lebih berpusatkan kepada murid. Dalam aktiviti ini murid akan mereka
sebuah Mini House daripada kepingan-kepingan kotak dan mereka juga akan menyusun dan menghias halaman mini
house tersebut dengan set permainan haiwan dan juga pokok-pokok. Kami akan memberikan peluang kepada murid
untuk mereka menzahirkan kreativiti yang mereka miliki. Hal ini bertepatan dengan teori yang dikemukan oleh Borich &
Tombari (1997)-Educational Phychology, A Contemporary Approach halaman 177 menyebut:

Constructivisme...an approach to learning in which learners are provided the opportunity to construct their
own sense of what is being learned by building internal or relationship among the ideas and fact being taught.
Petikan ini dapat difahami sebagai pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina
kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang sedang diajar
atau dipelajari.

Daripada aktiviti ini kami akan dapat menilai sejauhnya mana tahap kreativiti yang dimiliki oleh kanak-kanak prasekolah
yang kami pilih. Guru pula hanya akan bertindak sebagai fasilitator dan hanya akan memberikan sedikit bantuan jika
diperlukan. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan
membimbing murid supaya murid berfikir dan bertindak balas memberi jawapan. Ciri kepimpinanan guru
bersifat demokratik dalam strategi ini. Murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Keadaan ini
menggalakkan murid untuk sentiasa aktif dalam pembelajaran.

Sebenarnya sebab utama kami memilih untuk memberikan kuasa penuh kepada murid untuk melakukan aktiviti adalah
kerana strategi ini didapati lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep dan
sikap yang positif, menggalakkan motivasi, mengembangkan penyuburan diri dan menggalakkan kemahiran sosial
berkumpulan.

Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluang membuat penyampaian dan
bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan
mewujudkan suasana kerjasama dikalangan murid. Selain itu, pembelajaran berpusatkan murid mewujudkan
pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat murid serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang kepada murid untuk belajar secara individu, kumpulan dan
kelas serta melibatkan mereka dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan
kelemahan mereka sendiri.

Penutup

Untuk sesi penutup aktiviti yang kami pilih adalah meminta murid untuk memceritakan Mini House yang telah
mereka hasilkan. Cara ini amat baik untuk murid-murid dalam memperkembangkan aspek kognitif, afektif mahupun
psikomotor. Sebagai suatu teknik dalam pembelajaran juga, bercerita memiliki beberapa kelebihan jika dibandingkan
dengan teknik-teknik yang lain. Pertama, melalui penyampaian cerita, guru dapat membina satu suasana yang
menyenangkan dan mengasyikkan. Hal ini demikian kerana cerita merupakan bentuk dari seni sastera yang memiliki
keindahan dan kenikmatan, lebih-lebih lagi jika jalan cerita yang disampaikan mempunyai hubungkait dengan lingkungan
kehidupan murid-murid. Melalui teknik bercerita juga, murid-murid dapat mengenali fakta-fakta alam sekitar mahupun
pengetahuan sosial yang berguna bagi perkembangan kognitif mereka. Terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari oleh
murid-murid dalam satu-satu masa. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, menulis dan
membaca yang berlaku ketika murid-murid mendengar atau bercerita dapat membantu mereka menajamkan lagi
kemahiran-kemahiran yang terlibat. Selesai sesi murid bercerita, kami terus mengajak murid untuk mennyanyi lagu ada
rumah. Ini bertujuan untu mengembalikan semula semangat murid setelah berpenat lelah melaksanakan aktiviti. Di
samping itu, kemahiran linguistik mereka juga dapat ditingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai