Anda di halaman 1dari 74

PENGAJARAN KEMAHIRAN

BAHASA MELAYU
BMM3104
[ KEMAHIRAN MEMBACA ]

MEMBACA
Definisi
i. Merupakan satu proses mengubah simbol-simbol grafik(tulisan)
kepada konsep-konsep intelektual dan memerlukan daya mental.
ii. Menterjemahkan bentuk tulisan kepada suatu bentuk bahasa
yang membolehkan pembaca menimbulkan makna daripada
tulisan.
iii. Kebolehan menterjemah lambang-lambang kepada bunyi bahasa
dan memahami makna yang disampaikan oleh tulisan itu.
iv. Suatu bentuk untuk memahami pola bahasa bertulis.
v. Proses membunyikan huruf-huruf yang dicetak.
Kesimpulan definisi
Proses memindahkan tulisan kepada suara dan memahami
kandungan bacaan.
TUJUAN PENGAJARAN MEMBACA
SEMERTA
LANJUT
TUJUAN SEMERTA
Membolehkan murid membaca dan memahami apa
yang dibaca (boleh membaca dengan cepat, tidak
teragak-agak dan tidak mengambil masa yang lama
untuk menghabiskan bacaan).
Membolehkan murid membaca dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
Membolehkan murid membaca senyap tanpa
gangguan.
Mewujudkan sikap suka dan terus membaca serta
mencari pengertian daripada apa yang dibaca.
Menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat
hiburan, mengisis masa lapang dan menambah
pengetahuan.

TUJUAN LANJUT
Membolehkan murid mendapatkan pengetahuan dan buah
fikiran daripada pelbagai bahan bacaan.
Berfikir dan mengeluarkan buah fikiran dengan cara yang
betul.
Alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah
keluar dari sekolah.
Mendapatkan bahan pemikiran untuk dijadikan panduan
hidup dengan meneladani perkara yang baik dan menjauhi
perkara buruk.
Membetulkan idea-idea yang salah dengan membuat
perbandingan.
Latihan untuk melahirkan idea yang baik.
Merapatkan hubungan dengan masyarakat dan
memudahkan mengikuti perkembangan semasa.
PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN
Soalan.
BERIKAN LIMA PERINGKAT YANG HARUS
DIKETAHUI OLEH GURU APABILA
MENGAJARKAN KEMAHIRAN
MEMBACA.(BMM3104/2009)
Jawapan:
Peringkat kesediaan membaca/menyediakan
murid.
Peringkat mendirikan asas mekanis
Peringkat melatih membaca(prabacaan)
Peringkat melatih membaca untuk ilmu dan
hiburan
Peringkat membina dan memperkukuh sikap
gemar membaca
1.PERINGKAT KESEDIAAN
MURID:TUJUAN
Menimbulkan perasaan dan keinginan murid
untuk meluaskan pengetahuan sedia ada.
Melatih kanak-kanak supaya boleh memerhati
sesuatu dengan baik dan cuba mengecamnya.
Memberi peluang murid merapatkan diri
dengan guru menambahkan keyakinan.
Membina tabiat gemar membaca dan
menghargai apa yang dibaca.
PENENTUAN KESEDIAAN MURID
Soalan:
BAGAIMANAKAH CARANYA KITA
MENENTUKAN MURID-MURID ITU TELAH
BERSEDIA UNTUK MEMBACA?
PENENTUAN KESEDIAAN MURID
JAWAPANNYA: MENYIASAT/TINJAUAN.
Bolehkah murid memahami apa yang diberitahu oleh
guru?
Dapatkah murid melahirkan perasaan dan buah fikiran?
Dapatkah murid melihat dengan baik?
Adakah murid mengenali bentuk-bentuk seperti
garisan, bulatan dsb?
Bolehkan murid mengecam gambar dan warna asas
serta membezakannya?
Tahukah murid memegang alat baca dan tulis?
Bagaimana dengan kesihatannya?
Sudahkah murid bersedia untuk belajar membaca?
Bagaimana dengan latar belakang keluarganya?

KESEDIAAN MEMBACA
Soalan
NYATAKAN 5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KESEDIAAN MEMBACA MURID.
(BMM3104/NOV 09)
KESEDIAAN MEMBACA FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI
JAWAPAN
i. Fizikal
ii. Pengalaman dan persekitaran
iii. Emosi dan motivasi
iv. Kecerdasan dan perkembangan kognitif
v. Minat
vi. kesihatan

2.MENDIRIKAN ASAS MEKANIS
Memilih, mengawal, menyusun dengan baik bahan
yang hendak digunakan.
Memulakan bacaan dengan perkataan, frasa dan ayat
yang mudah kepada yang kompleks.
Bahan bantu yang sesuai untuk menarik minat murid.
Isi pengajaran hendaklah berkait rapat dengan
pengalaman dan pengalaman murid.
Gunakan gambar atau warna yang menarik hati untuk
memberi dorongan.
Memberi galakan dan bimbangan supaya tidak
mematikan semangat murid untuk terus membaca.
Fikirkan kaedah dan teknik belajar yang sesuai.
3. MELATIH MEMBACA
Memulakan membaca setelah murid dapat membaca ayat-
ayat ringkas dan mengecam perkataan, suku kata dan
huruf.
Banyakkan soalan yang munasabah untuk menguji
kefahaman murid selepas membaca.
Beri peluang murid membaca dan memahami bahan
bacaan tambahan (mata pelajaran lain/laras yang berbeza)
Gunakan teknik penyoalan yang membina.
Aktiviti bacaan intensif (memperkembangkan kebolehan
meneliti, memahami dan mentafsir apa yang dibaca) dan
ekstensif (aktiviti bacaan luar kelas yang menekankan
pengukuhan asas bacaan, menambahkan kemahiran
memaham, menaakul isi dan memetik isi penting)
digunakan untuk memahirkan murid.
4. MEMBACA UNTUK
ILMU DAN HIBURAN
Menyediakan pelbagai bahan bacaan
tambahan seperti buku cerita yang sesuai
dengan tahap umur.
Contohnya cerita bergambar, cerita binatang,
cerita jenaka, cerita rekaan.
Bahan bacaan ini jangan terlalu panjang dan
susah difahami.

5.MEMBINA DAN MEMPERKUKUH
SIKAP GEMAR MEMBACA
Soalan;
NYATAKAN LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH
DILAKUKAN OLEH SEORANG GURU UNTUK
MEMBINA SIKAP SUKA MEMBACA DALAM
KALANGAN MURID-MURID.
JAWAPAN
Pemilihan buku-buku bacaan yang sesuai.
Kaedah pengajaran yang menarik/ bercerita.
Pertandingan
Menyediakan sudut bacaan yang kondusif.
TEKNIK BACAAN
Mekanis
Mentalis
Intensif
Ekstensif
Skimming
Scanning
MEKANIS
Bacaan kuat.
Mementingkan sebutan huruf dan bunyi yang
betul.
Membaca mengikut intonasi, nada dan
tekanan yang betul.
Bahan bacaan yang digunakan terdiri daripada
bahan yang mudah difahami dan tidak
membebankan fikiran.
TUJUAN BACAAN MEKANIS
Membolehkan murid membaca dengan cekap
dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan jelas.
Membolehkan murid-murid membaca dengan
irama membaca yang betul.
Membolehkan murid tahu menggunakan tanda
baca.
Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam
mata pelajaran lain.
Membolehkan murid mencapai kemahiran dan
kecekapan membaca bersuara.
Kepentingan
Mengesan kelemahan murid.
Aktiviti berpusatkan murid.
Murid dapat menguasai pelbagai gaya/laras
bahasa.
Melatih asas komunikasi
MEKANIS - PELAKSANAAN
Memberikan petikan untuk murid membaca dalam
tempoh masa yang ditetapkan.
Bersoal jawab dan membantu murid membaca
perkataan atau frasa yang susah dari segi sebutan.
Guru membaca dan murid menyemak bacaan guru.
Guru membaca dan murid mengikut secara kumpulan
dan kelas.
Memandu murid membaca secara individu secara
bergilir-gilir.
Berbincang dan bersoal jawab dengan murid berkaitan
isi bacaan untuk mengesan kefahaman.

MENTALIS
Bacaan akaliah atau bacaan senyap.
Menekankan aspek kefahaman.
Tidak menekankan aspek sebutan, intonasi,
nada dan tekanan suara.
MENTALIS - TUJUAN
Melatih murid supaya boleh membaca dengan
sendiri.
Melatih murid memahami apa yang dibaca.
Melatih murid membaca senyap dan pantas.
Menggunakan kemahiran bacaan senyap
untuk mendapatkan maklumat dan
pengetahuan.
Menggunakan kemahiran bacaan senyap
untuk hiburan.

MENTALIS - PELAKSANAAN
Bahan bermula daripada yang mudah konkrit
kepada abstrak, mudah kepada susah.
Guru menentukan bahan bacaan murid.
Guru membimbing murid yang lemah.
Bersoal jawab dan berbincang perkataan dan
frasa yang susah.
Menghadkan tempoh masa membaca.
Menjalankan latihan kefahaman.
Membantu kesalahan semasa murid
mengemukakan isi bacaan.
INTENSIF
Bertujuan memperkembang kebolehan dalam
meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja
yang dibaca dengan tepat.
Memberi penekanan kepada ciri-ciri
tatabahasa, pembentukan dan penggunaan
perkataan serta penggunaan bahasa dalam
konteks yang berbeza/laras bahasa.

Tujuan
Membolehkan murid membaca dengan baik.
Mengembang kebolehan mentafsir apa yang
dibaca.
Mengulas isi bahan bacaan
Menghayati apa yang dibaca.
Boleh membuat rumusan apa yang dibaca.
KONSEP BACAAN INTENSIF
Satu kegiatan membaca yang dikait dengan
usaha melanjutkan perkembangan
pembelajaran bahasa murid.
Peranan guru mengembangkan
perbendaharaan kata murid.
Penekanan kepada kajian aspek tatabahasa
yang tidak difahami oleh murid.
Mengembangkan penggunaan bahasa yang
betul dalam pertuturan dan tulisan.
EKSTENSIF
Kegiatan membaca di luar kelas sendirian
tanpa bimbingan guru.
Bertujuan mengukuhkan asas bacaan,
menambah kemahiran memahami dan
menaakul isi bacaan.
Bertujuan meningkatkan kepantasan
membaca, membina dan mengukuhkan minat
membaca.

EKSTENSIF - KONSEP
Kegiatan membaca di luar kelas.
Guru tidak membimbing murid.
Bahan bacaan luas merangkumi pelbagai
aspek tetapi perlu sesuai dengan minat, umur,
jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita.
Bahan bacaan berbeza dari segi bahasa, laras.
Murid mendapat kepuasan, seronok dan
terhibur dengan apa yang dibaca.
Jenis
Membaca tinjauan
Membaca sekilas
Membaca dangkal
EKSTENSIF - TUJUAN
Membolehkan murid membaca dengan cara
tersendiri tanpa bimbingan secara langsung.
Membolehkan murid membaca dengan fasih.
Membolehkan murid mendapat pengetahuan di
samping hiburan.
Memperkayakan perbendaharaan kata murid.
Membina daya kreatif murid.
Menambahkan minat membaca.
Meningkatkan tahap penguasaan bahasa.
Mendedahkan murid kepada pelbagai laras
bahasa.
Membina daya fikir dan membentuk sikap baik.

SOALAN TUTORIAL
DALAM KUMPULAN BERTIGA;
JELASKAN APAKAH JENIS BACAAN YANG
SESUAI DENGAN MURID TAHAP 1 DI SEKOLAH
RENDAH DAN MENGAPA?

BENTANGKAN JAWAPAN ANDA.
SKIMMING
Membaca secara sekilas pandang.
Mata bergerak dengan cepat, melihat bahan
bertulis untuk mendapatkan maklumat
dengan semerta.
Tujuan untuk mendapatkan kesan umum
daripada sesebuah teks yang dibaca.
Mencari hal-hal yang melibatkan fakta dan
informasi tertentu.



Kebaikannya, seseorang itu akan mendapat
banyak maklumat dan fakta dalam satu jangka
masa yang singkat.
Pembaca meneliti halaman judul, kata
pengantar, daftar isi, gambar dan diagram,
indeks dan sebagainya.
Pembaca mendapatkan pandangan yang baik
tentang organisasi teks tersebut.

Skimming ialah membaca cara pantas sesuatu
bahan dengan tujuan memahami idea utama
atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam
kata lain, membaca cara skimming bertujuan
mendapatkan gambaran keseluruhan tentang
sesuatu bahan yang dibaca.
Teknik skimming ini sesuai digunakan untuk
pembacaan bahan yang ringkas seperti
sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang
lebih panjang seperti buku, jurnal dan
majalah.
9/18/2014 na/kemahiran belajar 37
9/18/2014 na/kemahiran belajar 38
Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita
hanya memberi perhatian kepada idea
penting setiap perenggan untuk
mendapatkan fahaman umum. Idea-idea
khusus sengaja diabaikan. Dalam
pembacaan sesebuah buku pula, fokus kita
diberikan kepada bahagian tertentu di
dalam buku seperti pengenalan, prakata, isi
kandungan, tajuk utama, rumusan pada
akhir bab dan rujukan indeks untuk
mendapatkan gambaran umum tentang
buku yang dibaca.
SCANNING
Membaca secara sepintas lalu..
Disebut juga sebagai bacaan tinjauan.
Tujuan untuk mendapatkan maklumat awal
dan gambaran keseluruhan tentang teks
sebelum menjadi pilihan untuk dibaca.

pembaca meneliti bahagian-bahagian buku.
Pembaca meneliti indeks, daftar kata, judul,
bab, rangka kasar buku, bibliografi.,
kandungan, prakata, pendahuluan, sinopsis,
abstrak dan sebagainya.
9/18/2014 na/kemahiran belajar 41
Scanning ialah pembacaan cepat untuk
mendapatkan maklumat yang khusus untuk
mendapatkan gambaran keseluruhan
sesuatu bahan yang dibaca. Pembacaan
cara ini boleh melangkau bahagian-
bahagian tertentu yang difikirkan kurang
penting. Ketika kita membaca, kita akan
menggerakkan mata kita dari atas ke
bawah dengan pantas muka surat yang
ingin dibaca sambil memberi tumpuan
kepada maklumat yang dicari.

9/18/2014 na/kemahiran belajar 42
Oleh yang demikian, pembacaan cara
scanning adalah lebih cepat daripada
pembacaan secara skimming.
Dalam konteks pembelajaran, skimming
dan scanning boleh digunakan bersama.
Biasanya kita boleh membaca cara
skimming untuk menentukan kesesuaian
sesuatu bahan bacaan. Jika bahan
berkenaan sesuai, kita boleh gunakan
scanning untuk mendapatkan maklumat
khusus yang dicari.

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

PENDEKATAN BINAAN
Juga dikenali sebagai pendekatan sintesis.
Langkah pengajaran:
i. perkenalkan huruf
ii. perkenalkan suku kata
iii. perkenalkan perkataan
iv. perkenalkan rangkai kata
v. perkenalkan ayat
Pendekatan ini menggunakan kaedah abjad
dan bunyi.
PENDEKATAN CERAKINAN
Dikenali juga sebagai kaedah analisis.
Berlawanan dengan binaan.
Langkah pengajaran:
i. perkenalkan ayat
ii. perkenalkan rangkai kata
iii. perkenalkan perkataan
iv. perkenalkan suku kata
v. perkenalkan huruf.
Pendekatan ini menggunakan kaedah
pandang sebut.
KAEDAH PENGAJARAN BACAAN
Kaedah pandang sebut
Kaedah abjad
Kaedah fonik
KAEDAH PANDANG SEBUT;PROSES
asahlah akalmu
imbau kembali
tentu kau masih ingat
bukannya lama masa beredar
sedangkan alam persekolahanmu yang lampau
masih jelas dalam ingatan.

KEKUATAN
SOALAN;
JELASKAN 5 KELEBIHAN PENGGUNAAN KAEDAH
PANDANG DAN SEBUT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
(PISMP NOV 09)
sesuai dengan kehendak jiwa kanak-kanak kerana
mereka mempelajari sesuatu secara keseluruhan.
menarik minat mereka.
sesuai dengan naluri semulajadi mempelajari
secara keseluruhan kepada bahagian.
mementingkan makna
melatih membaca dengan sebutan dan intonasi
yang betul
pengajaran yang realistik kerana memudahkan
murid-murid mengingat.
soalan ..LAGI
CADANGKAN LIMA LANGKAH PELAKSANAAN
BAGI MENGAPLIKASIKAN P&P BAHASA
MELAYU MELALUI KAEDAH INI.
mengecam dan mengenal perkataan secara
keseluruhan.
menyebut perkataan secara terus tanpa
mengeja.
peringkat permulaan, murid menyebut
berpandukan gambar.
menyebut terus ayat yang diberi dalam
mempelajari asas membina ayat.
membanyakkan pengulangan/latih tubi.
KELEMAHAN
bacaan murid adalah terhad kepada apa yang
diajar.
tidak membolehkan murid mengenal huruf
secara formal
murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang
membolehkan mereka membaca sendiri.
lambat tercapai kemahiran dan kecekapan
membaca.
KAEDAH ABJAD;PROSES
andaikata terlupa
kerana dirimu alpa
tanyalah pada jauhari
pasti kau ketemu jawabnya

KEKUATAN
sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana
bahasa Melayu mempunyai suku kata yang
tetap bunyinya.
membolehkan murid-murid membaca
perkataan baru walaupun belum
mempelajarinya kerana sudah kenal abjad dan
bunyinya.
memberi asas dan binaan yang kukuh dalam
membaca.
memberi keyakinan kepada murid-murid.
KELEMAHAN
murid membaca lancar tanpa memahami apa
yang dibaca. mementingkan sebutan dan
kelancaran.
terbawa-bawa tabiat membaca sambil
mengeja.
tidak sesuai dengan jiwa murid-murid yang
belajar secara keseluruhan.
membosankan.
KAEDAH FONIK;PROSES
kata pujangga
P elupa itu kerana diri kita adalah nisya
E nggan mengaku sikap lemah dan kekurangan
dalam diri
L alu carilah guru yang mampu memimpinmu
U ntuk kembali kepada fitrah kehidupan
P asti kita insaf dan pasrah asal kita
A gar kekurangan dalam diri kita perbaiki.
KEKUATAN
sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana
bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang
tetap bunyinya.
membolehkan murid-murid membaca
perkataan baharu walaupun perkataan itu di
luar perbendaharaan kata mereka.
KELEMAHAN
bacaan murid-murid tidak lancar kerana
perhatian mereka kepada suku-suku kata satu
lepas satu.
tidak menarik hati kerana suku kata yang
diajar tidak mempunyai makna yang nyata
kepada kita.
TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN
MEMBACA
SQ3R
3R
KWLH
DR-TA
1. SQ3R
Tujuan adalah untuk menguji pemahaman
murid berdasarkan bahan atau teks yang
dibaca.
SQ3R ialah singkatan:
S Survey (tinjau)
Q Question (tanya/soal)
R Read (baca)
R Recite (imbas kembali)
R Review (baca semula)
SURVEY
murid membaca secara pantas untuk
mendapat gambaran awal.
memahami mengikut kefahaman sendiri
kandungan yang dibaca.
bacaan difokuskan kepada bahan/teks, tajuk
umum, sub tajuk, gambar, simbol, grafik.
menggunakan teknik skimming dan scanning.
QUESTION
murid menyenaraikan beberapa soalan
daripada teks.Soalan adalah daripada apa
yang ingin diketahui oleh murid.
soalan juga berupa penyenaraian siri soalan
berkaitan tugas.
soalan juga berupa panduan kepada jawapan.
dalam masa sama, murid mencari jawapan
sendiri dengan membuat ramalan.
READ
Murid membaca secara serius dan memberi
tumpuan kepada teks yang dibaca.
dalam masa sama mencari jawapan kepada
soalan yang disenaraikan.
murid menyenaraikan soalan tambahan.
murid menaakul maklumat dalam teks.
murid boleh bertukar fikiran sama ada
menerima atau tidak maklumat yang dibaca.
RECITE
murid dikehendaki ingat kembali maklumat
yang terdapat dalam teks.
menyenaraikan maklumat yang berkaitan
dengan soalan dan dapat menjawab soalan.
murid boleh memberikan jawapan kepada
soalan asal sebelum merujuk kepada teks.
buat perbandingan dengan ketepatan
jawapan.
REVIEW
murid membaca semula soalan dan jawapan
yang ditulis.
peringkat ini adalah pengesahan kepada
jawapan yang ada pada peringkat recite.
pastikan murid menjawab berdasarkan fakta
dan maklumat dalam teks.
MELALUI PROSES SQ3R INI, MURID
MEMPEROLEH MAKLUMAT YANG CEPAT,
TEPAT DAN DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH
DENGAN BERKESAN.
2. Teknik Membaca KWLH
K (Know)
W (What)

L (Learned)

H (How)
Apa yang diketahui
Apa yang hendak diketahui

Apa yang akan dipelajari
selepas pembacaan
Bagaimana hendak
mendapatkan maklumat
tambahan
9/18/2014 na/kemahiran belajar 66
Langkah menggunakan KWLH
Kenalpasti bahan yang hendak dibaca
Sediakan jadual
Catatkan perkara-perkara yang telah anda ketahui
di ruang K
Catatkan soalan-soalan tentang apa yang ingin
anda ketahui di ruang W
Baca petikan/bahan dengan telitu. Cari jawapan
kepada soalan-soalan di atas di ruang L
Semak kembali. Jika tidak lengkap tulis di H
9/18/2014 na/kemahiran belajar 67
Jadual KWLH
K W L H
9/18/2014 na/kemahiran belajar 68
Jadual KWLH
K W L H
1. Logamaya
terjadi di
padang pasir
2. Kelihatan
seperti air
3. Pengembara
terperdaya
1. Bagaimana
berlaku?
2. Mengapa
berlaku?
3. Siapa yang mula
menghuraikannya
?
4. Apakah kesannya
kepada mata?
1. Logamaya
terjadi kerana
biasan .
2. Pertemuan
udara panas
dan udara sejuk

3. Saintis
Perancis
Gaspard
Monge 1798
4.
Soalan 4 tidak
dapat dijawan
perlu semak di
internet ..
9/18/2014 na/kemahiran belajar 69
contoh penerapan proses KWLH
1. KNOW
- murid dikehendaki mencatat maklumat yang
sudah diketahui berdasarkan tajuk atau
perkara yang dibincangkan.
2. WHAT
- murid dikehendaki mencatat maklumat yang
ingin diketahui lebih lanjut berdasarkan tajuk
yang dibaca.
3. LEARNED
- murid dikehendaki mencatat isi penting yang
diperoleh daripada bacaan berdasarkan tajuk.
- murid menjawab soalan yang dibina sendiri.
4. HOW
- murid mencatat bagaimana, bila dan di mana
untuk mendapatkan maklumat yang belum
lengkap.
- murid memberi cadangan sumber rujukan lain.
Teknik membaca kritis yang lain:
EVOKER (Explore, Vocabolary, Oral Reading,
Key ideas, Evaluation, Recaptulation)
SQRQCQ (Survey, Question, Read, Question,
Compute, Question)
REAP (Read, Encode, Annotate, Ponder)
PANORAMA (Purpose, Adapting reading rate,
Need to pose question, Overview, Read &
relate, Annotate, Memorise, Assess)
9/18/2014 na/kemahiran belajar 72
SOALAN TUTORIAL
Dalam Kumpulan bertiga;
Huraikan secara terperinci teknik DT-RA dalam
pengajaran membaca.
Jawapan yang diberikan mesti mengandungi
tujuan dan langkah pelaksanaan.
* kena hantar seminggu selepas kuliah ini.
P & P MEMBACA
PERANCANGAN AKTIVITI
PEMILIHAN DAN PEMBINAAN BAHAN
PENILAIAN

Anda mungkin juga menyukai