Anda di halaman 1dari 24

1.

PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana

dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan. Saya juga ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya atas segala sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan kepada saya selama ini. Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah kursus ini, Dr. Siti Hajar Abdul Aziz untuk segala bantuan dan bimbingan yang telah beliau berikan untuk menjadikan hasil tugasan ini lebih baik daripada sebelumnya. Beliau tidak jemu memberikan saya panduan dan nasihat untuk berusaha dengan lebih gigih dalam menghasilkan tugasan yang berkualiti. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan

seperjuangan yang telah banyak membantu terutamanya dalam berkongsi idea dalam penghasilan tugasan ini. Sesungguhnya tanpa bantuan kalian maka tugasan ini tidaklah sempurna seperti mana hari ini. Tajuk 'Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca' ini banyak memberikan saya ilmu-ilmu baru terutamanya berkaitan langkah berkesan untuk mengajar kemahiran membaca. Teknik seperti SQ3R, KWLH dan lain-lain amatlah menarik untuk diterokai dan sangat membantu guru bahasa Melayu untuk mengajar kemahiran membaca di dalam bilik darjah. Saya berharap dengan penghasilan tugasan ini, saya dapat membantu diri saya dan bakal-bakal guru yang lain untuk menjadi bersedia untuk melangkah ke alam perguruan kelak. Sekian.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA 2.0 Pengenalan

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada kemahiran bahasa selain kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran menulis. Menurut Lado (1964) seperti yang dinyatakan Zulkifley Hamid "membaca itu bermaksud mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya". Atan Long (1978) pula menjelaskan membaca sebagai "kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambanglambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu". Steinberg (1982) pula telah mendefinisikan membaca sebagai, "satu bentuk komunikasi dan tujuannya ialah menerima maklumat melalui bentuk-bentuk tertulis". Melalui tafsiran beberapa tokoh di atas, saya dapat merumuskan kemahiran membaca ialah satu proses mengenal lambang tulisan, menterjemah dan seterusnya memahami makna bentuk tulisan tersebut. Kemahiran membaca dan kemahiran memahami saling melengkapi di mana murid haruslah memahami apa yang dibacanya dan tidak hanya mampu mengulang apa yang dituturkan oleh orang lain. Kemahiran ini juga sangat penting untuk muridmurid pada peringkat awal perkembangan mereka kerana ia akan menjadi asas kepada murid untuk menguasai bidang-bidang ilmu yang lain. Membaca merupakan gabungan beberapa proses yang kompleks iaitu proses mengamati, mengingati, mendengar dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas. Murid juga perlu dapat menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyibunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang

dibacanya itu kepada sistem kognitif untuk diterjemahkan dan difahami. Teknik dikaitkan dengan perkara-perkara khusus dalam sesuatu kaedah. Kepelbagaian teknik adalah penting dalam pengajaran bahasa untuk memastikan murid kreatif dan inovatif menaakul isi-isi pelajaran apatah bagi sesuatu kemahiran yang kompleks seperti kemahiran membaca ini. Dalam merancang Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk kemahiran membaca, guru hendaklah bijak menggunakan
2

teknik pengajaran agar dapat menarik minat serta meningkatkan inkuiri murid. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid, justeru dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir kritis dan kreatif. Bagi kemahiran membaca, antara teknik pengajaran yang sering digalakkan ialah teknik Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R), Read, Review, Recite (3R), Know, What, Learn, How (KWLH), Lingkaran Soalan, Tatacerita, Bimbingan Menjangka dan Teater Pembaca. Teknik-teknik ini telah terbukti dalam membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah terutamanya dalam membantu murid menguasai kemahiran membaca.

3.0

Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R) Proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika ia lebih bermakna dan

mempunyai kaitan dengan hidup kita. Ini juga telah terbukti melalui pengalaman saya sendiri di mana saya akan mudah mengingati sesuatu jika adanya minat dan rasa ingin tahu dalam sesuatu mata pelajaran yang dipelajari. Teknik ini telah diperkenalkan oleh Francis Pleasant Robinson pada tahun 1946 di dalam bukunya yang bertajuk 'Effective Study'. SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.Secara amnya, SQ3R merupakan singkatan kepada Survey (S) - tinjau, Question (Q) - soal atau tanya, Read (R) - baca, Recite (R) - imbas kembali atau nyatakan secara lisan dan Review (R) - baca semula. Survey (tinjau) bermaksud murid membaca secara pantas dan menyeluruh untuk mendapat gambaran awal tentang bahan bacaan mengikut apa yang difahami mereka. Dalam proses ini murid akan menfokuskan kepada tajuk-tajuk utama, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar, ilustrasi, lakaran grafik serta perenggan pendahuluan dan perenggan terakhir dalam teks. Murid juga turut digalakkan untuk menggunakan teknik scanning dan skimming. Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan murid

menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Murid akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Murid boleh membina soalan berdasarkan
4

prinsip 5W1H iaitu What (apa), Where (di mana), When (bila), Why (kenapa), Who (siapa) dan How (bagaimana). Dengan pertanyaan ini pelajar akan tertumpu kepada mencari jawapan bagi soalan-soalan yang dibina dan seterusnya memahami secara mendalam bahan bacaan yang diberikan. Read (baca) pula ialah peringkat di mana murid sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, murid mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan

perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Murid mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang

ditemuinya.Selain itu, dengan membaca teks dengan teliti, murid dapat menggunakan kemahiran ramalan yang memerlukan murid cuba menjangka isi seterusnya melalui maklumat yang diperolehi. Recite (imbas kembali) ialah proses yang ketiga dalam teknik SQ3R. Setelah selesai membaca, murid cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Murid boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Murid-murid juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan masing-masing. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Murid membaca bahagianbahagian buku atau teks secara terpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Murid juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal. Ini adalah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada peringkat recite (menyebut/mengulang). Murid-murid perlu memastikan bahawa semua bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Teknik SQ3R sangat sesuai digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar

bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar. Teknik ini membolehkan pelajar


5

membaca secara kritis dan kreatif seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Bukan itu sahaja, murid boleh meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada

murid. Guru juga akan menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui disamping mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahui lagi . Contoh pengaplikasian SQ3R

Muafakat Membawa Berkat Di sebuah hutan di hujung kampung, terdapat sekumpulan semut yang diketuai oleh Ratu Semut. Mereka sangat ringan tulang dan suka mencari makanan sebagai bekalan ketika kesusahan. Ketika sedang rancak mereka mencari makanan, tiba tiba datang Pak Belalang yang sangat kejam mengganggu mereka . Pak Belalang yang berat tulang itu ternampak bekalan makanan yang dibawa oleh kumpulan semut tersebut lalu merampasnya tanpa hati perut. Ratu Semut telah naik darah atas perbuatan Pak Belalang. Setelah berbincang, kumpulan semut bulat hati untuk memberi pengajaran kepada Pak Belalang. Mereka bersepakat membina benteng di gudang makanan dan meletakkan replika semut gergasi. Ketika Pak Belalang yang panjang tangan itu datang untuk mencuri makanan, alangkah terperanjat apabila ternampak seekor semut gergasi sedang

memerhatikannya. Dia menyangka bahawa Ratu Semut sedang melihatnya. Pak Belalang berasa amat takut dan sejak dari itu, dia tidak lagi berani mencuri makanan semut.

Survey - Murid mencari idea utama keseluruhan teks bacaan iaitu sekumpulan semut yang bersatu hati. Question - Apakah sifat semut tersebut ? Siapakah yang suka mengganggu semut ? Kenapakah Pak Belalang takut ? Read - Murid membaca petikan dan cuba mendapatkan jawapan kepada soalan yang dibina. Recite - Murid mengimbas kembali maklumat yang dibaca tanpa merujuk teks bacaan. Review - Murid membaca semula teks untuk

4.0

Read, Recite, Review (3R) Teknik Read-baca, Recite-imbas semula atau nyatakan secara lisan, Review-

baca semula (3R) merupakan hasil simplifikasi daripada konsep SQ3R yang diperkenalkan oleh Francis Robinson. Secara umumnya, teknik ini menekankan pembelajaran kendiri dimana murid membaca teks, mengimbas semula dan membaca sekali lagi teks tersebut untuk mendapatkan isi-isi penting yang diinginkan. 3R juga telah terbukti berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid dalam membaca teks yang diberikan kepada mereka. Menurut Mark McDaniel, Daniel Howard dan Gilles Einstein melalui kajian yang bertajuk "The Read-Recite-Review Study Strategy : Effective and Portable", responden menunjukkan peningkatan dari aspek menjawab soalan ujian, membuat inferens,dan mengingat semula maklumat. Hasil kajian ini turut membuktikan teknik 3R memberikan lebih banyak kesan positif kepada responden berbanding teknik mengambil nota, dan membaca semula. Dalam konteks pembelajaran kemahiran membaca pula, teknik ini sangat bersesuaian untuk membantu murid meningkatkan penguasaan pembacaan dan pemahaman terhadap teks bacaan. Sebagai contoh, seorang guru Bahasa Melayu akan memberikan satu teks bacaan kepada murid. Murid akan membaca pada kali pertama untuk mendapatkan gambaran keseluruhan teks tersebut dan seterusnya mengeluarkan isi-isi utama yang berkaitan dengan soalan yang diberi. Melalui proses ini, murid dapat melancarkan pembacaan mereka dengan membaca teks dengan berulang kali. Di samping itu, murid akan memahami teks bacaan dengan lebih mendalam dan dapat menaakul maklumat dengan lebih baik. 5.0 Know, Want, Learn, How (KWLH) Teknik pembacaan ini telah diperkenalkan oleh Donna Ogle pada tahun 1986. Teknik ini amat sesuai digunakan untuk mengingat semula isi-isi pelajaran yang telah diketahui oleh murid dan membuat perkaitan dengan pengajaran yang ingin dijalankan. KWLH bermaksud Know (Apa yang diketahui), Want (Apa yang hendak diketahui), Learn (Apa yang telah dipelajari), How (Apa yang ingin diketahui). KWLH bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber setelah
8

tamat proses P&P bersama guru. Dengan ini murid akan dilatih untuk membaca sesuatu bahan bacaan dengan kritis dan ekstensif. Dalam peringkat Know, murid akan mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan. Murid perlu mengingat semula maklumat yang telah mereka pelajari sama ada melalui P&P sebelum ini ataupun apaapa sahaja maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran pada hari ini. Ini akan mengaktifkan pemikiran kognitif selain memudahkan murid untuk membuat rumusan perhubungan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang bakal dipelajari. Pada peringkat Want pula, murid-murid perlu mencatat maklumat yang ingin mereka ketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca. Murid dikehendaki membina soalan berkenaan tajuk yang dipelajari untuk mengenal pasti ciriciri, sebab atau faktor dan isi-isi utama lain yang mungkin berkaitan dengan teks bacaan tersebut. Proses ini juga dapat meningkatkan minat murid terhadap teks bacaan yang disediakan disamping dapat melatih murid berfikir secara kreatif dan kritis. Peringkat yang seterusnya ialah Learn. Murid akan dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri. Murid akan mendapat input-input baru daripada bahan bacaan yang diberikan. Peringkat How pula ialah murid dikehendaki mencari maklumat baru yang berkaitan dengan isi pelajaran untuk meluaskan pengetahuan mereka terhadap sesuatu topik.Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain. Teknik KWLH menggunakan kaedah pengurusan grafik atau graphic organiser (GO) yang dapat membantu murid menyusun maklumat yang diperolehi dan memudahkan kemahiran berfikir dan kemahiran penyelesaian masalah murid. Murid akan mengisi jadual spesifikasi KWLH berdasarkan teks bacaan yang diberi. Berikut adalah contoh jadual KWLH yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah. Untuk
9

menggunakan jadual teknik KWLH, murid akan mengisikan maklumat dalam ruanganruangan mengikut abjad tertentu. Murid perlulah mengenal pasti terlebih dahulu tajuk bahan bacaan yang akan dibaca dan menulis perkara-perkara yang telah diketahui di ruangan K. Kemudian, murid akan mencatatkan soalan tentang apa yang ingin mereka ketahui dalam ruangan W. Seterusnya, murid akan mencatat maklumat-maklumat yang mereka dapat daripada teks bacaan di ruangan L. Bagi soalan yang jawapannya tiada di dalam teks, murid akan mencatat di ruangan H untuk mendapatkan maklumat daripada sumber lain.

K-know Apa yang sudah diketahui (dalam ruangan ini) Pelajar dikehendaki mencatat perkara/ maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk/ perkara yang hendak dibincangkan

W-want Apa yang hendak diketahui (dalam ruangan ini) Pelajar dikehendaki mencatat perkara/ maklumat yang ingin diketahui lebih lanjut berdasarkan tajuk/ perkara yang dibaca. Catatan berdasarkan soalan.

L-learned Apa yang telah diperoleh/dipelajari (dalam ruangan ini) Pelajar dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bacaan yang dibaca berdasarkan tajuk/ teks yang diberi. Pelajar menjawab soalan yang dibina

H-how Apa lagi maklumat tambahan yang diperlukan (dalam ruangan ini) Pelajar dikehendaki mencatat bagaimana, bila, dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks/bahan yang diberi. Pelajar boleh membuat cadangan untuk merujuk sumber lain.

Teknik KWLH merupakan antara teknik pengajaran yang paling mudah digunakan dan fleksibel terutamanya bagi guru bahasa. Guru hanya perlu meminta murid menyediakan jadual mudah dan murid dapat mengenal pasti isi-isi pelajaran yang terdapat di dalam teks dengan mudah. Murid juga akan dapat melancarkan pembacaan mereka dan meningkatkan pemahaman teks bacaan dengan lebih mudah. Dengan mengaplikasikan teknik ini, guru akan mengaktifkan pengetahuan sedia murid ada berkaitan topik yang ingin dipelajari
10

dan

menggalakkan

proses

inkuiri

penemuan,pembacaan secara aktif dan kemahiran menyelesaikan masalah. Tidak kurang pentingnya juga, teknik KWLH boleh menjadi kayu ukur pemahaman murid berkaitan unit-unit pelajaran sebelum ini.

6.0

Lingkaran Soalan Teknik lingkaran soalan yang sesuai digunakan oleh guru berupaya

memantapkan penguasaan kemahiran membaca dalam diri murid-murid. Lingkaran soalan yang digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca sewajarnya dijalankan berdasarkan pendekatan yang sesuai. Teknik ini mula diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan di Malaysia oleh William W.Wilen pada 1994. Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus iaitu Perkara (P), Individu (I) dan Luar Individu (LI). Skop yang pertama iaitu Perkara (P) dalam konteks pembelajaran Bahasa Melayu misalnya, merujuk kepada sama ada tema, tajuk, idea, isu, peristiwa atau teks yang dipelajari. Contohnya bagi tajuk Buah-buahan Tempatan, soalan yang dikemukakan hendaklah ditumpukan kepada tajuk atau teks bacaan secara langsung. Contoh lingkaran soalan : Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim. Mengapakah durian digelar raja segala buah?

Bagi skop Individu (I) pula merujuk kepada orang atau murid yang terlibat sebagai pembaca teks atau orang yang dikehendaki menjawab soalan berkenaan. Oleh itu soalan yang dikemukakan hendaklah dikaitkan dengan pengalaman, pengetahuan, pemerhatian atau pandangan pelajar. Dengan cara ini guru dapat meninjau sejauh manakah perkara yang sedang dibincangkan itu dapat dikaitkan oleh individu (murid) dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada.

11

Contoh lingkaran soalan : Adakah anda suka makan buah-buahan tempatan? Pada pendapat anda, apakah buah-buahan yang mempunyai potensi untuk dieksport secara besar-besaran?

Luar individu (LI) merujuk kepada skop di luar individu (murid) seperti masyarakat, komuniti, manusia sejagat, kawasan, daerah, negeri dan luar negara yang sesuai dengan peringkat pelajar. Dalam hubungan ini guru hendaklah mengemukakan soalan yang terdapat di luar daripada skop individu yang sedang dibincangkan tetapi masih berkisar pada Tajuk atau tema yang sama, iaitu Buah-Buahan Tempatan. Contoh lingkaran soalan : Senaraikan buah-buahan luar negara yang terdapat di dalam pasaran? Mengapakah negara Australia banyak mengeksport buah-buahan?

Ternyata soalan-soalan di atas dibina berdasarkan skop lingkaran yang berbeza. Untuk mempelbagaikan lagi aras penyoalan, guru bolehlah menggunakan aras keupayaan kognitif Bloom bagi setiap lingkaran. Bagi mempertingkatkan kemahiran berfikir murid, setiap lingkaran tersebut dapat digabungkan dengan lingkaran yang lain sehingga menjadi dua atau tiga lingkaran. Kombinasi tiga skop ini akan menjanakan lebih soalan yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir .

12

Rajah Lingkaran Soalan

Contoh lingkaran soalan gabungan : Harga buah-buahan tempatan semakin mahal (P). Apakah komen anda (I)? Apakah beza buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar negara (LI) ? Pada pendapat anda (I), bagaimanakah industri buah-buahan tempatan dapat dimajukan (LI)? Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P)daripada buah-buahan negara Barat (LI). Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini (I)? Beri alasan anda. Tatacerita Tatacerita ialah teknik pengajaran kemahiran membaca dengan cara

7.0

memecahkan petikan yang dibaca kepada beberapa perenggan atau bahagian kecil. Setiap bahagian atau perenggan ini disusun seperti kedudukannya dalam petikan tersebut, dan pelajar diminta membaca dan memahamkan isi kandungan petikan. Untuk tujuan tersebut, guru boleh menyediakan soalan-soalan untuk setiap perenggan supaya pelajar terfokus untuk memahami perenggan yang dibaca. Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
13

Melalui teknik bercerita latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan. Teknik tatacerita boleh dibahagikan kepada sepuluh peringkat. Pada peringkat yang pertama, guru dan murid berkongsi pengalaman sebenar. Pengalaman sendiri diutamakan kerana pengalaman orang lain adalah kurang berkesan dan

menarik.Pengalaman yang dikongsi oleh guru juga membolehkan guru memerhati penguasaan kosa kata murid dan memperkaya pengalaman mereka. Guru turut memastikan murid menghasilkan input yang sama dengan berkongsi pengalaman yang sama-sama mereka lalui. Peringkat yang kedua pula, murid-murid menjalankan aktiviti berdasarkan pengalaman melalui teknik main peranan, drama dan muzik yang turut membantu menjadikan pengalaman itu lebih menarik. Latihan yang dijalankan juga membolehkan murid mengalami semula peristiwa yang telah berlaku secara fizikal di samping meneguhkan elemen kognitif yang sedang diproses. Aktiviti yang dijalankan juga dengan sendirinya boleh mengembangkan perbincangan tentang pengalaman masa lalu murid-murid. Pada peringkat seterusnya, murid digalakkan bercerita dan menceritakan semula peristiwa yang berlaku berdasarkan pengalaman mereka. Interpretasi yang kreatif tentang peristiwa tersebut membolehkan murid-murid berkongsi idea dan mendapat perkataan serta makna baharu. Peringkat keempat, murid diminta melukis gambar yang mempunyai kaitan dengan pengalaman masing-masing. Melalui aktiviti ini, murid berpeluang memilih isi-isi penting. Guru juga mendapat objek yang dilukis oleh murid dan melabelkannya. Lukisan itu kemudiannya dibincangkan dan murid berpeluang sekali lagi untuk mengemukakan pendapat masing-masing dengan lebih terperinci.

14

Pada peringkat

kelima,

guru akan membina

ayat-ayat

yang gramatis

berdasarkan cerita daripada pengalaman murid. Murid perlu mengetahui bahawa cerita yang ditulis oleh guru itu sebenarnya adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, ayat yang digunakan seharusnya tidak mempunyai perbezaa yang ketara daripada yang disampaikan oleh murid. Perkara ini secara tidak langsung memudahkan penggunaan strategi ramalan apabila murid membaca kembali pengalaman mereka yang ditulis itu. Seterusnya pada peringkat keenam, guru akan menulis cerita yang lengkap berdasarkan pengalaman murid. Murid pula membantu guru mengekalkan urutan cerita dengan menyebut kembali ayat-ayat yang telah dibina secara gramatis oleh guru. Melalui pengulangan ini, biasanya ekspresi lisan murid akan bertambah baik. Pada peringkat ketujuh, setelah selesai menulis, guru membaca cerita kepada murid secara perlahan dan berhati-hati. Ini membolehkan murid mendapat pendedahan sekali lagi kepada ceritanya sebelum diarahkan oleh guru untuk membacanya. Seterusnya, murid akan membaca cerita itu sama ada secara individu atau kumpulan berdasarkan arahan guru. Guru juga perlu memberi bimbingan apabila perlu untuk membantu murid membaca secara lancar. Pada peringkat kelapan, guru akan menekankan strategi berfikir berdasarkan kandungan cerita. Guru mengemukakan soalan berdasarkan petikan cerita kepada murid dan soal jawab dijalankan secara lisan. Soalan yang dikemukakan kemungkinan soalan berkaitan kosa kata atau urutan peristiwa dalam cerita tersebut. Adalah penting untuk guru membimbing murid mengemukakan jawapan yang bersesuian dengan soalan yang diberikan. Pada peringkat kesembilan, perkataan-perkataan baru yang dihasilkan melalui proses mencipta berdasarkan pengalaman akan dimasukkan oleh guru ke dalam bank perkataan. Perkataan baharu tersebut dicatat di atas kad perkataan dan menjadi kamus asas untuk murid. Kad-kad ini boleh dicantum semula oleh murid untuk menghasilkan cerita yang baharu.
15

Dan akhir sekali pada peringkat kesepuluh, murid boleh membaca ceritanya kepada murid-murid dalam kumpulan lain. Murid juga boleh bertukar-tukar cerita untuk mnegetahui pengalaman murid lain. Hasil karya yang lengkap seterusnya boleh dijilidkan berdasarkan tema. Perkara ini secara tidak langsung mampu menambah jumlah bahan bacaan yang sesuai untuk murid.

8.0

Bimbingan Menjangka Bimbingan menjangka ialah teknik bagaimana pelajar boleh mengagak maksud

perkataan atau ayat dalam bahan bacaan. Dalam teknik ini pelajar diajarkan bagaimana menggunakan maklumat inferens yang dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada mereka. Kemahiran menjangka ini akan memudahkan pelajar mengagak makna atau maksud bahan bacaan secara keseluruhan. Selain itu, bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya untuk membantu murid membaca dan memahami teks bacaan yang diberikan dengan lebih mudah. Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong, (1992), mengistilahkan mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca terarah. Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid membaca dan memahami petikan, rencana dan karya sastera. Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepadakumpulan kecil atau keseluruhan kelas.Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketikamenjalankan aktiviti bimbingan membaca. Langkah pertama dam teknik bimbingan menjangka ialah guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid berkaitan petikan yang akan dibaca. Sekiranya pengetahuan dan pengalaman murid kurang mencukupi maka, guru perlu menjalankan beberapa aktiviti awal seperti membaca petikan secara sepintas lalu. Selain itu, guru boleh menyampaikan isi utama petikan kepada murid serta menyenaraikan perkataan dan konsep baharu dan menghuraikan maknanya. Guru juga boleh menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai pengukuhan pengetahuan dan pengalaman murid tentang isi petikan.

16

Langkah yang seterusnya dalam teknik bimbingan menjangka, guru perlu menjelaskan kepada murid tentang tujuan pembacaan sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan. Penyataan tujuan pembacaan dapat ditunjukkan melalui empat aktiviti, iaitu yang pertama untuk mendapatkan isi-isi utama petikan. Langkah ini juga akan dapat memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks petikan tersebut. Selain itu, murid dapat mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk manakala guru menghuraikan gerak balas afektif murid terhadap petikan. Pada langkah yang ketiga, guru akan menentukan had masa untuk murid membaca petikan khususnya berdasarkan pembacaan senyap. Pembacaan kuat pula dijalankan hanya untuk interpretasi terhadap sesuatu persoalan atau penghayatan keindahan bahasa dalam petikan. Teknik pengajaran bacaan kuat tidakdigalakkan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat ini. Pada langkah keempat, perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab seperti yang dijalankan ketika aktiviti mengenal pasti tujuan pembacaan. Perbincangan juga boleh dijalankan berdasarkan pengalaman baru yang dialami oleh murid. Perbincangan boleh dijalankan di peringkat kelas dan dijalankan oleh guru dengan melibatkan murid secara aktif. Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara jikaperbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil. Pada langkah kelima dan terakhir, guru akan menjalankan aktiviti pengayaan yang boleh dijalankanberdasarkan aktiviti dalam keempat-empat langkah sebelum ini. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan dalam kelas atau sebagai kerjarumah berdasarkan tiga kaedah. Kaedah yang pertama ialah murid diminta melakukan ilustrasi peristiwa dalam petikan. Selain itu, murid juga boleh diminta menulis cerita berdasarkan tema yang sama atau melakukan bacaan tambahan tentang tajuk yang dibaca.

17

9.0

Teater Pembaca Teater pembaca juga merupakan salah satu teknik yang berkesan dalam

mengajar kemahiran membaca di sekolah. Teater pembaca secara ringkasnya bermaksud membaca sebuah skrip pendek secara individu. Skrip tersebut boleh diambil daripada buku teks ataupun direka sendiri oleh guru. Teater pembaca juga dikenali sebagai 'teater minda' kerana audiens perlu membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca. Antara ciri-ciri lain teknik ini ialah, pelakon tidak perlu menghafal dialaog sebaliknya hanya perlu membaca dialog daripada teks bacaan yang disediakan. Di samping itu, aktiviti ini mengutamakan intonasi suara pembaca, sebutan, gerak badan dan mimik muka untuk membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan sendiri cerita yang sedang disampaikan. Teknik ini sesuai dijalankan oleh guru semasa P&P kemahiran membaca kerana ianya tidak melibatkan ruang yang luas. Guru juga tidak perlu melatih murid untuk menghafal skrip yang digunakan dan boleh dilaksanakan secara spontan di dalam bilik darjah. Teknik ini berkesan untuk mengajar kemahiran membaca kerana ia dapat melatih keterampilan berbahasa murid disamping membaiki gaya pengucapan dan penyampaian yang bersesuaian dengan watak yang dilakonkan. Tidak seperti teknik lakonan yang lain yang memerlukan murid menghafal skrip lakonan, teater pembaca menekankan aspek 'membaca' untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid. Melalui teater pembaca, suara-suara watak di dalam teks ditugaskan kepada pembaca yang berbeza. Ketika murid-murid membaca skrip, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran dalam konteks yang lebih luas. Pemilihan seorang murid sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita adalah diperlukan hingga cerita tamat. Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater pembaca seperti yang dikemukakan oleh Kamaruddin Hj.Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998),iaitu (i) pencerita berada dalam kelompok cerita dan (ii) pencerita berada di luar kelompok cerita.
18

Pencerita yang berada dalam kelompok cerita, membaca skrip sambil berjalan ke arah pelakon yang wataknya sedang dibacakan. Pelakon tersebut akan berdiri apabila wataknya dibacakan. Pencerita yang berada di luar kelompok cerita pula hanya membaca cerita dari suatu tempat lain. Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita. Untuk memastikan teater pembaca dapat berjalan dengan lancar, guru perlulah melakukan beberapa persediaan sebelum memulakan pengajaran. Pertama, guru perlu mengedarkan teks kepada murid. Kemudian, beberapa orang murid dipilih berdasarkan kehendak skrip. Seorang murid pula akan dipilih sebagai pencerita atau narator. Guru juga perlulah menyediakan ruang lakonan dihadapan kelas dengan para pelakon menghadap penonton. Pencerita atau narator akan berada di bahagian tepi sama ada kiri atau kanan manakala pelakon berada di tengah. Seterusnya, para pelakon akan membaca dialog mengikut urutan pada skrip dengan intonasi suara, gerak badan dan mimik muka yang bersesuaian dengan situasi cerita.

19

10.0

KESIMPULAN Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi kemahiran membaca perlu

dilaksanakan dengan teliti agar murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Dengan menguasai kemahiran membaca pada peringkat awal, murid akan lebih mudah untuk menguasai cabang-cabang ilmu yang lain. Pengaplikasian teknik pengajaran kemahiran membaca akan dapat membantu guru melaksanakan

pengajaran dengan lebih baik seterusnya meningkat penguasaan dan kelancaran murid membaca sesuatu bahan bacaan. Teknik SQ3R, 3R dan KWLH bukan sahaja efektif dalam membantu murid menguasai kemahiran membaca tetapi juga menggabungkan elemen-elemen lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran meramal masa hadapan dan pengetahuan sedia ada murid. Melalui teknik-teknik ini juga, murid dapat memahami bahan bacaan dengan lebih mudah selain melatih cara pembacaan mereka. Bagi guru pula, mereka akan dapat menarik minat murid untuk membaca bahan ilmiah disamping menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid. Teknik-teknik ini juga akan membolehkan guru mengesan mana-mana murid yang menghadapi masalah membaca seterusnya melaksanakan aktiviti pemulihan bagi membantu murid tersebut. Teknik lingkaran soalan pula boleh membantu guru mereka soalan yang bersesuaian untuk merangsang pemikiran kreatif dan kritis murid. Ini dapat dicapai dengan mereka soalan yang membuatkan murid berfikir pada aras yang lebih tinggi. Teknik tatacerita ialah tatacara yang boleh guru ikuti dalam menyampaikan pengajaran melalui penceritaan. Dengan kata lain, guru dapat menjadikan P&P yang dijalankan lebih tersusun dan menarik buat murid. Bimbingan menjangka berfungsi untuk membimbing murid membaca dan memahami petikan atau teks bacaan yang diberikan oleh guru. Tenik ini

juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepada kumpulan-kumpulan kecil atau keseluruhan bilik darjah. Teknik yang seterusnya ialah teknik teater pembaca. Teknik ini sangat berkesan untuk melatih murid membaca teks bacaan dengan lancar dan mengikut intonasi suara yang betul. Melalui teknik ini juga, murid dapat meluahkan
20

perasaan dan pemikiran mereka terhadap watak yang sedang dilakonkan sekali gus merangsang pemikiran afektif murid. Berdasarkan teknik-teknik yang telah dibincangkan, saya boleh merumuskan bahawa kemahiran membaca mempunyai pelbagai teknik, strategi dan pendekatan yang boleh digunakan sewaktu P&P di dalam bilik darjah. Teknik-teknik seperti SQ3R, 3R, KWLH, lingkaran soalan, bimbingan menjangka, tatacerita dan teater pembaca membolehkan guru memilih cara yang sesuai mengikut aras kemampuan dan minat murid. Teknik-teknik tersebut jika digunakan dengan terancang boleh meningkatkan prestasi keseluruhan murid dalam kegiatan akademik.

21

REFLEKSI MOHAMAD NAQIUDDIN BIN MOHAMAD 910611-01-6451 Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan. Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah kursus ini, Dr. Siti Hajar Abdul Aziz yang telah membantu dalam memberikan panduan dan bimbingan untuk saya menghasilkan tugasan ini. Sebagai seorang guru matapelajaran Bahasa Melayu (BM), pelbagai cabaran yang akan dihadapi terutamanya dalam kita cuba menanam minat dalam diri murid. Tambahan pula dalam peredaran zaman yang kian pesat, seorang guru bukan sahaja perlu mengetahui ilmu yang ingin diajar bahkan perlu juga tahu bagaimana cara yang sesuai untuk menyampaikannya kepada murid. Bagi mengajar kemahiran membaca, pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menarik minat dan perhatian murid.

Dalam saya melaksanakan tugasan ini, saya telah dapat mendalami beberapa teknik pengajaran kemahiran membaca yang sangat menarik. Walaupun pada mulanya saya menghadapi sedikit kesukaran dalam mencari bahan, setelah disemak sekali lagi saya mendapati terdapat banyak bahan bagi tajuk ini dalam bentuk jurnal dan bukubuku bahasa Inggeris. Pengetahuan dan pengalaman yang saya kumpul sepanjang menyiapkan tugasan ini telah membuat saya lebih bersedia untuk mengajar kelak terutamanya dalam kemahiran membaca bahasa Melayu. Teknik pengajaran kemahiran membaca seperti SQ3R dan KWLH misalnya sangat bersesuaian untuk diaplikasikan pada peringkat sekolah rendah dan membantu guru meningkatkan prestasi keseluruhan murid.

Melalui tugasan ini juga, saya telah belajar untuk mendisiplinkan diri dan bijak mengatur masa dalam kehidupan. Pada mulanya, saya berasa gembira kerana tajuk yang diberi boleh dikatakan agak mudah berbanding tajuk-tajuk yang lain. Tetapi terdapat lebih kurang enam subtopik yang memerlukan saya menjalankan
22

rujukan

melalui pelbagai sumber. Setelah berusaha keras, saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Apa yang penting ialah saya harus tidak mudah berputus asa dan sentiasa tabah dalam melaksanakan apa-apa jua pekerjaan yang saya lakukan.

Akhir kalam, saya berharap agar tugasan ini dapat mencapai kualiti tinggi yang diharapkan. Semoga tugasan ini memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya dan ilmu ini terus disampaikan kepada mereka yang menghargainya. Sekian, terima kasih.

23

RUJUKAN Rujukan Buku


Adenan Ayob, Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Aziz, S. H. (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hamid, Z. (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Abdul Aziz. (1998). Penguasaan Kemahiran Membaca. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Lyons, J. (1992). Bahasa dan Linguistik. Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Jurnal
Mark A. McDaniel, Daniel C. Howard, and Gilles O. Einstein. (2009). PSYCHOLOGICAL SCIENCE. The ReadRecite-Review Study , 7.

Rujukan Laman Sesawang


KWLH Technique. (n.d.). Retrieved Januari 20, 2013, from Strategies for Social Studies Classroom: http://otis.coe.uky.edu/ccsso/cssapmodules/sbp/sbp/KWLH%20Technique.html SQ3R Increasing Your Retention of Written Information. (n.d.). Retrieved Januari 20, 2013, from Mind Tools: http://www.mindtools.com/pages/article/newISS_02.htm SQ3R Reading Methods. (n.d.). Retrieved Januari 20, 2013, from STUDY GUIDES AND STRATEGIES : http://www.studygs.net/texred2.htm

24

Anda mungkin juga menyukai