Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

MOHAMAD NAQIUDDIN BIN MOHAMAD


910611-01-6451

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t.
kerana dengan limpah dan kurnianya dapat menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan
Ilmu (KKBI) – Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi matapelajaran Tamadun Islam dan
Tamadun Asia ini dengan jayanya. Saya telah diberikan tajuk tugasan yang
membincangkan konsep globalisasi dan kesan-kesannya.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga


kepada pensyarah subjek ini, Encik Zaradi bin Sudin atas segala bimbingan dan
nasihat beliau. Beliau telah banyak memberikan maklumat yang amat berguna untuk
kami menghasilkan kerja yang lebih berkualiti. Saya juga ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang lain kerana banyak berkongsi
pendapat berkaitan tajuk tugasan ini. Segala kejasama hanya dapat saya balas
dengan ucapan terima kasih.

Bagi matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), topik


globalisasi mendedahkan kita dengan dunia tanpa sempadan yang dipelopori
negara barat. Globalisasi secara amnya telah banyak membantu memudahkan
kehidupan seharian manusia tetapi akibat tiada pengawalan banyak kesan
negatifnya yang merosakkan peradaban dunia. Tajuk ini amat sesuai untuk dikaji
bagi membolehkan kita berhadapan dengan kesan globalisasi secara lebih bijak.
Dengan melakukan tugasan ini saya telah dapat mengenal pasti kajian ini kami telah
dapat mengenal pasti sejarah bagaimana globalisasi bermula dan bagaimana
globalisasi wujud dalam kehidupan seharian kita.

Sepanjang saya mencari maklumat untuk tugasan ini, saya mendapati proses
globalisasi telah banyak menyentuh kehidupan kita secara langsung atau tidak
langsung. Saya juga menyedari pengaruh barat yang secara halus cuba menguasai
pemikiran manusia sedunia untuk berfikir seperti mana mereka berfikir. Ini
menunjukkan bahawa negara barat telah mengeksploitasi proses globalisasi ini
untuk kepentingan mereka sendiri. Negara barat juga telah mengambil kesempatan
untuk menindas negara lemah untuk berada di bawah telunjuk mereka.

Tugasan ini telah mengajar saya tentang pentingnya bagi seorang muslim
untuk mempertahan jati diri Islamnya bagi menangkis kesan negatif globalisasi. Kita
juga perlu sedar walaupun globalisasi memberikan kesenangan kepada kita, ia
seharusnya tidak melalaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam. Walaupun
menghadapi beberapa masalah kecil ketika mencari sumber rujukan, saya tetap
bersemangat untuk menhasilkan tulisan yang berkualiti dan kritis. Akhirnya berkat
usaha gigih dan izin Allah, berjayalah saya menghasilkan tugasan ini dalam masa
yang ditetapkan.

Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberikan pengetahuan baru kepada


saya khususnya berkaitan topik globalisasi. Saya juga dapat menyimpulkan bahawa
globalisasi ini memberikan kesan yang positif dan negatif kepada kita. Terpulanglah
kepada kita sebagai manusia untuk menggunakannya dengan baik. Semoga ilmu
yang saya peroleh ini dapat membantu saya apabila melangkahkan kaki ke
profesion perguruan.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai