Anda di halaman 1dari 20

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014


KRB 3013: PRINSIP PENGAJARAN BACAAN
TAJUK ESEI ILMIAH
Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran
bacaan di sekolah. Anda dikehendaki merancang dan melaksanakan satu sesi
pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan satu teknik pengajaran bacaan.
Tugasan anda haruslah membincangkan perkara-perkara berikut:
i.
Fokus utama pengajaran ialah pengajaran bacaan, manakala fokus
sampingan ditentukan oleh guru.
ii.
Sediakan rancangan mengajar mengikut format yang ditetapkan.
iii.
Langkah pengajaran yang dirancang hendaklah
mengunakan teknik-teknik bacaan yang sesuai dengan kemahiran yang
dipilih.
iv.
Bincangkan teori, model, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan .
v.
Kekuatan dan kelemahan serta penambahbaikan
pengajaran yang dijalankan.
vi.
Sertakan bukti yang sesuai.

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

KUMPULAN

NO. MATRIK

HAYATI BINTI SATIN

UPSI23

D046612

NAMA TUTOR :PROFESOR DR. MAHZAN BIN ARSHAD

TARIKH SERAH: 07 DISEMBER 2013

KRB3012 (UPSI23) D046612

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan ....................................................................................... 3

2.0 Teori, model, kaedah, pendekatan dan teknik .................................. 4

3.0 Rancangan Pengajaran Harian............................................................ 9

4. 0 Kesimpulan / penutup...................................................................... 19

5.0 Rujukan ............................................................................................ 20

KRB3012 (UPSI23) D046612


1.0 Pengenalan
Perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam
aktiviti pengajaran. Corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan serta
bertambah canggih.

Kemahiran membaca merupakan satu proses yang dinamik dan kompleks. Ia melibatkan
keupayaan membaca dengan pantas, memahami dan mengingat fakta dan kebolehan
membuat tafsir secara bijak dan analitis. Ianya bukanlah satu kerja yang mudah.

Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Membaca ialah
suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah
suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan
memahamkan makna kandungannya. Kamus Dewan Edisi Baru, (1991).

Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh
tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy
(1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk
visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan
bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui,

dan seterusnya

berasaskan

pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999).

Abdul Aziz (2000) mengatakan bahawa kefahaman merupakan aspek terpenting dalam
sesuatu aktiviti bacaan. Untuk membolehkan seseorang itu membaca, kefahaman yang tinggi
amatlah perlu bagi memudahkan individu itu memperoleh maklumat daripada apa yang
dibacanya.

Tugasan

ini akan membincangkan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran dalam

pengajaran yang telah dilaksanakan juga beberapa teori, model, pendekatan, kaedah dan
teknik yang berkaitan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain menyatakan
kekuatan dan kelemahan proses pengajaran yang telah dilaksanakan. Saya telah
menggunakan teknik latih tubi untuk pengajaran bacaan murid.
2.0 Teori, model, kaedah, pendekatan dan teknik.

KRB3012 (UPSI23) D046612


Pengajaran dan pembelajaran dalam sesebuah kelas akan berjaya dengan cemerlang jika guru
dapat memanfaatkan dan mengamalkan

teori, model, kaedah, pendekatan dan teknik

pengajaran mereka. Dalam teori membaca, terdapat tiga pendekatan utama yang sering
digunakan iaitu pendekatan konseptual, pendekatan empirikal dan pendekatan eksperimental.

Pendekatan Konseptual
Pendekatan ini diilhamkan oleh Kennet S. Goodman . Beliau berpendapat bahawa membaca
merupakan proses komunikasi antara pembaca dan bahan bacaan yang dibacanya . Namun
demi memperbaiki kelemahan pendekatan ini , kajian semula telah dilakukan . Oleh hal yang
demikian, muncul Teori Transformatif Generatif ( TTG) oleh Noam Chomsky. TTG
memperkenalkan satu model membaca yang dipanggil Goodmen ( The Gidman Model of
Reading) yang menekankan bahawa membaca berada dalam kumpulan yang sama dengan
merakam , mengekod , menyahkod dan akan berakhir dengan kefahaman dan komprehensif.

b) Pendekatan Emperikal
Pendekatan ini meliputi pengalaman dan proses penghayatan membaca kerana menganggap
membaca sebagai suatu proses berfikir dan suatu set kemahiran.Selain itu , membaca juga
ditakrifkan sebagai suatu aktiviti visual dan juga sebuah pengalaman berbahasa. .

c) Pendekatan Eksperimental
Pendekatan ketiga ini memandang bahasa sebagai suatu proses atau perlakuan mendapatkan
makna melalui pembacaan. Pendekatan ini melibatkan kaijian tertentu yang dilakukan
terhadap satu set tingkah laku membaca yang dapat diperhatikan , dikaji dan kemudiannya
dianalisis untuk dijadikan suatu teori.

Bedasarkan cabang teori di atas saya menggunakan pendekatan konseptual dalam pengajaran
dan pembelajaran. Pendekatan konseptual adalah proses membaca beramai-ramai disamping
murid dapat maklumat apa yang diajar oleh guru. Disamping itu dapat memberi keyakinan
kepada murid untuk lebih berusaha untuk membacanya. Berdasarkan pendekatan konseptual
murid akan merakam dan mengingat serta memahami nama-nama kuih yang belum pernah
mereka nampak atau makan.

2.1 Teori-teori Proses Membaca


4

KRB3012 (UPSI23) D046612


Model Top Down

Model membaca atas ke bawah ini berasaskan model psikolinguistik oleh Goodman (1967,
1970) dan Smith (1971, 1978). Model ini memberi penekanan terhadap pembaca dan
pergerakan bahan bacaannya yang masih lagi bersifat linear tetapi bergerak dari atas ke
bawah. Tambahan lagi teori ini mengemukakan fenomena di mana makna tidak terdapat di
dalam teks yang dibaca tetapi makna diberikan oleh pembaca itu sendiri. Pembaca akan
memahami teks yang dibaca walaupun tidak mengenal setiap perkataan yang dibaca.
Demikian hal itu, pembaca akan menggunakan makna dan isyarat bahasa serta pengetahuan
bahasa yang sedia ada bagi mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali.

Hal ini demikian kerana, fokus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat dan
keseluruhan bahan bacaan. Di samping itu, perkara penting dalam bacaan adalah jumlah dan
jenis maklumat penting yang diperoleh semasa melakukan aktiviti bacaan. Model Atas ke
Bawah ini menunjukkan bahawa pemahaman teks adalah lebih penting berbanding
penggunaan bahasa dan maklumat.

Saya juga berpendapat menggunakan model top down. Saya menggunakan teknik latih tubi
membaca. Oleh yang demikian itu saya beranggapan model top down ini bersesuaian dengan
proses pengajaran saya. Fokus utama modul ini adalah membaca ayat dan murid dapat
mengetahui beberapa maklumat melalui bacaan mereka.

2.2 Teknik Membaca


Saya juga menggunakan teknik bacaan SQ3R iaitu servey (tinjau), question ( penyoalan ),
read (baca), recite (imbas kembali) dan review ( baca semula). Saya berpendapat demikian
kerana saya menggunakan langkah-langkah yang terdapat dalam SQ3R. Melalui teknik SQ3R
secara berperingkat bermula dari tinjauan iaitu mennyanyikan lagu kuih oh kuih sebagai
permulaan untuk murid mengetahui apa pelajaran pada hari tersebut. Selepas itu proses soal
jawab guru dengan murid berkenaan tajuk pada hari tersebut. Apabila murid telah
mengetahui serba sedikit, barulah saya melaksanakan aktiviti membaca secara berkumpulan
dan individu. Setelah selesai latih tubi saya mengarahkan murid-murid menyatakan jenisjenis kuih yang dibaca. Murid akan mengingat semula perkara atau maklumat penting teks
yang dibaca. Sekali lagi saya menjalankan proses pengajaran membaca.
5

KRB3012 (UPSI23) D046612


Berikut adalah maklumat tentang teknik membaca SQ3R

Teknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapian baik dan mahir membaca. Tujuan
menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang
dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori Robinson
(1941).

S-SURVEY (Tinjau)
Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan
mengikut pemahamannya sendiri. Pelajar bebas dalam erti kata menanggap apa yang dibaca.
Pelajar hanya memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub-tajuk,
gambar, simbol, ilustrasi, grafik, pemenggalan teks. Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik
skimming dan scanning.

Q-QUESTION (penyoalan/pertayaan)
Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks. Soalan
berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh pelajar tentang topik/isu dalam teks. Soalan juga
berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi. Soalan juga
berupa panduan kepada jawapan yang sebenar. Dalam masa yang sama pelajar sendiri
mencari jawapan yang paling relavan.

R-READ (Baca)
Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.
Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi.
Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh menyenaraikan soalan tambahan. Sepanjang masa
membaca, pelajar boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan.
Di samping itu pelajar boleh bertukar-tukar fikiran dengan sama ada menerima atau menolak
konsep maklumat yang dibaca. Hal ini beerti pelajar tidak semestinya menerima semua
maklumat yang terdapat dalam teks.

R-RECITE (Imbas kembali)


6

KRB3012 (UPSI23) D046612


Setelah pelajar membaca keseluruhan teks/bahan, pada peringkat ini pelajar dikehendaki
mengingat kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks. Pelajar
menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan. Seterusnya pelajar
dapatlah menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Di samping itu
pelajar juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang
terdapat teks. Pelajar boleh membandingkan ketepatan jawapan mereka.

R-REVIEW (Baca semula)


Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang
ditulis/dicatat. Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada
peringkat recit (imbas kembali) di atas. Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan
fakta dan maklumat dalam teks. Pelajar jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan
pada peringkat pertanyaan. Melalui proses teknik SQ3R, pelajar memperoleh maklumat yang
tepat, cepat, dan dapat menyelesaikaan tugasan secara berkesan.

Pendekatan Membaca Asas.

Menurut Yahya Othman (2004), pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca yang
biasa di mana ia menggunakan pelbagai kemahiran. Antaranya ialah tujuan rekreasi, mencari
maklumat serta bimbingan. Dalam pendekatan ini juga, ia turut menekankan tentang
kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji perkara yang diajar sebelumnya. Ia
bermaksud sentiasa membuat latihan terhadap sesuatu yang telah diajar. Dalam pengajaran
membaca juga, penambah bahan kepada perkara yang telah diajar merupakan salah satu cara
yang boleh membantu pelajar dalam menguasai kemahiran membaca mereka.

Seterusnya, dalam pendekatan ini pola dan perbendaharaan kata turut dipandang serius. Ia
bermakna guru perlu menjelaskan terhadap perkara ini kepada pelajar dengan tepat. Hal ini
kerana, supaya bilangan perkataan yang digunakan oleh pelajar dapat dikira dengan tepat
dalam waktu-waktu yang tertentu. Malah, perkara yang lebih penting dalam pendekatan ini
ialah guru perlu memikirkan kebolehan serta pengalaman yang dimiliki oleh pelajar dalam
peringkat menguasai kemahiran membaca.

Pendekatan ini mempunyai prinsip-prinsip yang tertentu. Antaranya ialah pengajaran


perkembangan kemahiran. Ia merujuk kepada guru menekankan aspek yang penting dalam
7

KRB3012 (UPSI23) D046612


pengajaran. Sebagai contoh, semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru
menulis di papan hitam. Kemudian, guru membulatkan perkara yang penting yang ingin di
tekankan. Malah, dalam pendekatan membaca asas juga turut meliputi membaca secara
terarah. Ia nya terbahagi kepada lima cara, iaitu motivasi, persediaan latar belakang,
menetapkan tujuan, membaca semula secara senyap ataupun lisan secara terarah dan juga
tindakan balas dan perluasan.

Pelajar juga boleh membaca secara senyap atau lisan secara terarah. Cara ini menunjukkan
bagaimana guru membiarkan pelajar membaca dengan senyap atau menghayati teks terlebih
dahulu sebelum menjawab sesuatu soalan. Pada masa ini, guru boleh membantu pelajar
secara individu dan secara tidak langsung dapat membantu pelajar yang lemah.

Pendekatan Membaca berasaskan Bahan Kesusasteraan.

Dalam konteks ini, ia menekankan bahan-bahan kesusasteraan yang mungkin dalam bentuk
yang paling asas. Malah, melalui pendekatan ini juga boleh membina kebolehan berbahasa,
bahan sastera yang digunakan pada peringkat awal membaca. Hal ini kerana ia dapat
mendorong pelajar untuk lebih memahami dengan lebih meluas berkenaan dengan aspek
bahasa yang terkandung dalam struktur ayat. Membaca menggunakan bahas kesusasteraan
juga akan memperlihatkan keindahan bahasa yang wujud dalam bahan itu sehingga pelajar
dapat mengetahui dan memahami jalan cerita yang ingin disampaikan itu.

Saya juga menggabungkan teknik membaca SQ3R dan pendekatan membaca asas dan juga
menggunakan pendekatan membaca berasaskan bahan kesesasteraan.

KRB3012 (UPSI23) D046612


3.0 Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2

Tahun

: 2 Intelek

Bil. Murid

: 24 orang

Masa

: 9.20 am 10.20 am

Tema

: Kebudayaan

Tajuk

: Kuih oh Kuih

Fokus Utama
Standard Kandunbgan : 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang seseai
bagi memupuk minat membaca.
Standard Pembelajaran : 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah
kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.

Fokus Sampingan
Standard Kandungan : 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu
perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak
formal secara bertatasusila.
Standard Pembelajaran : 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang
betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara
bertatasusila.
Objektif
I.

: Pada akhir pengajaran murid dapat :


Membaca bahan-bahan bacaan untuk menambah kosa kata danmeningkatkan
kelancaran bahasa.

II.

Menyatakan permintaan dalam intonasi yang betul dan secara bertatasusila


tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal.

Pengisian Kurikulum : i. ilmu : Kajian Tempatan


ii. Nilai : rajin, keyakinan diri, kerja sama
iii KBT : kecerdasan pelbagai, konstektual
iv EMK : kreativiti dan inovasi

Sistem Bahasa

: Tatabahasa : kata nama, kata kerja


: Kosa kata : koci, lempeng, keria, baulu, tepung pelita, kuih lapis,
Apam
9

KRB3012 (UPSI23) D046612


Aktiviti

Pengisisn Kurikulum

Catatan

Langkah 1
1. Guru mempamirkan sejenis daun.

Ilmu : Sains

Media

Beberapa orang murid diberi peluang Nilai : Menghargai

Bahan maujud : daun

untuk

pandan

memerhati,

memegang

dan

menghidu daun tersebut.


2. Guru bersoaljawab berkenaan dengan

Kaedah soal jawab

daun tersebut dan mengaitkan dengan


tajuk pelajaran.
a. Apakah nama daun ini?
b. Apakah kegunaan daun ini?

Langkah 2
1. Guru memperdengarkan lagu kuih Ilmu : Pendidikan Muzik

Senikata lagu

tradisional

Gambar kuih

Nilai : rajin

2. Guru meminta murid menyebut nama- EMK : kreativiti dan inovasi


nama kuih yang terdapat dalam lagu.

(fasa imaginasi)

3. Guru mencatat nama-nama kuih yang

Latihan

cara

kuih

dimasak

disebut oleh murid dan guru menerangkan


cara memasak kuih tersebut. Samaada
digoreng, dikukus, dibakar atau direbus.

Langkah 3
1. Guru membimbing murid membaca

Ilmu : Pendidikan muzik

senikata lagu yang dipaparkan.

Nilai : kerjasama

Latihan nama kuih

2. Murid membaca senikata lagu secara EMK : Kreativiti dan inovasi

Pembelajaran

kumpulan dan individu

Berasaskan

3.

Murid

diminta

(fasa Perkembangan )
membaca

secara

situasinol

bergilir-gilir nama-nama kuih yang telah


dicatat dengan sebutan yang betul dan
mengkategorikannya kuih manis atau
pedas.

10

KRB3012 (UPSI23) D046612


Langkah 4
1. Murid membaca semula nama-nama

Ilmu ; Kajian tempatan

kuih dalam senikata lagu yang dipaparkan

Nilai : keyakinan diri

oleh guru
2.

Murid

Kaedah oral-Aural
(memolehkan murid

dalam

berbincang

dan

kumpulan
memikirkan

kecil EMK : Kreativiti dan inovasi

memperkembangkan

cara ( fasa tindakan )

keempat-empat

mengubah suai rasa dan bentuk mengikut

kemahiran

citarasa mereka.

mendengar,

3. Murid membentangkan hasil kerja

membaca,

mereka

dan bertutur)

iaitu

menulis

Pentaksiran
1. Murid membaca dialog dengan Ilmu : Kajian Tempatan
sebutan dan intonasi yang betul
2. Murid

menjawab

Nilai : Keyakinan diri

soalan KBT : BCB

berdasarkan dialog yang dibaca.

KB : Menjana Idea

Pemulihan
1.Guru membimbing murid membaca

Ilmu : Kajian Tempatan

Kad perkataan

nama-nama kuih

Nilai : Rajin

gambar

KBT : BCB

Pengayaan
1.Murid mwmbaca frasa-frasa kerja yang Ilmu : Kajian Tempatan

Latihan pengayaan

terdapat dalam lembaran kerja yang Nilai : Berdikari


diberi.

KBT : BCB

2.Murid mengkategorikan jenis-jenis kuih KB : Menjana idea


yang di masak.

Kekuatan
Sebelum proses pengajaran bermula saya telah dapat menyediakan rancangan pelajaran
harian Bahasa Melayu. Semasa menyediakan rancangan pengajaran ini saya agak keliru
kerana sebelum ini saya tidak pernah membuat rancangan pengajaran Bahasa Melayu. Walau
11

KRB3012 (UPSI23) D046612


bagaimanapun saya telah mendapat maklumat dari guru-guru bahasa melayu berkenaan
dengan cara penyediaan RPH dan maklumat RPT.

Selain itu saya mempunyai murid-murid yang baik dan hormat kepada guru menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajaran pada masa itu berjalan dengan lancar. Penyediaan
aktiviti lembaran kerja disetiap langkah dapat menjadikan kelas terkawal. Ini kerana setelah
selesai melaksanakan setiap langkah pelajaran saya akan edarkan lembaran kerja. Muridmurid tiada masa untuk bermain-main.

Kelemahan
Walaupun pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik terdapat seorang
murid yang terlalu agresif iaitu suka mengacau kawan membuat kerja. Agak sukar untuk
memberi nasihat kerana murid tersebut kurang hormat dengan guru. Apabila ditegur tidak
diendahkannya.

Atas kesilapan saya terdapat 2 orang murid tidak mendapat lembaran kerja dan saya terpaksa
mengarahkan ketua kelas untuk pergi membuat salinan semula di pejabat pentadbiran.
Kelemahan saya yang ke tiga saya telah mengambil masa lebih daripada 60 minit dan telah
menggunakan 13 minit tambahan. Ini terjadi kerana setiap langkah saya adakan lembaran
kerja murid dan saya terpaksa menunggu murid yang agak lemah untuk menyiapkan tugasan
mereka.

Penambahbaikan.
1. Saya haruslah meneliti dahulu bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran saya agar
tidak kurang jumlahnya. Pada masa akan dating saya akan lebihkan jumlah bilangan
lembaran kerja murid.
2. Sebagai seorang guru saya perlu peka dengan sikap murid dan akan cuba untuk
menarik minat murid agar menndengar arahan guru. Saya seharusnya memberikan
motivasi kepada murid yang agresif tersebut untuk menarik minatnya untuk belajar
bersama rakan-rakannya.
3. Seharusnya saya perlu mengurangkan aktiviti menjawab soalan di lembaran kerja.
Memandangkan fokus utama saya adalah membaca.

12

KRB3012 (UPSI23) D046612

13

KRB3012 (UPSI23) D046612

Latihan nama kuih

14

KRB3012 (UPSI23) D046612

15

KRB3012 (UPSI23) D046612

16

KRB3012 (UPSI23) D046612


Aktiviti pengayaan

17

KRB3012 (UPSI23) D046612

Aktiviti Pemulihan

18

KRB3012 (UPSI23) D046612


4.0 Kesimpulan

Pengajaran membaca perlu dilaksanakan dengan teratur dan mengikut strategi yang pasti
akan memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Malah, sebagai guru hendaklah tidak
berputus asa untuk membantu pelajar agar lebih mahir dalam membaca. Keadaan yang
berbeza akan terjadi apabila guru mengajar pelajar yang mempunyai kecerdasan yang
berbeza. Sama ada mempunyai kecerdasan yang tinggi atau pun lemah. Malah, faktor umur
juga turut mempengaruhi pendekatan yang perlu dilaksanakan oleh guru. Seterusnya guru
juga boleh menggunakan pendekatan yang lain untuk membantu pendekatan yang telah sedia
ada.

Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di
dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara yang
bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik. Kita harus melahirkan murid
sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan. Jika
kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita
perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

19

KRB3012 (UPSI23) D046612


5.0 Rujukan

Mook Soon sang(2001), Pedagogi Semester 3,Kumpulan Budiman sdn.Selango


Abd.Aziz Talib (1989).Pengajaran dan Pengujian Bahasa:Perspektif untuk Perguruan.Nurin
Enterprise.Kuala Lumpur.
Modul KRB3013(2012).Universiti Perguruan Sultan Idris.Perak
http://keterampilanmembaca91.blogspot.com/2013/05/pendekatan-dalam-mengajarmembaca.html
http://www.slideshare.net/army_gulz87/pendekatan-kaedah-teknik-dan-strategi
http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedahkump-syafiq-presentation
http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/

20

Anda mungkin juga menyukai