Anda di halaman 1dari 30

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200 BESUT, TERENGGANU

WACAN
PA
ENULISA
N GWP
1092
BAB 2 : KEUTUHAN WACANA
• KEUTUHAN SEMANTIK
2.1

• KEUTUHAN LEKSIKAL
2.2

• KEUTUHAN FONOLOGI
2.3

• KEUTUHAN GRAMATIKAL
2.4
KONSEP KEUTUHAN WACANA
 Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada
tingkat tertinggi sekali, iaitu hadir selepas
tingkat ayat.
 Dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit-
unit bahasa atau unsur-unsur seperti kata,
frasa, klausa, dan ayat disusun dan dijalin
dengan sempurna sehingga memperlihatkan
hubungan dan perkembangan fikiran yang
berkesinambungan dapat melahirkan kesatuan
fikiran yang utuh.
 Kesatuan yang utuh itulah yang menunjukkan
ianya sebuah wacana yang baik.
 “Wacana yang baik dikenali sebagai
keutuhan wacana. Keutuhan wacana terhasil
apabila wujudnya susunan yang teratur dan
berurutan dalam sesuatu wacana. Keutuhan
wacana penting bagi menentukan sesuatu
satuan itu dianggap sebagai wacana atau
hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak
teratur.” (Raminah Hj. Sabran et. al.,
(1987). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan, hal. 221)
 Keutuhan wacana boleh dinilai dengan
melihat wujudnya hubungan-hubungan dari
aspek semantik, leksikal, gramatikal atau
tatabahasa dan fonologis.
2.1
HUBUNGAN
DARI SEGI
SEMANTIK

Hubungan
semantik
umum

Hubungan
semantik
HUBUNGAN SEMANTIK UMUM
• Hubungan semantik umum juga dikenali sebagai kaitan
semantik antara bahagian-bahagian wacana yang
merujuk kepada penggunaan bentuk-bentuk
pernyataan yang memperlihatkan hubungan dalam
bentuk berikut:
o a. Hubungan yang berkaitan sebab dan akibat
o b. Hubungan pasangan
o c. Hubungan tempoh masa
o d. Hubungan kebenaran kesahihan
o e. Hubungan ikatan
o f. Hubungan prafrasa
o g. Hubungan penekanan
o h. Hubungan suasana dan perlakuan
a. Hubungan yang berkaitan
sebab dan akibat
• Hubungan sebab dan akibat. Contohnya:
i. Siti tidak bersungguh-sungguh semasa belajar.(sebab)
Dia gagal dalam peperiksaan.(akibat)

• Hubungan sebab dan tujuan. Contohnya:


i. Anwari belajar bersungguh-sungguh.(sebab)
Dia ingin berjaya dalam pelajaran.(tujuan)
ii.Guru itu rajin mengajar. Dia mengharapkan semua
muridnya lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia.

• Hubungan sebab dan hasil. Contohnya:


i.Adli seorang usahawan yang gigih.(sebab) Dia memiliki
sebuah syarikat keselamatan terbesar di Brunei.(hasil)
ii. Ibrahim sangat rajin bekerja. Dia dinaikkan pangkat.
• Hubungan alasan dan kesan. Contohnya:
i.Oleh kerana dia hantar tugasan lambat.(alasan) Saya
dimarahi guru.(kesan)
ii.Gara-gara Ibrahim jalan lambat. Saya tertinggal bas
untuk pulang.

• Hubungan syarat dan hasil. Contohnya:


i. Jika anda bekerja keras. Anda akan berjaya dalam
perniagaan nanti.

• Hubungan sebab dan kesan. Contohnya:


i. Pintu rumah Razi tidak dikunci semalaman. Beberapa
barang berharga telah dicuri.
b. Hubungan pasangan
• Hubungan pasangan boleh dilihat
berdasarkan dua bentuk, iaitu:
a) Perbezaan
Contoh: Semua pelajar menangis kecuali
Intan.

b) Perbandingan
Contoh: Kalau ayah pun berperangai buruk,
apatah lagi si anak.
c. Hubungan tempoh masa
• Hubungan tempoh masa dalam ayat boleh dilihat
berdasarkan dua jenis hubungan yang
menunjukkan perkaitan dengan tempoh masa
iaitu:

i. Mengikut turutan kronologi


Contoh: Syafik akan melawat adiknya yang
sakit di
hospital, kemudian ke rumah abangnya, dan
selepas itu bertolak ke Thailand.

ii. Pertindanan masa


Contoh: Ketika dia bertolak meninggalkan Merbok,
hujan turun.
d. Hubungan kebenaran kesahihan
• Bermaksud perkaitan yang menggambarkan pertentangan fakta.
Berdasarkan Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa oleh
Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd. Aziz, (1997)
dinyatakan bahawa terdapat empat bentuk pernyataan yang
dikaitkan dengan hubungan ini iaitu:
 a. Pernyataan pengesahan.
Contoh: Ali perlu meneruskan pengajiannya, saya percaya dia
boleh berjaya.
 b. Pernyataan penafian
Contoh: Dia memang lemah, itu semua tidak benar sama sekali.
 c. Penafian pembetulan
Contoh: Dia bukannya lemah. Dia cuma dia tidak sihat ketika itu.
 d. Luar jangkaan
Contoh: Mereka bercadang hendak menyerang tetapi sebaliknya
terpaksa bertahan.
e. Hubungan ikatan
• Hubungan ini menunjukkan perkaitan makna
antara ayat-ayat. Ia terdapat dalam
beberapa bentuk, iaitu:
1.Berpasangan. Contoh: Dia memakai seluar
merah dan baju biru.
2.Pasangan bertentangan. Contoh: Dia cuba
mengingat kembali, tetapi dia seorang pelupa.
3.Pengecualian penyataan. Contoh:
Kemiskinan menyebabkan manusia tidak
bermoral. Dia telah mula mencari pekerjaan
untuk menampung belanja.
f. Hubungan prafrasa

• Merujuk kepada bentuk pernyataan yang


menyatakan semula kenyataan awal. Contoh:
• Dia bukan seorang yang baik. Dia jahat.
• Bakar memulakan serangan. Dia mula
melawan.
g. Hubungan penekanan
• Ia boleh dilihat berdasarkan bentuk-
bentuk berikut:
a.Penekanan istilah. Contoh: Inilah
pahlawan yang dibunuhnya.
b.Penekanan predikat. Contoh: Dia
menyesali atas apa yang telah berlaku.
h. Hubungan suasana dan perlakuan

• Menunjukkan perkaitan makna dalam ayat


yang merujuk kepada tempat. Contoh
berkenaan dengan hubungan ini adalah
seperti berikut:
a.Lokasi perlakuan. Contoh: Arif dikurung di
dalam biliknya.
b.Arah perlakuan. Contoh: Dia menghalau
lembu itu ke padang.
c.Keadaan perlakuan. Contoh: Dia merawat
pesakit itu dengan baik.
HUBUNGAN SEMANTIK
INTERAKTIF

• Hubungan semantik interaktif banyak


berfungsi dalam wacana lisan. Ia bertujuan
bagi menimbulkan respon atau tindak
balas daripada pendengar. Menurut
Winfred Crombie (1985) lagi, terdapat
tiga bentuk asas aplikasi semantik dalam
pertuturan atau perbualan iaitu:
a. Inisiatif : Contoh; Ke mana awak pergi?
b. Respon : Contoh; Ke sekolah.
c. Susulan : Contoh; Baguslah.
• Hubungan semantik interaktif juga boleh dilihat
dalam bentuk ayat-ayat atau ujaran. Contoh:
a. Penyoalan : Contoh; Di manakah buku saya?
b. Arahan : Contoh; Nyah kau dari sini!
c. Persetujuan : Contoh; Ya, baiklah.
d.Pemberitahuan : Contoh; Buku Sejarah ada di atas
meja.
• Dalam Pengajian Melayu 1, ditulis oleh Ab. Rahman
Ab. Rashid, et. al., (2003) dan juga dalam Kajian
Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan oleh
Raminah Hj. Sabran, et. al., (1987) ada menyatakan
ciri-ciri keutuhan wacana dari segi konteks atau
latar wacana, ia dapat dilihat dalam tiga bentuk
iaitu:
a. Laras bahasa.
b. Kesepaduan tajuk.
c. Hubungan sosial antara penutur dengan pendengar.
a. Laras bahasa. Misalnya:
• Laras bahasa dalam iklan. “Cepat, cepat! Jangan
lambat! Jualan pengahabisan stok”. (Walaupun ayat-
ayat yang diungkapkan terputus-putus, tetapi kita
masih dapat memahaminya. Oleh demikian, ia masih
dianggap sebagai wacana.)

b. Kesepaduan tajuk. Misalnya:


• Muka Aishah semakin berseri-seri. Dia kini gembira
dan tenang. Perubahannya sungguh di luar dugaan.
(Orang yang dimaksudkan dahulunya sering dalam
keadaan muram dan kesedihan.)

c. Hubungan sosial antara penutur dengan pendengar.


Misalnya:
• Ali : Dah siap?
• Abu : Belum. Dakwat habis. (Kedua-dua orang
penutur memahami apa yang dimaksudkan, walaupun
orang lain mungkin tidak memahaminya.)
2.2 HUBUNGAN DARI ASPEK LEKSIKAL
• Hubungan ini dapat dilihat dari aspek
wujudnya pertalian antara perkataan dalam
sesuatu wacana. Hubungan leksikal dalam
wacana tercapai melalui penggunaan kosa
kata yang serasi dan sesuai. Terdapat
beberapa cara memperoleh hubungan
leksikal. Antaranya ialah:
1) Mengulang kata yang sama (Pengulangan).
“Semalam dia menelaah pelajaran. Hari ini dia
menelaah lagi. Tampaknya dia memang
seorang yang rajin menelaah.”
2) Menggunakan sinonim atau ekuivalensi leksikal.
• “Sindrom skim cepat kaya semakin menular dalam
kalangan masyarakat kini. Gejala ini sungguh
membimbangkan.”

3) Menggunakan antonim.
• “Hidup segan, mati tak mahu.”

4) Menggunakan hiponim.
• “Terdapat pelbagai jenis baju wanita di butik itu
antaranya baju kebaya, kurung, kebaya nyonya, sari,
jubah dan cheongsam.”

5) Menggunakan kolokasi (hubungan kedudukan).


• “Pencemaran sungai semakin berleluasa. Hal ini telah
menyebabkan hidupan akuatik semakin pupus dan
hilang tempat tinggal.”
6) Memanfaatkan unsur bersambut.
• “Guru mengemukakan soalan. Pelajar
memberikan jawapan.”
7) Pembuka dan penutup wacana.
• Contoh diambil daripada buku
Kajian
Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan
iaitu alkisah, sebermula, maka dengan
hormatnya (dalam karya klasik), dengan
bangga, dukacita dan juga kata-kata
seperti sekalian, wasalam, hormat dari kami
dan sebagainya.
2.3 HUBUNGAN DARI SEGI FONOLOGI
• Hubungan dari aspek fonologi dapat dilihat
melalui hentian atau kesenyapan suara, intonasi,
tinggi rendah tekanan suara dan nada suara.
Sebagai contoh:

1. Abang Ali sudah makan nasi.


(Ayat ini mengandungi ketaksaan makna,
bergantung kepada hentian atau kesenyapan
suara
yang berlaku. Sekiranya kesenyapan suara berlaku
selepas perkataan ‘abang’, maka ayat ini
membawa
maksud ‘Ali’ yang sudah makan nasi. Tetapi, jika
kesenyapan suara berhenti selepas perkataan ‘Ali’,
maka ayat ini bermaksud ‘abang Ali’ yang sudah
2. Begitu juga halnya dengan intonasi dan
nada suara yang berbeza. Misalnya perkataan
‘makan’. Jika ia diungkapkan dengan nada
suara yang keras dan intonasi yang tinggi di
akhir kata, ia akan menjadi ayat paksaan,
arahan atau suruhan yang tidak boleh
ditentang ataupun ia juga boleh menjadi ayat
soal, “makan?” Tetapi, jika ianya disebut
dengan nada yang lembut, ia akan berubah
menjadi ayat silaan, ajakan atau pelawaan
yang ikhlas.
2.4 HUBUNGAN DARI ASPEK
TATABAHASA ATAU GRAMATIKAL
• Keutuhan wacana seharusnya memperlihatkan
hubungan berdasarkan binaan tatabahasanya.
Michael McCarthy (1991), menyatakan terdapat tiga
faktor yang mempengaruhi pertautan tatabahasa
dalam sesebuah wacana yang utuh, iaitu:
i. Kata rujukan
o Ianya boleh disamakan dengan kata ganti nama
dalam bahasa Melayu kerana fungsinya yang menjadi
rujukan dalam pembinaan sesebuah wacana.
Penggunaan kata ini akan menyebabkan makna yang
cuba dimaksudkan lebih tepat dan menjadikan
wacana itu sendiri lebih rapi dan utuh. Contohnya:
o Pengetua telah keluar dari biliknya. Dia nampak
begitu cemas. Di luar, beberapa orang murid sedia
menunggunya. Mereka bertiga semuanya.
ii. Peleburan atau pelenyapan (elipsis) dan
penggantian
• Merupakan satu konsep apabila perkataan yang
sama tidak diulang dalam ayat yang sama walhal
biasanya ia akan diulang. Proses ini akan
menjadikan sesebuah wacana yang
dipersembahkan itu lebih utuh dan jelas.
Contohnya adalah seperti berikut:
o 1. Individu A: Nampaknya saudara menyokong
semua pendapatnya. Ini bererti saudara
telah menyebelahi pihaknya.
Individu B: Memang. (Sepatutnya: Memang,
saya telah menyebelahi pihaknya.)
2.Kanak-kanak mengangkat kotak kecil,
dewasa mengangkat yang besar.
(Perkataan ‘kotak’ tidak diulang dalam ayat
itu, tetapi masih boleh difahami)
3.Ali suka kereta Proton Saga, adiknya
suka Perodua Kancil. (Perkataan kereta
tidak diulang dalam ayat)
• iii. Kata penghubung
Kata penghubung yang digunakan dapat
memperlihatkan pertalian dan pertautan
antara ayat-ayat atau perenggan-
perenggan dalam wacana dan menjadikan
wacana tersebut bermakna dan utuh.
Michael McCarthy (1991) telah
menggariskan tiga fungsi kata penghubung
iaitu:
1. Fungsi penghuraian
• Fungsi penghuraian dalam bahasa Melayu boleh
dibuat dengan menggunakan perkataan-
perkataan seperti seterusnya, pada sudut yang
lain, selain itu, sebaliknya dan sebagainya.
Contoh:
• Dia bukan malas, sebaliknya dia terpaksa begitu
untuk menyelamatkan diri.

2. Fungsi pengembangan
• Ianya sering kali digunakan bagi
mengembangkan idea. Contoh perkataan ialah
seperti, dan, tetapi, oleh itu, sebab dan
sebagainya. Contoh ayat adalah seperti berikut:
• a) Dia tidak hadir kerana hujan
• b) Kereta itu sudah lama, tetapi enjinnya masih
baik.
3. Fungsi penambahan
• Ianya sering digunakan bagi menyatakan
masa atau kejadian. Contoh perkataan ialah
kemudian, berikutnya, sebelum, selepas,
pada masa, dalam hal itu, dan sebagainya.
Contoh:
• a) Sebelum mereka datang semua tetamu
telah pulang.
• b) Mereka datang, kemudian cuba mencari
ayah.
Sekian,
terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai