Anda di halaman 1dari 15

WACANA

PENULISAN
HAWARI BIN HANAFI
J 2.5
PENGENALAN KEPADA
WACANA

CIRI –CIRI WACANA


CIRI –CIRI WACANA
Menurut Beaugrande dan Dressler (1981), terdapat tujuh ciri untuk menghasilkan wacana yang utuh :
1. Tautan (kohensi)
2. Runtutan (koheren)
3. Tujuan
4. Penerimaan
5. Maklumat
6. Keadaan
7. Intereks
CIRI –CIRI WACANA
Menurut Nik Safiah Karim (Tatabahasa Dewan edisi Ketiga), ciri – ciri wacana yang utuh ialah :
1. Kohensi (tautan)
2. Koheren (runtutan)
3. Tujuan sesuatu wacana
4. Penerimaan oleh pendengar atau pembaca
5. Maklumat yang terkandung
6. Keadaan yang mewujudkan wacana
7. Intereks
CIRI –CIRI WACANA
1. Tautan (kohesi)
 Keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain
 Ia dapat dilihat melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa
atau ayat lain yang ada dalam wacana
 Contohnya:
1. Amir, Aina dan Hamzah ke perpustakaan
2. Mereka ke sana untuk meminjam buku
 Kedua – dua ayat diatas mempunyai tauntan dan dianggap sebagai wacana
CIRI –CIRI WACANA
2. Runtutan (koheren)
 Merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks
itu bermakna.
 Juga merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks dianggap sebagai wacana jika
mempunyai makna
 Contohnya :
a) Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDs bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama
dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang
maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.
b) Kesinambungan perkataan AIDs, gejala penyakit dan masalah menjadikan ayat tersebut bertaut
antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna
CIRI –CIRI WACANA
3. Tujuan
 Ditentukan oleh penghasil wacan tersebut sama ada penulis atau pembicaranya untuk menimbulkan
interaksi yang komunikatif.
 Akan menentukan jenis wacana yang digunakan.
 Contohnya :
i. Ingin mendapatkan maklumat – Ayat Tanya
ii. Ingin menyatkan sesuatu – Ayat Penyata
CIRI –CIRI WACANA
4. Penerimaan
o Sesuatu wacana sama ada lisan atau bertulis mestilah mempunyai penerima iaitu pendegar atau
pembaca.
o Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pembaca dan pendengar memahami sepenuhnya
wacana yang disampaikan.
CIRI –CIRI WACANA
5. Maklumat
 Setiap wacana mempunyai maklumat yang terbahagi kepada dua :
i. Maklumat baharu : maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca
tidak mengetahui maklumat sebelum itu.
ii. Maklumat lama : maklumat yang telah dinyatakan terdahulu
 Contohnya:
a. Encik Alif mengajar di sekolah menengah
b. Sekolah itu sekolah berasmara penuh
 Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya.
Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebut.
CIRI –CIRI WACANA
6. Keadaan
 Ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami
sesuatu wacana.
 Contonya :
a) Ungkapan “Sila masuk” , misalnya difahami untuk mempelawa seseorang masuk ke sesuatu tempat
CIRI –CIRI WACANA
7. Intereks
 Sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain.
 Wacana lain juga memainkan peranan yang penting untuk menbantu seseorang memahami sesuatu
wacana yang dibaca atau dudengar dengan mudah.
KEUTUHAN WACANA

KEUTUHAN SEMANTIK
HUBUNGAN DARI SEGI SEMANTIK

• Dapat dilihat daripada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana.
• Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu :
1. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.
2. Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.
HUBUNGAN SEMANTIK DI ANTARA
BAHAGIAN-BAHAGIAN WACANA
1. Hubungan Sebab Dan Akibat . Contoh :
• * Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. * Dia sangat
mengantuk. Dia tertidur.
2. Hubungan Sebab Dan Tujuan . Contoh :
• * Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.
• * Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang.
3. Hubungan Sebab Dan Hasil . Contoh :
• * Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah * Dia seorang yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang
menteri.
HUBUNGAN SEMANTIK DARI SEGI
KONTEKS ATAU LATAR WACANA
1. Kesatuan Tajuk Atau Topik . Contoh :
• * Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh-sungguh di
luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.)
2. Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar . Contoh :
• A. Sudah siap?
• B. Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur memahami apa yang
dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)
3. Laras Bahasa Yang Digunakan. Contoh :

• Laras bahasa dalam iklan – walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-putus


tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu
adalah cara penyampaiannya.

Anda mungkin juga menyukai