Anda di halaman 1dari 10

KEUTUHA

N
WACANA
OLEH :
KEUTUHAN WACANA
 Keutuhan wacana adalah satu aspek yang sangat penting kerana ia menentukan apakah sesuatu itu boleh
dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.

 Melaluinya juga kita dapat memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam.

 Melalui analisis keutuhan wacana juga kita dapat pula memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa
secara lebih mendalam.

 Keutuhan wacana bertujuan bagi menentukan sesebuh wacana itu berkualiti atau tidak. Ia dapat dilihat daripada
hubungan bahagian-bahagian dalam wacana daripada segi semantik, leksikal, gramatik dan fonologi.
KEUTUHAN WACANA

KEUTUHAN KEUTUHAN
SEMANTIK GRAMATIKAL

KEUTUHAN
KEUTUHAN FONOLOGI
LEKSIKAL
KEUTUHAN SEMANTIK
 Keutuhan semantik ialah jalinan makna di antara satu ayat dengan ayat lain atau perenggan-perenggan lain

Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu :


a. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.
b. Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.

Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana :

Hubungan Sebab dan Akibat .


Contoh : Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.

Hubungan Sebab Dan Tujuan.


Contoh : Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.

Hubungan Sebab Dan Hasil


Contoh : Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan

Hubungan latar dan kesimpulan


Contoh : Lagu itu sungguh enak didengar. Sebenarnya M.Nasir yang menciptanya.
KEUTUHAN LEKSIKAL
● Keutuhan leksikal adalah berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang
ingin disampaikan

● Antonim
Contoh : Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang Negara

● Sinonim
Contoh : Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti

● Hiponim (Kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain.)


Contoh : Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya.
Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga tersebut.
● Pengulangan kata yang sama
Contoh : Aminah memang mudah menangis . Disebabkan perkara kecil pun dia menangis. Semasa gembira pun dia
menangis .

● Kolokasi (Perkataan yang merupakan perkataan tersendiri , tetapi kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain)
Contoh : Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan fauna. Banyak haiwan liar seperti harimau, gajah, badak
sumbu, dan lain-lain kehilangan tempat tinggal.

● Unsur bersambut
Contoh : Pihak kerajaan mengemukakan hujah manakala pihak pembangkang membidas hujah tersebut.

● Homonim (Kata yang bunyinya sama, tetapi mempunyai erti yang berlainan)
Contoh : Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi . Aku berasa letih kerana mengeluarkan banyak peluh
sehingga badan ku dipenuhi daki
Keutuhan Fonologi
 Keutuhan fonologi yang terdapat dalam sesuatu wacana dapat dilihat dari segi hentian
suara , nada suara, dan intonasi suara. Hal ini secara tidak langsung menimbulkan
hunbungan semantic yang berbeza-beza antara bahagian-bahagian wacana.
 Contohnya, hubungan antara ayat penyata
 “ Dia sudah?”
 Perbezaan antara kedua-duanya wjud melalui nada suara semasa penutur menuturkannya.
 Unsur-unsur peralinguistik juga mebantu pemahaman tentang sesuatu wacana. Dalam
wacana tulisan unsur-unsur peralinguistik ini ialah alat-alat yang digunakan untuk
memperjelaskan persembahan wacana.
 Dalam wacana tulisan alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal,
titik bertindih dan sebagainya. Dalam wacana lisan pula, ekspresi muka, iaitu keadaan air
muka serta Gerakan tangan dan badan merupakan alat-alat bagi membantu memahami
ujaran.
Keutuhan Gramatikal
1. Wacana berkualiti mesti memperlihatkan hubungan berdasarkan binaan tatabahasa dapat
dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti:

a. kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perenggan dengan
perenggan yang lain.
 
i. berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya, selain itu, pada sudut yang lain, sebaliknya dan
lain-lain.

ii. berfungsi sebagai pengembangan idea: seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana, dengan dan
lain-lain

iii. berfungsi sebagai penambahan: sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada masa,
ketika
itu dan lain-lain
b.Kata rujukan

Kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau manusia.

- Kata ganti nama : saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini,  siapa dan lain-lain

c. Peleburan dan penggantian

  - Untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat daripada penyataan


yang diberikan)

Contoh:

Ali menendang bola dengan laju, manakala Hasan menendang dengan perlahan
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai