Anda di halaman 1dari 13

TAJUK 3 IRAMA, WARNA DAN RUANG

PENGENALAN Tiga komponen Seni yang terdiri


daripada irama, warna dan ruang membentuk
keindahan estetik dalam kehidupan seharian
kita. Bayangkan irama denyutan jantung anda.
warna pakaian yang mempamerkan pesonaliti
anda, pergerakan melakukan aktiviti harian,
dapat memberi harmoni kepada kehidupan
anda. Memahami tiga komponen asas ini dapat
memperkayakan proses pembelajaran anda
yang membantu meluahkan pengetahuan asas.
Contohnya, irama pergerakan hidup anda dan
warna-warni yang dikaitkan dengan pelbagai
pilihan yang boleh dibuat dalam kehidupan
anda. Manusia saling bersosial dan bergerak.
Apabila diberi pengetahuan tentang irama,
warna dan ruang, maka mereka akanlebih
memahami bahawa kehidupan ini dipenuhi
dengan kreativiti dan pelbagai pilihan. Tajuk ini
bertujuan untuk membantu anda melihat
kepentingan komponen seni tersebut di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila
komponen ini diintegrasikan secara berkesan
dalam aktiviti bilik darjah, pembelajaran akan
menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.
Komponen tersebut merupakan alat. yang
berkesan untuk memberi pemahaman yang
lebih jelas tentang konsep di samping
mencetuskan kreativiti di kalangan pelajar. Pada

akhir tajuk ini anda akan dapat: (i) meneroka.


mengalami dan menyatakan komponen seni
iaitu irama, warna dan ruang di dalam kehidupan
harian anda. (ii) meniru corak irama yang
mudah. (iii) menghubungkait warna kepada mud
muzik dan pergerakan. (iv) menggunakan ruang
secara bijak. 21
34. 3.1 IRAMA Pengenalan Apa sahaja dalam
kehidupan kita, boleh dikaitkan dengan irama.
Contohnya, irama denyutan jantung, irama
pemafasan dan irama semasa berjalan. Ketika
anda mendengar muzik, adakah anda sedar
bahawa ia dimainkan dalam suatu rentak yang
khusus? Dalam Seni Visual, anda boleh melihat
irama melalui pergerakan corak, wama dan
rupa. Anda juga boleh bergerak dan menari
secara berirama di sekitar ruang. Cuba anda
lakukan aktiviti berikut: DENGAR bunyi:
pernafasan anda keretapi bergerak hujan
kicauan burung denyutan jantung anda PDPPRS LIHAT : a. susunan batu-bata pada dinding
b. susunan deretan roda basikal atau kereta c.
corak pada pagar d. percikan air e. corak pada
tikar/ permaidani Anda akan melihat,
mendengar, merasa dan menyentuh banyak
perkara berulang kali dalam kehidupan seharian.
Contohnya anda dapat melihat corak berulang
pada sehelai kain atau semasa mendengar
irama muzik. Malah dalam kegiatan harian anda

seperti berjalan, makan dan tidur, juga


merupakan suatu corak irama. Susunan
kronologi masa seperti hari dalam seminggu
(lsnin, Selasa dll) dan bulan dalam setahun
(Januari, Februari dll) berulang secara
berturutan. Dengan itu jika anda merancang
jadual harian dengan berkesan, ini bermakna
anda merancang untuk kejayaan hidup anda! l
Kanak-kanak memperolehi kemahiran dalam
irama, seperti semasa belajar mengira, melukis
corak dan melakukan aktiviti pergerakan. irama
dapat mempertingkatkan lahap tumpuan,
penglihatan diri secara bersemangat dan
seterusnya mempertingkatkan potensi dan
keseronokan mereka. Kanak-kanak gembira
apabila mereka bergerak mengikut irama. lni
akan menjana pergerakan ekpresif apabila
mereka bergerakbalas terhadap idea-idea yang
boleh dicontohi. 22
35. - Rasa dan kira denyutan nadi anda dalam
masa10 saat. c Berapakah bilangan denyutan
nadi anda dalam masa 10 saat itu? o Tepuk
tangan anda mengikut denyutan nadi. a
Gambarkan secara visual denyutan nadi anda
itu. Cuba anda palukan gendang mengikut
denyutan nadi anda. (ii) Aktiviti: irama panjang
dan irama pendek o Sila berjalan 10 langkah ke
hadapan. a Sekarang anda dikehendaki
melompat setempat sebanyak 10 kali. o Antara

aktiviti-aktiviti yang anda lakukan tadi, yang


manakah mengambil masa yang lebih panjang?
Ulang pergerakan dengan sebutan, 'Ia'. o Cuba
pula gambarkan kelajuanpergerakan tadi dalam
bentuk visual. (iii) Aktiviti: corak berulang o Pilih
satu rupa, contohnya rupa jantung. a Ulang rupa
itu memenuhi kertas lukisan anda. Tahukah anda
apabila rupa itu berulang, anda akan
menghasilkan corak? @a ee a Cuba hasilkan
corak yang berlainan pula dengan mengulang
rupa yang sama tetapi berlainan arah. o Pilih
rupa yang lain pula dan ciptalah corak-corak
melalui pengulangan rupa dan lihatlah hasil
kreativiti anda itu. 23
36. 3.2 WARNA 3.2.1 Pengenalan Alam
semulajadi kita dipenuhi dengan warna. Warna
memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan kita dari segi personaliti, kebudayaan
dan psikologi. Biasanya, orang yang memakai
pakaian berwarna terang menggambarkan
personaliti cergas dan aktif. Warna merah
melambangkan kemeriahan dalam budaya
masyarakat Cina manakala warna hijau memberi
kesan psikologi segar dan tenang kepada emosi
kita. Kita mendapat warna daripada cahaya.
Tanpa cahaya warna tidak akan wujud. Warna
dihasilkan apabila cahaya dibalikkan dari
permukaan sesuatu objek. Warna menjadikan
komunikasi visual lebih menarik, berkesan dan

ekspresif. Bayangkan alam semulajadi tanpa


warna! Pemahaman tentang warna
membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya
dan seterusnya tahu mengaplikasikan
pengetahuan ini dalam Seni Dalam Pendidikan.
Contohnya mencampur warna dan kemudian
sapukan warna itu ke atas sesuatu objek
(contohnya, sekeping kertas lukisan). lni akan
menghasilkan suatu ciptaan yang menarik dan
luar biasa! Inginkah anda menjadikan kehidupan
dan peranan anda sebagai guru lebih ceria?
Anda boleh berubah menjadi seorang yang luar
biasa. Marilah kita meneroka keindahan dan
kehebatan kreativiti warna dalam kehidupan
seharian kita. Berikut disediakan beberapa
aktiviti yang dapat membantu anda memahami
warna agar peranan anda sebagai guru lebih
bermakna dan kreatif 3.2.2 Aktiviti' _ __ . j., _ , . ,
-, Bilik Darjah Tepi Pantai 24
37. Bandingkan warna yang terdapat di tepi
pantai dengan warna yang dilihat di dalam bilik
denah Bagaimanakah anda boleh mengubahsuai
warna di dalam bilik darjah, agar suasana lebih
menarik untuk belajar (ii) Marilah kita meneroka
keindahan wama. Buatkan ujikaji Cuba anda
mulakan dengan Warna Asas: Campur: merah
dengan biru; anda akan mendapat
warna . ... ... ... ... ... ... ... ... ... .. . . merah
dengan kuning; anda akan mendapat

warna . ... ... .. . biru dengan kuning; anda akan


mendapat warna . ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..
Campuran Warna-warna Asas itu akan
menghasilkan warna Sekunder. Sekarang, cuba
anda menerokacampuran Warna Sekunder
dengan Warna Asas untuk menghasilkan Warna
Tertier pula. Campur : ungu dengan merah; anda
. akan mendapat
warna . ... ... ... ... ... ... ... ... ... .. jingga dengan
kuning; anda akan mendapat warna . ... . . . .
hijau dengan biru; anda akan mendapat
warna . ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... . . . 25
38. (iii) Berikut disediakan satu aktiviti yang
dapat membantu anda mengaitkan warna
dengan objek, emosi, muzik dan pergerakan.
Merujuk pada contoh pertama yang diberikan,
isikan tindakbalas anda pada tempat kosong
yang disediakan. 26
39. 3.3 RUANG 3.3.1 Pengenalan Semua
pergerakan kita di dalam ruang. Ruang ada di
sekeliling kita, contohnya, di dalam bilik darjah,
di padang, di dalam bas dan juga pada sekeping
kertas yang kosong. Dengan itu, kita mesti
memahami bagaimana untuk bergerak di dalam
ruang dengan selamat dan mahir. Apabila kita
memahami konsep ruang, kita akan lebih peka
tentang pergerakan kita. Menurut Howard
Gardner di dalam Teori Kecerdasan Manusia
(1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan

melihat dunia 'visual-spatial' dengan lebih tepat.


Kecerdasan ini termasuklah untuk menjadi lebih
peka terhadap warna, garisan, rupa, bentuk,
ruang dan perkalian antaranya. Sebagaimana
seorang arkitek menunjukkan kecerdasan ruang
dalam reka cipta bangunannya, begitu juga
seorang guru menunjukkan kecerdasan ruang
dalam kemahiran pedagogi dan pengurusan.
Bilik darjah perlulah disusun dengan menarik
dan berkesan agar memudahkan pergerakan
guru dan pelajar dengan selamat. lni dapat
meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran anda. Mari kita cuba
memaksimumkan penggunaan ruang di dalam
bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti berikut : 3.3.2
Aktiviti (i) Tempatku di dalam ruang o Anda dan
rakan-rakan duduk bersila di dalam bulatan. o
Letakkan tangan anda di atas riba. o Teroka
ruang di sekeliling anda sambil meregangkan
tangan ke hadapan, ke belakang, dan ke atas. Berdiri dalam bulatan dan ulangi aktiviti-aktiviti
di atas. Apakah perbezaan penggunaan ruang
semasa anda : - duduk - berdiri 27
40. Ulangi latihan itu dengan iringan muzik.
Sekarang bergerak mengikut irama muzik dan
rasa ruang di sekeliling anda. Luahkan
pengalaman pergerakan anda itu dengan
melukis garisan-garisan. Untuk meneruskan lagi
kreativiti anda meneroka ruang, cuba anda

lakukan aktiviti-aktivit berikut: (ii) (iii) Membuat


bentuk dengan anggota badan anda Berdiri
tegak dan buat bentuk dengan badan anda,
contohnya regangkan tangan anda ke atas untuk
membentuk huruf 'Y'. Ulangi aktiviti ini dengan
membuat bentuk-bentuk lain pada aras yang
berbeza : tinggi, sederhana dan rendah. Berdiri
tegak di dalam bulatan, ulangi aktiviti ini dengan
rakan anda, kemudian, perhatikan corak
keseluruhan yang terbentuk berbanding dengan
bentuk yang anda seorang hasilkan. Bentuk
yang manakah lebih menarik? Ulangi aktiviti
tersebut dengan iringan muzik sambil
meregangkan diri anda mengikut irama muzik.
Adakah aktiviti ini lebih seronok? Anda boleh
mengesan keindahan ciptaan bentuk yang anda
lakukan dengan iringan muzik dan pergerakan
menggunakan kamera atau membuat lakaran.
Ekspresi pergerakan dalam ruang melalui
gambar Alat bantu mengajar : pilih sebuah
gambar contohnya, sebuah ladang. Perhatikan
gambar tersebut dan nyatakan apa yang anda
lihat berpandukan pada arahan berikut : - Tiru
aksi-aksi haiwan yang terdapat di dalam
gambar. - Perhatikan bentuk atau corak yang
anda tiru itu. - Luahkan corak-corak ini dalam
bentuk garisan. - Dengan iringan sebuah lagu,
contohnya 'Old MacDonald had a Farm', _
lakukan pergerakan berirama dan bunyi haiwan
itu secara kreatif, sambil menyanyi. 28

41. Rumusan Tajuk ini membantu anda


memahami ketiga-tiga komponen Seni iaitu
tentang irama, warna dan ruang dalam
kehidupan seharian anda. Aktiviti-aktiviti dalam
tajuk ini bertujuan untuk meningkatkan
kefahaman anda. Melalui komponen-komponen
asas ini dapat meningkatkan kreativiti anda di
samping menjadikanproses pengajaran dan
pembelajaran lebih bermakna dan
menyeronokkan.

Salah satu contoh bidang mata pelajaran di sekolah rendah


untuk digunakan dalam pengajaran yang menggunakan
pendekatan bertema ialah :
Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat

10. Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants Tema : Persekitaran


pokok. Jadi murid akan diperkenalkan tentang pokok-pokok yang
terdapat dalam kawasan sekolah dengan cara membawa muridmurid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu,
murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok
diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat muzik.
Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin
bertiup, (b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang
berbeza tinggi, rendah, berterbangan. Muzik : (a) Bunyi yang kuat
--- pokok tumbang (b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin
bertiup

Seni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan


seperti gembira,marah dengan menggunakan sapuan berus

dengan pelbagai warna. Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti


lain seperti penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran tentang
aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara
tidak langsung akan dapat membantu untuk mengesan bahagianbahagian pokok (Sains), mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan
dengan persekitaran (muzik), menunjukkan perasaan melalui
sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza (seni visual) dan
melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)

Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih; Tema


Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran
Sains, ia juga boleh digunakan kepada semua matapelajaran.
Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan
aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat.
Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan
lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang,
pokok tumbang dan sebagainya. Tema Pokok ini juga berkaitan
dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan
memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam
pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan. Tema Pokok juga
bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang
berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung dapat memudahkan
pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan
kedaan situasi yang sebenar. Penyediaan kemudahan untuk
memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di
persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat disampaikan dalam
pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkahlangkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.
Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan
dalam P&P

Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid


meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan
penggunaan alat/bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran? Seni
dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk
meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan
berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran. Dalam pengajaran dan
pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar menggunakan
persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokokpokok di kawasan sekolah. Ini dapat menyediakan cara tambahan untuk
belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan mereka
dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir
secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam
Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di
dalam bilik darjah.Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat
ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.
Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar
lebih berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan
boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran
mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada
kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat
eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif,
membuat penilaian dan bijak membuat pilihan. Seni dalam pendidikan
menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar
untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan
visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat
ekspresi dalamaktiviti- aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk
merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka
dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan
cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh
orang lain. Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi
merupakan satu aktiviti yang

13. penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada
topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk
penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu
aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan
unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk
menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni


pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula
lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan
elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak
bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga
turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni
Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah
kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual. Irama merupakan elemen yang
terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara
berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang
menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik
tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui
pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air
di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa
kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama
digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang
mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang
berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri
dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat
meransang minda kanak-

23. kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa
kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan
merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara
tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih
seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti
seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Irama yang diaplikasikan dalam
pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak
langsung, elemen yang ketiga dipenuhi.

Pada sesi pengajaran dan pembelajaran kami kali ini, kumpulan yang
seterusnya yang membentangkan tajuk mereka pada minggu yang
kelima ini ialah kumpulan Siti Azira, Sonia dan Estefa. Tajuk yang
mereka bentangkan ialah Pengetahuan Asas dalam Seni Visual. Antara
aktiviti yang mereka kendalikan untuk kami ialah membuat topeng
haiwan dan seterusnya mengekspresikan bunyi pergerakan haiwan
tersebut ke dalam bentuk nyanyian. Kemudian, sambil memakai
topeng haiwan, kami telah diminta untuk bergerak di dalam garisan
grid yang telah dilukis menggunakan tepung. Aktiviti ini adalah

berkaitan dengan tajuk transformasi. Melalui aktiviti-aktiviti yang


dijalankan, penggabungjalinan bagi mata pelajaran kepada mata
pelajaran yang lain amat dititikberatkan. Contohnya, bagi aktiviti
membuat topeng haiwan, kami dikehendaki mewarnakan topeng
tersebut dan pada masa yang sama ia adalah berkaitan dengan topik
dalam mata pelajaran Sains iaitu topik mengenai haiwan. Selain itu,
Pendidikan Seni Visual juga dikaitkan. Melalui aktiviti yang dijalankan
juga, saya mampu meneroka, memperoleh pengalaman dan
mengekspresi melalui seni ke dalam diri saya. Oleh hal yang
sedemikian, saya berasa amat seronok ketika melakukan aktiviti
tersebut. Situasi sebeginilah yang akan kami hadapi di sekolah kelak di
mana kanak-kanak di dalam kelas perlu sentiasa berasa seronok bagi
mengelakkan mereka daripada berasa bosan untuk menjalani aktiviti
P&P di dalam bilik darjah. Ini kerana, seni dalam pendidikan
diaplikaskan oleh guru ke dalam pengajarannya. Di samping itu, kelak,
saya juga akan mampu mengaplikasikan pelbagai strategi dan aktiviti
mudah untuk kanak-kanak memperoleh pengalaman. Pengalaman
yang diperoleh adalah berbentuk corak, irama melalui muzik, visual
dan juga pergerakan. Sebagai kesimpulannya, aktiviti-aktiviti yang
dijalankan memang menarik dan mampu menarik minat kanak-kanak
di samping memperoleh pengalaman dalam pelbagai corak.

Anda mungkin juga menyukai