Anda di halaman 1dari 17

IRAMA, WARNA DAN

RUANG

Tiga komponen seni yang terdiri daripada irama,


warna dan ruang membentuk keindahan estetik
dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan irama
denyutan jantung anda, warna pakaian yang
mempamerkan personaliti anda, pergerakan
melakukan aktiviti harian dapat memberi harmoni
kepada kehidupan anda.

Apa sahaja dalam kehidupan kita boleh dikaitkan


dengan irama. Contohnya irama denyutan jantung,
irama pernafasan dan irama semasa berjalan.
Ketika anda mendengar muzik, adakah anda sedar
bahawa ia dimainkan dalam suatu rentak yang
khusus? Dalam seni visual, anda boleh melihat
irama melalui pergerakan corak, warna dan rupa.
Anda juga boleh bergerak dan menari secara
berirama di sekitar ruang.

Pernafasan anda
Keretapi bergerak
Hujan
Kicauan burung
Denyutan jantung anda

Anda akan melihat, mendengar, merasa dan


menyentuh banyak perkara berulang kali dalam
kehidupan seharian. Contohnya : melihat corak
berulang pada sehelai kain, mendengar irama
muzik, pergerakan aktiviti harian seperti berjalan,
berlari, makan dan sebagainya yang juga
merupakan suatu corak irama.

Dalam irama terdapat elemen-elemen seperti detik, meter, corak


irama, tempo dan rentak
Sebelum memahami elemen-elemen ini, nama not dan nilainya
haruslah diketahui terlebih dahulu.

Aktiviti Corak Berulang


- Pilih satu rupa. Contoh rupa jantung.
- Ulang rupa itu memenuhi kertas lukisan
anda
- Ulang rupa yang sama tetapi berlainan
arah
- Pilih rupa yang lain dan hasilkan corak
mengikut kreativiti

Aktiviti Music of Sound


- Bahagikan kepada 4 kumpulan
- Setiap kumpulan sama ada mengeluarkan
bunyi / membuat pergerakan / membuat
pergerakan sambil mengeluarkan bunyi
dengan corak irama yang sama secara
berulang dan berterusan ( pilih bunyi dari
aktiviti kehidupan seharian dan juga bunyi
alam)
* Bunyi dihasilkan secara berkala dan berterusan

Alam semulajadi kita dipenuhi warna. Warna


memainkan peranan penting dalam kehidupan kita
dari segi personaliti, kebudayaan dan psikologi.
Biasanya orang yang memakai warna yang terang
menggambarkan personaliti cergas dan aktif.
Warna merah melambangkan kemeriahan dalam
budaya masyarakat cina manakala warna hijau
memberi kesan psikologi segar dan tenang kepada
emosi kita.

Kita mendapat warna daripada cahaya. Tanpa


cahaya warna tidak akan wujud. Warna akan
dihasilkan apabila cahaya dibalikkan dari
permukaan sesuatu objek. Warna menjadikan
komunikasi visual lebih menarik. Bayangkan alam
semulajadi tanpa warna.

Buat Ujikaji. Campuran warna asas


merah

dengan biru

JINGGA

merah

biru

MAGENTA

dengan kuning

JINGGA

MAGENTA

JINGGA

MAGENTA

dengan kuning

= __________
HIJAU

COKLAT

= __________

HIJAU

COKLAT

HIJAU

COKLAT

= __________

CAMPURAN WARNA-WARNA PRIMER


AKAN MENGHASILKAN WARNA
SEKUNDER
CAMPURAN WARNA SEKUNDER
DENGAN WARNA ASAS AKAN
MENGHASILKAN WARNA TERTIER

Mengaitkan warna dengan objek, emosi serta muzik dan


pergerakan
WARNA

Merah
Biru
Hijau
Kuning
Hitam
Perang

OBJEK

Api

EMOSI

Marah

MUD MUZIK

PERGERAKAN

Pantas dan
kuat

Menghentak
kaki

Merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan atau


kawasan kosong disekeliling objek atau jarak antara dua
objek.
Ruang merupakan kawasan diantara atau kawasan
disekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan
antara objek atau garisan.
Ruang berada diluar, ditepi, diatas atau sebagainya.
Dalam aktiviti menggambar, ruang boleh dihasilkan
dengan menggunakan garisan jalinan dan warna.
Pada kebiasaannya, ruang dikaitan kepada garisan,
perspektif, warna dan bentuk.

Anda mungkin juga menyukai