Anda di halaman 1dari 11

TAJUK: WARNA 1.

0 DEFINISi WARNA

Warna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, alam sekitar yang sangat menarik dan indah dipenuhi objek-objek semulajadi berwarna-warni.

Sumber alam semulajadi juga dipenuhi pelbagai warna. Contohnya

Warna juga mempengaruhi kehidupan manusia dari aspek:

Sinar mentari waktu pagi

PERSONALITI Dapat ditonjolkan melalui warna kegemaran. Contoh, orang gemar memakai pakaian berwarna tenang kebiasaanya berjiwa muda dan cergas. KEBUDAYAAN Mempunyai peranan dalam kebudayaan sesuatu kaum. Contohnya, masyarakat Cina mempercayai warna merah lambang kemewahan dan kekayaan.

Laut biru mendamaikan suasana

Lembayung waktu senja

Bunga yang berwarna-warni

PSIKOLOGI
Warna mampu memberi kekuatan tenaga, m enenangkan dan mengubah tindak balas fizikal dan mental seseorang

2.0

PENGERTIAN WARNA Dalam bidang psikologi seni, warna dapat mempengaruhi emosi seseorang.

Warna yang tenang dan cerah menimbulkan perasaan riang dan gembira. Manakala, warna yang gelap dan kelam menimbulkan perasaan yang muram dan sedih. Dalam seni visual, warna dijadikan alat komunikasi yang sangat berkesan. Contohnya, warna hijau, kuning dan merah memberikan makna yang sangat berkesan dalam sistem lampu isyarat. Selain itu, warna juga boleh menjadikan sesuatu hasil gubahan itu kelihatan lebih menarik. Pelukis menggunakan warna untuk tujuan ekspresif diri. Tujuan utama teori warna dipelajari adalah untuk memahami ciri-ciri warna dan cara mengaplikasikannya dalam aktiviti-aktiviti seni visual. Warna dihasilkan oleh cahaya. Tanpa cahaya, warna tidak akan wujud. Warna dihasilkan apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek. Kita boleh melihat warna kerana mata kita bertindak terhadap gelombang-gelombang cahaya yang dibalikkan dari objek-objek sekeliling kita. Setiap warna mempunyai jarak gelombang yang berbeza. Cahaya matahari yang putih sebenarnya mengandungi tujuh (warna). Perkara ini ditemui oleh Isaac Newton pada kurun ke-17. Apabila cahaya putih dipancarkan melalui sekeping prisma, ia akan diserakkan kepada tujuh jenis iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Warna-warna ini dikenali sebagai warna-warna pelangi ataupun spectrum warna. Jika ketujuh-tujuh warna tersebut digabungkan akan menghasilkan warna putih.

3.0

CONTON-CONTOH WARNA Contoh-contoh warna boleh dilihat berdasarkan roda warna yang dicipta oleh

Sir Isaac Newton. Terdapat tiga bahagian warna yang terdapat dalam sistem roda warna iaitu: a) Warna asas (primer) b) Warna kedua (sekunder) c) Warna ketiga (tertier)

Warna Asas (Primer) Warna asas juga disebut sebagai warna utama. Warna-warna utama terdiri daripada warna-warna merah, biru dan kuning. Ia dihasilkan oleh bahan pewarna atau pigmen. Warna-warna ini adalah asli dan tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna-warna lain.

Warna Kedua (Sekunder) Warna kedua disebut sebagai warna sekunder. Warna ini hasil campuran dua warna asas yang menghasilkan satu warna lain. Contoh hasil dari campuran warna asas ialah: a) Warna hijau (biru+kuning) b) Warna jingga (merah+kuning) c) Warna ungu (biru+merah)

Warna ketiga (Sekunder) Warna ketiga ialah hasil campuran dua warna yang bersebelahan di dalam roda warna. Sekiranya satu warna utama dicampurkan dengan warna sekunder, maka terhasillah warna tertier. Contoh warna-warna tertier ialah: a) Kuning Hijau (Kuning+Hijau) b) Kuning Jingga (Kuning+Jingga) c) Merah Ungu (Merah+Ungu) d) Merah Jingga (Merah+Jingga) e) Biru Hijau (Biru+Hijau) f) Biru Ungu (Biru+Ungu)

Suhu Warna Suhu warna tidak boleh diamati oleh deria penglihatan. Suhu warna merupakan satu perasaan atau tindakan kita terhadap warna. Terdapat 2 jenis suhu warna 1. warna panas 2. warna sejuk

kumpulan warna panas dan warna sejuk

Warna Panas Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga, merah ungu, dan kuning jingga. Merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi. Memberi kesan terang, garang seperti api dan merangsang penglihatan seperti matahari juga menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan sebagainya.

Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas.

kumpulan warna merah dari cili

Warna bunga

Contoh karya yang menggunakan warna-warna panas.

merah, jingga, kuning, putih dan hitam dapat menimbulkan suasana panas dalam sesebuah karya 7

Warna Sejuk Merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang rendah dan redup seperti warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, redup, segar, sedih dan sunyi. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi, kematian, kesegaran. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk

laut dan langit

pemandangan di kawasan laut, warna biru dan ungu

warna biru dan hijau di dasar laut

bunga lily berwarna ungu berlatarbelakang daun yang hijau

Contoh karya seni yang menggunakan kumpulan warna sejuk seperti

penggunaan warna biru dan kesan sewarna

campuran warna biru , hijau dan ungu menimbulkan suasana sejuk

10

11

Anda mungkin juga menyukai