Anda di halaman 1dari 2

Ucapan MAJliS REStU ILMu

Terima kasih pengerusi majlis,


Bismilah ..Wassalam tuwassalam waalaasyrafil ambiya iwalmursalin waala
alihiwasohbihi ajmain. Assalamualaikum wbt .. dan selamat sejahtera.

Yang Berbahagia dan dikasihi, Bonda Datin, Datin Hajah Norliah Binti Raja Omar,
Pengetua SMKPP9(2), guru-guru Penolong Kanan SMKPP9(2), guru-guru kanan
matapelajaran, dan warga pendidik SMKPP9(2), dan rakan-rakan serta calon-calon
PMR sekalian.
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya pada tahun yang
cemerlang ini, kami calon PMR SMK Putrajaya presint 9(2) berpeluang untuk
menyambut Majlis Restu Ilmu untuk memohon kemaafan dan mengharapkan guruguru menghalalkan segala ilmu yang di curahkan kepada kami. Ada antara kami
yang berdebar menanti saat peperiksaan, dan ada juga antara kami yang
tersenyum menanti saat peperiksaan dengan tenang. Entah mengapa hiba sangat
hati ini mengenang akan kesilapan yang dilakukan terhadap guru-guru kami. Kami
mengharapkan doa restu yang ada dalam lubuk hati guru-guru yang pernah dan
mendidik kami agar merestui ilmu dan perjalanan kami dalam menghadapi
peperiksaan PMR pada minggu hadapan.
Kami juga berharap guru-guru sekalian memafkan segala tingkah laku dan
kekasaran tutur kata kami, sepanjang kami menuntut ilmu. Mungkin selama ini kami
ada melawan kata, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, dan sering menyakiti
hati guru-guru. Kami tahu, ada dalam kalangan guru-guru yang tersinggung akan
sikap kami yang menyakiti hati guru-guru. Sesungguhnya dengan hanya doa dan
restu guru-guru sajalah akan membantu kami untuk berjuang di dalam dewan
peperiksaan itu nanti.
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini presiden sebuah Negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja yang dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Seterusnya, saya dan rakan-rakan, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada guru-guru yang begitu gigih mengajar kami dengan usaha yang berterusan,
penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan dedikasi dalam
mendidik kami calon-calon PMR umpama lilin membakar diri. Terima kasih juga
kepada guru-guru yang mengajar kami dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dan
memberi sokongan kepada kami serta semua guru kerana mengajar, mendidik dan
menegur kami secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Bonda Datin dan pihak sekolah yang sudi
menyediakan alat tulis dan makan tengah hari sepanjang peperiksaan. Jasa baik
Bonda dan pihak sekolah tidak akan kami lupakan. Tidak lupa juga kepada cikgu
Sapura binti Anjau selaku penyelaras tingkatan tiga yang telah banyak melayan
kerenah kami dalam segala hal yang melibatkan tingkatan 3. Semoga jasa dan
pengorbanan guru-guru akan menjadi pembakar semangat kami dalam menjawab
peperiksaan itu nanti.

Anak haruan berlima-lima,


Mat ditimpa panggur berdaun,
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Akhir sekali, sekali lagi saya bagi wakil calon PMR SMKPP9(2) tahun 2011
merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran mengharapkan restu agar kami dapat
menghadapi peperiksaan dengan tenang dan ditunjukkan kepada kami jawapan
yang tepat, Amin. Kami sedia menyahut cabaran untuk memberi keputusan terbaik
agar sekolah kita dapat berada pada tahap setanding sekolah-sekolah terbaik di
peringkat kebangsaan. Semoga dengan keizinan Tuhan jua, guru-guru kami sentiasa
diberkati, sihat dan sejahtera dalam usaha mendidik kami, Amin.
Gunung pantai tinggi mengawan,
Nampak dari padang tamu,
Sampai di sini tinggallah tuan,
Ada hayat kita bertemu.
Sekian terima kasih cikgu. Jasa mu kan kami kenang sehingga akhir hayat kami.

Anda mungkin juga menyukai